9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, June 27, 2012

Critical Time

Urghh sorry that i can't update my blog frequently... Guangzhou Trip pun tak sempat nak post in... So terpaksa ditangguhkan lagi... Now is my crucial time...

It's about my career... Sounds scary huh? eceh... Takdelah... sekarang Mai tengah busy senanya.. bukan busy body hoke.. tapi busy dengan kerja-kerja yang fuhhhh agak memberi tekanan jugak pada seseorang yang bergelar mak buyung ni...  I love to do it... but itulah... agak tak menang tangan nak buat... lepas satu, satu... whoooo whooooo i only have my two hands... -..-

Masalah tekanan tu bukan hape.. sebab benda last minit kan.. so tu yang agak kelam kabut.. Company My ada event kurang sebulan lagi which is on 14th July. Tak ke kelam kabut siapkan surat segala, dealing with designer, t-shirt supplier.. tunggu approval lagi... everything makan masa... Kalau sini pending, sana pending... sana pending, sini pending... So kena keep on updated. kalau boleh laptop pn nak lekat je kat dada ni with hope that i will not miss anything!! Dengan event yang tak lama je lagi tambah dengan current kerja on company survey yang My tak sempat nak settlekan sepenuhnya.. nak cari respondents pun merangkak2 kauuu... wallah! mintak nyawaaaa

Dan yang paling merisaukan My adalah bila mana My 'terpaksa' meninggalkan workstation atas sebab-sebab yang My tak mampu nak elakkan. Masakan tidak... dalam pada tengah banyak benda nak settle dapat plak call lewat petang semalam dari klinik beritahu My kena datang klinik harini buat second BSP. Aik? I just got call a few days ago nurse tu cakap buat BSP masa check up next week. Tiba-tiba dia call balik suh datang harini? grrr.... ni nak marah ni... tak datang kang tak tahu plak tahap kesihatan ni macam mana... nak datang.. adoiyaiii serba salah nak tinggal kerja macam tu je... T___T

Those yang dah biasa check up kat private mesti cakap My ni leceh... yela cek dengan gomen kan.. tau je lah gomen tu very details.. kalau gi private huh sepantas kilat tayah nak kena cek darah minum air gula bagai... hurm... lain orang lain pengalaman.. lain kehendaknya... cakap senangla... My ni dahlah first timer bab-bab mengandung ni... duduk pun kat hujung dunia ni.. bukan senang nak ke private clinic. nak suh My drive? try la datang sini tengok bape banyak traffic lite.. jammed nya lagi.. ate nak ke KL sempat? dengan membuyungnya lagi...-..-''... Lagipun, klinik tu dekat sangat dengan rumah.. tak kisahlah bape lama pun My kena tunggu yang penting they take care of pregnant woman in details... So, pls understand... at least for my first baby.. let me experience it myself what's the best... I still in learning process... T__T anything pls just advice me....

Kesimpulannya hari ini... My ke klinik buat pemeriksaan darah. Kerja penting... baby pun penting... tapi kenalah bagi keutamaan pada yang paling utama ye dak..? Amik tahu perkembangan dan kesihatan diri untuk anak dalam perut and at the same time kerja jangan separuh jalan... InsyaAllah... selagi kudrat ni mampu My takkan lepas tangan macam tu je... Lagipun sekarang ni Alhamdulillah sickness dah berkurangan... cuma tulah tahap gula ni dah tinggi (diabetes) jadi kenalah kawal gula tu kan... n pemakanan also... -..- I will try my best...!

Eh know what? this morning masa tengah mandi hidung My keluar darah.. actually My tengah tak berapa sihat beberapa harini. Selsema+batuk... Dah dua kali kuar darah... kahak pun berdarah... risau gak tapi hubby cakap mungkin sebab panas dalam... alahai~ harapnya memang sebab panas lah... janganlah ada sakit lain plak datang... T__T 

Oklah.. dah time! nak gi cucuk lagi amik darah... bacaan pertama tadi 3.8.... pasni tak tahu lah berapa plak... just wait n see..

i've got to go! see ya!

psst psst... apa khabar kawan2 m2b??? ada perkembangan terbaru? :)

Thursday, June 21, 2012

I am back!!!!

Arghhhhh! It has been a long long time I’m not blogging!!! Sorry readers… tak menang tangan dengan kerja kat opis… and walaupun kerja berlambak, FYI… I’m just back for my short vacation abroad…. Tu pasal lama menghilang…. :P

Alhamdulillah… Kandungan My sekarang dah mencecah 16 weeks+… Baby dah sebesar 11 cm. Sickness?? Still having it but dah biasa… so, bersabar je lah demi baby terchenta… So, Apa je yang My buat sepanjang 2 minggu ni??

Lepas check up haritu... My ke klinik on the next week nye lepas tu untuk cek BSP. Kira minggu lepas lah. Yela, dah suspect diabetes kan... Bacaan normal. Tak ingat dah bape. Nak bukak buku malas heheh. Pagi2 Jumaat minggu lepas pukul 3 pagi My dah ada kat LCCT, Sepang check in untuk ke Guangzhou, China seperti yang dijadualkan... Company trip... Pada awalnya My register nak pergi bulan 9 lepas raya... tup tup membuyung plak kan so kenalah awalkan penerbangan kang perut dah besar tak dibenarkan naik flight plak hehe. Tu pasal lah dalam pada sibuk dengan keje pun ada masa lagi nak gi bercuti... hampeh je kan hehe. Pasal vacation kita citer kat next entry okay? :)

Sepanjang masa kat China 5 hari seyes takde sickness langsung... Makan pun berselera je cuma pening kepala dan kepenatan sebab berjalan je. Tapi, tup tup balik je Mesia urghhhh sickness datang balik!! Semalam je start keje petangnya My dah lembik... makanan dalam perut semua keluar balik... Ya Allah sabar je lah... Setiap kali My berjalan jauh kan, mesti okay je... tade rasa nak muntah.. Bila dah balik KL abes cuti confirm mula tak sihat balik... macam ni pun ada...-..- 

Tah. Orang kata pembawakan budak memang macam tu... Kalau kat tempat orang okay je.. kat rumah sendiri tempat sendiri mula la buat hal balik. yeke? Alahai... ni pun masih rasa loya-loya ni tinggal nak keluar je ni... T__T

Hopefully bila kandungan dah cecah 5 bulan nanti muntah-muntah ni dah takde. Allahuakbar tak larat badan kalau berpanjangan... Dahlah tengah banyak kerja ni...-.-' Baby mommy jangan noty2 okayyyyyyy... 

Bilalah nak dapat rasa baby ni gerak-gerak dalam poyot... sebab My tak rasa apa-apa pergerakan pun dalam poyot ni hehe... can't wait!!!

Friday, June 8, 2012

Third Antenatal Check Up

Seperti yang dijadualkan, semalam My ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan kehamilan kali ketiga selepas check up dua minggu yang lepas. Gara-gara berat turun, HB turun, kencing kotor makanya My dikehendaki datang untuk check up 2 minggu kemudian.

Nah, semalam semuanya masih tidak memuaskan. Berat turun lagi setengah KG. Tekanan darah pun turun...-..- dan hasil MGTT, minum air gula 2 minggu yang lepas... keputusannya... 7.9.... dah tahap kena kencing manis... Doktor marah cakap My tak makan ke... nak buat camne.. muntah-muntah masih tak hilang... T__T

Next week kena datang lagi on Wednesday buat BSP... tu ada kena mengena dengan kencing manis tu la... 2 minggu lagi kena datang cek berat plak.. lepas tu My kena datang jumpa pakar nutrisi plak... lepas tu, next check up. Fuhhhh 4 minggu berturut-turutlah My kena pergi klinik buat itu ini. Arghhhh... letihnyaaaaa.... Sampai bila harus begini... tolonglah sihat.... T___T

Bila tengok orang lain pegang baby comel-comel.. tak sabar nak tunggu baby dalam perut ni keluar... berair airmata sebab happy tengok baby... Arghhh bilalah waktunya akan tiba...naluri ibu dalam hati ni meronta-ronta... :( Tapi, untuk sampai ke tahap itu My kena kuat!!! ye... My tahu.... Tapi... entahlah... My dah buntu... Apa lagi harus My lakukan... Makan itu tak kena makan ini tak kena... Sekarang ni kalau balik kerja yang My boleh telan hari-hari cuma kuey teaw kungfu dan air limau ais. Itu je menu yang hari-hari enchek somi belikan sampai kedai makan tu pun dah kenal and tau dah nak apa setiap kali datang kedai...-..-

Paling teruk sekarang ni kalau hari bekerja. Pagi petang My makan apa je mesti nak keluar balik. Sebelum balik toilet tu dah macam workstation kedua, jadi tempat My istrirehat keluarkan segala isi perut yang nak terburai ni... balik je longlai... Ya Allah..... kenapa lemah sangat My ni..... T___T

Mahaplah kawan-kawan... festime preggy... Macam-macam hal... My tahu ini semua satu anugerah... Tapi My tak tahu bagaimana harus My manfaatkan anugerah yang tidak terhingga nilainya ni.... Sekarang My risau dengan baby dalam perut ni... My risau sangat... My nak sihat... Kalau My sihat baru dia sihat... Kalau My lemah n sakit macam ni... macam mana baby nak membesar dengan sihat... T___T

Maafkan mommy sayang.... T____T

notakaki: Minggu depan nak ke China 5days. Selamba je kan? Tataolah camne nanti ni larat ke tak. agak-agak tak larat nak berjalan duduk hotel je la jawabnya...-..-  Kerja kat ofis  plakmakin memberi tekanan dengan ketiaadaan assistant!! huarghhhhhhhh...!!

Monday, June 4, 2012

Sinopsis Hujung Minggu

Hai korang.... heee~ lama betul nak tunggu entri baru kan...-.-' Maaflah, seperti biasa mood dan kesihatan menjadi penghalang.. apa nak buekkk...

Anyway... I am 14 weeks++ now! Trimester kedua sudah bermula... Perut pun dah semakin mengeras dan membolat... My baby is 9cm now.. Tak sabar nak tunggu baby membesar, tak sabar nak rasa baby gerak-gerak... tak sabar nak betul-betul sihat dan merasai nikmat semasa preggy ni... tak sabarnyaaaa... :')

3 hari cuti weekend lepas, My pulang ke kampung halaman di Segamat Johor. Luckily Jumaat haritu cuti sempena Sabtu befday Agong so Khamis malam lepas kerja gerak balik Segamat. Hujan lebat, dekat pukul 12 tengah malam gak sampai. Mak abah pun dah tidur. Terkejut diorang My n husband balik, sebab tak bagitau pun nak gerak balik malam tu hehe. Seronok jumpa mak abah. Abah sihat, tapi semakin kurus yela sejak-sejak dialisis buah pinggang ni kan... hurm...

Jumaat petang esoknya, kami gerak ke Batu Pahat rumah kakak My. 3 kereta ke sana. Dah lama tak ke rumah Angah. Seronok berkumpul ramai-ramai. Semua adik-beradik ada kecuali 2 abang My di JB dan Perlis tak dapat balik. Sabtu tu kitorang ke rumah sedara belah mak di area Batu Pahat gak. Kenduri sepupu kawen. Lepak dari tengahari sampai petang kat rumah pengantin. Dalam kul 4ptg camtu My mintak diri gerak dulu pergi Kluang, rumah arwah nenek yang sekarang didiami oleh paksu My. Tak larat nak lepak lama-lama lagi sebab kepanasan dan sakit pinggang. Biasalah ibu mengandung hehe.

Malam tu, kami sedara-mara berkumpul kat rumah arwah nenek. Ada mesyuarat koperasi keluarga. Memang niat asal balik kampung sebab kenduri n mesyuarat ni la. Berkumpul ramai-ramai... makan sama-sama... Dapatlah enchek somi kenal-kenal lagi dengan pakcik makcik sepupu sepapat sebelah mak...:) Malam tu semua tidur kat situ... Sekali-sekala dapat berkumpul macam tu memang seronok...:)

Sepanjang 3 hari balik kampung rasanya hari Jumaat tu je My muntah-muntah. Itupun tak teruk sangat. Lepas tu Sabtu Ahad memang sihat-sihat je... cuma kepenatan... Tapi langsung tade muntah-muntah. Seronok betul rasanya. Tapim petang semalam masa gerak balik dari Kluang - KL... Allahuakbar... Sampai di hentian RnR tiba-tiba termuntah. Dalam kereta rasa mengantuk sangat... Tak dapat nak teman enchek somi drive so My tidur je kat sebelah. Letih sangat badan... Sesekali muntah jugak dalam plastik dalam kereta. Sampai je KL singgah rumah mertua. Belum sempat masuk rumah My dah muntah-muntah teruk kat longkang. Abis semua isi perut keluar... :( Petang semalam tidur je kat rumah mertua sampai dekat maghrib... Lepas maghrib baru gerak balik rumah.

Malam tadi lepas mandi, solat terus My masuk tidur. Badan tak larat sangat mungkin sebab travel jauh. Memang harap-harap pagi ni bangun rasa lebih lega sebab kena bekerja kan... Pagi tadi bangun dah muntah-muntah... Tapi gagahkan gak diri pergi ofis sebab lady boss tade harini... Tak sedap plak nak ambil MC. 

Sekarang ni tengah bengang sebab sepatutnya ada student praktikal nak masuk harini. Tunggu punya tunggu tak datang-datang. My call HR tanya tapi diorang pun tak tahu apa status budak tu sekarang. HR call budak tu tak berjawab. Haih~ tak jadi ke? HR pun My rasa baru bagi jawapan kat budak tu beberapa minggu lepas walhal lady boss dah request since April lagi. Entah-entah budak tu dah dapat tempat praktikal kat tempat lain. haih~ Nampak gayanya takde orang nak tolong lah My buat kerja pasni. Nak menanges dah ni. Memandangkan coming event tinggal sebulan je lagi kena settle. Dengan current kerja lagi nak settle, nak fikir event akan datang... mampu ke My buat sorang-sorang? T___T My ni dahlah selalu tak sihat, selalu MC... Uwwaaaaaaaaaaaaa.... tak laratnya!!!! 

Ya Allah tolonglah bagi aku kekuatan.... be strong My... be strong.... T___T

notakaki: sorry takde gambar langsung sepanjang hujung minggu sebab mmg sedia maklum, takde mood langsung untuk itu...-..-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers