Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

21 November 2011

Bila Malaysia Bertemu Indonesia

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

again.

dulu masa final Piala Thomas pun i pernah buat entri yang lebih kurang ini juga.

cuma mungkin masa tu lebih beremosi. sebab badminton adalah sukan kesukaan i! (ada kaitan?)

tahniah Malaysia sebab bola sepak Malaysia sekarang makin best. tahniah KFCM walaupun i memang tak suka u tapi u jadi goalkeeper memang best.

tahniah untuk pemain yang lain yang buat i menjerit tiap kali gol.

cuma...

i jadi kurang sedap bila ada sesi kutuk-mengutuk pihak lawan especially dalam facebook, twitter.

kutuk pun dengan bahasa kasar dan sangatlah tidak sopan. mungkin terlupa salah satu prinsip dalam rukunegara, Kesopanan dan Kesusilaan.

i tengok wall kawan-kawan & family i yang memang orang indonesia, tak ada pula yang duk mengutuk malaysia.

kawan-kawanku, rakyat Malaysia sekalian, usahlah kita memburuk-burukkan rakan di negara sebelah kita, serumpun pula tu. kita semua satu bangsa. kita orang Melayu. tak percaya, baca sejarah balik. dari mana asal-usul kita.

kalau kita kutuk indonesia, maka serupalah kita kutuk keturunan atuk nenek moyang kita yang dulu-dulu tu. kalau tak kerana belanda dan british pisahkan kita, kita tak jadi 2 negara yang berbeza macam sekarang. ingat kan perjanjian British-Belanda dulu-dulu? *i tahu, kita belum hidup lagi zaman tu*

ye, i faham. anda semua jadi macam ni sebab sebilangan masyarakat indonesia yang menetap di malaysia buat onar. itulah yang orang kata, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

malam ni final game. i harap sangat, tak adalah i terbaca sesi kutuk-mengutuk yang teruk macamlah kita semua ni bukan bersaudara. menontonlah bola dengan penuh semangat kesukanan. ye? takmo kutuk-kutuk ye?

spread the love

xoxo