Eh hai.. Selamat Pagi semua. Seperti biasa aku di antara terawal yang datang ke office. Keep it up..;P u ols semua dah breakfast ke? Perut aku tengah berbunyik2 oke.. tak kenyang gara-gara sekadar menjamah sebiji karipap sebelum ke office tadi. Mak ben ada beli nasi lemak, tapi paham-paham je lah ben @ 'diet consultant' aku tu mana bagi. tu pun tadi dapat jamah sesudu selepas dipujuk. ish mana tak terliur beb nampak 1 bungkus nasi lemak lagi yang belum terusik. Sabar je lah. So terpaksa la tunggu lunch nanti isk. (owh nasib baik ada biskut jacob..;P)
Pagi ni datang kerja aku bawa bekalan. err bukan bekalan Akhirat, tapi bekalan untuk lunch nanti. hihihi. Apa dia? Beli? Eh chantek skett.. tengok kaki la.. masak sendiri taw..;P Sebelum ni pernah bawa bekal tempe goreng + sambal kicap je. Tak pernah la bawa makanan berat-berat ni. Sebab tak pernah masak + takut nak masak (takut tak menjadi). Bukanlah tak pandai memasak at all. Kalau setakat masak kecik-kecik yang biasa-biasa tu boleh lah, and yang pasti masak untuk makan sendiri je tak pernah masak untuk orang lain except my family. (tu pun jarang). Yela, aku ni sejak form 1 dah hidup berdikari. Daripada duduk hostel time sekolah sampai lah ke peringkat Universiti. Mana lah dan nak belajar memasak ni hihi. Walaupun pernah duduk sekejap dengan parents bila pindah dari sekolah berasrama dulu, mana masak beb hihi. time sekolah ingat kawan2 je..main2 lagi kan kan. setakat tolong2 tengok tolong2 rasa mak masak tu ada la kot. tolong masak adala sikit-sikit hiii..
Sekarang, bila dah habis belajar pun menetap kat bumi K.L ni. nak balik kampung halaman jumpa mak sebulan sekali pun belum tentu, bile time la plak aku nak belajar memasak kan... So, kalau suruh aku masuk dapur without 'Mak' memang fail la wei... kalau untuk aku masak sorang no hal. (tapi kadang-kadang bila masak sedap jugak. ada bakat nih hehe). Lagipun bila kita duduk menyewa ni, setakat nak masak, makan sorang macam tak syok plak. leceh. baik makan kedai je kan. Tapi yang buruknya tu la, tak pandai memasak la. Sudahnya, putih mata la kau tengok orang yang pandai cempak-cempak dalam kuali resepi2 masakan yang kau tak tahu. hampeh~
Bila tengok kak Sue bawa bekal yang dimasak sendiri, rasa kagum plak. Yela, bila masakan dari air tangan sendiri menjadi.. rasa seronok dan puas hati kan? Walaupun kadang-kadang ada resepi yang baru dicuba pertama kali. Walaupun terdapat sedikit kekurangan di situ at least kita dah cuba kan? Kalau tak buat mana nak tahu kita pandai ke tak betol tak? Bila dah nampak kurangnya, barulah kita boleh perbaiki masakan tu.. sampailah ianya tak jadi suatu masalah lagi pada kita...kan kan..^_^... hurm.... So, aku pun terus berazam dan tekad... nak belajar memasak! nak cuba masak apa yang aku tak pernah masak! ho yeh...
Untuk percubaan pertama, aku nak cuba masak Bihun Sup. hihi. Yela, kalau nak masak lauk, dah tentu kena makan nasi kan. Cuba elakkan dari makanan yang berunsurkan nasi oke.. (boleh boleh!). Sebelum pulang kerja semalam, try menggoogle untuk mencari resipi bihun sup. Terjumpa akan resipi bihun sup utara di mana bihunnya berwarna kuning dan menggunakan sambal merah. (aku kat johor biasa makan dengan sambal kicap). wahh macam besh je. mesti cuba! segera salin dalam note kecil barang-barang masakan yang ingin dibeli. Mana-mana bahan yang tak pernah jumpa tu mintalah jasa incik google tolong tunjukkan bentuk rupa supaya aku tidak tertanya-tanya hehe.
Balik kerja, lepas maghrib baru keluar nak cari barang. Mintak Ben teman. Tapi ben kate nak pergi rumah Pak Lang dia dekat Bt Caves dulu nak anta barang katanya. Ok then, dah alang-alang ke sana better pergi yang terdekat je, Giant. Sesampai di Giant barang pertama yang disentuh adalah tiub kaler putih yang memang aku tengah mencari pattern macam tu. Bolehlah pakai dengan baju nak Convo Ahad ni, takdelah nampak seksi di situ hehe. Owh lepas tu pergi plak cari ubat gigi yang dah kehabisan di rumah hehe. Lepas tu? Aku nampak Pasir Najis Kucing, murah, capailah. Noty dan Noni dahlah kerap membuang. So, ambillah satu buat spare kalau dah habis nanti huuu. Entah bila nak ajar diorang buang kat toilet. Kopak lah tiap-tiap minggu nak kena beli Pasir Najis untuk diorg... grrrr...
Owh oke ke laut sudah... berbalik kepada tujuan utama aku ke Giant, lepas tu barulah aku dok mencari bahan-bahan yang nak dibuat Bihun Sup Utara ni. daripada ke perencah suh sampailah ke bihun puas dok pusing-pusing mencari. yang payahnya nak beli nya sikit je, tapi kalau kat Giant ni kena beli sepacket tu haih. Sebagai contoh cili padi. Nak pakai sikit je tapi dia dah siap packet-packet. haih~ Nak tak nak terpaksa beli juga. Cuma bawang besar+lada merah aku amik kat rumah ben. (siap telefon mak dia masa kat Giant kalau-kalau ada stock kat rumah hehe nsb baek..). Ada bahan yang aku tak beli macam daun bawang sebab banyak sangat segenggam tu. Nak beli 2/3 helai tak boleh. Lobak asin pun tak beli sebab brand dan tanda halal yang diragui. Then takpelah ada daun saderi/sup pun dah oke...^_^
Lepas membeli dan blah sempat singgah makan Kuey Teaw Goreng Kerang Pucuk Paku yang mabeles kat Bt Caves tu. What???! Dinner @ 10.30pm???!!! ngee~ Not my fault. Ben yang bawa..;P Lepas tu terus balik rumah dan siap untuk masak Sup. Memasak tengah-tengah malam.. gilo~ ;P Ku gagahkan jua walaupun mata dah minta bantal ngee~
berbekalkan Resipi 'Bihun Sup Utara' yang aku dah print out..aku pun mula memasak.. err... dari mana nak mula? Owh sebelum tu mari tengok bahan-bahan yang aku dah beli untuk Bihun Sup Utara ni oke.
- Bihun
- Ayam bahagian isi
- Perencah Sup Adabi
- Daun Saderi/Sup
- Halia
- Bawang Goreng
- Lada Merah
- Cili Padi
Err.. dari mana nak mulakan ni? ah huh! Ayam! Aku mulakan dengan memotong ayam dengan potongan kecil-kecil. Potong je lah macam mana pun janji masih ada rasa ayam heheh. Next, aku kupas bawang merah+bawang putih+halia. Err, dalam note resepi aku tak nyatakan plak rencah tumis segala ni patut dihiris ataupun ditumbuk? Segera ambil handphone lihat jam tak terlalu lewat, mungkin saja kakak aku belum tidur melayan cerita-cerita pelik di tV. Segera text "Da tido? Klu msk sup bhn2 tumis nk tumbuk ke hiris je ek?", tak lama kemudian fon berbunyi. ha! ada msg! "Tumbuh ah, sdap.." owh ok.. dah alang-alang dia belum tidur, "halia besar mane?bwg byk mane?" ngee~ "Tgk byk mne ayam atau dagingnye..agak2 je,jgn byk sgt..jgn kedek sgt..halia jgn byk2 no,kkdg tk thn sakit perut".. tak cukup lagi, aku text lagi.. "My nk buat bihun sup. Aym ptg kecik2. Halia besar suku ibu jari ok?" erk~ betol la kan. besar setengah ibu jari pun dah besar kowt..."Oklah tuu..tp tambh perencah sup sket,br kuah sdap..".. err.. oke.. perasan pertanyaan aku mengenai bawang berapa biji tak terjawab aku kupas je la 4 biji bawang merah dan 2 biji bawang putih. bedal la.. (aku ni masak apa pun memang suka pakai bawang banyak2). Lepas tu, aku tumbukkan bawang merah bersama bawang putih dan halia. err.. nampak macam banyak sangat je... heee.. Next, aku panaskan minyak di dalam periuk. Sambil-sambil tu mula kupas kentang yang diambil dari rumah mak ben huhu. by the way kentang ni takde dalam note resepi saje je aku tambah sendiri. hehe. Lepas tu aku tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Ops.. terhangit sedikit sebab minyak dah panas sangat hehe. Owh tiba-tiba terfikir pasal bihun. Bihun sup utara ni kaler kuning. terbayangkan cara-cara menjadikan bihun tu kaler kuning. hurm.. boleh ke aku buat ni? nak buat malam ni ke esok pagi erk? Ah buat je la malam ni. Segera mencari-cari bekas yang sesuai untuk merendam bihun. ah huh.. ada piyuk besar punya.. segera cuci. Masa cari di google banyak cara yang aku jumpa untuk menjadikan bihun ni kaler kuning. Menggunakan bahan-bahan yang sama cuma cara yang berbeza. aku dah konfius sebentar bagaimana nak mulakan? *takut tak menjadi pula haih~ Owh bahan yang ditumis jangan lupa dijenguk. Agak-agak bawang dah naik bau aku masukkan air. Agak-agak je. err.. okay ni kowt. Rasa macam kurang aku tambah lagi. Kemudian aku masukkan pula ayam dan kentang yang dah siap dipotong. Biarkan sehingga ayam dan kentang itu empuk. Eceh betol ke aku ni.
Oke berbalik semua kepada bihun kuning aku tadi.. at last aku guna cara aku sendiri je. Aku letak air dalam piyuk, kemudian letak serbuk kunyit dalam tu. Aku main agak-agak je. Tengok banyak mana bihun yang aku nak rendam. Aku amik dalam suku je. Then, rendamkan bihun tu. Sementara tu lihat piyuk di atas dapur. tengok ayam, kentang.. dah empuk ke? Owh belum, sambil-sambil tu aku ambil cili padi.. basuh.. sedia untuk ditumbuk bersama sebiji bawang putih dan gula. Ini untuk sambal kicap ye tuan-tuan dan puan-puan. tak tahulah u ols biasa tak makan dengan sambal kicap, sebab kalau bihun sup utara dia pakai sambal merah. Aku tak suka sambal merah so aku buat sambal kicap. Ni kira bihun sup utara murtad sikit hehe. Orang johor kan.. apa-apa semua nak kena ada sambal kicap ngee~. Cuba menumbuk cili secermat yang mungkin sebab tak mahu menyedarkan manusia setaman perumahan daripada tidur yang lena hihi.
Owh nampaknya ayam dan kentang sudah empuk, air pun dah mendidih. segera mencapai sup perencah adabi dan curahkan ke dalam air. ehh.. asal tak nampak macam sup ni? jernih je? oke.. kita tambah lagi perencah.. errr.. sama je. ke aku yang buta warna? Tiba-tiba ternampak instruction masakan sup di belakang perencah sup. 'bancuhkan perencah?' erk.. aku tengok dalam note resipi aku tadi, ada juga dinyatakan bancuhan perencah. Oke.. aku dah tersilap. tak bancuh pun dulu.. terus masukkan je.. hehe... Segera kacau kot2 perencah sup berketul. Sedapkan hati. 'alaa oke ni.. mesti jadi sup gak nih.. cool my cool...'... Aku kacau dan kacau lagi.. kemudian, masukkan garam sesedap rasa.. hihi. Agak-agak garam dah larut ambil sudu dan rasa sup.. hurmm... ada rasa sup la.. kira jadi la ni... hehe...;P
Ops! bihun yang direndam dengan serbuk kunyit tadi jangan lupa ye tuan-tuan puan-puan. Dengan cara aku sendiri, aku toskan bihun yang direndam tadi setelah agak-agak dah 20-30 minit. Decide untuk dicelurkan dalam air mendidih esok pagi. segera tutup-tutup bahan-bahan serta sup yang telah ditutup api dapurnya.. Jam dah pukul 12.30am. Cuci muka, berus gigi, cuci kaki... masuk bilik.. padam lampu.. letak kepala kat bantal terus tak sedar hape sampai sedar jam berbunyi pukul 5.45 am... ahhh tak puasnya tidur...-__-...
Bangun tidur terus ke dapur. Ambil ikan kucing yang telah siap disiang 2 ketul. Malas mahu tanak nasi di dapur aku tanak nasi bersama ikan di dalam rice cooker. Seperti biasa, sediakan makanan untuk anak-anak sebelum ke kerja.. anak kucing daa...^_^/.. Lepas cuci muka segala, aku sambung masakan bihun sup yang belum selesai. Sup aku panaskan kembali. Cili padi yang aku tumbuk bersama bawang putih+gula malam tadi aku gaulkan dengan kicap. rasa-rasa sikit agak-agak sedap lidah merasa kira jadi la tu..huhu. letak dalam bekas kecik bertutup. Sup aku biarkan dengan api yang kecik. Gaul dan hancurkan ikan dalam rice cooker. Segera aku mandi sementara menunggu sup panas + didih kembali (tambah air dan garam sikit, macam kurang ke kuah tu huhu).
Selesai mandi dan solat Subuh, aku padamkan api dapur bila sup dah panas dan mendidih. Tidak lupa untuk rasa dulu sebelum menutupnya hehe. Nasi untuk noty da noni aku biarkan kering. Untuk bihun kuning yang siap di tos malam tadi (separa lembut), kemudian aku ambil piyuk besar, biarkan atas dapur dengan api yang besar. Sementara tunggu air mendidih aku masuk bilik make up dulu untuk ke kerja.. ngee~ alamak baju tak iron lagi. Bihun sup punya pasal la ni isk. Segera cari baju yang tak perlu di iron. Haaa.. ada pun.. baju kurung kaler purple nih.. hehe.. errr tudung terpaksa iron...
Air dah mendidih, padamkan api. Masukkan bihun yang dah di tos dengan air kuning ke dalam air mendidih tersebut. Kacaukan sehingga rata. jangan biarkan terlalu lembut, kemudian toskan. Errr.. tapi bihun aku ni macam dah terlembut sangat jek hihi. takpelah. Ok siap! owh ya!
Tunggu apa lagi, isikan sup dan bihun ke dalam bekas (berasingan). Siap untuk dibawa ke office dan hidangkan kepada kak sue! huhu... Ops.. nasi yang digaul bersama ikan jangan lupa diberi makan pada Noty dan Noni sebelum keluar. Bye sayang..mummy pergi kerja dulu.. jangan nakal-nakal oke..;*
Dup dap dup dap.. macam mana lah agaknya ye.. takuttttt... takpelah. kita buat kerja dulu oke...^_^/
#sorry gambar yang lain2 tu lupa nak amik. Sebab dah mengantuk sangat hehe.
*Update, 5.40pm.
Alhamdulillah.. habis je bihun tu kitorang bedal tadi. (lapar!). Kuah sup ada lebih (ingatkan sikit)... Kak Sue kata 'okayla'... cuma kuah tu tawar sikit. Takpe.. next time cuba lagi oke!!! Seronok bila orang makan masakan kita...^_^/
Lepas ni nak masak apa pula ye? Esok macam malas. minggu depan la plak.. hehe..
*Esok nak bawa roti cicah dengan sup tadi hehe (simpan dalam esbox kat pantry)
Ok u ols... Till then! ^_^/
No comments:
Post a Comment