9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, March 31, 2011

esok Qaseh Dalia Adelia masih single!!

Gara-gara nak segera keluar awal dari opis telah tersalah paham dengan entry Qaseh!! Kalau belum baca sila lihat entry INI. Grrrr macam mana boleh tak perasan perenggan yang ni:
sila klik utk pandangan yang lebih mesra alam...
My plak menghapdet entry sambil mengejar masa makanya.. inilah yang tertulih....
sila klik utk pandangan yang lebih mesra alam...
Lepas tu sempat lagi drop by link kat entry-entry blogger2 ngetop tuh... makanya, perolehlah komen-komen sebegini....


oke y ni kasi besau sket. ce bace ce bace!! grrr


So, dimaklumkan bahawa.. pada esok hari Qaseh masih single mingle.. but not available..;P Malamnya pula Qaseh tidak akan bernikah maka masih perawanlah beliau pada hari tulatnya.. maka secara tidak langsung tidak akan berlakulah kemengandungan pada hari selepas tulat...;P


Bukan apa, kang kalau orang baca Qaseh nak bertunang kat entry My tuh jatuh plak saham Qaseh nanti.. ada plak stalker2 yang bunuh diri sebab frust menonggeng lalu gantung diri hehe...


Sekian, dimaklumkan..


Selamat bertunang berdating ye Qaseh... hamboiiii... dia.... suka tak hengattttt....;P


Tidak lupa, terima kaseh kepada blogger2 ngetop di atas yang sudi menjengah dan tinggalkan komen.. lap u ols much lah!!!;*


Till then!!^_^

Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Qaseh Dalia, Nisa Kay, Yana, Ujang bla bla bla... I Adore YOU!!!

Alhamdulillah.. usai sudah Post Mortem meeting sebentar tadi. Any issues raised? Eh ofkos lah.. tapi kami terima je semuanya as a lesson for a better planning in future (yela dah department haku yang organize kan). Haih~ lega sudah bila satu keje dah lepas. So, lepas ni tinggal nak tacap-tacap sikit then buat report on the event tu.

What next? Lepas ni kena handle annual survey plak. My dah ada experience done last year punya survey so hope this year I can manage it successfully, amin…. Keje Marketing part macam nilah. Kalau kau rasa berat, tanak buat apesal kau belajar n keje dalam bidang ni an an.. bersyukurlah kau keje dalam opis yang sejuk langsung tak cairkan lomak kau ni hah.. tade kau nak kena kuar sane sini jumpa client segala. **erk… insap~

Batuk masih tak kurang… mana tak kurang.. Putri Bongsu bagi kau air cendol kau bedal!!! Heee orang bagi takkan nak tolak an an..;P Ubat pun tak makan harini budget bizi sangat mengalahkan menteri kewangan… eceh.

Sesudah meeting, blogging sebentar bagi hilang tensi.. tadelah tensi sangat tapi nak bagi urat leher ni rasa kendur n rilex sket.. hehe. kangen bangat sama blog gue walaupun follower kadang-kadang jengah tang tuuuu jugakkk… mana nak naik kalau entry kau pun tang tuuuu jugakkkk? Hurm fine! Boring dengan rumah sendiri seperti biasa jengah lagi ke blog-blog kesukaan…. Tengok bloglist! Uh huh!! Diorang dah hapdet!!

Bro Ben seperti biasa lah.. tah hape kerja dia flexible betul boleh hapdet entri berpuluh2 sehari.. Bukan tu je nak amik cuti pun sukahati pancreas die je nak amik.. besh betul dapat boss dia tu jadik boss an an.. Terbaru Bro Ben pegi buat vlog dengan Heliza.. whooooo… menanges tak berlagu lah si Ujang kentot tuh bila tahu…. Err.. My pun jeles jugak…..T_T

Si cilik Yuyu Zulaikha tak pernah kering dengan ideanya di entri-entri yang selalu jadi santapan pagi petang dan malamku.. ecewah! Seronok betul jadi dia.. cuti semester tah bile nak habis.. dapat tidur dan mentekedarah sesuka hati. Tade keje yang harus dihantar sebelum deadline.. bebas ke mana bak burung terbang di angkasa!! Ahhh sememangnya My rindu pada zaman belajar setahun yang lalu!! Rindu sangat!!!!

Baca entry terbaru Qaseh, tak akan berblogging dalam masa beberapa hari.. esok cuti? Persoalan yang tertanya-tanya terjawab akhirnya… Selamat melangsungkan Perkahwinan Pertunangan Qaseh!! Welkam to the club hehe. moga tali pertunangan itu kekal hendaknya hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat.. InsyaAllah.. Amin.. Bila dah bertunang nanti, auranya tak sama seperti bercinta.. Time bertunang ni lah peluang untuk kita kenal pasangan kita dengan lebih dekat.. Jagalah perhubungan itu sebaiknya agar tak terputus di tengah jalan oke…^_^ jumpa lagi nanti Qaseh! Jangan lupa hapdet pitcha tuning hehe

Ujang?? Tenks God sebab lepas ni dia dah tak boleh bagi My terliur dengan bekpes Mekdi murah tu sebab promotion dah tamat pagi tadi!! Hooreyyy!! Dah baik kau simpan duit kau buat tambah2 pe yang patut time kenduri nanti! Aku tahu kau tengah jeles dengan musuh ketat kau sebab dia gi jumpa akak aku tanpa kau an an.. hahah.. aku suka!! Hahahahaha… (gelak evil)

YanaMIB? Dari awal My jumpa Yana My tertanya.. MIB tu stands for apa ye? hehe… Sian Yana lambat ke office ye pagi tadi gara-gara sejam beratur tunggu mekdi..;P Takpe boss kan ke Dubai so masuk lambat pun no hal… takpe nanti My bagi boss yana url blog tu bagi kantoi hahahaha (gelak evil kuasa dua). Eh kalau dapat tiket harga RM0.00 lagi tolong sedekah sket hehe

Nisa Kay sibuk dengan gadgetnye sepanjang masa.. vlog dia bersama 1tube dah melambak-lambak. Santek kan Nisa tuh.. n padan betul jadi model… dengan tinggi lampai… kurus… kulit halus mulus….. dah lah pantang nampak kamera.. macam My hehe.. Tapi Nisa photogenic…My photogewdiks heheh…;P

Baru-baru ni My rajin jugak jengah ke blog Sunah, Faizal Fredley, Bro Framestone dan yang lain-lain…. Ce tengok kat bloglist My sebelah ni.. Everyday My akan tengok situ.. anyone yang dah hapdet cepat-cepat My gi baca… Jatuh cinta sudah dengan setiap penulisan mereka.. Masing-masing ada identiti sendiri.. dan My? Masih di sini.. di takuk yang lama… tak tahu mana pergi hala tuju blog ini sebenarnya… Ada cita-citakah My dengan blog? Jangka panjang? Jangka pendek?? Hurm entahlah..

I adore with all of them yang dah berjaya… ^_^


busy! busy! busy!

Selamat pagi semua!!!

Owh hari Khamis ke? Patutlah My kat office sekarang! Hamboi kauuuu dah sedap tidor seharian semalam…. Berlemak2 dah ye….erk

Tade masa sekarang! Petang ni ada meeting kena prepare apa-apa yang patut!!

See ya!!! 


Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG!!

Sepanjang pagi sampai tengahari tido je keje My.. dah nama pun demam kan kenalah manjakan badan hehe.. Terjaga terus bukak lappy melawat belog terchenta. kepala masih pusing tapi bro ben ada buat segmen.. Nasib baik senang tak tambah lagi pusing kepala.


So, haruslah join!!! 


oke tu je!!! nak kemas2 rumah jap (belog)... nak join kelik SINI oke!


oke nak gi tido eh tak tak.. nak gi mandi, solat n tido.. eh tak tido tak tido.. heee.. got time nak gi melawat belog2 yang join tu oke! uhuk uhuk...bye

Akhirnya, aku akur akan ketentuan ini....

Ececece.. title nak poyo sangat. Oke, jam menunjukkan 7.01 pagi. Sepatutnya aku dah keluar rumah dan mengejutkan si jantung pisang untuk sama-sama ke kerja.. Tapi, My masih di atas tilam yang tak berapa empuk mungkin mintak diganti dengan yang baru sebab sudah berusia.. *merepek


Petang semalam masa drive pulang, My dah rasa pening semacam.. demam masih belum kurang.. tu la semalam tanak gi jumpa doc amik ubat.. kan makin teruk....T_T... Malam tadi memang rasa tak larat sangat then mintak si jantung pisang tolong teman pi klinik jumpa doc. Dia cek suhu lebih tinggi daripada biasa...


Masuk jumpa doc My buat muka sakit... (eh aku memang sakit tapi buat lagi sakit heee). doc tanya kenapa, then My citerlah A-Z sampai doc menguap naik bosan (eh tipu je). Doc cek suhu badan, tinggi... dia bagi ubat and... "i bagi u 1 hari MC ye esok, rehat di rumah"... whooooooooooo... akhirnya......!!


Yela, My kalau nak mintak MC memang tak lah kan. unless kalau doc sendiri yang bagi... Thanks doc. Memang tak larat sangat ni. Semalam pun gagahkan diri.. Ingatkan makin elok.. bangun pagi ni suara hilang terus.. dah macam donald duck dah.. isk sob sob...


Oklah.. kepada yang nak pergi bekerja.. selamat bekerja ye.. harini My nak titon je... Kalau larat My nak gi belogwalking seperti biasa.. Malam tadi dah terlepas sebab tak larat sangat...T_T... ok then... bye!!


Get well soon My!! **heee thanks!

Tuesday, March 29, 2011

dah collect tiket nak pergi ABPBH!

Masih dalam mood kurang sihat. Uhuk uhuk… srotttt…sroottttt… pening pale seh… Tade ubat nak makan sebab tak pergi klinik heee… takut pun ye.. malas pun ye… Dulu an mase My masih di bawah ketiak mak, kalau sakit ke klinik mesti nak mak masuk sekali. Tak tahu lah kenapa, kalau tade mak memang berat sangat nak masuk jumpa doc..T_T Tapi lepas dah merantau sana sini.. tanpa mak.. terpaksa lah memberanikan diri masuk sorang2… tu pun dulu mula2, mintak tlg kawan yang teman masuk sekali.. tp sekarang.. bila sakit gi klinik sorang2… sape plak yang nak teman an an… isk.. Tu yang bila tak bape sihat macam ni malas sket nak ke klinik heeee…

Oke.. entry ni bukan nak stori mori pasal sakit hoke. Sakit-sakit My pun masih berkesempatan ke Balai Berita NSTP sebentar tadi di Jalan Riong, Bangsar. Dah lah gi sorang2 nasib baik senang nak cari.. fewhhhh.. Parking kat luar n tanya pada pak guard hala tuju ke office Berita Harian… Dengan jayanya berjumpa dengan si santek, Cik Rose person yang incharge for ABPBH.
Taraaaaaa!!!
Last week My ada story mori yang My menang ticket VIP ke malam Anugerah Bintang Popular 2010 an an…tengok entry INI. So, there it is…..!!!! eksaited giler oke. Dapat call je haritu terus booking incik buah hati supaya hadir sama ke majlis tersebut!! Boleh ke tak boleh ke.. mesti boleh!!! Tak kire…hehe

Giler batak My ni. fine memang pun. Bukan selalu dapat peluang2 macam ni oke..;P hehe.. Tak sia-sia My masuk peraduan tu hoke! Rose cakap suruh datang sebab tu VIP seat (depan), kalau tak datang nanti nampak sangat dalam tibi seat tu kosong..;P Kalau tak datang suruh orang lain ganti. Erk… memang tak lah. Sebab My memang nak pergi!!! **tolonglah jangan ada aral yang melintang…T_T

Alamak~ nak pergi tapi ada masalah! Nak pakai baju apa? Kasut apa? coach ape? Make up macam mana? Hamik kauuu… betul2 batak hoke.. Yela, dapat pun seat VIP kenalah pakai ikut tema kan.. kalau datang pakai ala-ala lari tema gitew nanti jadi kontrobesi plak kat paper muka depan… **dah lah batak perasan plak tuh…-,-'

Tapi, tetap kena pikir apa nak buat dengan penampilan.. tema moden klasik… hurm……*thinking


Lagi info pasal pemenang kelik SINI!

siapa kata perempuan memandu bahaya???!!!

Ada sape2 dengar Hot Chat kat HotFm harini? Gara-gara Bung Mokhtar bersuara di Dewan Rakyat semalam maka jadi perbualan hangat plak di Hot Chat pagi ni. Sudahnye, ramailah pendengar wanita yang hangat + hangin menelepon ke konti hehe. Pakal lah My tengah drive kalau tidak mahunya My pun berlumba-lumba nak call. Nak cakap kat FBI and AG yang menyokong kenyataan itu.. ‘chantek skettttt’….

