Showing posts with label ribbon. Show all posts
Showing posts with label ribbon. Show all posts
Hari tu buatkan dia headband mengejut nak pergi majlis berbuka puasa,sejak daripada tu asyik minta dibuatkan lagi.
Memandangkan raya pun dah semakin hampir,saya pun buatkan lah yg sedondon dengan baju raya dia.
Bolehlah saya kongsikan di sini dengan kawan2.

Saya suka tgk dulu mana2 bahan yg sedia ada atau oleh recycle.So ada yg dlm gambar ni mmg dah ada dlm simpanan saya,mana2 brg yg saya sayang nak buang sebelum ni.Cuba cari juga mix & match utk tema purple.Selain dari bahan2 di atas,perlukan juga hot glue gun,benang,jarum... :)


Ribbon yang lebar tadi,saya lilitkan sekeliling headband seperti di atas.


Untuk hiasan bunga,tak susah sangat..main tampal2 je ehehe..;-). Stepnya seperti di atas.


Dah siap bunga tadi,tampalkan pada headband yg sudah dililit..



Siap dah!....untuk bergaya di pagi raya lah katakan....kena berenda2 gitu.Suka betul anak dara ku ;-D



Ehh...ada lagi?? Tengah rajin & ada mood masa ni,so buatkan dia satu lagi.pattern ribbon bow yg biasa tu.Okeylah...boleh tambah koleksi si cilik bergaya! ;)







Ish ish ish.....dah berapa bulan tak update blog ni????Punyalah sibukssss....sorry yea.
Yang bertanya di chat box tu terima kasih,saya dah reply :).

Hmm,apa nak kongsi kali ni?
Kali ni lai
n sket,bidan terjun je projek kraf nya.

Anak saya bnyk headband,but mostly pink kaler....pinky je
banyak!Yelah girl lah katakan :). Baju2 nya pun banyak pink. Nak jadikan bidan terjun nya yelah,esok kami sekeluarga ada majlis berbuka puasa di kelab golf shah alam bersama anak2 yatim,public figure & selebriti (heheh...). Baju raya memang belum beli lagi,so cari2 punya cari adalah baju kebaya anak saya ni yg kira boleh pakai lagi lah.Yang lain dah singkat sangat. Baju nya warna biru,tapi headband takde kaler biru.Pastu ada beberapa headband warna dah lusuh dan tak cantik pulak nak match kan.

So,saya ambil salah satu headband dia yang dah terkoyak2,kepala hello kitty pun dah tertanggal.Ribbon asal pun dah kotor.
Apa lagi terus makeover mana yg mampu ;-).

First time buat.Bestnyer..tengok dia pakai.Dia pulak
lagilah...dicium2 headband baru.

Bahan2 semua guna mana yg ada dlm koleksi.:).Guna
mana yg ada saja.

Yang love banyak2 tu sebenarnya sticker keras yg timbul2.Boleh buat utk scrapbook ke,handmade card ke..,oleh kerana saya takde button cantik2 yg seswai nak match & terpandangkan love biru tu...bolehlah!
So bahan2 yg diperlukan ialah seperti dia atas yea....(tiada dalam gambar: hot glue gun)


Saya just lilitkan dengan kemas ribbon biru di atas,kemudian tambahlah ribbon putih with just a simple teknik utk naikkan sikit serinya.Then saya gluekan semuanya...




Tadaaaaa....!Dah siap.:)
Dapat jugak dia headband yg match dengan bajunya.Tak payah beli baru ;-D.

Macam biasa,dia memang suka posing....,Ok s
elamat berpuasa kawan2! :)

Related Posts with Thumbnails