9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, March 21, 2011

Fenomena Supermoon

Please correct me If I'm wrong

Okay disebabkan My ni terkenal dengan sikap lampi a.k.a lambat pick up makanya, hari ini baru My nak kongsi mengenai fenomena yang dah pun terjadi dan jadi bualan ramai. Fenomena apa? Apa lagi kalau bukan seperti yang tertera di tajuk di atas, Supermoon. Fenomena Supermoon terjadi pada hari Sabtu malam Ahad yang lalu iaitu bersamaan dengan 19 Mac 2011, 14 Rabiulawal 1431H.

Disebabkan My memang tak tahu menahu pasal benda ini jadinya baru malam tadi My tengok bulan. Walhal hari-hari online, hari-hari baca paper tapi camne boleh tak hapdet pasal isu-isu dunia macam ni? haih~ Di kala fenomena ini berlangsung rasanya mungkin My sedang bersiap untuk ke panggung wayang atau mungkin telah pun berada di dalam panggung wayang tersebut semata-mata menonton Battle LA yang oklaaa compared to filem Skyline yang tak berpenghujung sebelum ini. Balik rumah almost 12AM, solat Isya’ dan terus tidur. Langsung tak tahu oke!

My notice pun bila si dia malam semalam suruh tengok langit… tengok bulan yang kelihatan luar biasa daripada biasa. Nampak seperti atas kepala je.. dan lebih terang. Kebetulan malam semalam tak hujan, lampu jalan depan rumah pun tak menyala so memang terserlah lah kecerahan bulan itu. Si dia cakap, dia lupa semalamnya tu kawan dia ada beritahu pasal fenomena ni. Kami tengok bulan.. ‘bulan makin dekat dengan bumi’? Apekah tandanya?? Masing-masing terdiam.. tak banyak cakap dan masuk rumah masing-masing… My pun masuk tidur dengan pelbagai persoalan…

Pagi ni masuk office google terus cari lots of info pasal fenomena tu. So ini antara-antara info My dapat.

1)Fenomena Supermoon merupakan gambaran keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi. Ia tidak berkaitan dengan mana-mana superman, superwoman, soopa doopa jom heboh, super power, mahupun supermarket hoke!  Ia adalah fenomena yang jarang berlaku dan tidak boleh dianggap luar biasa sebab keadaan itu mampu diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi.

2)Fenomena ini dikatakan berlaku hanya berlaku 18tahun sekali dan pernah berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Seterusnya du tahun ini, 2011 ianya telah diramal berlaku lagi pada 19 Mac yang lalu. Tapi, kalau kita kira barangkali dari tahun 1955, 1974 dan 1992 mungkin ada logiknya sebab jarak nya lebih kurang 18tahun. Tapi bagaimana dengan tahun 1992 kemudiannya 2005 dan hanya selang kurang dari 10 tahun dah berlaku supermoon?? Hurm……?

3)Bulan biasanya berada pada kedudukan 384,403 kilometer jauhnya dari bumi. Namun semasa fenomena ini terjadi, bulan berada terlalu dekat dengan bumi iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer. Whoooooo… banyak jugak beza tu an an. Menurut ramalan beliau seorang ahli astrologi, pada ketika ianya berlaku berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, letusan gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005. oke.. ada fakta di situ dan kalau kita fikirkan kembali, Tsunami di Jepun baru sahaja berlaku seminggu yang lepas ryte?? Adakah berkaitan?? Hurm…

4)Walaubagaimanapun, menurut bacaan My.. itu tidak semestinya benar sebab sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon. Cuma yang berkaitan dengan air pasang besar itu mungkin pasti kerana fenomena pasang surut berkait rapat dengan tarikan graviti bulan dan Bumi. Hurm…? Wallahua’lam…

Yang My musykil fenomena ini hanya berlaku dalam tempoh yang sekejap je ke iaitu pada hari 19 Mac hrtu? Ataupun ianya kekal dengan jarak yang baru itu sampai bila-bila? Malam tadi My tengok pun bulan terang-benderang… dan nampak dekat sangat… Entahlah, mungkin bayangan My sahaja atau mungkin itulah jarak biasa/sebenar, My je yang tak perasan barangkali sebab tak selalu menikmati keindahan bulan… erk~

Apapun yang terjadi itu pasti ada hikmah dan petunjuk… namun apakah hikmah dan petunjuk tersebut? Wallahua’lam… Di akhir zaman ini, marilah kita sama-sama muhasabah diri.. kita kenang kembali ujian-ujian yang Allah pernah turunkan pada bumi kita akhir-akhir ini.. (tidak hanya tsunami Jepun malah banyak dah yang Allah dah tunjukkan). Adakah kita masih mahu berdiri di tempat yang sama tanpa melakukan apa-apa? Fikirlah apakah yang kita dah lakukan sebagai bekalan untuk menghadapNya kelak?? Nau’zubillah.. My sendiri tak sanggup nak membayangkan pada hari pembalasan kelak….T__T

Last but not least.. bak kata Nabil Raja Lawak… ‘Lu pikir la sendiri…!’… heeee

Berikut gambar-gambar fenomena Supermoon untuk tatapan y’ols yang My petik dari sini 













3 comments:

yanamib said...

yup mmg byk dgr org heboh psl supermoon ni..tp x tgk pn ari sabtu hr tu..sbb khusyuk nau tgk tv..dem! =_=

Unknown said...

@yanaMIB

samela kiteee...
sebok tgk wyg heeee

putribongsu said...

good info!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers