Sunday, March 28, 2010

AKu TeRiMa KaMu SeAdaNya...

Pertama kali aku melihat wajah kamu, hati aku berbunga riang..sukanya aku melihat kamu. Betapa gembira bila dapat melihat kehadiranmu. Tiap-tiap hari aku akan menjenguk kamu walaupun tanpa kamu sedari...

Tapi hari demi hari silih berganti, hatiku menjadi gundah dan resah. Bukan kerana tak dapat melihat kamu tetapi apabila melihat keadaan diri kamu . Aku cuba untuk memulihkan keadaan kamu , ternyata mungkin ini adalah takdir buat dirimu...
Aku terima kamu seadanya...

dan

Walau kamu tidak sesempurna yang lain akan tetap aku sayang kamu...

percayalah...

Kelo dan ibu..tompok..
Bermain-main

Baru 3 minggu tapi dah nakal..
Lihatlah kekurangan Kelo...matanya sebelah macam dah rosak..
Tiap-tiap hari penuh taik mata, aku dah lap dan letakkan ubat mata, tapi tak nampak macam ok cuma nampak semakin putih selaput matanya..

Saturday, March 20, 2010

PAu Kartunis




Kenapa Pau KARTUNIS???...

Memang suami aku kartunis, tapi bukan sebab tu aku letak tajuk entry ataupun nama pau ni.

Sebabnya... baca le..










Oleh kerana nak tunaikan juga permintaan anak aku untuk makan pau, maka dengan rajinnya aku hari ni pun buat pau.

Intinya ini
Kelapa

Bahan-bahan:
Kelapa, gula merah, gula pasir, air dan daun pandan


Dan inti tuna:

Bahan-bahan:
1 tin tuna
2 biji kentang
bawang besar
bawang putih
serbuk kari
mayonis
garam n gula

Caranya: macam buat inti karipap jer. Pastu taruh mayonis.

Hasilnya ini:
.
.
Pau kelapa
.
dan
.


Pau Kari Tuna Mayonis (Pau KARTUNIS)
masa taip entry ni baru dapat idea..hehe...

Friday, March 19, 2010

INi Bukan PAu...

Anak- anak minta buatkan pau. Pau apa?... Pau kelapa...
Ok, nanti ibu buat yerk..
dah ambil kelapa tua kat rumah mak.

Balik buat intinya dulu..
Pastu buat doh pulak..

Tunggu 1/2 jam...
.
.
.
Tunggu 1 jam...
.
.
Doh tak naik-naik juga...
Sahla yis aku guna tu dah masuk angin..
Yis yang lebih buat donut haritu..
Cuma ikat dengan getah jer...Pernah jadi sekali camni bila nak buat roti dulu...(Jadi simpan baik-baik yis anda atau guna untuk sekali jer)
Hmmm...tensen toi, xkan nak buat adunan pau balik...pukul berapa baru nak siap..nak kena tunggu lagi 2 jam ler...

Haa...dapat idea...bancuh adunan yang simple jer..
Cuma tepung , telur, garam, air, pewarna hijau...

Tadaa...
.
.
Jadilah ini...
>
>
>
Tapi ini bukan Pau la ibu...
Tak pe makan je la.. ini pankek ada inti...korang kan suka makan pankek..
hehe..

Thursday, March 18, 2010

Puas Aku Cari....Rupanya Disini........

Petang tadi balik dari rumah mak, jenguk anak tompok... aik dah tak ada disini..tempat yang aku buatkan untuk dia...

cari punya cari tak jumpa2 juga...tunggu tompok je la. Nak intai dia kat mana dia sorok anaknya. Dia masuk bilik aku...Hmm mungkin dia letak kat sini. Cari juga tapi tak jumpa-jumpa pun... Bagitau kat anak aku suruh cari sama.

"Ibu, saya dah jumpa!"...
Kat mana???

Disini...

??@#$%%^&&.........

Untukmu Bonda




Semalam dah masak untuk anak2..hari ni ingat nak balik rumah mak kejap, jadi nak bawa sesuatu..Aku try ler masak tepung talam ni. Mak kan suka kuih2 tradisional ni. Mungkin rasanya tak sama macam mak buat dulu-dulu, tapi aku cuba juga untuk buat kan.. Oh ya resepi ni aku ambil kat blog sahabatku Roza Hazli. Nampak sedap jer, aku try ler...memang sedap, lembut jer...gedik2 gtu..tepung talam ni kan sedap gedik2...
kalau sesiapa nak mencuba cari kat SINI (blog Roza)


Wednesday, March 17, 2010

Donut Oh Donut

Yang ni letak coklat rice


Ni letak kacang pulak..

Hari ni atas permintaan anak-anak terpaksalah buat donut untuk dia orang. Nak donut coklat ler pulak..Carilah aku resepi kat my resepi . Kira-kiranya menjadi gak le donut ni...Aku cuma tambah coklat jer bagi menarik n tertarik..
So kalau sapa-sapa nak cuba ni resepinya:

200g tepung halus(superfine)
50g tepung gandum
50g tepung jagung
30g gula
secubit garam
1 sb baking powder
1 sb yis segera
190ml susu cair
1 biji telur
50g shortening

Caranya:
1.Semua bahan ni aku campur dalam breadmaker program 10.
2. Bila doh naik baru bentukkan.
3. Rehatkan lagi sekali ganda baru digoreng.
4. Hiasler dengan gula kastor ke..coklat ke..ikut suka tekak masing-masing..



Monday, March 15, 2010

Roti Sosej



Bahan-bahan doh:
Sama macam doh roti coklat kopi

Bahan inti:
sosej

Caranya:
1. Balutkan sosej dengan doh yang dah siap.
2. Biarkan naik sekali ganda
3. Bakar 15 minit
4. Sedia untuk dinikmati bersama air kopi...


Roti Coklat-Kopi



Bahan-bahan:
4 cawan tepung
1 cawan air
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
1 biji telur
3 sudu butter
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softener
1 sudu besar yis kering

Bahan inti:
4 sudu besar butter
3 sudu gula castor
3 sudu serbuk koko
1 sudu serbuk kopi segera

Caranya:
1. Untuk doh roti: campurkan semua bahan dan tekan program 10(breadmaker)
2. Untuk inti: campurkan semua bahan inti dan gaul sebati.
3. Bila doh dah siap, bentukkan bulat dan masukkan inti.
4. Rehatkan roti hingga naik sekali ganda.
5. Bakar 15 minit suhu 180 oC
6. Bila masak, angkat dan sapukan butter.


Saturday, March 13, 2010

Kucing Kari Corner


Malam tadi ajak husband n anak2 makan kat luar. Tapi kedai makan tu tutup, jadi singgah jer kat Kari Corner. Makan kat situ jer, kat situ banyak la pulak kucing-kucing . Comel2 dan gebu2. Bawah meja kami makan tu ada sekor si kecik tu minta makanan. Bagi juga dia ayam goreng memang nampak lapar sangat. Muka dia comel jer tapi telinganya penuh kurap, tebal lak tu.

Dah habis makan dan bayar, terus masuk dalam kereta. Cik abang tanya "ingat nak bawa balik kucing tu" macam tau2 jer apa yang ada dalam hati aku..Ikut hati tumemang nak bawa balik..tapi nak letak kat mana???
'kalau nak g la ambik cepat' kereta diberhentikan pulak
Aku pun dengan selambanya pi la ambik si kecik bawah meja tadi (dah ada customer lain ) tapi wat sardin jer aku kata nak ambik anak kucen sat.

Kenapa aku nak bawa balik si kecik ni?? Padahal kat umah dah banyak kucen yang lagi comel... sebab aku kesian tengok dia. Telinga dia penuh kurap. Korang tengok la sendiri gambar dia ni. Tu pun aku dah bersihkan dengan Dettol dan letak krim gamat. Kalau tidak lagi tebal kurapnya. Husband aku kata macam nak trim telinga dia tu. Aku harap lepas ni dia akan ok dan cepat sembuh kurapnya tu..

Shero Dah Balik...Tompok Dah Beranak...

mmm.. dah lama gak tak update blog..almaklumlah minggu2 terakhir persekolahan ni sibuk dengan ujian n nak kena key in markah secepat yang mungkin, jadi terpaksalah dahulukan kerja yang lebih penting walaupun ada banyak story yang nak di tempek kat blog ni.

1. Aku nak ucapkan terima kasih pada kengkawan yang mendoakan shero ok2 jer...Shero dah balik pun malam tu jugak . Tapi dia tak balik umah aku dia dok tepi pagar jiran kat belakang umah. Aku yang kena angkut dia sebab dia tu jenis penakut dengan orang. Lepas ni tak berani nak biarkan dia keluar lagi...

2. Tompok dah selamat melahirkan anak (Anak Shero jugak). 8 Mac 2010 (Isnin lepas) jam 5.30 pagi aku tengok dah keluar sekor anaknya.Balik sekolah tetap sekor tu jer..ingat memang dia beranak sekor jer...yang peliknya selang 2 hari (pagi Rabu ) dia ada beranak lagi kat dalam stor tapi anak tu dah mati..maybe mati dalam perut kot. Sedih gak yang mati tu warna putih sebiji macam Shero. Aku dah tanam pun.

ni gambar tompok malam sebelum dia beranak...

ni la rupa anak tompok yang selamat...
macam tompok ke macam shero??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...