Yeke wanita ni memandu berbahaya? Macam mana yang dikatakan berbahaya? Bagi My, pemanduan yang dikatakan berbahaya adalah pemandu-pemandu yang memandu melebihi had laju sehingga membahayakan orang lain. Jangan kata kat lebuh raya je, kat jalan-jalan biasa, kampung-kampung pun dia tak sabar kalau boleh nak pecut selaju-lajunya. Selain itu, mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat atau memotong dengan cara bahaya di mana ianya boleh mengakibatkan kemalangan. Ha.. tu bahaya gak tuh.
sumber google
Biasanya siapa yang y’ols nampak buat macam tu?? Siapa??

Lelaki hoke! Lelaki ni biasanya berlagak macho.. Kalau tak memandu laju bukan lelaki namanya an an.. Lagi-lagi kalau nampak awek kat jalan raya tuh.. Kononnya nak menunjuk lah dia terrer memandu, bawa jaguar.. berdesuppppppppp tekan minyak… poyo la kauuu… My pun bawa laju gak kadang-kadang tapi takdelah sampai lebih had laju.. takdelah sampai habis pedal minyak tu My tekan.

Pastu tak boleh belah kalau main cucuk-cucuk kete masa kat lane kanan. Kot ye pun kete kau tu laju bebenau takleh lawan had kelajuan satria capuk aku tu kan… naiklah lampu tinggi.. toksah lah nak cucuk2. Secara tak langsung boleh buat kenderaan depan tu gabra tak pasal2 taw.. haaa.. bahaya tuh! salah sape?? Eh My kalau ada kat lane kanan.. sentiasa alert dengan cermin belakang hoke. Ada kereta datang dekat memang My masuk lane tengah, bagi laluan.  Nak cakap perempuan gak memandu laju??

Oooo.. perempuan selalu bergayut kat telepon time memandu?? Habis lelaki tak?? Tu yang jenis suka merokok masa memandu tu… elok sangat ke?? Eh bahaya jugak taw.. merokok plak tu.. buatnya meletop kereta tu??? Haaa…! Bahaya bahaya… lelaki tu lelaki…

For me, nak kata ‘merbahaya’ tu macam terlalu kasar. My admit mungkin sesetengah wanita suka memandu terlalu perlahan.. diorang drive perlahan tu mungkin sebab terlalu cermat… My admit wanita ni kadang-kadang suka tukar lane lambat bagi signal.. atau mungkin tak bagi signal langsung.. atau.. main masuk je sampai orang belakang bagi break emergency.. Eh, tapi My selalu je nampak lelaki buat macam tu? Sebab My biasa naik motor kat jalan yang sesak dengan kereta.. and selalu sangat nampak lelaki buat macam tu.. kena honnnnnnnnnnnnn panjang kat dia baru nak sedar yang dia sedang membahayakan nyawa orang lain termasuklah penunggang motosikal hoke!
sumber google
Bukanlah tak boleh terima apabila ada orang yang mempersoalkan cara pemanduan wanita.. tapi, harus ditimbal balik di mana lelaki juga sama je. So, patutnya benda ni tak patut jadi isu pun. Apa yang perlu dilakukan? Pihak-pihak berwajib lah patut amik tindakan.. buat kempen ke.. tingkatkan marketing ke.. contohnya buat banner besar-besar bagi kesedaran kat semua orang.. dan tidak ditujukan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti ‘to ladies only!!’… itu tidak adil oke… grrr

erk.. sorry emo terlebey…>,<’…. Oke tak nak cakap lagi..

Bak kata nabil.. lu pikir lah sendiri! Bluek.

**Kalau rasa perempuan memandu tak elok, sila hantar ke mana-mana sahaja kami mahu pergi. Deal?? (tahu plak tak nak huh)

More info --> HERE


ade sape-sape nak bagi My Medical Certificate??

Malam tadi lepas Isya’ terus kedebummm atas tilam tidur nyenyak tak hengatttt.. terjaga jam 3 pagi cepat-cepat lelap balik. Rugi kalau baki masa yang masih ada tidak dimanfaatkan sebaiknya huhu.. Alhamdulillah.. bangun jam 6pagi dengan rasa bersyukur kerana masih bernafas. Badan tak rasa panas… tapi tekak yang perit ditambah hidung yang sumbat buat aku rasa pening tahap nak hantuk kat dinding.. berkata-kata dalam hati, ‘nak pegi klinik ke tak.. kalau gi klinik dapat MC ke ni? nak mintak? Eh tak pandaiiiii’…. Begitulah aku seperti kebiasaannya.. Nak pergi klinik satu hal malas.. nak dapatkan MC punyalah takut… **tak biasa buat jahat…;P Tapi aku betul sakit what… Mana tahu doc nak bagi MC an an.. Kadang-kadang doc biasanya tanya.. ‘u larat ke nak gi kerja… dan memang aku tak pernah cakap ‘tidak’ hoke.. bengong la kau My… Biasanya kalau dapat MC tu memang doc betul-betul suruh rehat.. kalau tidak.. memang tak lah…

At last, aku memandu terus ke kerja harini..tak ke klinik pun. Agak lambat sikit sampai ofis sebab lekat dekat Jalan Kuching..T_T… Dengar plak HotFm hot chat pasal pemandu wanita memandu dengan berbahaya? Pergh… cantek sketttt… akulah pemandu paling berhemah oke…>,<….

Biasanya ke kerja dengan si buah hati pengarang jantung pisang tak pun naik train. Hari ni gewdiks drive sebab hape? Sebab nak pegi ofis Beritah Harian kat Bangsar. Last few days aku ada cakap menang tiket ke Anugerah Berita Harian.. So, kena collect tiket tu before 31st March… Ingatkan nak pegi before masuk ofis tadi.. Call2 Rose (person in charge) tak jawab-jawab.. 2 kali aku pusing kat area KL Sentral sebab tak nak masuk parking lagi dengan harapan Rose jawab panggilan aku dan tell me that ‘ok I dah ade kat ofis u boleh dtg sekarang’… Tapi kecewa panggilan tak berjawab sudahnya aku terus masuk ke car park dan ke ofis. Takpelah, datang tghari nanti je.

Rose call balik, n nasib baik aku tak terus ke ofis dia tadi sebab dia masih dalam kereta dalam perjalanan ke ofis… beselah KL.. jammed sokmo an… So, takpelah.. waktu lunch nanti aku ke sana…^_^… **tak sabar!

Moga-moga larat harini… bersin dah beberapa kali ni.. pening jangan cakap la…adoiyaiii….

Get weel soon My!!!

Monday, March 28, 2011

Selamat Datang Demam!!!

Hari ni tak buat entry pun.. sempat join segmen Puteri Katek dgn Bro Ben je. Pastu jalan-jalan belogwalking.. Tak larat... Otak tepu.. ada idea nak tulih apa tapi tade isi..So, tak boleh nak hapdet. Dari pagi tadi rasa pening, pastu tekak dah mula rasa tak sedap, hidung dah nak tersumbat.. selsema bakal datang ni... Petang ni makin kuat plak terasa. Badan pun terasa panasnya... Apakah ini tandanya My mahu demam??? 
sumber : SINI
My ni memang susah sangat nak demam. Tapi kalau dah demam..... Adoiyaiiiii... Dah lah puasa harini.. Ikutkan balik naik Komuter harini tapi mintak tolong si pengarang jantung pisang datang ambil jugak.. mahu tumbang dalam komuter ni kang...T_T

Harap-harapnya tade ape2 lah. Bila sakit ni rasa tak selesa.. Nak buat apa-apa pun tak larat.. berat je badan.. (Walaupun badan My memang berat....T_T..)

Ni pun dah ingat-ingat tilam.... bantal.... comforter..... ahhhh indahnya...................

GEGAR BLOGGER BARU

Bro Ben buat segmen!!
Syarat-syaratnya?? haruslah blogger baru yang mempunyai follower 500 dan ke bawah. Follower My setakat ini baru 191 so bermakna My masih mentah dan baru! jadi, harus join!!!cekidauttt!


Sila masuk ke blog BEN ASHAARI ini dan cari mana mana gambar yang ada ... Amik gambar tu ( diberi kebenaran ) ..
Oke. My pilih gambar ini hehe.


tajuk :  GEGAR BLOGGER BARU dan linkkan ke entri ini  .. 
Title done!, link------> kelik SINI


Kemudian , bagitau kenapa korang pilih gambar tu .. dan pastikan ada link ke entri itu .. ok ?
Kenapa? sebab masa ni Bro Ben macam comel sangat… haha.. macam dak terencat pun ada…heeeee jangan mare. gambar dari entri INI

Sila jelaskan mengapa anda jadi blogger ..
Dulu mula-mula My jadi blogger sebab My nak abadikan kisah-kisah hidup dan memori segala ke dalam blog je. Kira macam diary la an an. Tapi beberapa bulan kebelakangan My realize, banyak benda yang My boleh dapat daripada berblog rather than catat segala memori hidup. My boleh dapat networking, friends, knowledge yang My tak pernah dapat.. dan kalau kita lebih pandai boleh earn money dengan berblog! Tapi untuk itu, My masih sangat-sangat mentah. My masih mencari identity diri sendiri.. My masih mencari di mana kekuatan dan kelemahan My… Kalau boleh, satu hari nanti.. bila orang sebut nama My.. orang akan kenal… dialah pemilik blog bernama My Life’s Story Blog ini…^_^ *berangan lebey

Blog yang menjadi pilihan harian anda .. maksud aku , korang wajib masuk hari hari..
Sejak My rajin berbelog walking My kenal ramai blogger ngetop dari segala pelusuk Mesia. Tapi My je lah kenal diorang, diorang tak kenal My pun…T_T Dan sejak My mengenali mereka-mereka tu, hari-hari My akan membaca entry terlatest mereka. Dan tidak akan keberatan untuk sedekahkan kelik pada iklan-iklan yang ada sebagai kredit untuk entri-entri terbaik dari mereka! Kalau punya waktu dan rasa tak menyibuk My akan tinggalkan komen.. if not.. jadi silent reader je lah.. heee…


Blog-blog wajib My akan masuk adalah seperti yang ada di bloglist My seblah ni. They are Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Ujang, Yana, Cik EpalQaseh, Sunah, Adi Budika, Hanis Zalikha, Nani Rostam, Faizal Fredley, Mat Gebu, Nisa KayBro Framestome, Cik BulatIzamir Ridzwan, Nazirul Hazwan dan akan bertambah lagi hari ke hari!! ^_^


Ok done!! jom hantar url ni! hehe. Nak join kelik SINI oke...^_^

KAWAN2 JOM KOMEN BLOG SAYA

Salam all..
mulakan hari Isnin dengan mengjoinkan diri dengan segmen dari Puteri Katek hehe
nak join sila kelik SINI oke!!^_^
“ KOMEN DARI ANDA SANGAT DIPERLUKAN”

So, meh la pakat ramai-ramai komen blog shaye...! 
yg selalu 'silent' reader tu pun dialu-alukan..
hehe...

Till then!

Saturday, March 26, 2011

Terima Kaseh Azfar!!

Whooooooo... selepas 2.30 petang semalam memang tade online apatah lagi berbelog... Sebab My kena pegi event yang di organize oleh deparment My sendiri. Event yang dinamakan Hi-Tea Session with Preferred Customers berlangsung pada pukul 3 - 5pm tapi My hanya boleh balik selepas 6.30pm lepas segalanya selesai termasuklah memastikan tempat event kemas dan bersih seperti sebelumnya... fuhhh... lega dah selesai... Bila kita lakukan sesuatu pekerjaan macam ni lah.. dah selesai.. rasa macam dah habis bayar hutang piutang segala. Walaupun sambutan agak kurang memuaskan sebab jumlah customer yang sedikit tapi My tidak harus kecewa sebab as it is our first time having this kind of programme so kita boleh belajar di mana silap kita sebagai reference untuk kita lakukan perkara yang sama di masa akan datang.. ryte?

Oke, cukup setakat itu bercerita pasal kerja... sebab itu bukan tujuan utama entry ini.. hehe... cuma sebagai alasan kenapa baru sekarang dapat tengok belog yang tiba-tiba dah bertambah follower! Malam tadi pun dah penat pastu layan Narnia memang tak dan lah nak online. My ingatkan My ni memang glemer tahap celebrity2 blogger kat sebelah kiri bloglist My nih tapi rupanya tidak.. Follower My tidak akan bertambah sekiranya tiada bantuan daripada king of kentut ini... siapa lagi kalau bukan...Ujang!! ;P 

Pagi-pagi bangun lepas subuh macam biase pegi jenjalan kat rumah2 blogger ngetop dengan harapan dapat bekpes free.. hee.. tapi sayangnye mereka masih tidur lagi..;P So, tersenyum kambing je lah My baca entry-entry dowank tu sendirian.... Dah masuk blog Ben Ashaari yang penuh dengan pengetahuan berblog, masuk plak blog Yuyu Zulaikha yang eksaited nak pegi gathering, pastu Nisa Kay yang sedang berusaha capai 10 entry sehari, Cik EPal dengan kek dan contestnya, Yana yang merasmikan wajah blog baru, dan... bakal suami yana yang sibuk dengan giler trafiknya sambil... mempromotekan blog My secara kecil-kecilan...Ujang...;P My sedang berusaha lagi untuk selalu singgah di rumah-rumah blogger ngetop laen seperti Qaseh, Sunah, Adi Budika, Mat Gebu, Iqbal, dan yang seangkatan dengannya...^_^

Sebab entry Ujang lah follower My bertambah hehe.. walaupun kurang daripada 10 orang tetapi.. lebih hangat lah daripada biasa yang sorang je sehari an .. kadang-kadang sehari tade langsung follow..T_T Tapi takpe, jangan bersedih sebab sebenarnya banyak lagi perlu My belajar dalam dunia berblog ni. Tempoh memulakan blog yang 2 tahun tu je tak cukup kalau selama itu kita tak pernah belajar teknik berblog yang betol.. maen hentam kromo je an an.. Setelah mengenali blogger-blogger sanjungan My di atas barulah My menyedari akan kekerdilan diri ini...whuuuuu....terima kaseh semuanya!^_^

dan kepada Ujang juga, terima kaseh untuk entrymu petang semalam ye! Walaupun ko interprem aku macam tu je tapi impactnya sangat besar bagi aku.. Lepas ni ko buatlah pulak entry khas memang tuk aku sorang jek pastu ko tepek muka aku yang comel tuh.. aku nak gak rasa glemer macam ko buat kat kawan aku si Putri Bongsu tu hahahahah... sebab apa? sebab aku pun giler trafik macam ko!!!;P

Bukan apa kawan-kawan, betol kata Ujang, sape kate follower ni tak penting? Sebab follower lah My rasa My nak terus menaip.. sebab penambahan follower lah buat My lebih bersemangat berblogging. Tengok ni? pagi-pagi lepas Subuh My dah blogjogging dan buat entry ni. (kalau tak dah lama tido balik..T_T) so... sape kate follower tak penting??? Penting oke! So, tak salahlah kalau kita giler trafik an an... and tak salah jugak My demand kat Ujang mintak promote lagi.. hahahah...;p

Ujang, bulan 5 nanti an aku nak pegi trip ke Ho Chi Minh, Vietnam taw.. Aku ingat an kalau follower aku mencapai angka 500 atau 1000 sebelum aku pegi nanti aku nak buat giveaway la.. contest ke... So, sape yang masuk contest tu.. yang menang aku nak beli hadiah kat Vietnam.. apa pendapat ko? Bukan apa aku takut tak menjadi je. Yela, aku blogger biasa je orang pun jarang ke sini ada ke yang nak masuk contest aku nanti? tolong bagi pendapat sket. Kepada y'ols yang baca ni, nak bagi pendapat pun dialu-alukan sangat..^_^

Okelah.. nak pegi blogrunning kat blogger2 yang baik hati dah follow aku tu... tungguuuuu i'll be there!!!^_^ 

**owh nak pegi bekpes mekdi dulu!!!

Till then!

Friday, March 25, 2011

Tazkirah Jumaat - Amalan-amalan Sunat Jumaat


Adakah y’ols tahu? Banyak kelebihan yang Allah kurniakan pada Hari Jumaat, penghulu segala hari. Sebab itu kita dituntut untuk mempersiapkan siri bagi menyambut kehadiran Hari Jumaat. Yang sebaiknya, kita raikan Jumaat dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut.


Mandi sunat di awal pagi, berhias, dan memakai wangian
Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya hari ini ( jumaat ) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi. Jika dia memiliki minyak wangi, maka hendaklah dia memakainya." ( Riwayat Ibn Mjah dan Sanad Hasan ). Ops tapi harus diingat para wanita jangan pakai berlebihan sehingga mendatangkan rangsangan pada lelaki bukan mahram oke.. hehe

Memotong kuku
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rahsia memotong kuku mengikut Sunnah Rasullah adalah
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Namun hari yang paling afdal memotong kuku adalah Isnin, Khamis dan Jumaat

Membaca surah al-Khafi pada hari Jumaat dan malam Jumaat
Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca surah al-Khafi pada hari Jumaat, maka dia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." ( Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi )

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)

Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. pada malam Jumaat dan pada siang hari Jumaat

Sabda Baginda s.a.w. maksudnya, "Perbanyakkan selawat kepadaKu pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaKu satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." ( Riwayat al-Baihaqi )

"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

Memperbanyakkan doa

Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,

"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).



Bersegera menghadiri solat Jumaat.

Terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah, yang diringkaskan seperti berikut:

waktu masuk ke masjid, seolah-olah berkorban:

Awal waktu - seekor unta
Waktu kedua - seekor lembu
Waktu ketiga - seekor kambing kibas
Waktu keempat - seekor ayam
Waktu terakhir - sebiji telur

Berusaha untuk duduk dekat dengan Imam semasa solat Jumaat

Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bersabda Baginda yang bermaksud, "Hadirlah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syuga meskipin ia memasukinya." ( Riwayat Abu Duad dan al- Hakim )


Wahhh banyaknya pahala yang boleh kita dapat dengan melakukan amalan-amalan sunat ni kan?

Moga kita mendapat keberkatan di hari Jumaat yang penuh Baraqah ini...^_^

Renung-renungkan dan selamat beramal~

Thursday, March 24, 2011

2000 sudah!!! ^_^

saje tlg snapshot hehe

Sebelum pulang kerja seperti biasa jengah ke blog-blog blogger ngetop. salah sorang nye.. si king of kentut ni la hehe.. Batak giler dia tunggu follower ke 2000...;P


So, aku tolong ko printscreen hoke huhu...


Semoga terus maju jaya ujang!!! Tahniah kepada follower ke 2000 (nak share link tak jumpa url daaa)... nak hadiah mintak ujang hoho


y'ols yang belum berkenalan dengan ujang ni bolehlah klik SINI. tak kering gusi anda ke sana...^_^


**haippp sila jangan ngurat... nanti BAKAL BINI dia marah woooo.... heee

1 MALAYSIA : POWERPUFF KENTAL!

NAMA KUMPULAN

1 MALAYSIA : POWERPUFF KENTAL!

 


KENAPA KAMI PILIH NAMA INI

POWERPUFF atas sebab 5 BLOGGER TERAWAL dalam conference tadi, soOoo bajet nak POWERPUFFGURL jugak ahh.. heheh
TAK GENTAR walaupown dah dikritik kejam tapi tetap join game dan segmen Abg Ben
Kitorang memang power POWER... SO what? heheh..
Badan Abg Ben pon tak sekental kitorang okeh ^^


KETUA KUMPULAN
(kene buli nieh, isk3...)


KENAPA SAYA PILIH BLOGGER INI SEBAGAI KETUA KUMPULAN
(TERAWAL DALAM PERBICANGAN)

"sebab cik bunga berjiwa kental"

"sebab cik bunga kental dlm melayan kerenah kami"

"sebab yg kami TAK maw jd lead"

"sebab cik bunga MUDA"

"sebab cik bunga BERKALIBER"

(Sayannnnggg lah koranggg! psstt..bukan ayat menghanjing eh nie? heheheh.. idoppp powerpufff!!!)



SENARAI AHLI 



SENARAI PENUH GROUP 3 KLIK SINI



PENDAPAT SAYA MENGENAI 1TUBE.MY IALAH :

Positive: Sangat bagus untuk diketengahkan sebagai pengganti bagi mereka yang menggemari youtube. Kata sokong buatan Malaysia kan so tunggu apa lagi?? Gunakan 1tube sepenuhnya!! Website yang friendly user, kualiti videonya juga sangat bagus. Plus, selain berblog blogger2 juga boleh bervlog! So, bolehlah kita tengok penyampaian blogger2 kesayangan kita secara real kan kan…malah My salute kat 1tube kerana mereka sendiri yang turun padang untuk merakam aksi-aksi comel 1tubers!!! ^_^

Negative: Erm, buat masa ni tade yang tak besh pun tentang 1tube.. cumanya, ianya perlu dipromosikan lebih lagi untuk semua orang tahu akan kewujudannya sebab masih ramai yang tak tahu pasal 1tube ni…^_^ keep it up!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers