Hermatia Illucens/ Black Soldier Fly/Lalat Askar Hitam( sumber: en google) |
Larva Lalat Askar Hitam/Black Soldier Fly atau nama saintifiknya Hermetia Illucens: inilah salah seekor daripada tong kompos aku. Larva ini berada di telapak tangan anak aku... |
http://blacksoldierflyblog.com/
http://www.steamykitchen.com/21602-make-3-day-compost-black-soldier-fly-larvae.html
http://gardenpool.org/beneficial-insects/black-soldier-fly-composter-automatic-chicken-feeder
Selebihnya anda boleh menggoogle sendiri dengan menaip Black Soldier Fly Compost...
Walaupun aku dah yakin yang larva aku temui ni daripada spesis black soldier fly aku masih was-was kalau ia adalah larva lalat rumah. Aku juga telah mencari dan jawapan yang aku temui memang puas hati.
Larva lalat rumah/House Fly atau nama saintifiknya Musca Domestica adalah berbentuk seperti ini:
Perbezaan antara BSFL dan larva lalat adalah:
- Saiz: BSFL adalah lebih besar/panjang berbanding larva lalat
- Bentuk: BSFL berbentuk bulat pipih macam udang lipan manakala bentuk larva lalat bulat macam baby karrot
- Tekstur: BSFL agak kasar dan mempunyai ruas katam yang jelas manakala larva lalat lebih licin.
- Tumbesran: BSLF memerlukan masa yang lebih lama untuk menetas dlm 4 hari tp larva lalat dlm masa 24jam jer. BSFL juga membesar dlm masa berminggu sebelum menjadi pupa tapi lalat dlm beberapa hari jer.
P/S: Mesti ada yang geli tengok blog aku kan...ada ulat-ulat, ada resepi makanan...harap-harap jgn takut nak singgah sini lagi..Terima kasih sudi membaca.