CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 December 2010

Tag Lagi...



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Kali ni org kena tag oleh sorg follower blog org yg bernama soleh. So tanpa membuang masa, here goes the tag :


nama : Raden Azwani
nick name : wawa
da kawen : not yet
ada pacar : nope

sekarang tengah buat ape?
Layan Teen Choice Award kat 8tv sambil lipat kain sambil buat benda ni.

personaliti sukan yang dikagumi?
Nicol david

sebab?
She’s amazing, she got the look, talent, style, smart, humble (SPM die straight A, kagum2)

superhero favourite?
Spiderman kut. 

selalu bangun pagi pukul brape?
Tak tetap. Depends malam tu tido kul bape.

kalau hari cuti bangun pukul berape?
7:30 pagi kalau tido awal.

suke tido lepas subuh?
Actually tak suke tapi kalo ngantuk tido je.

masa darjah satu cita2 nak jadi ape?
Cikgu tadika. Siap dah pikir nak bagi nama tadika ape haha

suka tengok wayang?
Suka sangat~

last wayang tengok citer ape?
Salt. Lamenye dah tak tengok wayang.

suka bersukan?
Suka kalau tak busy & cuaca elok.

kalau bersukan buat/main ape?
Cycling, badminton, joging

terasa diri tu gemok tak sekarang?
Agakla.. memang gemok sikit pun haha

suke tengok hindustan?
Suka gak.. nak2 kalo ada shah rukh khan..

wallpaper dekat laptop sekarang?


impian paling besar sekali?
Menunaikan haji di tanah suci Mekah. Rasa dah lengkap sebagai seorang islam. Kalau yang tu dah tercapai rasa2 impian lain kalau tak tercapai takla frust sangat.


pencapaian yang awesome pernah dilakukan?
Dulu time sekolah menengah always dapat among the highest untuk subjek sains ngan biology dalam kelas ngan batch. Kalo time kat u divote oleh hampir setiap batch dalam fakulti time AGM untuk jawatan setiausaha persatuan fakulti farmasi (ni menurut tukang kira undi). Awesome ke?

dalam banyak2 insan dalam dunia ni rasenye nak jumpe sape? nyatakan tiga orang(tak kisah hidup atau dah takde)
1. Rasulullah saw
2. P Ramlee
3. Maher zain

bende yg korang paling suke?
Novel, muzik, kucing, movie 

yang korang tak suke?
Keadaan yg kotor, suasana bingit, girl yg seksi melampau & mekap tebal, politik malaysia. 

yang korang suke tentang diri korang?
Jarang marah, cepat cool, pemaaf, tak kisah.

yg korang tak suke?
Mudah terpengaruh, senang percaya orang lain, tak serius.

nak tag sape?
Macam biasa, amir, syu, sai, zati, dayah, naoh, mar, taa dan sape2 lagi yg sudi nk buat dialu2kan :)



Okeh. Sekian untuk kali ni. Assalamualaikum wbt :)


21 December 2010

Cinta Ba dan Ibu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

 

19hb Disember, iaitu dua hari lepas, selain merupakan hari jadi Syahmi yg ke-14, tarikh tersebut juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ba yang ke-23. Tapi tidak seperti pasangan lain, ba dan ibu jarang menyambut hari bersejarah tersebut. Ba dan ibu tidak seromantik pasangan lain, dimana kasih sayang antara keduanya jarang dipamerkan, lebih2 lagi dihadapan anak2. Sejak dari kecik lagi org sedar tentang ni. Sebab tak pernah sekalipun org ingat ba dan ibu keluar makan candle light dinner berdua, tengok wayang berdua, bercuti berdua, dan org pun tak pernah tengok ba bagi bunga atau hadiah surprise kat ibu. Tapi org tau ba dan ibu tetap saling menyayangi, walaupun mungkin jarang dizahirkan atau diluahkan melalui perkataan.

 

Org tau ba sayang ibu bila ibu penat buat kerja rumah, ba ajak makan kat luar walaupun ba sebenarnya agak tak suka makan kat luar.

Org tau ba sayang ibu bila ba sanggup ambik cuti dan bersusah payah temankan ibu hantar atuk ke hospital walaupun masa tu ba sangat sibuk dengan tugas2 di pejabat.

Org tau ba sayang ibu bila ba sanggup berkorban tinggal berseorangan di rumah berminggu2  memandangkan ibu duduk kampung hampir sebulan lebih untuk menjaga atuk.

Org tau ba sayang ibu bila ba balik dari kerja penat2 kat rumah waktu larut malam, ba still layan ibu yang asyik bersembang tentang apa2 cerita best yang berlaku pada hari tu dengan gembiranya.

Dan org sure ba sayang ibu sebab masa ibu nazak dulu, ibu cerita kat org yg ba janji dengan ibu waktu dalam ambulans yg ba takkan cari pengganti ibu kalau ada apa2 yang buruk terjadi kat ibu :’)


Org tau ibu sayangkan ba bila ibu tak kisah ba tak pernah masuk tengok ibu bersalin walaupun dah 5 kali sebab ba tak suka tengok ibu dalam keadaan sakit. Atau mungkin ba takut darah. 

Org tau ibu sayang ba bila ba balik kerja tengah2 malam, ibu still turun dapur masakkan untuk ba yang belum lagi dinner walaupun waktu ba balik ibu dahpun tidur.

Org tau ibu sayang ba bila ibu tak pernah mintak barangan2 macam beg tangan, baju, kasut, barang kemas atau aksesori mahal2 sebab ibu tau ba kerja keras kumpul duit demi masa depan anak2. 

Org tau ibu sayang ba bila ibu bagi makan dan jaga ayam2 dan angsa2 peliharaan ba bila ba tak balik rumah walaupun ibu tak berapa suka dengan haiwan2 tersebut.

Dan org tau ibu sayang ba bila ibu terima sikap ba yang degil, berpersonaliti keras, workaholic, tak romantik, dan agak rasional ini seadanya :)

 

Beginilah serba sedikit bukti kasih sayang ibu dan ba antara satu sama lain yang org dapat lihat setelah 22 tahun menjadi anak pertama mereka berdua. Walaupun org mempunyai ibu dan ba yang berpersonaliti keras, tapi mereka berdua amat serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ibu cepat ‘panas’ lalu ba yg cool selalu menjadi penenang ibu. Ba banyak berfikir mengikut logik manakala ibu banyak berfikir mengikut emosi.  Sifat saling melengkapi inilah yg menyebabkan perkahwinan mereka masih utuh walaupun sudah mencecah 23 tahun. Org teringat satu quote ni, ‘I've learned that there are people that truly love you, but they just don't know how to show it’ 

Buat ibu dan ba, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-23. Mintak maaf sebab along ngan adik2 tak dapat sambut dengan meriah sebab keadaan atuk yang masih sakit serta ana ngan aja yang dah tak ada kat sini. Hanya doa yang mampu along titipkan buat ba dengan ibu. Org akan selalu doakan ba ngan ibu hidup bahagia bersama hingga akhir hayat dan semoga di akhirat kelak ba dan ibu akan dipertemukan kembali di syurga, insyAllah.. :)

 

Sekian, terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum wbt.


Lovely couple <3

gambar kawin ibu ngan ba. actually ni jahitan cross-stitch ^_^

18 December 2010

Point Of View Seorang Kakak : Syahmi


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt...


Esok, bersamaan 19 Disember merupakan hari lahir adik ke3 org, Syahmi yang ke 14 tahun. So entry kali ni org buat khas tentang beliau. 

Syahmi ni merupakan anak lelaki sulung dalam family org. Lepas dapat anak perempuan berderet 3 org iaitu org, Ana ngan Aja, ba ngan ibu seronok sangat dapat anak lelaki. Dan kali ni org perasan cara ba didik syahmi agak lain sikit daripada kitorg. Syahmi dimanjakan & semua kehendak dia ba penuhi, tak macam org, Ana ngan Aja. Bila Syahmi mintak mainan je, sure ba belikan. Sampaikan org masa tu yg masih sekolah rendah duk berleter je kat ba jangan manjakan Syahmi sangat.

Masa Syahmi 5 tahun, Redha lahir. Untuk sesiapa yang tak tau, ibu org hampir nazak lepas lahirkan Redha sebab diserang Anemia tahap kritikal. Sampaikan doktor kata peluang ibu hidup tinggal 20% je. Disebabkan itu, ba mengabaikan Syahmi seketika dan lebih menumpukan perhatian kat ibu yg sakit dan Redha yg baru lahir. Jadi pendidikan Syahmi di tadika agak diabaikan. 

Disebabkan itu. masuk sekolah rendah, prestasi pelajaran Syahmi yang paling teruk antara kitorg 4 beradik. Syahmi gak antara yang paling lambat membaca. Kat sekolah dia masuk kelas tercorot, nombor 2 dari belakang. Bila naik darjah 6 memang ba sangat risau tentang UPSR Syahmi. 3 org anak ba dapat 5A, dan ba tak yakin Syahmi pun akan dapat 5A. Dan bila UPSR keluar, macam yg dijangka, Syahmi memecah rekod sebagai anak pertama dalam family yg tak dapat 5A. Syahmi sangkut subjek math. Tapi ba ngn ibu tak frust sangat. Mungkin sebab dah expect awal2.

Tapi ada satu perkara yg tak dijangka berlaku. PSRA Syahmi agak cemerlang. Malah lagi tinggi daripada org. Kagum org seketika. Berbekalkan keputusan PSRA tu ba masukkan Syahmi ke asrama SAMT Hishamuddin kat Klang. Dan besekolah kat situ menyebabkan Syahmi berubah 100%.  Syahmi sangat menjaga solat, pandai jadi imam dan bilal, jadi kaki masjid, layan lagu nasyid dan yang paling org tak percaya dia join tabligh ngn ustaz dan kawan2 sekolah. Alhamdulillah. Sekarang kitorg satu family faham apa hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku dulu.

Buat Syahmi, walaupun ko sengal dan suka buat muka terencat dan muka mintak kaki seperti ini :

Dan ini :  

Dan juga ini :


Tapi ko anak ba ngan ibu yang paling taat. Along suka tengok ko peluk ibu tiba2, cakap sopan ngan ba ngan ibu, buat semua kerja yang ibu suruh (walaupun buat lambat) dan macam mana ko jadi imam ngan bilal kat rumah. Walaupun along selalu bising kat ko sebab suka cari pasal ngan Redha, tapi along tau ko la adik along yang paling boleh diharap untuk jaga family kita nanti. Along selalu ingat waktu kita kecik2 dulu, kitorg kakak2 ko ni suka pakaikan ko skirt, pakaikan tudung, pastu mekapkan ko sebab muka ko cantik macam perempuan, haha. Bulu mata ko lentik sangat, yang tu kitorg memang xleh lawan… hahaha.

So Syahmi, walaupun ko tak baca blog ni, along nk ucapkan Happy 14th birthday, dan semoga adik Along ni sentiasa dilimpahkan kejayaan di dunia dan akhirat, dapat keputusan yg cemerlang untuk PMR tahun depan. InsyaAllah…


Sekian, terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum wbt.

 

p/s : ha ni muke syahmi version normal sikit. payah betul nak cari hehe.

10 December 2010

Syukur PadaMu Ya Allah..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...


Malam tadi, baru je plan nak tido, tiba2 org dapat satu email :

'UITM EXAMINATION RESULT FOR SEMESTER 20104'

Terbeliak jap mata org. Ah sudah. Time aku nk tido ni la ko nak hantar result exam kan. Hilang terus rasa nak tido. Diorg dah email result? baru ingat nak check minggu depan. Biasela kalau website UiTM time nk check result kalo x jam x sah. Dengan rasa berdebar2 org pun bukakla email tu..



Greetings RADEN AZWANI BTE R.M. PUJASETI,


This email has been sent to you regarding your
UITM EXAMINATION RESULT FOR SEMESTER 20104.

Please do not reply to this message via e-mail. This address is automated, unattended, and cannot help with questions or requests.
Contact your Faculty or Campus for any inquiry.

To display your result online, please click here

Print Result Online

Please note that for security reasons the above URL is only valid for 7 days since this email was sent.
Thank you.
10/12/2010 1:21 AM



Kat bawah tu terus die letak result. Fuh, cuak. Org macam rasa ada fail sebab tak yakin langsung time jawab satu paper ni, paper pharmacokinetic. Paper tu la satu2nya yang buat org resah gelisah time exam dan juga lepas exam. Sebab time exam tu tiba2 blank terus. Macam blur jap tak tau nak buat ape. Org x penah lagi blank time jawab exam, dan selalunya pas exam org akan kemas terus note pastu enjoy rehatkan fikiran. Tapi paper pharmacokinetic ni duk buat org risau dan teringat2. Siap kire2 lagi markah soalan yg dibuat tadi bagi make sure boleh lulus. Huhu.

