9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, April 26, 2012

Antenatal Check-Up Registration - Daftar Kehamilan

Salam yu ols.... wah wah My ni dapat BE je terus senyap plak takde hapdet. Ada yang kena tarik balik BE tu kang hehe. Anyway... sejak-sejak membuyung ni sangat-sangatlah mempengaruhi mood untuk berbelog. Setiap kali nak start je menaip.... arghhhh terus dah takde mood.... sudahnya, dibiarkan je tak berhapdet. Sesekali My hanya melawat belog sendiri dan belog-belog jiran lain especially all moms to be... :) Seronok sangat baca pengalaman diorang sampai berair mata ni sebab My sebak... Mungkin sebab ada nyawa lain dalam badan ni makanya My mengerti apa yang sedang dilalui mereka... Indahnya perasaan bila kita bakal bergelar ibu... Kan? :) 

Kandungan My sekarang dah 8 minggu lebih. Loya dan muntah masih aktif. Tak cukup waktu pagi dia datang waktu petang dan malam… Segala petua yang My dapat dah tak lut dek tekak… nak terkeluar jugak isi perut nih. Bayangkanlah air putih pun My susah sangat nak telan… Asal minum je nak terkeluar balik… Makanan semua My naik muak bila tengok. bihun tolak tepi mee tolak tepi.. sup sup tolak tepi… Nasi? Paksa telan tapi selalu tak habes. Fast food? Western food? Laju je telan tapi still rasa loya after a few hour. apa nak buek? T__T. Orang kata loya, muntah masa trimester pertama je. Harap-harap semua ni berakhir lah selepas ni…. Lembiklah My kalau continuously sampai 9 bulan…-.-‘ 

Anyway, lupakan pasal loya muntah segala… last Tuesday I took leave n went to Klinik Kesihatan Serendah, Hulu Selangor for antenatal registration… :) Ditemani enchek somi tersayang yang bercuti sama hari itu My ke KK (Klinik Kesihatan) seawal sebelum 8 pagi. Erkkk… orang dah berduyun woooo…. Nasib baiklah unit ibu mengandung dengan pesakit biasa separate so My ke bahagian ibu dan anak di sudut lain. Itupun dah ramai mak buyung yang dah datang. Dengan keadaan terpinga-pinga My ke kaunter dan bgtau nak register kehamilan. Walaupun sibuk, dia ambilkan My buku merah untuk diisi. My isi sendiri lah. Lepas tu dia suruh duduk n tunggu nama dipanggil. Uik. Senang nye? Bukan kena tunjuk surat nikah? Bil air api segala ke? Yela, kawan-kawan yang pernah register kehamilan semua bgtau kena tunjuk surat nikah, bil air tempat tinggal bla bla… Tapi My tak pun… Beriya den angkut surat nikah besau-besau tu (kad nikah tak buat lagi)….-.-‘ Takpelah, senang sikit urusan kan hehe. 
Tak lama lepas tu, nama My dipanggil n masuk dalam bilik. Ada temubual sikit dengan nurse. Dia tanya pasal tarikh nikah… tarikh last period… tanya sejarah penyakit dalam keluarga blab la bla… dan ceramah sket pasal nak ambil darah. Ada 5 reason kenapa kena ambil darah My pun iyakan je lah apa dia cakap… Tak lama lepas tu dia suruh My ke bilik 7 untuk ambil darah. Sampai bilik 7 sebelum ambil darah amekau dia soal balik kenapa perlu ambik darah… dapat jawab 2 je yang lain lupa… nasib baik dia tak marah… dia ingatkan balik kenapa perlu ambil darah… -..- After 20 minutes ujian darah settle. Non-active so maknanya takde HIV lah hehe. Dah settle ambil darah pergi plak ke makmal, letak buku kemudian dia panggil untuk pemeriksaan urine. Dahlah baru pas kencing lepas tu kena kencing lagi nasib baiklah My ni memang jenis kerap kencing nak nak dah peknen ni kan so ada lagi lah stok untuk urine test tu kehkehkeh. Dah settle pergi balik ke bilik yang mula-mula dia temubual tadi. Letak buku merah dalam bakul tunggu nama dipanggil. 
baru sekali check up macam2 dia tulih...-.-'
Tak lama pastu dia panggil masuk bilik tu semula. Dia suruh baring n tengok-tengok perut, cek breast segala. Dia kata perut tak nampak lagi. memang pun… nampak macam buncit je…-.-‘ Lepas tu duduk sebelah nurse tu… Nurul Hawa nama dia. Dia kata, My akan berada di bawah pemerhatian dia sepanjang pregnant ni yela sorang patient akan dapat sorang nurse macam tu lah so kira next time check up My akan jumpa dengan nurse yang sama. Baik orangnya. Dia nasihat My apa perlu makan, tak perlu makan. Tak cukup dengan tu dia tanya My kalau ada apa-apa yang My nak tanya atau nak tau. Dalam hati My boleh ke dia ni jaga My ni tengok perut dia pun dah nak meletup kot… dia pun mengandung sama… hehe… giler kauuu kat unit mengandung tu je lebih 5 orang nurse yang My tengok tengah pregnant gak tau. Tak tahulah My macam mana diorang buat kerja sekuat itu… Agaknya macam manalah nanti kalau sorang-sorang cuti bersalin hahahaha… Dah lah gomen cuti bersalin 3 bulan kannnzzzz… tutup kedai lah KK tu jawabnyeee hehehe… 
Dah borak-borak dengan nurse tu, dia bagi My pil-pil vitamin. Entah My pun tatao fungsi dia. makan je lah kannnzzz... pastu dia suruh plak ke bilik sebelah… tah apa nurse kat sebelah tu buat tah tapi dalam buku merah dia tulih heart, lungs, breast dengan thyroid… dia cek semua tu lah kot… Ok settle. Kuar bilik jumpa balik nurse Hawa tadi tu bagi buku merah tu. Ingatkan dah boleh balik. Tapi alang-alang hari Selasa klinik gigi pun buka dia suruh My naik atas pergi cek gigi. Takpelah bagus gak kan kang tak pasal-pasal kena cuti lagi untuk cek gigi. Naik atas dapat number giliran baru… agak lama gak menunggu tapi asalkan ada enchek somi My okay je tunggu…J Bila sampai turn My dia cek gigi… dia kata gigi semua okay lepas tu dia bagi talk sikit pasal gigi dan kehamilan. Alaa tapi My dah lupa lah apa dia cakap.. yang My ingat dia tunjuk cara gosok gigi dengan betul pastu dia tunjuk struktur gigi baby macam mana… owh sangat comel… :)

Dah settle. My turun bawah semula, hantar buku merah dan pergi makan mekdi sebelum pulang tidur sehingga petang hehehehe… Next appointment on 24 May. N know what???? On that day nanti My dah kena minum air gula!!!!! Owh my gucci!!!! Sebab abah My ada kencing manis so dia kata kena cek awal… Alaaaa… T__T Kawan-kawan yang pernah minum air gula sume kata besenya dia akan suh minum masa kandungan dah besar sket. Tapi gamaknya My kena minum masa kandungan baru 3 bulan nanti… arghhhh… entah macam mana nanti… **agak-agak boleh tak bawa perisa strawberry ke oren ke campur dengan air gula tu nanti? Hehehehehe… 
borang yang My kena bawa masa minum air gula nanti..T__T

see see.... -.-'
Ok begitulah cerita shaye sepagi di Klinik Kesihatan Serendah hehe. Panjang berjeler kau… bape orang gaknya yang skip terus sampai bawah… :D Anyway, overall… My sangat berpuas hati dengan service di Klinik Kesihatan Serendah tu. Bukan apa, kata orang service di Klinik Kesihatan ni teruk… staff buat keje tak ikhlas lah marah-marah lah… lama sangat nak tunggu lah bla bla bla… Mula-mula nak register tu takut gak My kot lah kena marahkan…-.-‘ Tapi sebenarnya tidak… My rasa setakat ni sangat okay. Masalah menunggu tu bagi My takde masalah as long as service diorang bagus. Sebenarnya bukan masalah KK itself tapi attitude pekerja yang memainkan peranan... Kalau diorang berbudi bahasa, kerja bagus ianya takkan jadi masalah… Patient pulang ke rumah pun dengan ceria… :) My siap kena puji dengan nurse sebab datang awal untuk register.. Seeloknya yu ols yang pregnant tu datanglah untuk register sebelum kandungan berusia 12 minggu… k? :)

Semoga Allah memudahkan perjalanan anak ibu ke dunia ini… Amin… :)

Eh pagi tadi kan festime naik Komuter dari Serendah. Oooo ada rupanya train nak ke KL Sentral dari sini tapi last train pukul 7.10am macam tu lah. Kalau tak train lain dia berhenti sampai Rawang je. So pagi tadi start naik dari Serendah... Dapat duduk... siap tido kauuu sampai Kl Sentral hehe. Pasni bolehlah naik komuter je. Sian enchek somi nak hantar naik motor. Kang makin membuyung berat plak motor tu hehehe...
train baru 6 coach sangat luas dan selesa... :)
One more thing!
Inai terakhir! *montoknye jari...-.-'
Heee dah 3 bulan kawen inai masih di jari... Ini antara inai inai terakhir lah kot hehe... masih boleh panggil pengantin baru tak?:D Eh tapi inai kat jari kaki banyak lagi tau... 2/3 bulan lagi pun lum tentu habes gaknye hehehehe...

Ok dah2.... babai!

Monday, April 23, 2012

Buffered Earnings (BE) Pertama

Beberapa bulan yang lalu, My yang dulunya menggunakan Nuffnang sebagai penaja iklan di belog telah curang apabila bertukar kepada advertlerts gara-gara earning yang diperolehi setakat cukup beli gula-gula 3 bijik seposen… nak naik kemain payah…-..- Memang tak dinafikan earning yang diperolehi di advertlets jauh lebih banyak… malah dalam beberapa bulan je dah memperoleh RM40 ++… Tapi kejap je. Entah kenapa lepas tu payah benau nak naik… Lagipun, dengarnya advertlets kalau dapat sekurang-kurangnya RM100 baru boleh cash out kan… Entah bila nak dapatnya punnnnn….

Lama-lama My naik muak…. Entah. Tengok blogger A kemain mewah dengan Advertlets tapi nape My sikit punya susah nak naik ni grrr… tengok blogger B kemain mewah dengan Nuffnang…. Tapi macam mana diorang boleh achieve that high?? Bagi blogger-blogger otai jangan cakaplah…. $$$$$ tak jadi masalah. Hurm…. My mula berfikir mungkin masa My pakai Nuffnang dulu ada kekangan pada belog. Plus, My pernah menggunakan iklan yang lain pada masa sama menggunakan Nuffnang sedangkan sudah sedia maklum untuk menggunakan Nuffy kenalah setia hanya pada Nuffy without place any other iklan melainkan Churp Churp. Hurmmmmm….

Sudahnya, awal tahun ni My berbalik kepada Nuffnang… hanya setia pada Nuffnang! n know what, beberapa hari lepas tu status ordinary terus bertukar kepada Glitterati… hehe suka bukan kepalang…. Beberapa minggu lepas tu…. Uik… cepat plak earning tu naik… Walaupun naik tak banyak tapi ianya tak macam dulu dah earning takat tu je…. this time memang setiap minggu amount RM tu akan bertukar dan makin meningkat…. Fuhhhhh….. suka betul den tengok… mata $$$$$ jadinyaaaa…. Cepatlah naik lagi naik lagi…… kikikiki…..

Terbaru, My tengok akaun Nuffy dapat Buffered Earning plak. Errr… ini BE pertama lah kot…. -..- Seyesly sebelum ni memang tak kisah langsung pasal earning…. Ada, adalah… takde pun takpelahhh… Yang My pentingkan adalah kepuasan menulis rather than get earning. But then, bila tengok $$$$ ni sentiasa bergerak…. Sape tak cair wooooo… So, why not earning bergerak seiring dengan kepuasan menulis tu kan kan kannzzz…. Heheheheh….:D

My tatao pape pasal BE! Yang My tahu ramai suka dapat BE! Peluang seseorang blogger untuk dapat $$ agak tinggi dengan adanya BE. Eh yeke? Ahhh papelah. yang penting My dapat BE…. Mekacih Nuffy. Silalah bagi BE lagi di masa-masa akan datang. Hahahahahahahah…..

Ok dah dah. Tak payah nak jakun sangat…..-.-‘

notakaki: Badan lemah tak bermaya.... makan sekarang semua tak mahu terima tekak. Nak tak nak terpaksa telan... Lepas tu muntah balik nasib badan lahhhh... haih~ kuatkan semangat My!!!!

Thursday, April 19, 2012

Petua Hilangkan Loya Ketika Hamil


Good Day readers! Lunch apa tu? J

2/3 hari ni hujan je kan… Kalau tak waktu petang balik keje mesti pagi akan hujan… Nah harini hujan lebat di pagi hari di kala nak pergi kerja. Sudah sedia maklum den lebih selesa naik motor dari naik kereta dan komuter. Heee~awal-awal haritu je naik komuter tapi sebab masa dan malas punya pasal ku teruskan perjuangan naik motor bersama enchek somi… J Dek kerana hujan lebat pagi tadi enchek somi suruh naik komuter dari Serendah. Tak pernah pun naik dari Serendah sebab komuter dari Serendah akan stop di Rawang lepas tu kena tukar train plak. Tu yang leceh. Enchek hasben ni plak tak percaya, dia kata ada train straight ke KL. My pun pergi tanya kaunter memang sah-sahlah takde. Jam dah hampir 7.30 am pagi tu. Kalau My naik dari Serendah lepas tu tukar plak kat Rawang entah kul berapa konfem sampai ofis lambat… Kalau masuk lepas 8.30 am ni rasa tak sedap plak.

Last-last naik motor jugak… nasib baik hujan dah reda sket masa pertengahan jalan…. Inilah risiko kalau rumah jauh. Enchek somi pun dah mula sedar. Sebab dia notice My kalau balik kerja mesti keletihan… Malam pukul 10 atau 11 dah masuk tidur. Haih~ letih sebab travel jauh hari-hari kot kata dia… entahlah… My okay je. Alah bias tegal biasa kannnzzz….. Tapi memang letih. Enchek hasben tanya… baru 2 bulan dah macam ni… boleh ke bertahan sampai 9 bulan… ? InsyaAllah….. moga Allah melindungi para isteri yang hamil macam kita ni…. J

Alhamdulillah,lepas MC haritu belum lagi ada MC sampai harini. Kesihatan kadang-kadang tak mengizinkan tapi My masih kuat dan boleh bekerja. Mual dan muntah? Masih ada… Tapi seboleh-bolehnya My elakkan daripada muntah selagi boleh. So, macam-macam cara dah My buat… asal ada petua baru konfem My cuba…. J Korang macam mana? Cubalah!

·         Makan madu

My pernah terbaca makan madu boleh buat hilang loya… So, My mintak enchek somi carikan madu. Selain bertujuan untuk hilangkan batuk, My nak cuba hilangkan rasa loya tu. So, ada jugak try makan madu… Tapi macam tak nampak je hasilnya… Untuk batuk mungkin okay sikit jika campurkan dengan sedikit limau lemon. Loya? Macam takde perubahan je makan madu… mungkin tak kena dengan tekak My kot…

Yang tak boleh blah, masa sms enchek suami suh carikan madu dia boleh reply macam mana tau. “aik. Baru kawen dah mintak MADU?”. Cis cis cis!!!

·         Makan Asam

Haaa yang ni memang My gunapakai masa awal-awal lagi. Siap-siap stock asam kulit limau tu dalam beg. Setiap kali rasa loya cubit sikit buat rasa kat lidah. Tapi.. time tu je lah kurang rasa loya nya punnnnn…. -.-‘

Orang kata makan asam tak elok untuk baby. Boleh beri kesan pada otak dia… nanti baby tak pandai kot. Ye ke korang?

·         Makan mangga


On the way nak balik rumah My ada beberapa stall buah-buahan. Selalu singgah situ beli mangga. Tapi kena pandai pilih… Kalau mangga jenis yang terlalu manis tak sedap diterima tekak… Yang jenis masam-masam manis lemak-lemak tu sedap! Selalu kalau potong berebut makan dengan enchek somi macam dia plak yang preggy…-.-‘

·         Makan Kurma

Yang ni ada juga My terbaca... Amalkan makan kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari... Heee~ My dah beli dah stock kurma tapi telan tak sampai 7 biji lagi sehari hehehehehe~

·         Makan biskut

Pasal petua makan biskut untuk hilangkan rasa loya ni banyak jugak yang cakap. Pernah terbaca dan kawan-kawan blogger pun ada bagi suggestion makan biskut. Especially biskut Jacobs cream crackers yang original tu. Nak tau betul atau tidak My pun beli haritu.

Sedikit sebanyak, it helps! Petuanya, kalau pagi-pagi masa baru bangun tidur tu… makan 1/2 keping biskut ni dulu sebelum mandi. Sebab orang kata biskut ni serap asid dalam perut macam tu lah lebih kurang so dia akan menghilangkan rasa loya nak muntah tu. Semalam My cuba, betul! My tak muntah pun pagi semalam…. My bawa bekal pegi opis. Setiap kali rasa loya My telan…. Membantu jugak. Cuma, petang tu tekak dah tak boleh nak terima biskut gaknya. Telan-telan pun tetap rasa nak muntah… Balik kerja malam semalam muntah jugak tapi tak banyaklah macam selalu tu.

·         Jangan terlalu fikir rasa nak muntah

Ada orang kata, jangan fikir sangat…. Tapi memang selalunya My tak fikir pun… buat tatao je kalau rasa nak muntah. Tapi…. Bila tak fikir tu tetap akan rasa tak selesa kat dada… Selagi dia tak keluar selagi tu lah rasa tak selesa…. Bila muntah baru dia lega…. Walaupun agak seksa….-.-

·         Minum 100 Plus

Ada juga yang cakap minum 100 plus boleh membantu. Doktor ada juga sarankan pada seorang kawan. Tapi kena buang dulu gasnya. Buka penutup… biarkan dalam peti ais semalaman…. Lepas tu dah boleh diminum… J

Semalam suh enchek hasben beli… pastu dah bukak penutup simpan dalam peti ais…. Tapi! Lupa nak minum n tutup bekas penutup tu pagi ni… -..-’

Ada banyak lagi kot petua… Antaranya hidu bau buah lemon… makan vitamin tambahan… makan yogurt dan macam-macam lagi kot… tapi My belum cuba…. Sekarang ni nak keep on makan biskut tu je dulu… J Harap-harapnya blehlah kurangkan rasa loya ni… Bukan apa, tak tahanlah kalau sampai tahap muntah banyak tu… Sampai nak terkeluar isi perut… L

Orang kata alahan, mual, muntah ni akan berlarutan sehingga 12-15  minggu…. Betul ke? Ikut orang la.  Malah ada yang lebih teruk sampai bersalin pun masih ada rasa loya n muntah ni… alahai… janganlah My macam tu nanti…. L

Minggu depan dah 8 minggu…. My plan nak pergi Klinik Kesihatan nak register antenatal check up (buka buku merah). Yela sepanjang hamil ni tak pernah pergi mana-mana klinik lagi kecuali masa demam haritu… So, tak nak take risk… My nak register next week. Wallahua’lam lah mana lagi better klinik kerajaan atau swasta…. Bagi My sama je cuma bezanya…. MASA dan KOS. Takpe, apa-apa pun My register je kat KK ni dulu… Anytime kalau perlu My akan ke swasta juga untuk pemeriksaaan… Gilir-gilir lah… hehe…. lagipun festime mengandung… kena pergi alami sendiri baru tau kan….


Monday, April 16, 2012

Mood Hamil.....


google~


Sejak-sejak preggy ni… rasa kecintaan terhadap internet makin berkurang… biasa fesbuk doploh empat jam on… business hari-hari promote.. sekarang… biasa on fesbuk bila bangun pagi sekali… nak tidur sekali.. business tak promote dah except kalau ada customer sendiri yang tanya stock. sepanjang hari memang takde pasaan langsung nak mengadap tab, laptop bagai… muak!

Bila time keje terpaksalah den mengadap laptop…. Tapi bila betul-betul perlu baru My mengadap kalau tak memang My biarkan laptop opis ni sepi macam tu je. Hanya radio kedengaran dari corong laptop… haih~ parah parah…..

Pasal pemakaian plak… sudah sedia maklum orang kalau bekerja takde uniform ni memang makin lama makin bosan tak tahu nak pakai baju apa… makanya hari-hari akan tersembul soklan ‘alaaaa nak pakai baju apa esok ni…..’….-.-’ Seyes! Walaupun ada baju baru tetap bosan! Sudahnya My capai aje pakaian-pakaian yang senang dipakai… yang tak perlu nak iron sangat…. Bab tudung plak… kalau dulu rajin up-to-date dengan cara pemakaian terkini… yuna style la… dian pelangi la… macam-macam la haih tapi sekarang? Lebih selesa kalau pakai tudung jenis sarung macam tu je… kalau tudung bawal rela pin kat leher semata… dan pin kan kat bawah tudung yang melabuh tutup dada… takde dah tarik ke tepi ala-ala dian pelangi… no more no more…. Muak! Malas! Arghhhh… harapnya sementara sahaja.. T__T

Seyes dah serupa budak baru kuar kampung je datang opis ni haaaa…. Innocent giler + terserlah ciri-ciri kesolehahan yang ada pada diri… -.-’

Sickness My makin menjadi-jadi… datangnya bukan morning sahaja… malah afternoon, evening, malah at night also… Jenis yang tak boleh nak menahan… kalau rasa nak keluar time tu jugak dia nak keluar. Kalau naik kereta… time-time tu jugak suruh enchek somi berhenti sebab nak muntah… Bangun pagi solat subuh… tak sempat-sempat nak simpan telekung time-time tu jugak berlari-lari ke sinki nak muntah… sampai-sampai opis tak sempat bukak laptop time-time tu jugak ke toilet muntah…. Uwwwaaaaaaa! Uwwwaaaaaaaaa! Kalau muntah sikit-sikit tu okay lagi… ni kalau jenis sampai tahap isi perut nak terkeluar alahai seksanya batinku…. Lembik terus jadinya…. T___T

Bila bangun pagi sekarang semakin takde semangat nak ke kerja. Rasa nak terus tidur sampai masa beranak nanti… -.-’ kat opis pun melayang-layang… seyes My sangat rasa kurang sihat! Tetapi My gagahkan jugak demi sesuap nasi… -.-’

Ya Allah….. aku sangat-sangat bersyukur atas kurniaanMu ini… aku redha dan aku nikmati segala perit jerihnya sebagai ibu hamil…. Namun aku merayu, kau kurangkanlah apa yang aku alami ini… berilah aku kekuatan ya Allah…. berilah aku kekuatan….. T__T

M2B… Korang ada rasa macam ni tak? Ke… My je yang lebih-lebih? -.-’


Friday, April 13, 2012

Asid Folik & Kehamilan


Bagi orang yang sedang hamil, mesti tahu pasal asid folic ni. Lebih hebat kalau korang tahu pasal ni sebelum hamil lagi hehe sebab asid folic ni bukan sahaja bagus untuk kehamilan malah bagi mereka yang merancang kehamilan… J My kalau tak check up kat klinik hari tu memang kirim salam lah nak tahu pekejadahnya asid folic ni…-.-‘ Doktor tu sebut je pasal asid folic My dah terkebil-kebil… Dia tanya whether My dah amalkan sebelum mengandung atau tidak… My geleng je lah kepala. Pastu dia suruh makan lepas dah tahu hamil tu n masuk sekali dalam bil… Sebab ianya murah, My layankan aje lah…. heheh

Lepas tu bila browse internet barulah My tahu pasal pentingnya asid folic ni. Bila dah tau tu, sampai harini My tak lupa makan. Mesti kena ada depan mata hari-hari sebab tau je lah My ni pelupa so kalau tak skip plak nanti. Dah biasa sebelum ni makan vitamin pun selalu skip lepas tu langsung tak makan. Tapi kali ni, kerana baby dalam perut ni… tak boleh lupa!! Hari-hari after breakfast mesti makan asid folic… J
folic asid

Apakah Asid Folik?

Asid folk adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. 



Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
  • Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. 
Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.


Sebenarnya, kalau korang baca pasal asid folik ni dengan lebih terperinci korang akan lebih faham akan kepentingannya. Jadi, jangan ambil mudah. Ianya sangat digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi ketika dilahirkan. Selain itu ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan... J

Ada apa-apa yang korang nak tambah? Especially yang dah ada pengalaman dengan asid folik ni. Correct me if I'm wrong oke... J

Till then!


sumber: babycenter

Derita Abah


Malam tadi My terjaga pukul 3.30 pagi sebab batuk-batuk. Allahuakbar… kalau dah batuk memang susah nak tidur. My kejut enchek hasben… cakap tak bleh tidur. Bangun pergi buang air kecil… dan terpaksa telan ubat batuk. Bukan My tatao makan ubat-ubatan termasuk ubat batuk bukannya elok sangat untuk ibu mengandung tapi My tak boleh tahan… Batuk tak nak hilang sejak demam haritu. 2 kali hirup ubat batuk baru rasa lega sket.

Pagi ni plak bangun-bangun tekak dah rasa mual. Lepas mandi okay lagi… lepas je solat tak tunggu lama terus ke sinki muntah air+buih. Perut masih kosong kan so itu je lah yang mampu dikeluarkan… Senak jugaklah perut duk muntah… Sampai ofis pun sambung lagi mual dan muntah… Ya Allah… berikanlah aku kekuatan… T__T

Weekend yang lepas seperti yang diberitahu My pulang ke Johor melawat mak dan abah… 2 hari setengah je kat sana yela sampai hari Jumaat tu pun dah malam kan… tak puas betul rasa nak je ambil cuti n habiskan masa dengan mak abah. Lebih-lebih lagi sejak abah disahkan mengidap buah pinggang ni. Allah…. Lepas satu… satu…. Kesian abah….

Beberapa bulan lepas doktor sahkan buah pinggang abah rosak dan perlu dicuci. Doktor ada sarankan untuk berusaha mendapatkan ubat-ubatan lain yang dapat membantu memulihkan supaya abah tak perlu cuci buah pinggang tapi sayangnya dah terlambat… makan ubat pun tak mampu pulihkan buah pinggang abah. Nak tak nak, tetap kena start buat dialisis…. Yelah, abah dah lama ada darah tinggi, kencing manis, jantung… Lama-lama buah pinggang pun ada effect… Allahuakbar… kesiannya abah….

Masuk minggu ni dah 4 minggu abah buat dialisis. Seminggu kena buat 3 kali… setiap pertemuan mengambil masa selama 4 jam… kiranya 12 jam diperlukan dalam masa seminggu. bayangkanlah….  My tak sampai hati tengok abah yang makin kurus. Kata mak sejak buat dialisis, dah 10kg berat abah turun… Pergelangan tangan yang bengkak sebab buat dialisis tak sempat nak surut lebamnya dah kena buat dialisis balik… Dah lebam sangat dah tengok tangan abah tu…. Subhanallah….. T__T




Hari Sabtu haritu My sendiri hantar abah pergi buat dialisis. Enchek somi dan mak ikut sekali. My tengok sendiri macam mana abah buat dialisis.. My sendiri tengok muka abah tahan sakit bila nurse cucuk jarum di lengan…. My sendiri tengok darah abah keluar…. Lepas tu kitorang balik tinggalkan abah 4 jam di pusat dialisis tu berbekalkan sedikit makanan. Kesiannya abah….

Petang tu, selepas 4 jam kitorang datang balik jemput abah… Lepas jemput abah dari pusat dialisis abah mintak bawa pergi masjid sebab dia belum solat Zohor. Kitorang tunggu dalam kereta, tak lama lepas tu ada sorang brader ni datang ketuk cermin dan tunjuk isyarat seseorang perlukan kami. My dah rasa tak sedap hati. My tengok dari jauh abah seolah-olah terduduk lemah di tangga masjid. Abah!!!

Mak dah tak senang duduk. Mak ingat abah jatuh. My dan enchek somi cepat-cepat keluar dapatkan abah… Badan abah lemah sangat-sangat. Dia kata dia rasa nak pitam, sakit kepala… mintak rehat kejap. Kitorang tunggu abah… bawa abah gi toilet… Kencing manis abah tinggi hari tu. Mungkin sebab tu abah lemah. Tambahan plak perut abah kosong sebab 4 jam kat pusat dialisis makan pun sikit je sebelum tu. Lepas kitoang bawa abah pergi makan baru abah okay sikit. Kesian sangat tengok abah… My tak sampai hati sangat-sangat! Malam tu kitorang pergi makan kat luar celebrate befday enchek hasben pun abah tak join sebab nak berehat…. T__T
abah selepas dialisis~
Begitulah rutin abah setiap 3 hari dalam seminggu sekarang ni. Sekarang nak ajak abah berjalan ke mana-mana pun dah susah… kesian sangat tengok abah. Kesian sangat! Pernah sebelum ni, akak tiba-tiba call My… akak cakap… “tadi mak cakap kat akak, kaki abah bengkak sebab kena gout nak berjalan pun susah… pastu abah cakap kat mak… ‘kalau kaki tak bengkak ni baru cadang nak ke rumah My’….” Minggu tu abah dah selesai 12 jam buat dialisis. Kebetulan sepatutnya minggu tu hari sabtu buat dialisis diubah kepada hari jumaat. So abah ingat sabtu ahad tu nak ke rumah My. My menangis dengar akak cakap macam tu… terus My sms mak gtau My nak balik minggu depannya (minggu lepas). Yela, sejak My kawen ni abah tak pernah datang rumah My mungkin sebab tu dia teringin sangat nak datang. Mungkin dia rasa My dah tak selalu balik macam dulu sebab tu tiba-tiba dia teringatkan My… Allahuakbar….. T___T

Di saat My post entri ni pun My tak dapat tahan air mata ni…. Sayu nya hati mengenangkan abah di kampung…. Hanya Allah dan abah je tahu macam mana dia menanggungnya…. Tabah ye abah….

Hari tu My balik tak bgtau abah pun. My sampai je rumah abah bukak pintu. Seronoknya tengok abah depan mata… abah pun nampak ceria je bila tengok My balik… Sebak rasa tengok abah dah kurus… tangan abah lebam sebab dialisis. Sekarang ni air pun abah boleh minum 500ml je satu hari… Korang bayangkanlah macam mana perasaan My sekarang….

