Assalamualaikum...
Kali ini saya mencuba resepi dr blog HanaMemories .Dah 4 kali mencuba buat, kali ni baru menjadi kulit karipap nya.Sangat lembut dan rangup.Sedap! cuma anak-anak plak kata x sedap sebab sebelum ni saya buat agak keras dan rangup.
resepinya :
Bahan-bahan
250g tepung gandum (2cwn penuh)
* 2 sudu besar minyak msk
* 2 sudu besar butter@marjerin
* 1 sudu besar shortening
* Campurkan semua menjadi 1/4 cawan.
garam
air
Bahan Inti Kentang-
5 biji kentang sederhana besar - dipotong dadu (saya buat 2 biji kentang)
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan ikan bilis (saya letak udang kering)
2 sudu makan serbuk kari
hirisan daun sup ( saya tak letak)
garam dan gula
air
daging kisar - 100gm
Cara-cara membuat:
Untuk inti - bahan2 yg dihiris, udang kering di blend.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg diblend, kemudian masukkan serbuk kari , daging kisar, garam dan gula secukup rasa.Ketepikan, biarkan sejuk sebentar.
Untuk Kulit karipap - marjerin + minyak masak + shortening disatukan dan dipanaskan dalam satu periuk.Bila mendidih cair, masukkan ke dalam tepung.Kacau gunakan garpu @ senduk kayu etc, sebab suhunya yg panas.Uli sampai jadi doh..dan canai lah guna acuan karipap bersaiz sederhana (saya guna) atau terapkan dgn mulut cawan sederhana besar.Isikan intinya, kemudian blehlah digoreng dan siap utk d hidangkan.
Monday, January 30, 2012
Thursday, January 26, 2012
Cucur udang
Assalamualaikum...lama dah tak update resepi yg pernah saya cuba kat sini.Masak tu memang lah saya masak, tapi cuma tak berkesempatan nak letak kat sini jer.hehehe..
ok, resepi yg saya cuba kali ni ialah dari blog CMG.Thx to cmg atas sumbangan resepi ini.Lama dah carik resepi cucur udang yg udang nya dok tengah2 tu..hehehe..sbb hubby suka makan.Memang sedap cucur udang ni.Rugi tak try.So resepi nya saya taip kat bawah..
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar yis kering (saya guna yg cap kijang)
Air (utk bancuhan tepung, kena agak-agak je la... jgn terlebih jgn terkurang.Kalo terlebih, cair sangat bancuhan tepung tu nanti)
1 mangkuk taugeh ( saya tak letak)
5 pokok daun kuchai( saya x letak)
1 ikat daun bawang
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam (secukup rasa)
20 ekor atau lebih (jika nak letak banyak udang lah) , kena lap2 ngn paper towel agar x basah sangat.
Bahan-bahan sos lada:
8 biji cili merah ( saya hanya guna cili kisar yg saya beli kat Giant tu, brand Giant.Dalam 3 sudu besar)
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka ( saya gantikan dengan perahan lemon)
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam
Cara membuatnya:
1. Satukan tepung, yis, serbuk kunyit, garam dan air dalam satu bekas.Gaul rata,, dan biarkan dlm 30 minit mcm tu.Nak suh bancuhan tepung tu mengembang sikit.
2.untuk membuat sos lada, bawang putih yg dah saya tumbuk halus dimasukkan bersama cili kisar tadi ke dalam periuk kecil.Campurkan garam dan gula.Gaul rata hingga pekat atas api sederhana.Kemudian barulah masukkan cuka / perahan lemon tadi.Kacau sehingga sederhana pekat.Kemudian tutupkan api.
3. Cara menggoreng cucur udang : Panaskan kuali dgn anggaran minyak untuk menggoreng secara deep fry.Ambil senduk rendamkan dalam minyak panas dalam masa 1 minit, kemudian cedok kan bancuhan tepung dgn menggunakan senduk yg lain ke dalam senduk yg direndam dlm minyak panas tadi.Jangan banyak sgt , dalam 3/4 penuh jer.Letakkan lah beberapa ekor udang yg anda suka.tp jgn penuh sgt, dalam 3 ekor dah cukup.Kalau nak letak seekor pun , ok jer.
Selepas itu, rendamkan senduk yg berisi bancuhan tadi sebentar dlm minyak panas tu, kemudian ianya akan tertanggal sendiri. (Sebab tu pentingnya, pastikan minyak benar2 panas k).Dalam masa menggoreng tu, kena hati-hati tau..meletop2 jer udang tu.Hati-hati takut terkena percikannya.Kecilkan api, dan pastikan cucur dan udang itu masak sepenuhnya.Bila dah masak, angkat dan letak di atas papaer towel.Bolehlah dihidangkan bersama sos lada tadi.
Nyum2 sedap tau resepi ni :D

Monday, November 29, 2010
Saya dapat hadiah! Terima kasih daun keladi ye, Lizahanum..hihi :)
Thursday, October 28, 2010
Sosej Blossom Bun
Hari ini sempat pulak mengguli tepung, Nabihah pulak kena demam.Nasib baiklah suami ada kat rumah.Ni merupakan resepi bun sosej yang pertama yang saya cuba.Hasilnya menakjubkan.Suami dan anak-anak suka.Thx a lot kepada CMG a.ka Mat Gebu atas sumbangan resepi ni :)
BAHAN-BAHANNYA :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver ( takde stok-saya skip)
1/4 camca teh bread softerner (saya guna dough softner - sama ek? )
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan (saya guna sosej daging Ramly)
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya ( takde stok)
Cara-cara membuatnya:
Tak de stok mixvege..jadi x berseri sgt upernye..

- UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
- Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar DISINI dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
- Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
nak masuk oven dah nie..
Sunday, October 24, 2010
Sup Ayam Special
Esok dah Isnin balik...anak-anak masih lagi melalui exam akhir tahun.Tinggal minggu ni jer lagi.Lepas tu...hooray! merdeka! :P mak budak plak excited.Hari ni masak sup ayam.Simple tapi sedap! saya dapat resepi kat MyResepi.Biasanya kalau saya masak sup , saya main rebus jer.Tak tumis pun.Hari ni nak cuba lak resepi yang lain sikit.Dan hasilnya...berbaloi2! Resepi kat bawah tu saya cnp terus dari MyR.Bleh kurang kan bahan ikut byk mana ayam tu.
Sup Ayam Special
- 1 ekor ayam potong 16
- 1 labu bwg merah
- 2 ulas bwg putih
- 1 inci halia
- sebatang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 iji buah pelaga
- 2 bj kentang
- 1 btg lobak
- 1 mangkuk air panas br masak
- lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
- daun sup, daun bawang & bawang goreng
Cara-cara
- Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
- Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
- Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
- Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
- Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
- Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
Friday, October 22, 2010
Ikan Siakap kukus & Sayur kacang buncis sos tiram
Hari ni kira-kiranya nak masak special la kunun.Teringin nak kukus ikan siakap ikut resepi homemade.Selalunya dok kedai jer baru dapat merasa ikan siakap kukus ni.Lauk kegemaran kami sekeluarga.Tadi search kat google cari resepi, jumpa resepi tu kat SINI
Bahan2:
1ekor ikan siakap saiz sederhana - bersihkan dgn tepung dan air asam
1 biji bwg besar - dimayang halus
1 biji bwg putih - dimayang halus
1 btg serai - dihiris halus (takde stok)
2 inci halia - dihiris halus
2 potong kulit lemon atau limau nipis - dihiris halus
2 btg cili padi - di ketuk
1 sudu besar asam jawa - dptkan air dlm 1/2 cawan
Perahan air limau nipis dpt kan 3-4 sudu besar
Bahan tambahan: Lobak jeruk & Kobis jeruk - hiris halus (tak de stok)
Gula & garam secukup rasa
Cara2
Sediakan bahan2 mengikut arahan diatas. Campurkan semua bhn tumbuk dan hiris dlm satu mangkuk. Gaul rata sehingga bwg tu nampak lecur. Perisakan dgn garam dan gula secukupnya. Kemudian, ambil ikan yg dah bersih tadi..gaul sekali dlm adunan bhn2 perap tadi.Perap dulu ikan dlm 1-2 jam. Kemudian sedikan periuk kukus dan kukus dgn api yg sederhana dlm masa 1/2 jam atau sehingga ikan betul2 masak.
Yang ni pulak sayur kacang buncis sos tiram ( masak campak2 jer ni :P )
Bahan-bahannya:
Kacang buncis di hiris serong
bawang merah, bawang putih dimayang halus
ikan bilis yang sudah dikopek
sos tiram sesedap rasa
Secukup Rasa Maggi pun sesedap rasa jugak
cili merah atau cili padi -jika suka
Cara-cara membuatnya:
tumis bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis sehingga harum baunya
kemudian masukkan kacang buncis , sos tiram , Secukup Rasa Maggi dan sedikit air.
Masak sekejap, kemudian angkat.
Bolehlah dihidang.
on the way nak masuk periuk pengukus
Ikan Siakap kukus

Monday, October 18, 2010
1st Annivesary SWEET LIZAHANUM Giveaway
Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum....hari ni saya nak join GA anjuran Blog SWEET LIZAHANUM.GA ni diadakan sempena 1st annivesary blog dia.Tahniah Lizahanum...! Blog ni, dia banyak lampirkan pelbagai jenis resepi yang menarik dan unik.Sesiapa nak try, pergilah jenguk kat blog SWEET LIZAHANUM ni ye :)
Oh ya! Tarikh tutup penyertaan iaitu pada 5 november 2010 Jam 12 tengah malam.Hadiah-hadiahnya amat menarik dan marbeles semuanya.Ni yang nak try join GA ni, Liza..hehe :D apa kata jom kita join ramai-ramai! ;-)
Subscribe to:
Posts (Atom)