Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

22 September 2015

Kita Tak Pernah Tahu

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Terpanggil nak menulis rentetan viral dari pos Dai Izzhar calon adik ipar aku tu tempoh hari. Jangan risau, aku tetap rasa Dai Farhan muka macam Imam. Dah apa kaitan.

Apa Dai Izzhar kata?

Tu lah korang banyak sangat makan semut. Ni aku copy balik apa dia kata,

[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]

Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?

Bila tengok, apa kita rasa?

Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.

Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.

Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.


Hah, amacam, best tak ayat calon adik ipar aku gahahahaha Dai Izzhar ni? Hehe. Sentap hakak.

Tu lah kita ni, aku kata 'kita' ye. Means termasuklah aku. Kita ni terlalu obses dengan segala kecantikan dan kebaikan. Hurm, bukan obses lah ayat terbaik, semua manusia pun inginkan kesempurnaan dalam hidup.

Tapi, dalam hidup ini TAK AKAN ada yang sempurna. Kita tengok, waaa syiok rr dia suami hensem, anak-anak comel-comel, hidup bahagia (macam laa laki bini tak pernah gadoh), duit banyak, bisnes majuuu je sokmo tak pernah-pernah jatuh.....

sedarkah kita, yang itu semua hanya beberapa % je dari seluruh kehidupan dia.

Orang tak akan/jarang paparkan the other/negative side of their life. Kau tengok perempuan tu cantikkk je all the time, takkan muka dia baru bangun tidur dia nak selfie masuk dalam instagram kahkahkah. Tapi kalau bangun-bangun tidur masih cantik tu bidadari namanya aku letewwww.. haha jangan muntah ijo.

Kau nampak dia ni asyik lepak makan kat Starbucks je, tak pun kat hotel-hotel mewah, kau apa tau sebenarnya ada lah seminggu dalam sebulan dia makan ikan bilis lauk budu je kat rumah eh eh sedap weh letak budu pembuka selera.

Dan, let say orang yang sentiasa maju dalam bisnes, kita pernah tahu ke bagaimana susahnya dia struggle dari bawah? Kita pernah tahu ke berapa 'harga' yang perlu dia bayar untuk sampai ke satu tahap yang tinggi?

Dalam hidup ni, tak ada yang sempurna. Sempurna tu pun subjektif. Ada orang, lulus setiap subjek pun dah cukup sempurna pada dia. Ada orang, wajib semua subjek kena A, baru sempurna di mata dia.

Semua ni bergantung diri kita. Betapa kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan korang salah faham lak. Aku tak suruh ko guna #syukurlah Malaysia masih aman ye, tak tak kita tak bicarakan soal 1MDB kat sini.

Kita tak pernah tau, cerita lain di sebalik kisah yang kita nampak depan mata kita.

Kita tak pernah tau, gambar lain di sebalik gambar indah di depan mata kita.

Kita tak pernah tau... tak pernah tau....

So, stop judging, stop complaining, stop comparing. Sampai bila kita nak maju kalau asyik cemburu dengan keindahan yang orang lain gapai. Sedang kita sendiri masih takut nak berusaha untuk menggapai awan yang indah untuk diri sendiri.

Lihat kebahagiaan orang lain, sebagai pemangkin semangat untuk kita juga, satu hari nanti.

InsyaAllah.

23 January 2015

Kesempurnaan dalam Rumahtangga

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat.

Ni dah tak ada mood lah tu nak karang entri serius-serius.

Camni lah ek. Sebenarnya aku nak cakap pasal apa yang aku pos kat instagram semalam (@nadiafitrihavez). Tentang buku Kopi O Tanpa Gula. Tentang asam garam rumahtangga.

Aku faham, aku kahwin pun belum sampai 3tahun. Orang kata, masih mentah, masih dalam mood honeymoon, masih segalanya indah. Jadi macam tak layak nak kupas isu rumahtangga.

Belum masuk fasa ketegangan, duit anak nak masuk sekolah tak cukup, handle anak ramai, umur makin meningkat, penyakit makin banyak datang, kegawatan ekonomi. Tapi, yelah, sebagai orang yang baru setahun jagung ni, aku cuba catatkan kat sini, apa yang patut aku buat dan tak patut aku buat. Supaya jadi pedoman untuk aku juga di masa hadapan.

Dulu kan, dulu lah eh. Aku akui lah, aku memang banyak boyfriend. Bersilih ganti. Adik-adik sila jangan tiru perangai ahkak ni. Sila mahalkan diri anda. Memanglah dulu aku jahil. Aku rasa macam aku tak cukup kasih sayang. Bahahah! Sampai perlu mencari kasih sayang pada orang lain.

Nonsense.

Aku pun tak tahu apa yang aku cari masa tu. Dari setiap orang tu, ada je yang tak kena di mata aku. Yang dia ni mengongkong sangatlah, yang tu tak reti nak faham lah, yang nun perangai pelik lah. Apa yang aku cari, aku pun tak tahu.

Senang cerita, sebenarnya aku belum layak bercinta masa tu. Memang aku serius. Memang konon rancang sampai nak kahwin tapi aku sentiasa mencari kesalahan.

Sampailah satu masa, sorang kawan aku tegur, dia kata camni,
"Sampai bila kau asyik tak puas hati dengan orang? Bila kau jumpa satu salah dia, kau buang dia, cari lain. Lepas tu, yang baru tu pun ada perangai yang kau tak berkenan, kau cari lain juga. Sampai bila?"

Dan masa tu aku mula sedar, tak kan aku jumpa kesempurnaan pada seseorang. Yang penting, macam mana aku sesuaikan diri aku dengan orang tu. Macam jigsaw puzzle. Fit in. Suit.

Tapi masa tu aku fikir, takkan aku terus nak whoossshhh end up dengan pilihan yang satu tu je? Sedangkan aku ada hak untuk memilih.

Sebenarnya, aku belum layak bercinta masa tu. Tu je point dia. Elok lagi bercinta lepas kahwin.

So bila aku dah cuba terima kekurangan orang lain, dah serius dah ni, aku pula ditinggalkan. Hahaha.. tu namanya balasan. Padan muka. Tu bawa diri sampai London dengan Paris tu. Oh please lah. Kebetulan je tarikh pergi London tu lepas aku putus chenta. Kebetulannn jeee...

Eh sepatutnya entri yang ni serius. Entah ke mana aku melalut dah ni.

Jadi bila aku kahwin dengan suami aku ni, aku cuba lah nak buang perasaan 'mencari kesempurnaan' tu. Sebab hakikatnya tak ada sesiapa pun yang sempurna. Percayalah. Walaupun kau  nampak dia ada dua mata, dua telinga, satu hidung, satu mulut, tapi kau takkan pernah tahu, dia sebenarnya malas mandi pagi.. atau dia ni jenis makan banyak kali.. atau dia ni suka cakap kuat-kuat.. atau dia ni jenis berjalan aje keje. (Apsal semua contoh tu macam perangai aku je? Bahahhah!)

Tapi bila dah kahwin, kena ada give and take. Komunikasi tu sangat teramat sangat penting.

Jap ada kerja sikit. Sat gi sambung.


**********

Ok, mana tadi? Give and take eh?

Yelah kan. Kau dan pasangan kau, dari dua dunia yang berbeza. Dua dunia kita berbeza. Kadang-kadang benda simple pun boleh jadi gaduh.

Contoh lah ye,

Kau jenis check poket seluar, poket baju, sebelum masukkan dalam mesin basuh. Tapi pasangan kau tak. Pasangan kau jenis masukkan aje semua dalam mesin basuh lepas tu nanti dah habis basuh mula lah tangan terkuis-kuis baju yang terkena serpihan tisu yang tertinggal dalam poket.

Kau pun apa lagi naik hangin lah kan sebab habis rosak baju kurung kesayangan kau terkena habuk tisu tu.

Rileks. benda simple camni tak payah lah nak hangin sangat kan. Bukan benda tak boleh nak selesaikan pun. Gi je la ambil roller yang menghilangkan dust tu, roll je kat baju yang terkena habuk tu. Kan senang. Benda boleh setel, takyah gaduh weh!

Pastu bila marah kau dah reda sikit, kau cakap elok-elok kat pasangan, "Abang/Ayang, sebelum basuh check poket dulu ye. Nanti habis semua baju kena tisu." Ingat ye, cakap elok-elok. Tak yah nak tinggi suara sangat kau bukan nak bagi announcement kat perhimpunan pelajar. Korang berdua/bertiga/berempat je kat dalam rumah tu cakap bisik pun boleh dengar.

(Perhatian: Kes ini tak pernah jadi kat aku.)

Dalam kes aku, baju kesayangan aku pernah terluntur warna sebab encik suami tersayang belum tahu nak asing mana baju yang luntur, mana yang tak (sekarang dah expert, don't worry! Hahah!)

Imagine eh, baju terkena habuk tisu boleh lagi nak selesaikan. Baju kena warna luntur? Menangis mak! Tapi.. aku tak boleh nak marah.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Rileks dulu. Aku fikir positif. Dia dah sangat baik sebab tolong aku buat kerja rumah. Bukan dia sengaja. Dia tak tahu. Kalau aku tak bagitau, macam mana dia nak tahu?

As simple as that.

Jadi,

Dalam rumahtangga, tak ada yang sempurna. Kalau kau rasa ada benda yang kau tak puas hati dengan dia, luahkan. Luahkan secara elok. Masa tengah rileks-rileks kat taman ke (amboi time bercinta rajen lak gi taman. Dah kahwin ni taman pun takmo jejak?).

Lagi satu pada aku lah ek, sebagai isteri lah, kita memang kena banyak beralah. Sebab ego lelaki ni sangat tinggi. Kalau dia ego, kau pun ego, sampai bila pun tak ke mana. Pada aku, biar kan dulu, nanti dah reda baru kita slow talk. Tak guna bercakap dengan orang yang tengah marah. Serius. Anggaplah orang tengah marah tu tengah kena dirasuk syaitonirrojimmm. Kau baca sikit ayat Kursi puhh puhh kat dia. Hehe.

Well, aku pun banyak lagi benda nak belajar. Aku sendiri pun ada angin aku. Aku pun bukanlah isteri yang sempurna. Aku pun kadang-kadang termarah, terhangin, ter ter ter semua lah ter. Tapi 2 3 saat je lepas tu ok dah. Hahah!

As long kau redha, dia pun redha, insyaAllah, teruslah berjalan berdua berpimpinan tangan cewah! Kalau ada masalah, try duduk satu sudut, fikir semula saat manis sama-sama. Saat susah senang jatuh bangun sama-sama. You always be with me thru thick or thin hahah!

Pergilah bercuti. Kalau tak mampu, pergi Aeon Big shopping groceries berdua sahaja (tanpa anak-anak) pun dah cukup membahagiakan.

Tak ada yang sempurna di mata kita. Kalau rasa macam perasaan cinta tu dah berkurang, semarakkan balik. Macam mana? Kau dan dia sendiri yang tahu. Ikut cara dan kemampuan masing-masing.

Aku doakan kes penceraian dalam Malaysia ni menurun. Tak syok rr. Sian anak-anak. Aku pun seriau fikir kalau benda tu jadi, nauzubillahiminzalik! Semoga Allah pelihara kita semua dari segala malapetaka dan tipu daya syaitonirrojimm.

Aminn!

20 January 2015

Fateh Wean Off

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Lepas kena serangan asthma yang dahsyatnya hari tu, aku terpaksa bagi Fateh susu formula. Secara rasminya awal November hari tu. Sebab? Susu aku kering yang teramat. Aku pam tak sampai setengah oz. Aku memang dah kuatkan semangat. Buat segala yang mampu. Dan aku bukan jenis senang patah semangat. Tapi bila tiap kali pam rasa sakit yang amat, aku sendiri rasa tak ada susu pun mengalir, dan sampai tahap berdarah masa pam, so aku tahu, aku perlu berehat dan stop susukan Fateh.

Satu lagi sebab Fateh sentiasa tak puas hati kalau menyusu. Sampai digigitnya lahhh sebab geram susu tak kelaur. Kesian dia. Jadi, atas nasihat dan kebenaran Imam juga, aku buat keputusan, untuk bagi Fateh minum susu formula.

Mulanya kami start dengan susu kambing Wildan. Demi nak membiasakan anak dengan perisa asli, aku beli yang original, bukan perisa coklat. Alhamdulillah, Fateh suka sangat susu Wildan tu.

Bila Wildan habis, Imam belikan Mamalicious (ke Mummylicious?) pula sebab budak office dia jual. Tapi malangnya Fateh tak suka susu tu. Baru hisap 2, 3 kali, dia lempar botol jauh-jauh. Bila aku rasa susu tu, susu tu rasa manis. Spot yang tertumpah dek susu tu pun akan didatangi semut. Wildan macam rasa berlemak-lemak berkrim macam tu. Lebih kurang rasa susu ibu. Mungkin sebab tu kot Fateh tak mahu Mamalicious (@ Mummylicious).

Oleh sebab Fateh taknak susu tu, aku beli lah Dutch Lady untuk umur 1 tahun tu. Tu pun dia tak nak. Sampai pengasuh Fateh kata, "Fateh suka ambil susu Adam. Kalau Adam tak habis, dia yang habiskan." Adam, anak asuhan pengasuh Fateh tu juga, minum Dugro.

Maka, kami pun buat keputusan beli Dugro untuk Fateh. Alhamdulillah sampai sekarang Fateh sesuai dengan susu Dugro tu. Berak ok, tak cirit-birit, perut pun ok. Fateh pun minum habis 1 botol panjang tu, alhamdulillah. :)

Ada 1kali tu aku bagi Fateh minum S-26, susu sepupu aku yang baru umur 2 tahun tu. Fateh suka, tapi esoknya dia cirit-birit. Ok. So kekal aje lah dengan Dugro. Lagipun Dugro tak mahal, alhamdulillah.

Oleh sebab Fateh dah mula minum susu formula, maka aku kena pastikan diet harian Fateh cukup nutrisi seimbang. Alhamdulillah Fateh makan sayur. Sejak dia kecil memang hari-hari aku letak sayur dalam makanan dia. Sekarang, aku bagi juga 1 sudu Scott Emulsion yang warna putih tu. Semoga dia mendapat khasiat yang cukup.

So far Fateh ok minum susu formula. Cuma bila nak tidur tu, dia masih nak menempel kat aku. Dan kalau tengah baring minum susu pun nak aku baring sama kat sebelah dia. Ingatkan lepas minum susu botol ni, boleh lah free sikit bergerak. Rupanya tak! Sama je lah macam aku susukan dia, cuma kali ni botol yang suapkan. Aku? Kena peluk Fateh sambil dia menyusu.

-____-"


14 October 2014

Masuk Wad Sebab Asthma

Mana nak start eh? Aku masih dalam hospital ni. Bosan sorang-sorang ni. Meh lah aku update blog untuk tatapan korang semua.

Ekekekeke.

Lepas kes dalam entri lepas, aku pergi pejabat macam biasa. Hari Isnin cuti ganti raya haji, hari selasa aku still boleh control tapi malam tu pergi juga emergency PPUKM, hari rabu aku dah nak putus nyawa. Aku diskus dengan boss. Boss bagi aku ambil leave seminggu. Bagi aku sihat dulu.

Hari Khamis.

Pagi tu aku rasa macam elok je lepas ambil inhaler tiap 4 jam. Tapi dalam pukul 10 pagi camtu, aku dah start sesak dada balik. Tercungap-cungap, ketat sangat rasa kat dada. Aku nak pergi hospital. Tapi kat rumah aku sorang je, dan kereta yang ada, manual. Allah.. boleh ke aku nak drive manual dengan keadaan camni? Aku Whatsapp kawan-kawan yang aku terfikir ada dekat dengan area rumah. Alhamdulillah. Kak Ati ada kat rumah mak dia kat Keramat tu! Kalau dia takde aku dah terfikir nak call teksi. Imam site jauh pula hari tu.

Tak sampai 10 minit, Kak Ati pun sampai. Alhamdulillah. Within 4 minutes je sebenarnya. Aku tak tau berapa Kak Ati pecut dari rumah mak dia. Haha!

Kak Ati pun pecut ke Pusrawi. Sampai Pusrawi, takde tunggu-tunggu, terus bagi neb satuuuu!
Lepas neb tu, doktor check, doktor ni suka buat muka risau tau. Dia terus bawa kes aku ke pakar respirotari (eh betul ke?) sebab dalam seminggu dah berkali-kali kena attack. Dan dia kata lepas neb pun nafas aku tersekat-sekat. Bunyi macam ketat dan sesak.

Petang tu gigih lah aku bersendirian jumpa pakar Dr. Fazilah. Kak Ati dah balik. Sian lak dia takkan nak tunggu aku lama-lama. Takpe aku kan kuat gagah perkasa. Dr. Fazilah check dan kata, saluran pernafasan awak dah bengkak sangat ni. Asthma awak menyerang semula. Awak masuk wad dulu, sebab saya nak bagi neb tiap 4 jam, antibiotik, injection blablablabla...

Aku dah macam oihhh takkan sampai tahap masuk wad? Masa kecik-kecik dulu takde lah sampai kena tahan wad kot.

Aku dah blur sorang-sorang kat situ. Dah lah datang hospital sorang-sorang sehelai sepinggang. Bawa phone dengan purse je alih-alih kena masuk wad.

First time laa register wad sendiri, sign sendiri, gi masuk bilik sendiri. Aku call Imam. Nanti lepas kerja dia datang. Aku minta bilik single. Senang nak susukan Fateh. Dan boleh bawa satu kampung bermalam sama.

Maka bermulalah hidup aku di wad Pusrawi.. sampai hari ni tak keluar lagi. Imam gi kerja macam biasa. Fateh masih dihantar ke babysitter macam biasa. Duduklah aku sorang sampai Imam balik kerja. Doktor kata progress aku a bit slow. Lagipun saluran pernafasan aku memang dah sempit sungguh masa aku datang 1st day tu. Tunggu waktu je kalau lambat   -____-"

Dan sampai hari ni pun aku masih rasa sesak dan sempit masa bernafas. Tiap-tiap malam aku terduduk, minta nyawa. Allah.. aku minta kesabaran. Dan sabarkanlah hati-hati orang sekeliling aku.

Aminnn...

15 August 2014

Menyusu boleh kuruskan badan?

Dulu pernah terbaca, antara tips kuruskan badan selepas bersalin adalah menyusukan anak sepenuhnya. Dalam fikiran aku, ye lah kot? Baby tarik semua lemak-lemak mak dia.

Tapi jangan silap letak niat. Hahah. Kang ada yang pasang niat nak menyusukan anak sebab nak kurus. Salah niat tu.

Bulan pertama mengandung berat aku naik mendadak. Dari 59kg terus naik sampai 65kg. Masa tu nurse dah bising sebab baru sebulan dua dah naik 6kg. Aku pun dah risau. Kalau 3kg sebulan, imagine berat aku masa mengandung 9 bulan? Hahah. Tapi tak ada lah teruk sangat. Last day sebelum bersalin tu berat aku 72kg. Hahah. Berat kan.

Lepas Fateh keluar, hampir 10kg pun keluar sama walaupun berat Fateh 2.94kg je. Hari pertama pantang berat aku turun mendadak jadi 62kg. Aahhh.. seronok rasanya.

Tapi lepas tu berat aku maintain gitu je. Tak turun tak naik. Mak-mak kata tunggu sampai anak dah melasak, rasai perubahannya.

Terbukti, di saat Fateh berumur 1 tahun 2 bulan ni, berat aku adalah...

...

...

....

...

.....


......









.

.

.....

51 kg uollsss!

Aku tak tahulah ni berat aku zaman bila. Kalah zaman belajar kat UTM. Rasanya ni berat masa form 2.

Hahahahaha dan memang ramai yang tegur, dah kuruslah sekarang. Tapi takde lah obvious sangat sebab aku still pakai baju masa 62kg tu. Tak ada kerja nak beli baju baru -_-"

Aku tak diet. Serius. Orang-orang yang kenal aku tau betapa aku ni pencinta makanan. Dan aku makan macam monster.

Apa komen Imam?

"Yang, jom kita gi Darussyifa'. Ada something wrong ni..."

-_-"

06 August 2014

Zionis Israel dan Boikot

Aku memang penggemar McD. Tapi aku suka makan burger yang limited macam prosperity @ GCB. Sampai tahap boleh nangis laaa kalau terlepas salah satu walaupun ada je tetiap tahun burger tu.

Aku tahu dah lama kempen boikot McD ni sebenarnya. Sejak zaman kat UTM lagi aku tahu pasal boikot McD ni. Tapi aku buat endah tak endah.

Sebab masa tu kekurangan pendedahan. Ataupun mungkin lebih kepada tak ambil tahu. Aku tak tahu apa kaitan McD, Zionis dan Palestin. Teruk betul aku ni.

Tapi sejak bulan puasa hari tu, aku dah semakin sedar keperluan boikot ni. Aku rasa sedih kalau lalu depan McD dan membayangkan dana disalurkan kepada zionis untuk serang Palestin.

Aku berusaha boikot McD. Susah juga mula-mula tapi aku fikir bukan mati pun tak makan McD. Dan boleh juga jadi langkah berjimat-cermat sebab burger McD pun tak ada lah murah sangat.

Tadi aku baru install satu apps dari Google Play. Nama dia Buycott. Ni sebab Dr Halina yang promote.

Lepas install apps ni, pilih kempen-kempen berkaitan yang nak diboikot.

Apa fungsi apps ni?

Lepas pilih kempen apa yang kita nak, apps ni akan tunjuk box untuk scan barcode. Kita boleh scan barcode apa aje produk, dan dia akan bagitau produk ni related ke tak dengan kempen boikot yang kita join tu.

Lepas ni mudah lah nak boikot ni. Mudahlah nak shopping. Scan saje barcode.

Harap apps ni membantu korang-korang yang join boikot.

#savegaza

30 June 2014

Hargailah orang yang kita sayang.

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Aku jaranglah kan.. jarang ke tak pernah.. jarang cerita pasal kawan-kawan yang rapat dengan aku dalam blog aku ni kan. Mungkin sebab aku rasa setiap orang sangat special dengan karakter masing-masing, jadi kalau sorang dua je yang aku cerita dalam blog ni, aku rasa aku bersikap sedikit tak adil. Nak cerita semua pun aku jarang lah hai rajin nak update blog kan. Mau sorang setahun je yang aku ceritakan.

Pagi ni aku diarrhea plus muntah-muntah. Aku tak tahu lah aku mengandung ke tak. Nanti-nanti lah kita cerita yea? Sebab sekarang aku nak cerita pasal sorang kawan, sahabat, teman, kakak yang baik di sisi aku.

Kakak yang sorang ni aku kenal dia masa aku mula-mula masuk kerja kat Geoinfo. First company aku tu. Dan dia lah antara orang yang kira paling rapat dengan aku kat sana. Dia lah antara orang yang terawal tegur aku masa aku baru masuk company tu.

Masa tu kat surau...
"Nama siapa? Baru masuk eh?"

"Saya Nadia. Haah, baru masuk.."

"Ooo.. Saya Syaf." Senyum.

Lama pastu baru aku tahu dia ni pangkat kakak. Tiga tahun lagi tua dari aku.

Dia satu-satunya manusia yang suka eja nama aku Nadya. Sekarang ni dia suka pulak panggil aku Nelydia. Heh, bukan sebab aku dan Nelydia tu serupa, tapi sebab dia rasa Nadya & Nelydia tu sama je nak taip dalam Whatsapp.

-_-"

Dia baru lepas bersalin minggu lepas. Comel. Baby boy.

Dia bersalin emergency c-sect. Sebab heartbeat baby dah tak menentu. Lepas tu dapat tahu dia kena denggi rupanya.

Dan sekarang, dia masih di hospital. Baru dipindahkan ke High Dependency Unit (HDU).

Lepas balik dari klinik tadi, aku gegas ke hospital. Tak nak terlepas waktu melawat kononnya. Waktu melawat kan 12-2pm sajoh.

Aku sempat beli anggur hitam. Sebab ada kawan aku bekas nurse kata anggur hitam baik untuk orang yang kena denggi.

Aku sampai hospital agak lewat. Dekat pukul 1.50. Orang sakit melawat orang sakit. Aku naik ke wad. Guard tak bagi aku masuk. Sebab katanya patient nak dibawa pergi scan.

"Tapi adik tunggu jap kat luar. Saya tanya dulu boleh masuk melawat lagi ke tak."

Dalam hati aku berdoa, bolehlah.. bolehlah.. kalau tak, terpaksa lah aku datang petang karang.

"Ok, adik boleh masuk, tapi sekejap aje, ok?"

Alhamdulillah, masyaAllah! Terima kasih, Allah.. bagi aku peluang ni.

Sampai kat katil Kak Syaf, aku tahan sebak je. Kontrol air mata. Aku tahu aku tak boleh menangis. Kalau aku menangis sure dia tak mahu kongsi apa-apa rahsia dah dengan aku lepas ni.

Dengan entah wayar apa berselirat kat sekeliling dia, tiub ape entah tu yang letak kat hidung tu, mesin 3, 4 biji, satu paket darah tengah on the way masuk dalam badan dia, hati mana tak sedih!

Aku salam, cium tangan dia. Lemahnya dia! First time aku tengok dia macam tu. Dia ni seorang yang lasak, yang ceria, happy-go-lucky, ada masalah pun macam tak ada masalah, tapi hari ni, semua tu aku tak nampak. Dia terbaring, lesu.

"Ni apa semua ni wayar-wayar, tiub-tiub semua ni? Apsal diorang letak semua ni?"

"Entah. Ni air.. ni antibiotik, ni darah.."

"Eii apsal banyak sangat mesin ni. Serabut.."

Dia senyum. "Entah. Kak Syaf nampak macam kritikal ke?"

"Entah, sihat je Nadia tengok." Aku cuba ubah mood. Tak mau mood sedih-sedih. Dia pun tahu perangai aku.

"Kita kat HDW ni. Sama macam ICU kan?"

Aku angguk. "Lebih kurang. Low class sikit dari ICU." Aku dah tak mampu nak bergurau apa lagi. Mood serius datang, "akak.. doktor cakap apa.. serius sangat ke? Apsal diorang bawa akak masuk wad ni? Apsal tak wad biasa je. Apa sebenarnya yang berlaku..."

"Entah.. doktor cakap kat Fazran, 50-50. Sebab darah tak berhenti 18 jam." Fazran tu suami dia.

Apa? 50-50? Aku tak salah dengar kan? Malas nak ambil port. Tukar topik lagi. "Kak Syaf ada tv sendiri? Waa bestnya.. siap ada cd. Macam mana akak nak pasang cd tu, bukannya akak boleh bergerak ke sana pun.."

"Tu.. suruh nurse pasangkan."

Seorang patient dijaga seorang nurse.

Kenapa ni? Teruk sangat ke? Kenapa dengan Kak Syaf? Apa yang berlaku sebenarnya? Apa komplikasinya? Soalan-soalan ni yang bermain dalam fikiran aku. Sama macam masa Fateh mula-mula masuk wad dulu.

Kenapa

Kenapa

Kenapa...

Sebelum air mata aku menitik, baik aku keluar cepat-cepat.

"Ok, Kak Syaf.. Nadia balik dulu. Apa-apa hal bagitau eh?"

"Nantilah Kak Syaf cerita."

"Make sure akak sihat dulu!"

Dalam kereta aku dah hambur tangis habis-habisan. Seorang yang aku sayang, yang rapat dengan aku, sekarang ni terbaring lemah tak berdaya macam tu.

Pause.

Aku nak kesat air mata.

Aku tak nak fikir yang bukan-bukan. Hari baik bulan baik, seeloknya aku panjatkan doa untuk dia. Makruh nangis-nangis time puasa ni.

Kak Syaf, kalau Kak Syaf dapat baca blog Nadia ni kat hospital tu, Nadia sayang akak sangat-sangat. Nadia tau akak kuat, tak payah cakap pun, Nadia tau akak memang kuat. Fazran perlukan akak, Ukashah pun.

Nadia sayang Kak Syaf...

Nadia tahu Kak Syaf tak minat Siti Nurhaliza tapi tak kira lah nak letak juga lagu ni,


Jom kita sama-sama tembak doa untuk Kak Syaf.

Thanks korang!

Mwah!






02 May 2014

Degree in Housewifing - Kenapa tiba-tiba aku berhenti kerja dulu?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

Gahhh.. Encik Tuan kata aku ni skema sangat. So let us don't be too skema. Start now onward.

Macam dalam entri aku yang ini konon kata aku dah bulat hati tekad gila-gila punya letak jawatan dan vahhhh, jadi surirumah, jaga anak, dan... bisnes.

Tiba-tiba je now aku kat office. Dah bakpenya aku duduk kat office ni menengok laptop ni?

Dah cancel ambil Degree in Housewifing?

Actually it is not. Degree in Housewifing still cita-cita aku. Ahh sebenarnya aku nak terjun masuk bisnes. Dulu, dulu lah, bisnes laaa benda paling aku benci. Hari usahawan kat sekolah tu, aku lah orang paling last nak bagi idea. Tup tup tetibe jek sekarang aku nak bisnes?

Husband aku yang banyak bagi galakkan. Eh, ke ejanya galakan? Fail BM! Sebab, aku tak sihat. Selalu pergi hospital. Lepas tu aku jenis tak boleh tengok anak aku sakit, aku yang terlebih meroyan. Ahh bukan aku je. Mana-mana mak pun sama. Tapi aku kes sampai tak boleh buat kerja kat office kalau anak aku sakit. Dan aku nak cuti balik rumah jaga anak aku.

Aku tak tahu lah orang lain macam mana.

Tempat kerja lama aku tu tak boleh nak tolerate dengan hal-hal macam ni. Yelah, aku masuk kerja pun betul-betul lepas pantang. Anak masih baby, letak kat nurseri, macam-macam jadi. Demam batuk selsema, masuk wad semua lah! Sepanjang 7 bulan aku kerja kat previous company tu, tiap bulan anak aku demam, hampir tiap hari batuk selsema, dua kali masuk wad. Dan gila tak gila, masa Fateh dalam wad, aku-pergi-kerja-dari-hospital-hoi! Encik Tuan yang jaga Fateh. Hospital jadi rumah aku masa tu. Aku bersiap kat hospital, dan zazzzz pergi kerja, dari hospital. Sampai nurse tegur, "pergi kerja ye, kak?" Aku tak boleh terima keadaan macam ni.

Itu pun boss kata aku macam-macam. Attitude tak bagus katanya. Asyik cuti. Siap tanya, "mak Nadia tak boleh tolong jaga Fateh ke? Akak dulu masa anak akak sakit, mak mertua akak yang jaga. Tak pun husband akak..."

Ek? Tu anak aku. Takkan masa dia sakit mak aku yang jaga. Oihhh, beranak pandai, jaga tak pandai? Dan, sorry to say, apa jenis mak, apa jenis isteri, yang suruh suami yang jaga anak? Dan-kau-pergi-kerja? Siapa yang patut cari nafkah sekarang?

Kalau bergilir tu aku boleh terima lagi.

Aku stress.

Jiwa kacau aku duduk kat sana.

"Work performance Nadia memang tip top. Cuma akak tak boleh terima Nadia selalu cuti..."

Entahlah. As a boss, aku rasa dia should tolong staff dia overcome masalah. Bukan menambah masalah. Aku dah minta laptop untuk aku buat kerja dari rumah tapi dia tak bagi. Katanya, "tak apa.. ok je.. Nadia jaga lah Fateh dulu.."

Tapi belakang-belakang tetiba nak fired aku.

Ingat aku tak tau?

Dah lah, tetiba aku ngumpat pepagi jumaat yang barakah ni.

Tak pasal-pasal.

Aku sebenarnya tengah polish skill kurang skema aku.

So, aku mulakan dari blog.

Dan aku rasa aku dah lari tajuk. Eh, ke tak?


Salam sayang,
Nadia

p/s: jemput like page aku kat FB, Kedai Nadim
      akuu jual kain cotton rege RM49. serius tak tipu.





10 May 2013

Selepas PRU-13

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

yaaa.. saya ada hutang entri tentang pap smear. nanti saya tuliskan, ok?

PRU baru lepas. dan ini kali pertama saya mengundi. kawasan Parlimen Titiwangsa. lepas PRU ni macam-macam orang share kat facebook.

1. pasal blackout yang tidak diketahui kebenarannya. ada yang kata memang blackout, ada yang kata tidak. takkan tak ada pemerhati bagi kedua belah parti di tempat kejadian? dan masakan pokok bergoyang kalau tiada angin?

2. kenaikan harga barang? katanya roti gardenia dah naik 30 sen. dari RM2.10 ke RM2.40. tapi seingat saya memang dah lama harga roti gardenia tu RM2.40. pelik.

tak perlulah share kalau kita tak pasti kesahihan berita tu. kita ni suka bebenor menyebar fitnah.

3. himpunan suara rakyat suara keramat yang membuatkan agak ramai penduduk lembah klang yang tak menyertai (yang tak berapa nak menyokong PR) menyumpah seranah sebab sangkut dalam jem lebih dari 2 jam.



dulu, dulu masa zaman universiti, saya menyebelahi pihak Evolusi Mahasiswa. ahh senang cerita, pihak Barisan Nasional. sejak join macam-macam di zaman tu, saya mula nampak sedikit demi sedikit kepincangan dalam 'barisan' yang saya sertai. terlalu banyak agenda sulit lagi menyulitkan. terlalu banyak konspirasi.

di pihak lawan atau pihak 'pembangkang' katanya, pun ada agenda mereka sendiri. penuh dengan konspirasi dan strategi sulit. ah, senang cerita, mereka pun sama.

itu rumusan saya secara rambang.

lepas habis zaman universiti, zaman bekerja, saya tidak menjadi penyokong kuat mana-mana pihak. dalam fikiran saya, masing-masing membawa agenda masing-masing. tapi sebagai rakyat, saya berhak memilih pihak mana yang menawarkan lebih keuntungan kepada rakyat.

rakyat sepatutnya bebas memilih tanpa ada sebarang sekatan. kalau anda rasa janji di pihak sana lebih meyakinkan dari pihak satu lagi, sila pilih. masing-masing ada pandangan sendiri, tak perlu gaduh.

pada saya, saya inginkan sesuatu yang bersifat long term, ada keuntungan jangka panjang. saya ni kategori dhaif bandar. maaf, guna perkataan dhaif. terlalu hiperbola, mungkin? tapi ini hakikat.

jangan pandang masyarakat bandar itu 'mewah'. kos sara hidup yang terlalu tinggi amat menekan.

saya ada baca satu pos dalam facebook. katanya lebih kurang begini, "orang-orang bandar, kalau tak mampu beli Audi, tak payah lah nak beli. tak mampu, buat cara tak mampu. kalau dah gaji RM1000 je sebulan, naiklah bas pergi kerja. tak payah nak beli kereta."

nampak sangat tak matangnya. atau adik ni tak pernah tinggal di KL?

dik, hatta beli kereta paling murah sekalipun, viva misalnya, masih berhutang hampir RM500 sebulan. dan, dengan jaringan pengangkutan awam yang sangat teruk di KL ni, mungkinkah semua orang mampu sampai ke tempat kerja hanya dengan pengangkutan awam? kereta atau motor dah jadi satu keperluan, bukan lagi sekadar kehendak.

katanya lagi, "bersyukurlah kerajaan dah bagi BR1M etc etc etc, apa lagi yang kamu semua mahukan?"
dik, saya ni tak dapat pun peruntukan BR1M tu. 'kaya' sangat kata mereka yang pada hakikatnya miskin bandar. dan, tak tau lah kot adik guna beras secawan je seminggu yang boleh tahan 10kg untuk setahun.

analoginya, rumah saya kena rompak dan hilang RM1000. mujur si perompak berbaik hati meninggalkan RM5 untuk saya.

bersyukurlah, kata saya...


02 October 2012

Isteri Eksekutif, Suami Juruteknik

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

tajuk tu kontrovesi ke? tak kan?

tajuk tu adalah situasi normal sekarang ini. ya, normal.

kenapa?

kebanyakan institusi pengajian tinggi hari ini didominasi oleh kaum wanita, terutama lepasan ijazah sarjana muda. jadi majoriti mereka yang berkelulusan ijazah sarjana muda selalunya berpangkat eksekutif.

situasi di atas terjadi kepada saya sendiri. suami berpangkat juruteknik, saya berjawatan eksekutif.

kalau dari segi logik kira-kira, dah tentu isteri adalah penyumbang terbanyak dalam ekonomi keluarga lantaran jawatan isteri lebih tinggi dari suami.

ya, saya akui juga hal ini.

dan dari segi logik pemikiran, nampak macam isteri mendominasi rumahtangga atau 'queen control'.

sebab berdasarkan logik kira-kira, ekonomi tinggi = berkuasa.

yang ini saya tak boleh kata, ya.

hal macam ni terpulang kepada suami isteri tu sendiri.

isteri kena faham yang dia adalah isteri. macam mana sekali pun dia adalah tanggungjawab suami. dan macam mana sekali pun dia perlu patuh dan taat kepada suami selagi tak melanggar syariat.

suami pun kena faham, sekalipun isteri berjawatan lebih tinggi, mempunyai sumber kewangan yang lebih tinggi dari suami, segala nafkah adalah tanggungjawab suami.

saling bekerjasama, itu hakikat sekarang. kehidupan sekarang tak cukup jika hanya suami bekerja dan isteri duduk di rumah.

tapi tak juga.

ada juga kawan-kawan saya yang mampu duduk di rumah dan hanya suami yang bekerja.

tahniah anda mampu menjawat jawatan surirumah. (saya sangat teringin jawatan ni).

tapi tidak bagi kami.

jadi bila keadaan ekonomi meruncing macam ni, kami perlu bekerjasama. kami sama-sama cari duit untuk penuhi keperluan kami.

bila dah sama-sama bekerja, tugasan rumah yang dulu didominasi wanita, kini perlu dilakukan bersama juga.

habis tu takkan isteri penat-penat balik kerja terus ke dapur sementelah suami yang pun sama penat balik kerja duduk rehat depan tv atau komputer?

lepas makan malam sambung pula dengan mengemas, membasuh, menggosok, mencuci, menjaga anak segala, sementelah suami sambung 'gam' mata depan tv atau komputer?

dan isteri, jangan kerana anda mendominasi ekonomi keluarga maka anda rasa anda 'berkuasa'? tak.

di pejabat mungkin anda ketua. tapi macam mana pun suami wajib ditaati. semat kemas-kemas dalam kepala.

suami yang berhadapan dengan situasi macam ni adalah suami yang kuat. kuat kerana mampu kawal isteri beliau dengan baik walau tinggi mana pun isteri beliau, mampu menjadi ketua yang baik, mampu jadi inspirasi untuk isteri dan anak-anak.

jadi lelaki, jangan jadi penakut, jangan jadi pengecut. ingat, tanggungjawab keluarga, nafkah zahir batin, keselamatan, perlindungan, dan segala yang berkaitan masih menjadi tanggungjawab anda walau tinggi mana pun pangkat isteri anda.

dan wanita, sentiasa rendah hati, rendah diri di hadapan suami. beliaulah yang akan bertanggungjawab ke atas anda.

:)


30 August 2012

4 Months of Joy and more

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::


happy 4th monthersary, dear husband! eh eh ada ke monthersary. hee~

tadi pagi kan, ada letak note kat dinding yang menghadap katil kami. tapi tapi tapi beliau tak perasan :'( harap balik kerja nanti beliau perasanlah hendaknya. hendaknya. haraplah. macam mana beliau boleh tak perasan note tu sedangkan note tu betul-betul located bawah jam dinding. nampak sangat tak tengok jam masa bangun tidur. tau tau aje bini dia dah kejut. hisy.

4 months of happiness, joy, tears, laugh, and more to share. there are lottttttttttttttttt of unexpected things happen in marriage. you'll never ever expected. yup. this is a comparison. ke saya je yang berangan macam ni?

seorang gadis yang berangan-angan membayangkan perkahwinan adalah indah-indah belaka. bangun pagi merenung wajah suami ececeh kemudian dengan penuh senyuman sediakan sarapan untuk suami kemudian mandi dan berhias untuk suami kemudian kejut suami dan suami bangun lalu mencium pipi isteri lalu mandi kemudian solat subuh berjemaah kemudian kemudian kemudian makan bersama sambil suap menyuap lalu main buih sabun cuci pinggan lalu sama-sama kena mop lantai. pffttt.

tapi sebenarnya bangun pagi-pagi tengok jam dulu alamak dah pukul 5.30 tak sempat nak buat breakfast nanti lalu mandi tergesa-gesa lalu terus ke dapur dan tung tang ting tong bersilat kat dapur dan kejut suami dan kejut dan kejut dan kejut lalu siap-siap ke pejabat, solat, kemas bilik dan prepare untuk makan dan makan cepat-cepat dan yah, keluar pergi kerja.

pelik saya bangun seawal jam 5.30 pagi walau pergi keluar rumah jam 8.00 pagi?

sebab tiba-tiba beliau minta makan nasi setiap pagi mulai cuti lepas raya hari tu.

ye makan nasi, berlauk.

mungkin sebab beliau nampak saya mampu buat begitu di bulan ramadhan. masak lauk untuk bersahur sebab ya, sangat best makan lauk yang panas-panas. maka beliau minta benda yang sama sekarang ni. lebih kenyang dan tak perlu lunch di pejabat kata beliau.

tapi jangan takut ye semua anak gadis. jangan takut nak berkahwin bila baca realiti ni. segala yang kita buat dengan ikhlas dan penuh senyuman insyaAllah dapat ganjarannya nanti.

sebagai suami, beliau pun faham isteri beliau ni bangun awal-awal pagi maka lepas pulang dari kerja di petang hari, beliau lah yang akan basuh baju, sidai, angkat, sapu, mop, basuh pinggan, kemas rumah, kemas dapur dan saya? terus tidur lepas isya'. ngee~

dan pagi tadi bangun saya ternampak handphone saya sedang bercaj. haruslah beliau yang tolong caj kan. what a lucky wife ngehehe.

jadi,

pokok pangkalnya,

marriage taught me : to be patient

and be tolerant with your spouse.


love him till jannah insyaAllah.


baru 4 bulan (:



16 August 2012

Raya ni Balik Mana?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sebelum ni kan, memang tiap-tiap tahun beraya di KL.

memang dah 24 kali lah beraya di KL ni.

agak janggal masa salam-salam staf office tadi, mereka bertanya, "tahun ni raya mana?"

mulanya rasa macam, eh eh kenapa korang tanya? bukan korang tahu ke kampung saya kat KL?

diam sekejap.

"oh, tahun ni raya KL dulu. 2nd day raya baru balik sungkai."

lupa, dah kahwin. haruslah perlu menetapkan giliran pulang beraya. tehee~ patutlah mereka tanya tahun ni raya mana.

tapi malam tadi tiba-tiba encik suami hiba pula, "rasa janggal pula tak balik kampung raya tahun ni. sedih."

alahai~ padahal beliau yang decide tahun ni beraya di KL. saya tak provok pun. "abang, KL ni kampung abang juga." hehe. konon pujuklah tu?

semalam lepas terawih buat benda ni,


biskut bear!

resepi sebenarnya biskut susu. ya, guna susu tepung. melambak stok susu tepung kat rak dapur tu tak tau bila nak habis minumnya. suami bukan minum pun.

bila dah siap adunan, duk fikir, nak guna acuan bentuk apa, ya?

since nama dia biskut susu, rasa susu, susu dan kanak-kanak amatlah sinonim. maka saya pilih acuan bentuk bear. lebih dekat di hati kanak-kanak.



smile! haha. pembuat kuih tegar mesti tau kenapa tiba-tiba ada satu biskut bentuk smile.

tu namanya adunan dah habis, dah tak cukup untuk dicetak, maka mudahnya buat bentuk bulat saje lah.


tak cukup ni biskut-biskut nak bawa ke KL dan sungkai. ceh, bawa lah sangat ke KL tu. macam jauh je rumah ibu padahal tak sampai setengah jam.

selamat pulang ke kampung, ye kawan-kawan!

raya kedua jumpa di kampung (ado ko orang kampung di sungkai baca blog saya ni?)


bai!

hati-hati.


drive safely.


dari,
nadia ^_^  &  imam  =)~


10 August 2012

Adopted Children

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

korang-korang semua dah tengok iklan ni?


first tengok, tangisan berjurai-jurai. cuba sedaya-upaya nak tahan. tapi tak boleh tahan. biarlah kat office pun, peduli.

second time tengok, masih menangis.

dah cukup. tak mahu tengok dah.

nanti menangis lagi.

hati jadi sayu. barulah terasa perasaan kanak-kanak macam ni.

kemudian ternampak berita tentang anak-anak yatim yang ditinggalkan di surau di area puchong.

terus call encik suami.

"jom pergi puchong."

"buat apa?"

"ada anak-anak yatim kena tinggal. kesian, bang. ada 18 orang.."

"ramainya! tapi apa yang kita boleh buat dengan budak-budak tu?"

diam. "emm, nak ambil anak angkat pun, nampaknya budak-budak tu macam dah besar-besar. kalau nak ambil anak angkat, biarlah boleh disusukan."

"sayang, kita baru 3 bulan kahwin. sabar, ye?"

diam lagi. saya teringin sangat nak jaga mereka.

bukan sebab saya belum mengandung lagi maka saya nak ambil anak angkat. tak. tak. tapi sebab hati saya tersentuh sangat. siapa nak jaga budak-budak tu? apa nasib diorang? kalau diorang tak dapat pendidikan yang baik, apa akan jadi dengan diorang nanti?

tapi saya pun bukanlah di tahap golongan yang berada yang mampu nak sediakan kemudahan untuk budak-budak tu.

suami kata lagi, "kita nak bagi makan apa, yang.. budak seramai tu. makan kita pun cukup-cukup bulan-bulan.."

saya sedih. saya nak tolong. tapi tak tahu cara. tak terfikir cara. saya hanya mampu berdoa. lemahnya saya!

bila sembang dengan rakan sepejabat, "jom lah kita buka tadika. atau nurseri. atau apa sahaja yang seangkatan. boleh jaga budak-budak tu."

"nak jaga seramai tu masih perlukan kos. makan minum sekolah."

kami diam. kenapa kami rasa terhalang di situ?

macam mana saya nak tolong mereka?


T____T



07 August 2012

Mertua vs Menantu

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

mula-mula nak asah vocab.

apa beza mertua dan mentua?

sebenarnya saya pun tak tahu. tapi orang akan kata ibu mertuaku dari ibu mentuaku, kan?

ibu mertua adalah nightmare bagi setiap anak-anak gadis.

eh eh maksud saya, setiap anak-anak gadis mesti wondering, macam mana ke rupa ibu mertuaku nanti? garangkah? baik kah? atau bercekak pinggang di dapur melihat menantu perempuan dia memasak?

cakap pasal masak, air tangan isteri tak mungkin sama dengan air tangan ibu suami kita. ceh~

tengok, kenapa semua gambaran negatif? salahkan filem ibu mertuaku. eh eh tapi filem zaman p.ramlee tu, mak yang perempuan yang agak ganas sikit.

baca entri dari blog si jimat ni.

saya dulu pun macam tu. berharap tak ada ibu mertua. takut! saya pun tak faham kenapa perasaan tu lahir macam tu. walhal seorang ibu tu haruslah hatinya selembut ibu saya sendiri, bukan? tapi tak pernah terfikir pun. dalam fikiran ni, ibu mertua tu seorang yang garang, yang sentiasa nak menilai menantu perempuan dia. macam mana 'hasil kerja' menantu perempuan. pandai masak ke tak, pandai mengemas ke tak, pandai jaga anak dia ke tak?

sekali lagi, seorang isteri tak mungkin sama dengan ibu suami kita.

bila berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan lain yang dah berkahwin, sebenarnya macam-macam sikap ibu mertua ni.

ada yang relax sahaja.

ada yang ibu mertua baikkkkk sangat sampai semua benda pun tak bagi menantu buat.

tak kurang juga yang kurang boleh berkomunikasi dengan ibu mertua. kadang sebab masalah bahasa (kalau dah menantu orang sabah, ibu mertua pula berbahasa kelantan pekat, memang susah sikit lah, kan?), kadang sebab masalah percanggahan pendapat.

pada saya, pertama sekali, anggap ibu mertua macam ibu kita sendiri. ye, mana mungkin ibu mertua sama dengan ibu sendiri. (sob sob i miss my ibu T____T) sebab ibu sendiri tu dah berpuluh tahun jaga kita. takkan sama.

kedua, cuba banyakkan bersembang dengan dia. korek dari suami, segalanya tentang ibu beliau. apa yang pernah berlaku sepanjang hidup dia, apa minat dia. benda-benda macam ni boleh jadi bahan untuk bersembang.

ketiga, RAJIN MASAK. fuh. tulisan huruf besar? saya akui pertama kali ke rumah ibu mertua, saya hanya TIDUR. haha. gila ke tak saya tak tahulah tapi kan, tu ibu mertua saya yang suruh. lagipun masa tu kami sampai di kampung dah malam. mak dah siap masak untuk kami teheee lepas makan, tidur. bukan nak tolong basuh pinggan ke hape kan? lepas tu esok pagi terus balik KL. sungguh tak senonoh. mak tak bagi. serius. mak tak bagi saya turun dapur masa tu.

oh bakal pengantin perempuan, sila jangan amalkan perkara di atas tu, ok?

cakap pasal masak, balik kampung lepas tu saya dah start masuk dapur. memang saya lah yang tolong mak sampai tahap saya cakap, "mak duduklah kat atas, biar nadia masak" ewah ewah kat rumah sendiri ado ko perangai gitu? nehi nehi. kat rumah sendiri, ibu direct suruh saya masak je. tak yah nak basa-basi.

sampai ayah mertua sound suami, "angah, nanti kat rumah, tolong nadia memasak, tau?"

haha tak memasal.

masa mak ada di KL dan duduk di rumah saya beberapa hari, memang saya suruh mak relax je tengok tv. masa nak balik, mak siap minta bekalkan masakan saya. eh. eh. malu lah pula.

nyampah

tapi, tak semua orang bernasib baik macam saya. anak-anak perempuan mak pun kata, "sekarang ni mak ada kak nadia. kita ni siapalah, kan..." saya tahu diorang bergurau. tapi kadang betul juga apa diorang kata. segan pula saya dibuatnya. kata suami, "mak memang macam tu. kalau dah sayang, sayang sangat."

pasal memasak ni juga, anak-anak gadis sekelian tak perlu risau tak pandai masak. gugel kan ada? gugel sahaja resepi macam-macam ada. buku resepi pun melambak. tinggal nak tak nak try sahaja.

kepada kawan-kawan yang masih berkonflik dengan ibu mertua, kalau kita susah nak lembutkan hati dia, lembutkanlah hati kita sendiri. bisikkan dalam hati, itulah mak, ibu, yang melahirkan, menjaga, mendidik suami kita, sampai jadi suami yang terbaik untuk kita.

lama-lama insyaAllah lembut lah hati ibu tu. ibu, kan?

:)

heh. betul, kan?



ibu mertuaku



^_^v

08 February 2012

Your Ex? Forget It!

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

hai sayangsss!

terlalu ramainya kesayangan hati sampai kena letak 'sss' di situ. 3,4 kali dengar macam bunyi ular pun ada.

dear blog, kebizian lately ni amat membataskan waktu untuk kita bersama. curahan idea yang ibarat coklat mencurah-curah ke ladang gandum pun jadi terbejat. ye, terbejat. vocabulary baru untuk hari ni. ke uolls~ semua dah tau maksud terbejat ni, nadia sorang je baru nak guna? sad life.

ya, dah makin ramai kata, "blog nadia dah bosan sekarang."

serius nadia pun akui sangatlah bosan bila tengok blog sendiri. ke memang selama ni bosan tapi nadia yang tak sedar diri? haha.

well, siapa kat sini yang mempunyai ex? ex-buayafriend ke, ex-gelifriend ke.. *ni ayat dapat dari buku 'Aku Terima Nikahnya' by Ustaz Hasrizal*

takde?

jangan duk mbohong. sekilas air di kolam, ku tahu jantan betinanya. eh, sekilas ikan di kolam ku tahu jantan betinanya.

apa yang uolls~ buat untuk lupakan ex-ex uolls~ tu? cewah, ex-ex. da boleh buat koleksi album juara lagu.

tak dinafikan nadia pun ramai ex. hah, mulalah tu nak tuduh playgirl. -_-"

tak tak. tak playgirl pun. nasib tak baik aje. sad life.

meh sini nak kongsi tips sikit. eceh tips lah sangat.

First of all,
sila delete segala jenis mesej atau MMS si ex dalam telefon anda.
fuhh. kalau dah sayang, mesej dulu pun dibelek-belek, diulang baca, diimbau kenangan manis kau dan aku takkan terluput. memanglah tak terluput selagi uolls~ keep ulang baca hampir every second kan? ace try buang semua tu. kalau tak sanggup, minta tolong kawan baik buangkan. dan biarlah kawan baik tu jenis hard core. yang tak termakan pujuk rayu uolls~ yang nak semula handphone uolls~ tu even kawan tu dah nak tekan 'delete' dah.

Second,
dah tu, buang semua jenis gambar ke, video ke, record suara ke atau yang seumpama dengannya. tak kisah lah dalam phone atau dalam laptop. sila buat sekarang, pelis! kalau tak sanggup juga, silalah minta kawan baik tadi buangkan juga. lepas tu empty recycle bin. hahahaha baru kau takleh restore semula.

Third,
buang nombor phone, ID YM, skype, fesbuk, twitter si ex. hah. takde maknanya uolls~ nak contact orang tu lagi. dia sedang berbahagia di sana, takkan anda nak menderita sorang-sorang kat sini? kemonnn~

Forth,
bakar segala jenis surat, momen yang berbentuk kertas, atau apa sahaja pemberian si ex yang boleh di'bako'. kita 'bako' aje. tapi pelis, jangan buat pembakaran terbuka. amat merosakkan environment. macam nadia, bakar dalam tin biskut weetameal. best tak? eh bakar dalam tin tak mencemarkan alam ke? *blurr*

Fifth,
berikan segala jenis hadiah pemberian si ex kepada orang lain. haha. tak memasal rakan-rakan sekeliling dapat melambak teddy bear free. *sedang kira berapa banyak member dapat teddy bear free walaupun nadia bukanlah suka bebenor teddy bear ni. orang bagi, hamik aje lah*.

Sixth,
pergilah hang out dengan kawan-kawan lain. pergilah tengok wayang ke. untung-untung dapat kantoikan ex uolls~ yang tengah date ngan gepren baru beliau. wahahaha. pergilah berkelah, tepi laut ke, atas bukit ke. tapi make sure dengan kawan-kawan, ok? kalau sorang kang ada yang terjun laut, terjun bukit, i tak mo bertanggungjawab.

Seventh,
sibukkan diri dengan kerja. tak payah dah lah nak fikir pasal si ex tu. dah kantoi terang-terangan tadi kan? orang tu duk bersuka-ria, u berendam air mata, apa hal kan?

Eighth,
banyakkan doa. ok, sebenarnya kepergian ex tu adalah amaran kecil dari Allah SWT. mungkin kita ada buat silap. lagipun bukan elok sangat pun kan kapel mapel ni. *auwcch, terasa i, yuuu~* sebenarnya Allah nak kita berpegang pada Dia, bergantung pada Dia. mungkin kita dah terlalu hanyut, terlalu lalai. maka inilah yang Allah datangkan untuk tarik kita ke landasan sebenar semula. supaya kita di jalan yang betul.



well, kalau dah 3,4 tahun kapel pun, nan hado istilah lain dah selain 'jemu'. lepas menikah pun kita akan hidup dengan dia. bila dah lama sangat berkenalan, nanti lepas menikah dah tak tau nak sembang apa.

"yang yang.. dulu kan, masa kacik-kecik, i suka pakai baju pink, seluar biru."

"u dah bagitau i dulu lah yang cerita ni."

"oh, ye ke. yang yang.. dulu kan, i bawak botol susu sampai ke tadika..."

"yang, 4 tahun lepas i dah dengar cerita ni.."

haha.

ni bukan i kata, ni ustaz hasrizal kata.

bagi yang dah ada pasangan yang nak dijadikan isteri/suami sehidup semati seia sekata i lap u u lap me, segerakanlah urusan pernikahan. ye, i sokong uolls~



Spread Love,
xoxo

28 November 2011

Kematian itu Paling Dekat dengan Kita

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

entri ini adalah kisah sebenar yang berlaku semalam, 1 Muharam 1433H.

ada 2 kenduri kahwin hari ini. satu di stadium titiwangsa, satu lagi yang dekat dengan rumah. oleh sebab aku bersiap amatlah lambat, ayah decide untuk pergi ke kenduri di stadium titiwangsa dulu.

semasa bersiap, kepala dah berdenyut sakan. macam nak demam aje ni, bisik hati.

di stadium titiwangsa, memang tak selera makan langsung. nasi tak sampai separuh pinggan tapi, habis pun tidak. sabar.

kenduri di rumah jiran. bukan lauk standard kenduri kahwin. ada sambal tempoyak ikan bilis. bau je dah membangkitkan selera. tapi nasi still ambil separuh. takut tak habis, membazir sahaja.

alhamdulillah nasi separuh pinggan habis dengan hanya makan sambal tempoyak.

sampai di rumah, kepala makin berdenyut dengan kuat. kerja menjahit benda-benda yang dalam checklist dah tak mampu diteruskan. ambil handphone dan text ayah,

"ayah, tolong belikan actifast. tak tahan lah kepala ni teruk sangat berdenyutnya."

kemas-kemas alat menjahit. masuk tidur.

tak sedar sampai ayah tiba dan kejut, "nah actifast"

makan 2 biji dan sambung tidur. lepas asar.

jam 10 malam. eno wutta wutta kejutkan saya,
"kaklong, cik jun meninggal!"

masih mamai, "cik jun kat bawah tu?" (jiran selang 2 buah rumah sebelah rumah saya)

"haah"

"bila?"

"lepas isya' tadi"

innalillahi wainna ilaihi raji'un.

saya bangkit, mandi.

ibu baru sampai dari ziarah. menangis
"cik jun tu satu-satunya kawan ibu kat sini."

saya sabarkan ibu, peluk ibu.

saya turun bawah dengan eno wutta wutta. ziarah.

hujan membasahi bumi sejak petang tadi. petang tadi lebat. malam tu renyai. saya masuk ke rumah cik jun. jenazah baru sampai dari hospital. sebab saya terdengar bunyi ambulans masa mandi tadi. nurse pun baru keluar dari rumah cik jun. saya text engineer tupperware "cik jun baru meninggal"

masuk ke rumah, jenazah ada di tengah rumah. kelihatan amir, anak arwah yang kedua duduk di tepi ibunya, membaca yasin. baru berumur 12 tahun. saya sedekahkan al-fatihah. terus masuk ke bilik, berjumpa anak yang sulung. baru 19 tahun. fatimah azzahrah (ima). dia tak menangis. sedang memeluk adiknya, syasya. lebih kurang 4-5 tahun. hidung syasya memerah. selsema.

seorang bayi yang masih merah ada di atas katil.
"adik nama apa, ima?"

"fatimah nur zahirah"

"eh, macam nama ima."

senyum. "dia baru 5 hari.."

"ibu sempat menyusukan adik?"

"tak. ibu tak larat sangat tadi. ima baru sampai rumah petang tadi dalam pukul 6.30, kaklong. handphone ima tak ada bateri. sampai rumah, tengok ayah dan adik-adik tak ada. ima call ayah lepas dapat charge bateri kejap. ayah, ibu dan adik-adik dah ada di PUSRAWI. ima tahan teksi kat depan tu. tak ada satu pun yang berhenti. ima berlari dari sini ke PUSRAWI tu kaklong..." (anak-anak jiran keliling yang lebih muda memang memanggil saya dengan panggilan kaklong, tak ramai yang guna kak nadia)

saya terdiam. ada sedu dalam kata-katanya. "kenapa ima tak panggil kaklong?" saya rasa kesal. walhal saya seharian di rumah.

"ima tak terfikir apa pun, kaklong."

saya faham. kalau saya di tempat dia pun, kalut, tak tahu nak buat apa. tak terfikir nak buat apa. saya mengintai melihat jenazah. nenek noresah minta dibuka kain penutup mukanya. nak lihat wajah arwah.

ima di sebelah saya.

"ima sempat jumpa ibu tadi?"

"tak, kaklong.."

akhirnya terhambur jua tangisan gadis kecil ini. di hadapan adik-adiknya langsung setitis pun air mata tak mengalir. namun dia lepaskan tangisan ketika memeluk saya. saya hiba. kalau saya ada ketika itu, mesti dia sempat jumpa ibunya. dia tak perlu berlari dari rumah ke hospital. air mata saya mula bertakung.

"ima.." ayahnya memanggil. ima keluar dari bilik. si kecil syasya masih perlukan pelukan kakaknya. saya ganti ima dengan memeluk syasya. membelai si kecil itu.

"syasya panas?"

angguk.

"kaklong usap belakang syasya ye? rasa ok tak?"

angguk. dia baring dan memeluk bantal. saya terus mengusap badan, membelai syasya, biar dia lena.

fatimah nur zahirah. termuntah ketika diberi susu botol. mana mungkin si kecil 5 hari ini yang biasa dengan susu ibu tiba-tiba diberi susu formula. tak mungkin badannya mampu terima. tapi kami paksakan juga. sebab kulitnya dah mula kekuningan. takut terkena jaundice.

syasya tak mahu lena. dia keluar mencari alongnya, ima.

orang semakin ramai datang ziarah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1pagi. saya pulang. kepala masih berdenyut. terbayang-bayang wajah arwah di mata saya. arwah sangat baik. rajin bertukar juadah dengan ibu. kasihan anak-anak masih kecil.

al-fatihah.

18 November 2011

Bila Aku Jatuh Cinta dan Putus Cinta

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

haip! hai! hello! ada sesiapa tak ni? ^_^

sorry lama tak update. i busy. eh, busy ke? ye, busy dengan blog lagi satu lalu blog ini dianaktirikan. mana blog lagi satu? hah, try lah google kalau jumpa. muahaha~

entry-entry yang sebelum ni pun asyik banyak gambar aje kan. dah lama tak menaip laju-laju panjang-panjang gini.

i dalam rangka konon-konon nak buat novel.

konon aje lah.

sudahnya jadi macam dulu-dulu-dulu. baru sampai 10-12 mukasurat, i dah surrender. tak sabar-sabar nak habiskan plot cerita. padahal banyak lagi drama yang nak ditaip tu. i memang tak sabar.

-_-"

ok, berbalik pada tajuk. ada 2 situasi.

Bila Aku Jatuh Cinta
  • dunia semua rasa i yang punya, ok? i yang punya. bukan u.
  • rasa macam si dia lah yang terperfect the best ever in the world beb!
  • setiap masa nak mesej, nak call, nak YM, nak check facebook dia. eh, uolls~ tak ye?
  • apa sahaja yang dia buat, u tak kisah. "tak apa u.. i lap u.. i tak kesah yuuu"
  • status facebook penuh bunga-bunga cinta
  • wall si dia pun penuh dengan bunga-bunga cinta u *awww!*
  • sanggup berkorban duit, masa, tenaga, hanya untuk dia

THEN,

Bila Aku Putus Cinta
  • kau kejam! benci! kau pemusnah! kau kau kau! segala yang buruk adalah kau!
  • mulalah dengar nasihat dari segala segenap penjuru kata "sabarlah", "akan ada yang lebih baik", "ingat Allah, dik"
  • menangis 40 hari 40 malam
  • delete si dia dalam fren list facebook
  • takmo follow dah twitter dia
  • bakar semua barang yang dia bagi. campak abu dalam sungai klang. biar pencemaran sungai, pandai-pandailah DBKL nak buat apa
  • bunuh diri

haip! nakal! tak mau buat yang last statement tu, ok?

sebenarnya kita silap. ye, kita silap. kita tak sepatutnya lakukan segala jenis perkara dalam item 'Bila Aku Jatuh Cinta' bila kita benar-benar jatuh cinta.

dan kita tak patut buat apa yang dibuat dalam 'Bila Aku Putus Cinta' tu kalau itu yang terjadi.

apa yang perlu?

ini:

Bila Aku Jatuh Cinta
  • solat istikharah
  • puasa
  • puasa
  • ye, puasa lah lagi
  • solat taubat
  • solat hajat
  • buatlah semua-semua ni, merayulah, merintihlah pada Dia. sebab Dia yang pegang hati semua manusia ni. Dia Maha Kuasa, bergantunglah pada Dia.
  • sila ikhlas
  • sila masuk meminang orang berkenaan. perempuan pun tak salah masuk meminang. eh, siti khadijah isteri Rasulullah tu pun buat macam tu kan? tapi kena ada adabnya. 

dan ini pula, Bila Aku Putus Cinta
  • buanglah segala-mala pasal dia kalau uolls~ ni memang jenis terkenang-kenang tapi janganlah pi buang kat dalam sungai klang lak -_-"
  • sila banyakkan dekatkan diri dengan Dia. tu maknanya ada silap kita, Allah nak tegur. *see, masa 'senang' (bila sedang dilamun cinta) pun kita ingat Dia. so sepatutnya bila jadi perpisahan, kita takkan frust sangat.
  • masa akan heal everything. trust me! cuma tolonglah jangan ingat orang tu lagi. u menyeksa diri u sendiri, ok? sedangkan dia dah bersuka-ria tak ada apa-apa, yang u frust menonggeng sorang-sorang tu apehal? oh, dialah cinta teragung u, abis tu Allah tu siapa pada u?
  • inilah masa u akan nampak family & kawan-kawan adalah everything. appreciate them!

hohoho.. i pernah alami semua situasi di atas. jadi i menaip berdasarkan apa yang i pernah rasa. dan part bunuh diri tu pun i pernah rasa macam nak buat. tapi alhamdulillah, berbekalkan iman yang nipis ni, i masih mampu bertahan. masih waras. nasib baik i tak terjun. tingkat 3. kalau tak? kalau mati tak apa juga, tak ada nyusahkan mak ayah, tapi kalau patah sana sini, tak nyusahkan diri? nyusahkan mak bapak? tapi kalau mati pun, ingat mati husnul khotimah ke tu?


apsal kasar sangat bahasa aku hari ni? hehe..

please ya girls, kalau uolls~ rasa nak menangis, menangis lah. sebab kadang menangis tu buat kita rasa kuat, buat kita rasa ada semangat baru yang datang. tapi please, janganlah melampau.

ingat,

seorang pergi dari hidup kita, ada beribu lagi yang datang hampir.

paling penting, cinta Dia takkan pernah luput.

ya, cinta Dia.

"bantulah aku, Ya Allah untuk mencintai-Mu sedalamnya..."

^_^v

01 November 2011

Selena Gomez?

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

ahax! tak mau tak mau. tak mau terpedaya dengan entri berbaur gosip macam ni. notty tau uolls~ ni.

hah. dah masuk bulan november rupanya. 01.11.11. ada sesiapa menikah pada tarikh ini? al-maklum masyarakat sekarang ni suka bebenor pilih tarikh cantik-cantik gini. *aik, slang cakap dah tukar negeri?*

sudahnya, berderet-deret jemputan kahwin conquer my planner tu on 12.11.11 and 20.11.11..

menghadiri jemputan itu wajib, tapi nak memilih jemputan tu yang i kompius macam mana. eh, eh memilih bukan bermaksud i pilih kasih kawan-kawan i, tak tak tak bukan bukan takmo nanes nanes ye, tapi yelah, kena rangka perjalanan juga ye tak? dari sejauh-jauh johor bahru sampailah sedekat-dekat depan rumah. haha. camano tu hah?

tapi kann tapi kann tapi kannn..

dulu-dulu i bajet nak kawen on 11.11.11. pulak tu hari jumaat kannnnn memang sesuaisss sangat lah nak dirikan masjid time tu!

err..

takde kaitan pun nak mendirikan masjid hari apa yang sesuai. cuma mungkin sebab jumaat tu penghulu segala jenis hari kot. kan?

well, ingatkan nak bagi sikit teaser. sebab dulu i pernah janji dengan seorang sahabat untuk buat press conference on november. so now dah november. so i kenalah reveal 'benda tu' kan?

tapi i tak cakap pun november tahun bila kan kan kan? muahahaha...

yelah, yelah...

mempersembahkannn...





taraaaa....


checklist! ahahaha.. benda ni yang selalu ada kat tangan i sekarang ni. sebab? i dah makin pelupa. everything nak kena jot down.

teruk ni.

tak sampai 2 bulan lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. insyaAllah. kalau dipanjangkan umur, diberi kesempatan untuk bernyawa lagi, i akan berumur 25 tahun pada tahun depan.

chop, 25 tahun ye.

belum tua lagi kan?

tapi dah kena checklist ya people! penting, sebab nanti ada list yang tertinggal, menangis i.

hehe.

have a nice day people! xoxo

(p/s: tajuk berkenaan hanya sebab i baru lepas dengar lagu selena gomez pffftt)





29 October 2011

Kau Pergi...

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

sorang-sorang keluar dari office tu. dah semakin sunyi nampaknya. memang teramatlah terasa kesunyiannya.

semalam hari last untuk aida. dapat kerja kat kampung halaman. balik aloq staq lah dia.

dia orang pertama yang ajak i lunch first day i kat office tu.


sebelum ni, ana kenduri dah langkah kaki. dia dapat kerja kat rebung.

dah tak ada orang yang boleh dibahan isu kenduri-kendara ni. haha.

sebelum ni, lan, amar, imam, panjang. seorang demi seorang keluar. diorang lah yang banyak menceriakan suasana. main-main juga. kerja-kerja juga.

mereka keluar, ada sebab mereka sendiri. yang pasti, mereka mencari yang lebih baik.

mencari yang lebih baik?

hidup kita ni kan satu perjalanan yang penuh dengan pilihan. jadi hak kita untuk membuat pilihan. sama ada pilihan tu lebih baik atau tak, itu kita kena harungi. sebab kita yang buat pilihan tu.

apa aku merepek ni?

mungkin diselubungi rasa sedih yang teramat kot. semalam hari terakhir aida. macam disapu bersih semuanya.

nanti nak makan ayam penyet dengan siapa lagi ye?

office pun dah suram. i akui, agak stress di situ sebab tak ada yang menceriakan suasana. bukan bermakna nak ketawa je memanjang. tapi kadang benda-benda macam ni perlu. bila stress, apa pun tak boleh fikir. bila tak boleh fikir dengan baik, macam mana nak buat kerja, kan? bila senyum, otak lebih rileks dan kemampuan untuk berfikir tu berganda-ganda. am i right?

dengan diorang, i tak rasa perbezaan 'darjat'. buat i rasa tambah salute dengan diploma holder. yes, dulu i sangat wonder kenapa orang ambil diploma, tak ambil degree je terus? itu i, DULU.

dengan diorang juga, i rasa teori-teori ni semua tak berapa penting. yang paling penting, kalau u alaminya sendiri. i lebih hormat technical person.

i pernah dikutuk, exec tak tahu apa-apa. ya, as fresh grad masa tu, memang i akui i tak tahu apa-apa. apa yang u belajar kat universiti dulu, not exactly the same bila u dah keluar bekerja. not really, dear. masa bekerja lebih mencabar.

dengan diorang i belajar, tinggi rendah langit tu. dengan diorang juga, i sedar i kena berpijak di bumi yang nyata. i sedar di mana kemampuan i sebenarnya.

seronok berkawan dengan diorang. selama ni hidup i diselubungi buku, tertutup, kalau teori kata A, maka A lah ia. tak ada B, C, D, Z.

dengan diorang semua, i tahu perasaan menjadi orang yang di bawah. macam mana rasanya bersyukur. macam mana rasanya tak ada segala jenis privilege.

dengan diorang, i kenal pelbagai ragam manusia. dari yang sangat susah hidupnya. ye, sebab hidup i dikelilingi dengan orang yang target nak 4.00 je dalam exam. yang 'bijak pandai' lah kononnya tapi sebenarnya bodoh. ye, bodoh berfikir dan tak sedar diri.

dengan diorang i belajar erti keikhlasan dalam bersahabat. tak ada pura-pura. kutuk depan-depan, tak ada pendam dalam hati. semua terima kekurangan masing-masing. gaduh-gaduh sikit lepas tu baik.

dengan diorang, i sedar siapa diri i.

will miss you guys.

-aida-ana-lan-amar-imam-panjang- oh, qassimmm *nah aku letak dah ni. hehe*-


27 September 2011

Rezeki Bergolek-golek

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

credit to Kak 'Uyun for this entry


 "Manusia silap kalau asyik menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk duit". Saya berterus terang dengan seorang teman 'A' yang dah mula berputus asa dalam pekerjaannya.


Saya baru kahwin, kos hidup untuk dua orang. Tambah kos setiap bulan untuk ke-empat-empat orang tua kami, tambah dengan atok dan adik-adik. Tambah tolak ia menelan belanja hampir RM1000. Belum lagi dengan hutang kereta, sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil telefon, broadband, insurans, duit dapur dan lain-lain. Senang cerita, jika nilai sebenar di kira, mahu-mahu tak cukup duit gaji. Allahuarabbi....

Begitu juga dengan kisah teman saya si A tadi. Bujang, gaji tak sampai RM2k, tapi perlu beri mak ayah, adik2 duit setiap bulan. Dan ditambah lagi dengan belanja-belanja lain. Allahuarabbi, tak cukup lagi duit gaji!.

Kawan saya si B, gaji RM4k, masih bujang tetapi tetap menanggung mak ayah, adik-adik. Bila pakai kereta besar/mewah, hutang jadi lebih besar. Duduk rumah sewa mewah, kosnya juga tinggi. Oh, tak cukup juga rasanya gaji.

RM kecil tak cukup, RM besar pun tak cukup. Bila agaknya rasa cukup? Ini masalah yang sering melanda kita, bila gaji besar, selera mestilah besar, jadi hutang pun besar. Bila gaji sikit, belanja mesti sikit, tapi berdikit2 macam mana pun, hujung bulan, mesti habis. Lagi-lagi habis!

Astaghfirullah, ketika kita merungut duit habis, duit gaji tak cukup, duit itu, duit ini.... Mungkin kita tak sedar bahawa duit bukanlah punca rezeki kita semata-mata. Kita hidup hari ini bersama dengan orang yang kita sayang, itu juga bentuk rezeki. Kita berjalan ke tempat kerja dengan kaki yang masih elok, tidak berkerusi roda atau bertongkat, itu juga rezeki. Kita dapat makan dengan kenyang, perut tak buat hal, itu juga rezeki. Pendek kata, rezeki tu bukannya duit saja.

Manusia sering silap, dikaburi dengan definisi rezeki itu ialah duit, sedangkan rezeki itu apa sahaja yang kita kecap hari ini... pakaian yang kita pakai juga adalah rezeki, suami/isteri/teman serumah yang baik juga adalah rezeki, kita boleh menunaikan solat dhuha di pagi hari, juga adalah rezeki. Allah, banyaknya rezeki kita.....

Saya akui, dalam kegawatan nak pilihanraya sekarang ni, di mana goverment dah freeze jawatan kosong, claim pun susah nak buat, duit pengurusan pun freeze, harga barang asyik naik, manusia perlukan duit untuk kelangsungan hidup masing-masing. Saya pun, lelah memikirkan hal ni. Namun jangan sampai kita jadi hamba duit... kita mesti jadi Hamba Allah, agar hidup kita bermakna. Ujian dan nikmat itu dirasakan bermakna. Jangan sampai duit yang tak cukup hanya membuatkan kita putus asa, kalau macam tu nampak sangat kita hidup untuk duit. Kita silap...

Saya bercakap lagi dengan si A bahawa "rezeki itu Allah yang bagi, bukan manusia.. Sama-sama kita doa, ada rezeki lain yang Allah akan bagi, bukan sekadar duit". Sayangnya A terus menyalahkan majikan. Nah, bila manusia beranggapan hanya duitlah sebagai sumber rezeki, beginilah jadinya. Hampa dan kecewa bilamana majikan tak menggaji kita. Majikan itu manusia, kerajaan itu pun manusia, mereka tak mutlak dan akan mati. Kenapa sedih bilamana manusia tak bagi kita kerja, sedangkan Allah dah lantik kita berjawatan tinggi dari dulu lagi, menjadi Khalifah-Nya. Itu juga rezeki.
Sambil saya menaip, sambil saya teringat kerut2 dahi si A bila saya memotivasikan dirinya minggu lepas. Hopeless, itu perkataan yang sesuai dengan dia....saya cerita lagi,

"Gaji saya pun macam kamu, biasa-biasa. cukup untuk kami suami isteri, tak lebih tak kurang. Tu rezeki kami. Tapi yang lebih rezeki ialah bilamana saya dapat duduk bersama suami lepas kahwin. then, kerja pun setempat dengan suami. saya dapat pergi-balik ke tempat kerja dengan suami, saya dapat makan tengahari dengan dia dengan bekal yang kami bawa. Senang cerita, walaupun kami jauh nak balik kampung, 7-8jam, tapi rezeki kami ialah bilamana dapat sama-sama susah kat sini. Itu satu rezeki yang sangat luas, yang mana manusia tak nampak..."

"Cuba bandingkan dengan si C, dah kahwin, tapi duduk asing-asing. seorang di KL, sorang lagi kat sini. Walaupun gaji suami isteri ni besar, tapi mereka perlu men-double-kan living cost mereka. Dua-dua ada rumah sewa masing2 supaya senang bilamana hujung minggu dapat berjumpa dan tinggal di rumah tu. cuba kira kos ulang-alik KL-Dungun, darab dengan 4 kali seminggu.. Allah, tak dapat bayang berapa banyak yang perlu di spend untuk sebulan. Walau kawan2 selalu cakap, 'bapok besor gaji deme!", tapi ujian disebalik rezeki tu berbeza.. yang tu mereka tak nampak..." saya menambah.

"Kamu solo, rezeki kamu sekarang ialah status 'solo' kamu, masih belum ada ketaatan dan tanggungjawab terhadap suami. kamu bebas untuk mengorak hidup, planning dan macam-macam. Rezeki kamu juga sekarang ialah MASA. Masa senggang yang boleh digunakan untuk sambung belajar, untuk bekerja tanpa meminta izin dari suami untuk bekerja. Kakak saya perlukan masa setahun untuk mendapat kebenaran suaminya untuk bekerja. Pening dia dibuatnya. Bila kamu ada masa yang banyak daripada yang dah kahwin ni, boleh spendkan untuk family dan masyarakat secara total, yang mana banyak kebaikan yang kamu dapat daripada situ. Kan, masa pun rezeki kan, bukan sekadar duit...... yang tu yang kamu tak nampak.. Jadi, berhentilah merungut."

Si A diam seminggu. Tapi hari ini beliau kembali normal. Entah, dia ambil pusing atau tak dengan apa yang saya kata. Ikutlah, asalkan saya dah cakap apa yang sepatutnya saya cakap.

Dan sekarang saya termenung sekejap, memastikan bahawa hari ini saya telah menerima rezeki daripada Allah, supaya saya tak mudah kecewa dengan kehidupan. Ya, bangun pagi tadi, saya masih ada nyawa, itu rezeki pertama saya!.

Untuk yang masih terasa sempit dengan kehidupan hari ini, harap-harap kalian terasa betapa luasnya rezeki lepas baca entri ni. Positiflah, agar hari-hari kita sukses! 
 
 
 
rasa macam tersentap, tersedar, terkesima membaca entri ini. jadilah kita orang yang bersyukur :)


^_^