Sebagai anak, hanya doa dan wang ringgit je yang mampu My hulurkan… My nak tolong abah berubat mana-mana My tak reti. Plus, kalau belikan ubat-ubatan luar takut effect kat penyakit abah yang lain… Huh….. My harap abah panjang umur… murah rezeki…. Dan diberikan kesihatan yang cukup baik untuk hari-hari mendatang!!! My harap sangat-sangat!!

T___T

DOA IBU HAMIL


"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Aminnnnn

Thursday, April 12, 2012

Mual dan Muntah

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum readers…. Alhamdulillah harini rasa lebih lega berbanding 3 hari yang lepas. My dah masuk kerja. Tapi agak tak selesa bila sisa-sisa batuk masih ada… mual ditekak dah makin terasa diikuti muntah…
ehsan google
Hurm, mungkin morning sickness sebagai ibu mengandung dah bermula…. dan My tak dapat lari daripada melaluinya…. Memang agak seksa… Badan jadi lembik… lagi-lagi kalau muntah dengan agak banyak… Memang belakang badan mintak diurut… Allahuakbar…. T___T

Inilah suka duka jadi seorang bakal ibu…. Inilah nikmatnya menjadi bakal ibu…. InsyaAllah, My redha hadapi semua ini… namun My harap sangat Allah berikan My kekuatan untuk melawan semua ini… InsyaAllah… demi anak dalam kandungan…. My redha.. tapi My mohon pada Allah… kurangkanlah…. My nak kuat bekerja… My nak kuat menguruskan rumahtangga dan enchek suami… T___T

Korang, mommy2 to be tu… ada rasa macam mana yang My rasa tak? Boleh tak bagitau camne nak hilangkan rasa mual? Apa yang bagus untuk dimakan supaya tak muntah? My tak larat lah kalau hari-hari macam ni… T__T

Sekarang ni tekak takde rasa nak meminta-minta makanan. Cumanya, My dah tak bleh masuk yang berat-berat. Contohnya kalau pagi My dah makan ayam... tengahari My taknak ayam dah... nak ikan plak. Kalau dah makan nasi taknak nasi dah... nak benda lain... kalau dah makan bihun... tanak bihun dah... nak benda lain... Sampai kadang-kadang tak tahu nak makan apa... bila teringatkan makanan yang dah My makan rasa nak muntah... T__T

Ya Allah…. Berikanlah aku kekuatan……


Wednesday, April 11, 2012

Lembik~

Hai korang....

Actually banyak benda nak citer ni.... tapi dek kerana keadaan badan yang lemah memaksa My untuk tidak berbelog.

Weekend yang lepas My pulang ke kampung halaman mak abah di Segamat... Isnin tu nak ke kerja badan dah tak selesa... tapi My gagahkan gak diri pergi kerja. Around 10am My keluar ke klinik jap... mak aih.. klinik swasta dah macam klinik kerajaan plak ramai giler.. ada lah sejam tunggu turn...-.-' Sudahnya, doktor bagi My rehat.... So, My balik rumah lepas tengahari Isnin tu...

Selasa tu badan lembik lagi... tak larat nak gi keje. enchek hasben suh rehat je kat rumah.. so, sepanjang hari tu My hanya bangun untuk solat sahaja... Memang tak larat sangat-sangat...T___T

Malam tadi... muntah-muntah. Paling teruk sebab muntah banyak sampai nak semput My dibuatnya... Nau'zubillah.... seksanya My rasa.... T__T

Nasib baik hari ni cuti umum... dapatlah My rehat-rehat kat rumah. Lepas subuh pagi tadi My tidur je sampai pukul 2.30pm. Enchek hasben dah bangun awal pagi tadi. Dia betulkan paip bilik air... dia tolong basuh baju... n dia belikan makanan untuk My... nak masak memang tak dan dah la...

My harap Allah bagi My kekuatan.... doakan My ye! AMinnnn...

Sunday, April 8, 2012

Berwajah Baru! :)

Hey yu ols!!!
Ingat tak My pernah beritahu My dah bukak Online Shop....?
Alhamdulillah... masih beroperasi...
sikit-sikit lama-lama jadi bukit betul tak...
as I said.... Don't give up!

Anyway, baru-baru ni Cik Bulat ada jual template RM10... so, alang-alang blogshop My tu agak huduh kannnn why not My bertukar...:)

So there you are......
Simple tapi My berpuas hati. Untuk permulaan perniagaan ni oklah..:) Untuk review penuh sila lah berkunjung ke sana! :) 


Untuk lebih banyak produk silalah ke Facebook Page juga ye...  sini-----> KLIK

Masukkan juga banner Fingertips Shop as one of your online shopping blogshop list! :)


Thank you thank you thank you for your support!! ^____^

Friday, April 6, 2012

Perkembangan fetus - hamil 5 minggu

Kandungan My sekarang dah masuk 5 minggu 6 hari… ye la kot sebab tengok ticker kat atas tu hahaha. Nanti masa jumpa doctor baru nak tengok betul-betul kandungan My dah berapa minggu and bila exact date My bersalin. Tapi haritu masa confirm pregnant jumpa doc dia bagitau lebih kurang sama je. Tapi My agak konpius sket cara kira. My last period on 23 Feb. so kira-kira sekarang memang dah 5 minggu ++ lah kan? Yang due date tu tak pasti mungkin end of November mungkin early disember sebab ada cara pengiraan mengikut jumlah period sebulan tu. Entah My pun tak faham sebab period My ni tak menentu… ikut suka dia je kadang-kadang 28 kadang-kadang  30 kadang-kadang lebih dari 30…-..- Ahhh tak kisahlah. Nanti dah bukak buku merah tu tau la kannn..

Menurut maklumat yang My peroleh daripada babycenter, Dalam usia kandungan 5 minggu ni My mungkin tidak kelihatan hamil. Hehe memey pun… tak nampak hamil… tapi nampak buncit… :D
Namun, namun, jantung embrio, yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Ia membesar secara memecut pada minggu ini. 



Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya. 


Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul.

Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


Terujanya bila baca setiap perkembangan bayi dalam perut kita kan... J Sekarang ni My takde rasa apa-apa pun, tiada alahan, tiada muntah-muntah. Nak memasak pun ok je cuma kalau berdiri lama tu sakit pinggang sket. Kadang-kadang sakit perut n sakit pinggang. Tapi tu semua normal kan, selagi takde bleeding tak perlu risau kan kan. My harap sangat My takde masalah sepanjang mengandung ni sebab kalau mengikut sejarah keluarga, ada mengidap sakit kencing manis, darah tinggi so takutlah kalau My kena plak time pregnant ni. Dulu kakak My masa mengandung kena darah tinggi.. Dua-dua anak dia lahir masa kandungan berusia 8 bulan.. Thru operation. Sekarang tobatlah dia nak beranak lagi katanya hehe. Tapi kakak My lagi sorang elok je dua-dua anak dia normal. Hurm… InsyaAllah My kuat…..

Korang-korang yang preggie tu camne plak? Masa usia 5 minggu apa korang rasa? Ada muntah-muntah tak? Mungkin My belum lagi kot… hehe…

Dah daftar kat babycenter? Kalau belum meh laaa… J klik SINI. Okbai!

nota kaki: My on the way balik Segamat umah mak abah!!!  Naik kete dengan hasben. ahhhh tak sabarnye! rindu mereka! last balik akhir Februari haritu.. Dah kawen ni biaselah nak balik selalu fikir 2/3 kali. Rindu mereka sangat2!!!  Doakan kami selamat sampai ye....

Esok befday enchek suami. Hadiah?? BABY DALAM PERUT... :) hehehehehe

Tanda-Tanda Awal Kehamilan


Kehamilan adalah antara perkara yang paling dinanti-nanti oleh pasangan yang sudah berumahtangga... Dengan kehadiran cahaya mata maka akan mengeratkan lagi perhubungan suami isteri selain meramaikan umat Nabi Muhammad... :) Bagi pasangan yang baru berkahwin, tempoh kehamilan mungkin akan mengambil masa seawal selepas sebulan atau mungkin makan masa beberapa bulan..  dan mungkin beberapa tahun! Ikut lah pada rezeki... Kalau kata ada tu adalah... Tapi jangan fikir bila Allah tak kurniakan kita rezeki anak awal maka Allah tidak memberi kita rezeki. Bukan. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik dari itu. Think positive... InsyaAllah yang belum ada tu.. suatu hari nanti akan ada... :) Usaha, Doa, Tawakkal..... ok?

Ok, harini My nak share plak tanda-tanda awal kehamilan dengan korang. Yang dah berkahwin je boleh baca hoke. Yang belum kawen, tunggu dah kawen baru datang sini oke... pergi refer post pasal persiapan perkahwinan dulu heheheh...

Nak tanya ni, all mom to be out there macam mana tahu diri korang tu peknen ek? Selain tak datang bulan... ada symtom2 lain tak? Nanti share kat komen oke..? :)

Mungkin kebanyakan wanita menyedari apabila dirinya hamil dan mungkin juga ramai wanita yang masih lagi keliru mengenai status dirinya. Adakah dia telah mengandung atau tidak? 

Di bawah adalah tanda-tanda awal kehamilan, cekidaut!:

1. Loya & Muntah

Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

Sebelum My tahu My mengandung, takde langsung rasa mual, loya atau nakmuntah.... Tak semua wanita mengalaminya... :) Atau mungkin belum terjadi di awal-awal kehamilan...

2. Kerap buang air kecil

Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

Bab kekerapan buang  air kecil ni tak sure plak My ada ke tak. Sebabnya, kalau tak peknen pun My ni memang senang sangat nak membuang... Lagi-lagi kalau banyak minum air atau duduk dalam tempat air-cond yang terlalu sejuk. So, sampai sekarang ni memang senang sangat nak terkucil pun. haish macam orang tua plak...-..-'  Tapi, daripada apa yang My tahu, nanti masa kandungan dah membesar kekerapan wanita yang mengandung ni akan meningkat. sebabnya, semakin kandungan membesar, semakin ia menekan pundi kencing tu pasal akan selalu nak terkucil hehe. tak caya? tanya lah kat mom to be yang perut dah memboyot tu hehe...

3. Keluar Darah diikuti Kram Perut

Darah ini adalah bersifat sementara dan terlalu sedikit. Ia muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Kehadiran darah ini disebabkan oleh implantasi (implantation bleeding) atau menempelnya embrio pada dinding rahim. Munculnya darah pada saat kehamilan kadang disalah ertikan sebagai menstruasi.

Selain itu, keluarnya darah biasanya diikuti oleh kram perut. Kram perut pada keadaan terjadinya kehamilan akan terjadi secara teratur. Situasi ini akan berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

Okay, ini mungkin di antara tanda-tanda yang terjadi pada My apabila keluar darah beberapa hari sebelum tarikh menstruasi. Masa tu memang My ingat My dah datang bulan awal. Tapi bila pakai pad lepas tu dah tak keluar dah darah. So, My mandi wajib je lah macam biasa. Perut pun memang terasa sakit masa tu.. sakit macam hari pertama period... My memang setiap kali nak period akan rasa macam tu so memang tak expect langsung My pregnant...  hehe...So, kalau ada darah macam ni jangan panik ok. Darah yang bersifat sementara bukanlah darah keguguran. Tak semua wanita alami perkara macam ni tapi ianya tak membahayakan. But then, kalau keluar darah sikit-sikittapi berterusan mungkin anda berisiko untuk gugur jadi cepat-cepat pergi jumpa doktor oke... :)

**Correct me if I'm wrong.... :)

4. Mengidam

Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam atau mungkin lebih daripada itu!

Heee~ setakat ni My belum terasa mengidam kot. My ni semua telan. Belum lagi lah rasa nak sangat sesuatu tu. Belum lagi kottt hehe...

5. Moody

Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.

ahhaaahhh yang ni memang ada! Tapi My tak pelik pun sebab My ni memang jenis cepat sensetip haha. Tapi masa awal-awal haritu memang ada kes dengan enchek somi. Mana tidaknya, hanya kerana perkara kecik My tarik muka macam perkara tu besar sangat. Sampai menangis kauuuu... My tatato kenapa My rasa sedih sangat. Kalau enchek suami marah sikit-sikit pun My merajuk,menangis... My rasa macam dia benci kat My... ada la 2 kali kot jadi haritu hahahaha... simtom2 ibu mengandong rupenye...:D

7. Pengsan

Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.

Owh selamat My tak lah sampai pengsan...rasa pening-pening nak pitam tu ada la hehe....

9. Cepat rasa mengah

Rasa lelah atau mengah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

Yang ni rasanya ada... sebab sekarang ni kalau jalan sikit je dah terasa mengah. seyes! naik tangga baru satu tingkat pun dah mengang kauuuu...

10. Tidak bermaya/letih

Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

True! My cepat rasa letih sekarang. Kat tempat kerja pun rasa tak bermaya. Dah balik kerja tu  flat giler. Malam? Selalu tidur awal.. -.-'

11. Perubahan pada payudara

Jika terjadi kehamilan, maka payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Selain itu keadaan payudara juga akan terasa makin lembut, hal ini menimbulkan rasa sensitif yang lebih tinggi, hingga payudara akan terasa sakit atau nyeri saat dipegang. Puting susu membesar pula dan warnanya akan semakin gelap, kadang juga terasa gatal. Pembuluh vena pada payudara juga akan terlihat akibat penegangan payudara.

Selain itu terjadi aktiviti hormon HPL (Human Placental Lactogen). Hormon tersebut diproduksi oleh tubuh saat ibu mengalami kehamilan untuk mempersiapkan ASI bagi bayi anda ketika terlahir ke dunia.

Errr yang ni My tak berapa pasti la sebab tak berapa nak perasan perubahan tu tapi bab sakit tu memang... rasa macam time nak period tu...tegang jek. adehhh kalau tersentuh sket dah sakit.... errr bab payudara ni takleh citer lebey-lebey ye... full stop..:D

12. Tidak datang haid (period)

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Lepas keluar darah sekali tu memang tak keluar darah langsung sehinggalah hari sepatutnya My menstruasi. Dalam 2/3 hari lewat jugak lah...

Dan akhirnya.....

13. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian urin, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan... 

TAHNIAH...!!! ^____^


Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri?


Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!


Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.

 1.  Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dapat membersihkan organ-organ internal.

 2.  Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan+ginjal

 3.  Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah

 4.  Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Wallahua'lam...

Wednesday, April 4, 2012

Semangat Nak Pergi Kerja...


Adeh… sejak-sejak peknen ni senang sangat rasa mengah. Tapi tak pelik pun sebab itu memang salah satu symtom2 orang peknen hehe.

Al-kisah tadi pergi kerja naik komuter. Ikutkan hati nak redah je naik motor pi keje tapi kesian plak My kat perut ni. Enchek hasben kalau bawa motor tau lah macam mana… motorboat pun kalah der…-..- So takut-takut bila dia TERlanggar lubang kecit-kecit tu bagi effect plak kat baby ni. Bukan apa, kadang-kadang memang terasa pun sakit tang perut. Tapi nasib baik bakal ibu ni kuat… J

So bermula minggu ini My dah start naik komuter pegi kerja. Kalau tengah takde orang tu bernasib baik dapatlah tempat duduk kalau tak ramai. Kalau ramai macam pagi tadi? Haru jugakkk… Dari Rawang sampai ke KL Sentral My berdiri bersandar tepi pintu. Pergh… nak nanges pun ada… dengan sesak ramai orang.. berdiri sejam rasa penat nya jangan cakap la… Nak duduk takde sape yang perasan pun sebab perut belum Nampak perut orang peknen. Nampak perut orang buncit ye…-.-‘ So, berdiri je lah sampai KL Sentral… sambil usap-usap gak lah perut tu sebab memang rasa gak mengah nya sebab berdiri lama sangat…. Adeh~ tak tahu lah kalau dah bawa usung perut sok camne…. Haish~

Ingatkan kalau dapat duduk tadi dapatlah My sambung tidur sat. Pagi tadi boleh tak bangun seawal 5 pagi bersiap-siap mandi, solat subuh. Ni semua gara-gara My bukak bateri henpon malam tadi pehtu lupa nak set jam balik. Sudahnya bila kunci jam rupanya jam tu terawal lebih setengah jam dari jam asal. Demmm… My siap dah solat subuh sebelum waktunya kot…-.-‘ My ingatkan jam kat dinding tu yang mati. Enchek hasben pun elok je bangun mandi bila My kejut. Bila dia bangun dia ada cakap jam awal lagi. My cakapla jam tu rosak hahahaha… rupa-rupanya lepas tu My bukak tibi nak tengok ustaz don 6.30pagi… tengok2 belum ada siaran, siaran start jam 6.00pagi. ah sudah! My tengok jam kat dinding… laaaa betul la jam tu!!! Tengok plak jam henpon lain… demmmm! Rugi waktu tidur aku… T___T

Enchek hasben keluar je bilik mandi My bgtau terbangun awal cepat-cepat dia tidur balik sebelum bangun semula before 6.30 untuk solat n gi keje. Ahhahah… adoi yaiiiiii…. Ting tong pale harini sebab kekangan waktu tidur kekekekeke… naik plak komuter kena berdiri masak ahhhh… hahahaha tu namanya semangat nak gi keje…:D

Balik kerja? Heee~ balik kerja My still naik motor dengan enchek hasben. Belum bersedia lagi nak redah kebanjiran manusia naik komuter menuju ke rawang nun. Takpe, lepas ni dah spotted tempat-tempat yang ada lubang so enchek hasben memang akan elak…  Cuma pagi nak gi keje tu macam gelap sket kan so better My naik komuter je. J

Heee~ tu je la nak citer…..:D till then!!!

Nota kaki: errr… org peknen leh makan paru tak? Pagi tadi My makan bihun goreng berlaukkan paru.nak makan telur muak dah…-.-‘

Tuesday, April 3, 2012

Info Wanita: Menilai Waktu Subur Anda


Rasanya ramai di luar sana yang sudah mengetahui cara-cara mengira waktu subur mereka lebih-lebih lagi yang dah berkahwin. Namun, mungkin juga masih ada yang kurang atau tidak mengetahui cara mengira waktu subur mereka. Jangan kata wanita atau isteri... enchek suami pun seeloknya belajarlah... boleh share dengan isteri...:)

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Selamat Mencuba!



sumber: Dr. Azwan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers