Pagi tadi saya berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang sahabat lama saya di Kg Simpang Tebing Tinggi.Dah lama juga tidak berjumpa,jadi banyak jugalah perkara yang dibualkan.Semua cerita keluar.Ada cerita pasal orang-orang yang dah tak ada.Cerita pasal orang ini yang baru bernikah,cerita pasal orang yang lain pulak dapat ahli keluarga baru dan macam-macam lagi.
Dan akhirnya kawan saya ini membuka cerita pasal tidak puas hatinya dia pasal kemajuan di kampung beliau. Aik?Ingat tak ada?Ada rupanya!
Kawan saya ini mengeluh pasal beberapa perkara.Antaranya ialah baris deretan KEDAI orang-orang kampung yang terletak betul-betul di Simpang Tebing Tinggi.Kedai yang ada sudah agak buruk dan tidak menarik.Keadaan itu dah macam HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.Itu kata dia lah,bukan kata saya!
Dia kata"Kawasan ni bukan duduk jauh kat dalam sana.Tepi jalan besar saja.Tapi kenapa macam tak ada perubahan langsung?"katanya.Dia ternyata tidak berpuashati tentang perkara ini.
Satu lagi yang menjadi sungutan beliau ni adalah pasal talian INTERNET.Katanya dia sudah lama memohon tapi sampai sekarang pun belum lagi diperolehi.Talian telefon sudah ada,tetapi sangat susah nak masuk talian internet.Saya pun naik heran kenapa!
Dia suruh saya bayangkan.Saya pun cubalah bayangkan!(Dah macam cerita filem pulak!)Kampung ini terletak lebih kurang 16 kilometer dari bandar JERANTUT.Tapi agak susah untuk mendapat kemudahan seperti di bandar?
Itu belum kira lagi jalan yang menuju ke perkampungan yang kedalam sikit macam Kg Sajang,Kg Batu 100 dan yang seangkatan dengannya.Dari dulu macam tu lah juga!(Marah betul dia ni!)
YB(Yang Bingai) pun dah lebih 2 penggal berkuasa di DUN ini.Sudah jadi Datuk pun dia tu!Tapi keadaan tetap tidak berubah.Tetap sama macam dahulukala,kata kawan saya ni.Dia kata,tak tau lah bila nak berubah.Mungkin tunggu YB mati baru nak dapat agaknya.(Kalau ada PRK lah maksudnya tu!)
Saya tak mahu lah komen banyak.Dia tak tau pun saya sokong mana.Jadi karang dia kata saya ni nak memandai-mandai pulak.
Tapi itu adalah serba sedikit pandangan orang yang tinggal di belah Jerantut Hilir sana.Ada orang kampung yang komplen,tapi tak ramai yang dengar.
Pada saya,saya tak boleh tak kata banyak.Saya tiak mengundi di sini.Kalau saya mengundi di sini memang saya takkan pangkah dah Yang Bingai tu.Nak memandai-mandai pasal kampung orang lain pun,tak berapa sesuai rasanya sebab saya tak duduk di situ.
Jadinya saya cuma boleh mendengar dan menulis tentang cerita orang kampung(Melayu/Islam) di sebelah sana.Apa-apa yang akan berlaku adalah tanggungjawab dan peranan YB tempat itu dan penduduk kampung sekitar itu sahaja.
Nak berubah ke,tidak ke adalah kuasa yang ada pada tangan mereka.Itu pun tak banyak,5 tahun sekali aje!