Showing posts with label Kayu. Show all posts
Showing posts with label Kayu. Show all posts

Crackle medium dah dekat setahun kot beli (mak aiiih)...baru harini berpeluang cuba. Cuba klik gambar tu untuk tengok dengan lebih dekat.
Ada masa sikit untuk dicuri, cuaca sekarang pun memang panas..so cepat kering.

Untuk buat crackle seperti di atas,saya gunakan Crackle Medium brand FolkArt-Plaid. Halus2 rekahannya.

WIP dulu,
akan difikirkan nak buat corak decoupage yang macamana atas kayu ni.


Mula2 giliran marinaHH,kemudian tiba giliran mimi_sharif dan juga putriayu.


Sementara masih ada masa nak buat handmade present ni maka saya teruskan dengan kraf decoupage.
Untuk putriayu saya hadiahkan Door Hanger,untuk mimi pula ialah Switch Board,manakala untuk Marina pula ialah bekas kayu yang boleh diisi apa saja yang bersesuaian.

Happy Birthday 2 all of u! :-)

Untuk kali ini partner saya ialah kak jija1970.

Jenuh juga memikirkan idea untuk jadikan ia sangat istimewa sebab saya suka dengan hasil kerjatangan beliau.Tema ialah mesti guna motif roses sahaja.

Akhirnya saya putuskan nak buat 2 benda. Satu ialah cermin,satu lagi hiasan dinding 3D.

Warna dan corak pada kedua2 item adalah sama.Jadi dia macam Set gitew :-).

Special for kak jija,




Dan yang ini pula 3D decoupage.Medium board kayu tu beli di Jusco.Ianya yang sebenar ialah alas periuk panas.Saya deco kan.


Rasa macam sayang sangat,jadi saya siap2 tempah frame.Alhamdulillah kedua2 barang ni selamat sampai dihantar oleh abang posmen ke rumah kak jija1970.

Rasanya yang ni paling mencabar dibuat tapi sangat enjoy :-),



Sebabnya banyak motif munga-munga cinta nak kena guna.Medium board tu kayu biasa je.

Saya mmg suka corak bunga yang ni.Sayang jugak nak guna.

Cadang nak frame kan cantik2..,kenangan terindah :-).

Ni gambar zoom in,untuk tgk 3D yang buat imej bunga jadi timbul.Maksimum 3 layer especially pada kelopak bunga besar.2 layer untuk daun2.

Kali ni birthday seorang lagi kawan online iaitu eihanlemoc @ fida.

Saya buatkan special untuk dia. Sebab fida ialah ketua projek birthday ni.

Apa specialnya? 3D Decoupage.
Medium bulat tu cuba teka apa?Itu saya beli dekat Jusco..chopping board! :-).

Masa beli tu tak terfikir pun nak buat untuk potong ikan or daging.Memamg fikir nak decor kan je.:-D

Hasilnya jadilah seperti di atas.Rasa happy sebab bunganya nampak hidup...:-). Cuma nak perbaiki lagi wordingnya.
Ada satu aktiviti di mana,kami telah diberi partner.Dimana saya perlu buat decoupage dan berikan kepada partner.Kemudian ahli yang di'partner'kan dengan saya juga kena buat decoupage dan berikan pula kepada saya.
Tukar2. Sebab tu lah namannya Decoupage Exchange(EG).Syarat aktiviti kali ini ialah medium yang digunakan mestilah daripada kayu.

Partner saya ialah syamieza_danish.Saya yang perlu buat dan hadiahkan kepadanya.
Manakala ayu61279 pula ialah partner yang perlu berikan hadiah kepada saya.

Seronok jika kita melibatkan aktiviti2 begini.Selain menajamkan lagi skill kita,bnyk perkara yang boleh dipelajari hasil dari perbincangan bersama kawan2 lain.

Saya bawa tema purple kali ni :-).

Ada dua barang yang saya buat utk syamieza_danish.

1) Kayu/papan belakang tu ialah yang digunakan untuk alas periuk panas.
Manakala senduk tu pula sebenarnya senduk buluh. Saya gamkan senduk tu di atas alas kayu tersebut.Konon nak menambahkan nilai2 seni lah tu hehehe :-).
Boleh buat perhiasan juga.Mungkin kalau di framekan pun cantik.Harap syamieza_danish suka.

2) Yang ni mmg kayu yang biasa orang buat untuk wall plaque.Saya gunakan decoupage paper.Dan kemudian buat 3D decoupage disitu.Nampak timbul tak bunga2nya?Hehehe..

Rasanya masih bnyk perlu diperbaiki.Walaubagaimanapun berbesar hati dapat siapkan untuk partnerku kali ini. :-)





Projek Birthday Exchange 2009 dengan kawan2 online. Geng se'plaza' dalam forum wmc.Kami kena tukar2 hadiah sepanjang setahun tu. Seronok.

Saya buatkan decoupage pada medium kayu berbentuk love.Khas untuk afiera @ sue. yang menyambut birthdaynya pada bulan January.
Related Posts with Thumbnails