Perlahan2 org scroll ke bawah, dengan mata terpejam sebelah. Macam ape je kan. Haha. Scroll punye scroll maka :


Ya Allah, syukur Alhamdulillah! Sume LU! Paper pharmacokinetic tak fail! Syukur2. Terus org save result then bukak fb. Kat home fb sume rakan2 sekelas duk mengucap syukur sebab takde fail. Ada gak yg tak puas hati result kena block sebab tak isi borg SuFo jadah tu. Haha. Dah selesai berbalas komen kat fb dan mengucapkan tahniah kat rakan2, maka org pun tido dengan senang hati. Syukur Alhamdulillah, rekod untuk tidak repeat paper sepanjang 7 sem masih belum dipecahkan. Huhu.

Sekian post kali ini. Buat rakan2 yg lulus sume, tahniah diucapkan. Buat yg dapat DL, dua kali ganda tahniah diucapkan. Walaupun tak dapat DL kali ni, tapi lulus semua memang dah cukup melegakan hati org. Okeh, sem depan yg merupakan sem final org kena berusaha keras lagi untuk mantain CGPA supaya still atas 3.00. Nak capai atas 3.5 memang dah tak mampu. Takpelah. 

Target org lepas ni : Grad dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi Kepujian Kelas Kedua Atas supaya senang nak apply untuk sambung Master *just in case org tibe2 rase nak tuka angin lepas bosan keje dengan kerajaan* Mudah2an hasrat org ni dimakbulkan Allah. Aminnn :)

Satu sem je lagi Wani! Fighting!


Sekian post kali ini. Terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum wbt.



08 December 2010

Point of View Seorang Kakak : Aja


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Entry kali ini adalah berkaitan dengan adik perempuan kedua org, iaitu Raden Hamizah atau lebih mesra dipanggil Aja. Kat bawah ni adalah sikit basic info pasal Aja :

Nama : Raden Hamizah @ Aja

Umur : 18 tahun

Tarikh Lahir : 7 Disember 1992

Adik beradik : ke-3 daripada 5

Sekolah lama : SBPI Sabak Bernam

Kini : Pelajar tahun pertama perubatan kat Mansoura University, Mesir.

Status : Single

Sebenarnya apa yg org nk highlight kat biodata ni ialah tarikh lahir Aja, iaitu semalam, bersamaan dengan Awal Muharram. Sebab tu post kali ni berkaitan tentang beliau, hehe.

Aja lahir masa umur org 4 tahun. Masa tu org baru je tengah frust sebab Ana tiba2 lahir (syndrome budak kecik yg tak suke ada adik, lebih2 lagi adik perempuan hehe) Ana lahir pada 16 Mei 1991 (Hari Guru tu) dan belum habis frust lagi tau2 lahir pulak seorang lagi adik perempuan (perempuan lagi, getus hati org) Org ingat lagi sebab budak2 kan tak boleh masuk wad hospital, so masa ibu lahirkan Aja, org ngn Ana yg masih kecik kena tunggu kat tingkat bawah HTAR berdua je. Sangatla tak best. Tu je la antara memori org masa kecik yg org masih ingat.

Disebabkan tibe2 kitorg ade adik, maka keje org ngan Ana masa tu membuli dia ni je la, haha. Aja pulak masa sekolah rendah badan dia agak kecik kalau nak compare ngn org atau Ana (Ana memang badan besar sebab dia ni banyak menyusu botol, sebab Aja dah ade kan) so sebab tu la dia ni slalu jadi mangsa buli kitorg. Aja ni pun dulu2 xmelawan, so dia pun patuh je la kat arahan kitorg yg kejam ni, hehe. Tau2 sekarang ni die dah lagi tinggi dari org. Cess betul.

Satu lagi pasal Aja, die ni selalu je kena compare ngn 2 org kakak die. Sebab nama depan kitorg sama & kitorg skolah rendah kat tempat yg sama, so ramai cikgu yg tau Aja ni adik kepada org ngan Ana. Org ngan Ana masa skolah rendah bolehla nak kata agak perform dalam pelajaran *xde unsur riak eh :)* dan kitorg penah naik pentas sekolah amik hadiah akhir tahun. Tapi seingat org Aja xpenah pun naik pentas tu sebab Aja ni memang student yg pasif dan pendiam. Pastu Aja ada 2 org lagi sepupu sebaya dia yg memang pandai. So org rase dulu Aja selalu rase inferior ngan kakak2 ngn sepupu2 dia. Ramai tak yakin Aja dapat 5A dalam UPSR, tapi Aja mematahkan sangkaan kitorg dengan mendapat gak 5A tu. Kagum sebentar kitorg semua.

Bila dah masuk sek menengah, Aja dapat sek jauh nun kat Sabak Bernam. Aja la yg first dalam adik beradik yg sekolah menengah agak jauh dari umah (org kat Shah Alam, Ana kat Subang Jaya) Bila Aja dah masuk sekolah tu, akhirnya Aja mula berubah menjadi Aja yg baru (ceh ayat..) Die tiba2 jadi pelajar yang aktif gila. Kalau dulu org paling aktif pun just pegang jawatan kat skolah dan wakil sekolah kuiz je, tapi Aja dia penah wakil sekolah dalam kawad KRS, hoki, merentas desa, bola jaring, dan budak ni juga ahli aktif PRS (kalau x silap la), selalu jadi fasilitator kat sekolah2 lain. Pastu budak ni jugak banyak jadi naib presiden persatuan yg die masuk. Kalau dulu almari kat rumah, org ngan Ana yg selalu penuhkan dengan piala, trofi ngan medal, sekarang lebih daripada separuh benda2 dalam almari tu disumbangkan oleh Aja. Dan Aja pun dapat 9A dalam PMR. Sekali lagi kitorg kagum di situ.

Bila abis form 5, Aja la yang paling banyak mengumpul sijil dalam fail die. Kalah org ngan Ana. Aja punye result SPM 7A, dan pada org result die agak cemerlang, tak jauh beza ngn org ngan Ana (org 8A, Ana 7A). Tapi disebabkan Aja ni takde hala tuju lepas SPM dan dia still tak sure apa cita2 dia, maka ba pun hantar dia buat medic kat Mesir. Kalau tak mungkin Aja dah jadi student law kut sekarang, sebab die dulu dapat tawaran buat law kat UiTM. So itulah kisahnya macamana dia bole ade kat Mesir skrg.

Fakta menarik tentang Aja, dia ni ramai peminat. Yela, kat sekolah aktif, dan pada org die ni ade rupe gakla (Aja sile jangan bangga =p). Masa Aja form 1 ade sorg mamat form 5 duk gile kat die ni, tapi satu perangai Aja ni, die ni type yg selamba dan tak suke melayan. Kalau layan pun acuh tak acuh je. Bile ade gak klasmate die approach pun die buat selamba dia je. Bila ade yg confess dia ni suke buat tak paham je. Mesej2 yg masuk henfon die ni pun jarang la die layan. Maybe sebab tu la Aja ni selalu menarik perhatian budak2 laki keliling die kut..haha. Tu sebab la budak ni single smpai skrg.

So Aja, happy birthday yg ke 18 la ye. Aku xmau tulis wish banyak2 sebab ko pun dah tengok kat album aku kat fb kan. So ape aku nk cakap kat sini, sempena maal hijrah ni kalau ko rasa ko bole berubah ke diri yg lebih baik usahakanlah. Kau la anak ba ngan ibu yang paling penjimat and simple aku rase (kalah aku kut) so teruskanlah jadi macam tu eh. Sila jangan lupa diri di Mesir sana okeh.

*Aja kat belah kiri*

Sekian post kali ini, terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Aja aku dah buat post yg menaikkan saham ko. Sila jangan berasa bangga okeh. Haha.


06 December 2010

Terbaca Post Lalu Ditag Part III


Bismillhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Nampak sangat org memang bosan gile time cuti sem ni kan sebab suke sangat baca blog org len pastu tertag pastu rajin pulak nak membuat tag2 tersebut, haha. Bila dah 2 kali cuti sem buat praktikal dan cuti sem kali ni xde praktikal memang agak terasa la kebosanannya. Tag kali ni daripada seorang ahli Kelab Blogger Tegar Malaya kat fb iaitu kazisha. So tanpa membuang masa, here goes the another tag :


Name : Wawa
Full name : Raden Azwani
Sibling(s) : 5 

Eye colour : Dark brown
Shoe size : 5
Hair : Black
Height : 151 cm 
What are you wearing right now : Plain t-shirt with batik

Favourite number : 3
Favourite drink : Teh ais
Favourite month : Oktober
Favourite breakfast : Roti canai + gula & teh tarik 

-Have you ever-

Broken a bone : Nope and never I hope so. 
Been in a police car : Nope. What for?
Fallen for a guy/girl in a short period of time : Em, I think so. Confused maybe. 
Swam in the ocean : Always and I like it :)
Fallen asleep in school : Yes, one of my habit =p
Broken someone's heart : Er, always. But I'm not a playgirl. 
Cried when someone died : Sure. I'm a normal human being.
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Nope, sleep is much way better!
Saved e-mails : Sure. Who doesn't?
Been cheated on : Sometimes. But I'll ignore then. 

-What-

Your room look like :Library : full with novels, comics and magazines as I shared my room with my sis and we all love reading. 
What is right beside you : My cat, Putih Gemok.
What is the last thing you ate : Soup with rice at Sikin Seafood restaurant.

-Ever Had-

Chicken pox : Yes according to my mum but I never can recall when.
Sore throat : Always as I cannot stand cold weather.
Stitches : Nope.

-Do You-

Believe in love at first sight : Used to, but not now as I think it's ridiculous.
Like picnics? : Yes!

-Who-

Who did you last yell at? : My sengal bro, syahmi.
Who was the last person you danced with? : Er.. when was the last time I danced eh?
Who last made you smile? : Afiq, when I read his collection of stories =p

-Final Questions-

What are you listening to right now? : Terrified by Kara Dioguardi at my blog playlist.
What did you do today? : Online, facebooking, chatting.
Are you the oldest? : Yes.
Indoors or outdoors? : Depends but I prefer outdoor.

-Last Person Who-

You talked to on the phone ? : Ana, my sis.
Made you cry? : A guy in my about-to-forget memories.
You went to the mall with ? : My tripmates in Kuantan :D
Who cheered you up ? : Friends and family and my cats.

-Have you-

Been to Mexico ? : Nope.
Been to USA ? : Nope.

-Random-

What books are you reading right now? : New Moon by Stephenie Meyer. Half done!
Best feeling in the world? : Feeling when you realize that you just fall in love :)
Future kids name? : Will according to my future hubby's name or mine.
Do you sleep with a stuffed animal? : Nope, I dont even have one.
What's under your bed? : Lots of dust I think.
Favourite sport (s) : Badminton, chess (if it's included)
Favourite place : Beach and island.
Who do you really hate? : Maggot! Ergh! (can I consider this thing as who?) 
Do you have a job? : Nope. But sometimes as a part time housewife unofficially.

What time is it now? : 3.04 am *insomnia*

-tag 15 people-

I don't want to tag anybody, but to anyone who read this I hope you can do this tag so that I can know more about you. Please inform me if you did one so I can read it. Thank you! :)

Sekian, Assalamualaikum wbt.
 

 

04 December 2010

Terbaca Post Lalu Ditag Part II


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Kali ini org telah ditag oleh junior org yg comel lote, Anis Izyan lepas terbaca blog beliau malam tadi. Disebabkan kebosanan tanpa sebarang kerja di kampung ni, maka org dengan rela hatinya ingin membuat tag Anis walaupun hakikatnya org leh je buat2 tak tau lepas baca, kan? hehe. Okeh so here it goes :


1. pernahkan anda rasa anda hot

Em, honestly, tak. Sebab org bukan a type of girl yg boleh buat lelaki menoleh dua kali bila dorg tertengok, macam certain2 kawan org tu. How come a simple and plain girl can be hot, ye tak? Kalau hot sebab marah tu selalu la gak, tapi selalu pendam je la. So I'm actually cool right? hehe.

2. upload wallpaper yang anda gunakan sekarang

Org suke tuka2 wallpaper kalau bosan. And lately ni la wallpaper laptop org skrg. Kalo wallpaper henfon plak simple je, pakai wallpaper henfon tu jugak, haha.
 

3. cerita pasal wallpaper tersebut

Wallpaper ni actually gambar yg diemail oleh sorg kawan sempena hadiah birthday yg ke 22. Hadiah 1st yg org dapat masa birthday org haritu. Em, kenapa banyak bunga oren ek? Sebab kaler feveret kawan org tu la kut, hehe.

4. bila kali terakhir anda makan pizza

Lame dah sebelum cuti sem lagi, makan ngan geng2 sekereta iaitu sanaz, ayu, syu ngan jo kat pizzahut setia alam. Makan pizza yang ada banyak type cheese tu, ada berapa ye cheese die? 7 kut. Tak ingat pulak.

5. lagu terbaru anda dengar ?

Lagu Andai Itu TakdirMu oleh Syah Basree, lagu 1st kat playlist blog org ni. Minat sebab terdengar kat drama Asmara, padahal layan Asmara tu 2 episod je, hehe. Lagu ni sedap dilayan sorg2.

6. apa yang anda buat selain dari menyelesaikan tag ini

Em, dah habis buat kerja rumah, so bukak facebook je, huhu.

7. selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa

Kalau nama yg takde sangkut paut ngan Raden Azwani tu, Wawa la kut. Tu pun sebab kawan2 yg stat panggil, bukan org yg suruh. Kalau nama lagi pelik, Wanuk. Ni sebab ade sorg pakcik org tu suke nyakat kalau org jumpe die. Tak tau la ape reason beliau panggil nama tu.

8. tag 5 orang teman

Hm, ni nak ikut style anis la. Sape2 yang terbaca, anda telah ditag ye, hehe. So sape2 ada blog sila la buat ye. Then baru org leh tau sape yg baca blog org ni kan? hehe.


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt :)

03 December 2010

A Piece of Memory That Should Fade Away...


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt..


To Whom It May Concern…

About a year ago, I started to write this blog. And after more than 100 posts, finally I decided to write something that I wish to tell you long time ago. I know you will never read this, but please let me write a piece of our memory here for the first and the last time, and after this I will try to let them go, I promise..


Dear my friend..
Did you still remember?
During our primary school time..
We used to tease each other when there're no teachers around..
We used to chase each other during recess time..
We used to make jokes by using each other's names..
We used to compete with each other in the class..
And we used to laugh together with your silly jokes..
Did you smile like me when you think about it? :) 

Done with primary school, then we separated..
We haven't heard about each other for quite few years..
Suddenly one day we met again, accidentally..
Then I posted you a letter..
And you gave me a call..
We talked together happily on the phone..
Like we used to do during our school time..
I can feel that you're happy as I am..
As our friendship started to bloom again like few years ago..

Until one day..
I gave you a call..
A call that change everything..
A call that hurt you so much..
Due to my inappropriate words..
Which I never realized before..
And you started to remain silent to me..
From weeks to months to years..
And eventhough I realized my mistake later,
I didn't even had any courage to call and apologize to you..
And we remained like that for few years later..
How can I be that stupid?

Then one day I saw you in the newspaper..
In the picture where you're smiling back at me..
A smile that I missed long time ago..
And I knew then that you're doing well without me..
I was very glad to know that..
And finally one day I managed to apologize to you..
Eventhough you didn't give me any reply..
But I knew you read it, and that's enough for me..
As I already did something that I should do..
Since few years ago, not now..
And sorry for the late apology, my friend..

So we kept quiet from each other for few years, again..
As we got to move on with our new adult life..
Our memories started to fade away from my mind..
And I knew you started to forget them as well.. 
Until one day you added me at Facebook..
I'm happy to know that you never forget me completely..
But our friendship was never be the same as before..
As the only time we contacted through Facebook just once in a year..
When we wish each other's birthdays and thanks, just like that..
But it's alright my friend..
Receiving your short birthday wish once a year..
Is one of the remarkable moment I ever had..

Now, 12 years had passed..
Since we started to know each other when we're young..
I’ve changed a lot, and the same goes to you..
And we’re no longer important in each other’s life..
Seeing you success and happy with your life right now..
I knew that’s already enough for me..
12 years I lived by carrying our memories..
And now it’s the right time for me to let you go with your own life..
As I need to move on too..
And if I could turn back time..
I swear to myself that I’ll never hurt you, even once..
But whatever a past, is a past..
We can never go back to that time..
And I’ll try my best not to regret that.

Goodbye my friend, I wish you all the best..
Please forgive me for what I’ve done..
12 years knowing you, there’re so many memories of us that I keep to myself..
Thanks for these memories, I really appreciate it..
And if these memories started to hurt me someday..
I’ll try my best to let them go..
So take care my friend..
May Allah bless you, always and forever.


Your old bestie,
Raden Azwani

02 December 2010

A Trip To Kuantan :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Jumaat lepas. 25 Nov 2010, org bertolak ke Kuantan sempena trip bersama kawan2 sekelas seramai 10 orang. So kat sini org sekadar nk share pengalaman org join trip kat Kuantan selama 5 hari 4 malam ni ye :)


Hari pertama : Jumaat : 25 Nov 2010

-Hari ni org bangun 5.30 am. Sebab org bertolak dari kampung kat Batang Kali, org kena naik tren komuter untuk ke Shah Alam.
- Pukul 6.45 am, org pun naik tren. Tuka tren kat KL sentral, then sampai stesen komuter Shah Alam dalam pukul 8.45 am.
- Kat stesen komuter Shah Alam, ba amik then kitorg breakfast, Pastu ba hantar gi stesen bas Shah Alam. Org pun naik bas pukul 10 am ke Kuantan.
- Sampai kuantan pukul 3 pm lebih. Jumpe Sanaz ngn Ayu. Member kitorg yg duk Pekan, Dayah datang amik. Pastu kitorg gi Resthouse dan petang lak, jalan2 kat Mall sementara tunggu yg lain sampai. 
- Malam, kitorg sume kumpul kat rumah Tikah. Actually esok abang Tikah nk kawin. Kitorg volunteer nk jadi pemberi doorgift kat tetamu. So mlm ni sume dgr briefing, hehe.


Hari kedua : Sabtu : 26 Nov 2010

-Kitorg gerak ke umah Tikah dalam pukul 10 lebih am. Kitorg makan dulu, then bila tetamu sampai, kitorg pun stat bagi doorgift, bahagi ikut khemah.
-Kitorg bertugas sampai pukul 3 lebih, kemudian kitorg balik ke resthouse sebab Dayah nak solat zuhur.
-Malam, kitorg makan ikan bakar. Selain ikan bakar, kitorg makan gak sotong goreng tepung, sup campur, kailan ikan masin, udang bakar. Sedap wehh.
-Balik makan, semua terbongkang kepenatan.. zzzzz




Hari ketiga : Ahad : 27 Nov 2010

-Kitorg breakfast kat warung nasi lemak yang best. Serius ramai org.
-Pastu bergerak ke Bukit Gambang Waterpark. Excited sangat sebab lama dah tak mandi kat waterpark :D
-Kitorg mandi seharian sampai dekat pukul 4 pm. Time ni sume muka dah berkilat, kulit kering kena air klorin, kaki lenguh sebab duk daki tangga nak main kat gelongsor air yang agak tinggi.
- Malam, kitorg dinner kat restoran sate yang best. Sambil tu celebrate birthday Ayu sekali :)
- Balik
hotel, layan Shout Award kt 8tv pulak, hehe


Hari keempat : Isnin : 28 Nov 2010


- Kitorg plan nak naik River Cruise kat Sg Pahang. Tapi tak bukak lagi. So kitorg merayau dulu kat Kuantan Parade.
- Dalam kul 1 pm lebih, kitorg naik bot menyusuri Sg Pahang. Sambil tu bot stop kat hutan paya bakau.
- Petang, kitorg melepak kat pantai Teluk Cempedak, sambil makan otak2, satar, karipap, kopok leko.
- Malam, merayau kat Berjaya Megamall, pastu dinner kat restoran hotel yg jual western food. Time ni memang sembang nak rak, sebab esok suma dah nak balik kan. Abis sume citer lama kuar, hehe.
- Balik umah, packing. Esok pagi2 nak kuar.



Hari terakhir : Selasa : 29 Nov 2010

- Kitorg kuar 8 am. Breakfast kat mamak tepi stesen bas, then org naik bas pukul 10 am.
- Bas sampai Shah Alam pukul 3 pm. Ba amik kat stesen bas then antakan kat stesen komuter Shah Alam.
- Naik tren pukul 3.30pm, sampai Batang Kali pukul 5.30pm dengan selamat, syukur Alhamdulilah :)


So tulah cerita org sepanjang bercuti kat Kuantan. Mungkin lepas ni kitorg dah habis blaja, dah stat keje, dah tak berpeluang nak bercuti selalu macam ni. InsyaAllah, maybe next trip kat oversea plak, hehe

Sekian, terima kasih sebab sudi membaca :)

Assalamualaikum wbt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...