WELCOME!

All about my personal quest to be slimmer & healthier... Won't quit eating, won't skip meals, won't starve to death...

Tuesday, August 14, 2012

Aku & Ops Yg X Kesampaian

Hari tu aku kata aku nak mula operasi mencairkan segala lelemak & kembali selim melim. Untung sungguh sbb kebetulan bulan posa ler pulak. Teringat aku betapa kurusnya aku thn lps pd pagi raya. Rasa ringan jer. Posing pon ala2 model gitew! ;)

Korang nak tau berat terkini aku? Alah, kalau uols tak nak tau pon aku tak heran. Memang aku nak beritau pon..... Bln Ramadan ni selain mengerjakan ibadah posa, aku tahu beratku susut sikit. Yelah, takler byk pon tp susut sikit tu lebih baik drp tak susut apa2. Bayangkan dr berat 67++ (hampir 68kg), aku turun sampai 64.2 kg jer. Nampak mcm byk... tp aku rasa mcm bakal naik balik jer menjelang Syawal. Ramadan tinggal beberapa hari jer. Tahun lepas aku kantoi masa raya. Macamana pulak dgn raya thn ni? Bakal naik ker beratku?

Sepanjang posa thn ni, aku bersahur ala kadar jer. Tetap mkn nasi tp satu senduk & air kosong.. Kadang2 aku minum air bijirin nestum. Buka posa pulak aku ttp maintain mkn nasi satu senduk. Ada juga terlebey bila lauk mak sedap sgt. Air paling lekeh pon 2 gelas. Selalunya air kelapa muda la. Blh tahan juga berbuka puasa ni.... hehehe.... Pelbagai juadah masa awal2 posa tp kita kan manusia. Belajar dr kesilapan. lama2 dapat juga budget makan sampai tak berlebihan... alhamdulillah...

Masalahnya... berat aku jd statik pd aras antara 64-65kg jer...... Takkan takat tu jer. Adakah lemak kat badan dh jd liat. Adakah aku kena exercise balik? Adusss.......

Bila aku tanya anak2ku mama dh kurus ker tak.... semua seia berkata "Tak!" Cis! Sungguh jujur bangat! "Tapi takla gemuk mcm dulu" jawapan selamat bila aku asyik ulang2 soalan sama. Yelah... budak2... mana reti nak tipu2. Takkan aku nak ajar anak2ku jd penipu? oh, sungguh ku tak rela...;P

Jd aku tau aku kena buat sesuatu sebelum aku menyesal... Cuma buat masa ni aku selesa dgn diri aku...  Jd diet ekstrem tu tak ler masuk dlm senarai lagi. Tapi kalau ditakdirkan lepas raya berat naik macam roket, aku kena terima hakikat.... Kadar metabolisma aku sudah tak seaktif dulu.... huhuhu.....

psstttt.... Tidor lewat... salah satu puncanya.... :P