Assalamualaikum.
Minggu lepas dan minggu ni banyak benar hal pasal PTPTN ni keluar dalam Media arus perdana dan media baru.Ada sekumpulan pelajar atau MAHASISWA berkhemah untuk menuntut pembiayaan penuh bagi PEMBELAJARAN mereka.
Dah beberapa lama mereka berkhemah di Dataran Merdeka.Dah pernah kena halau dengan DBKL dan ada juga yang telah dipukul oleh samseng-samseng yang mungkin di upah oleh golongan tertentu.Kesian juga menengok ke geng-geng siswazah ni.
Saya bukanlah menyokong tindakan demo seperti ini.Tetapi jangan lupa yang demo seperti inilah yang banyak membawa perubahan dalam sesebuah negara.Demo seperti yang berlaku di Thailand akhirnya membawa sedikit(kalau pun bukan banyak) perubahan kepada negara Gajah Putih tersebut.
Demo di Indonesia yang menuntut perubahan juga berjaya memberi nafas baru kepada JUTAAN rakyat Indonesia.Tapi Malaysia macam mana?Kita tunggu dan lihat.
Apa yang saya nak fokus di sini adalah tentang PENDIDIKAN PERCUMA itu sendiri.PR telah menyatakan yang mereka akan menghapuskan PTPTN!
Jangan salah faham.Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan MENGHAPUSKAN itu adalah SEBENARNYA menggantikan PINJAMAN tersebut kepada BIASISWA.Bukanlah PR hendak MENGHILANGKAN bantuan kepada pelajar tetapi menggantikannya dengan yang LEBIH BAIK.
Kalau kita mampu berbelanja dalam Pengendalian Monsun Cup yang ternyata akhirnya merugikan,berbelanja dalan Penganjuran Le Tour De Langkawi yang tidak seberapa untungnya,kenapa tidak kita membantu dalam PEMBELAJARAN anak-anak muda ini?Adakah ianya masalah besar kepada negara?
Dan kalau hampir semua rakyat dapat bantuan RM500 BR1M itu,takkan tak ada duit yang tinggal untuk BIASISWA pelajar?
Mana pergi semua duit BAKI tersebut?Adakah sudah habis dalam Projek Lembu Laki Shahrizat?Ataupun sudah digunakan sepenuhnya semasa membeli Kapal Selam Diesel kita tu?
Mungkin rakyat bukanlah menjadi keutamaan Kerajaan yang ada sekarang.Mungkin mereka cuma melaungkan Slogan 1 Malaysia sekadar untuk menarik sokongan rakyat.Mungkin pada mereka juga Anak-anak MELAYU ini bukanlah RAKYAT 1 MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment