9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, December 28, 2010

Nak masuk Bloglist gempak Wan Hazel

TUTUP : 11.1.11
Salam u ols..
Eh eh.. Wan Hazel? Siapa tu? owh damn! Kenapa I baru jumpa dengan blogger Wan Hazel nih? giler lambat. Seriously I rugi besar sebab baru jumpa dengan blogger Wan Hazel ni. Blog dia best oke. Sebab layout and ols the html code dia bikin sendiri. Kena plak I ni memang suka bab-bab html ni. errr bukanlah suka tu sebab I ni pakar bikin code-code segala tapi bila bikin layout I suka tambah menatang yang biasanya takde dalam satu-satu layout tu. So then apa yang I usually buat adalah, google cara-cara nak dapatkan tab-tab ke gadget2 ke.. and apa-apalah untuk masukkan dalam blog so that I bajet I akan dapat layout blog yang I idam-idamkan (walaupun hampeh I dah usaha dan belajar sendiri oke..;P)

I jumpa Wan Hazel punya blog ni dari blogger Belalang Hijau Perisik. Sebab I memang follower Belalang pun so I nampak la post 'Nak masuk Bloglist gempak Wan Hazel' tu. So sudah semestinya la I interested.. terus jadi follower Wan Hazel dan post entri ni hihi. So untuk 'Nak masuk Bloglist gempak Wan Hazel' I nak letak nama ' My Life's Story Blog ' seperti mana title blog yang I beri pada blog I ni. url blog ni adalah http://maizatul-akma.blogspot.com.

Knapa I nak masuk sangat Bloglist Gempak ni? Sebab I nak glemer mencapub (mencari publisiti) kat blog Wan Hazel hehe.. takdelah. tujuan utama I adalah I nak Kenal ramai blogger-blogger tegar diluar sana. So, bila I kenal ramai blogger barulah they ols akan kenal I.. barulah they ols sedar tentang kewujudan blog I nih hehe. Plus, I nak masuk sangat Bloglist Gempak Wan Hazel ni supaya Wan Hazel nampak I, knal I.. hehe munasabah tak reason tu? nak tahu sebab apa? Nanti kalau-kalau I dah bosan dengan layout blog ni boleh lah I mintak tunjuk ajar Wan Hazel supaya ianya nampak lebih shantek dan kreatif.. hehe.. kalau dia kenal I lagi la senang dia nak tolong kan kan? (err Wan, tak boleh eh eh..T_T..)

Apa yang ada kat blog Wan Hazel sampai I nak sangat masuk Bloglist Gempak ni? hihi.. hasil daripada review ke Blog Wan Hazel (Wan, I review banyak-banyak taw bukan sikit-sikit..;P), wow! banyak giler kot info-info yang I dapat. Yang paling penting, Wan Hazel banyak bagi knowledge pasal menatang-menatang nih. sebagai contoh, tutorial macam mane nak tukar Frame/BG Shoutbox popup/Ajax. pastu photoshop tutorial pun ada beb. tu belum masuk info pasal nuffnang.. so on and so forth.. huhu.. memang informative! So lepas ni kalau ada apa-apa pasal gadget nih i tak tahu bolehlah I refer kat Blog Wan Hazel. (err boleh kan wan kan?)

Ok.. I'm Done... so, agak-agak muleh tak I masuk dalam ur bloglist gempak wan? hehe...

Ok guys.. nak masuk bloglist gempak Wan Hazel gak ke?meh klik sini

Till Then!!

Lagi-Lagi Diet


Salam..

Hello bloggers! hello Atkiners! What r u ols doin?? Reading this lorh.. lagi mahu tanya..huhu.. before berangkat pulang dari office post entri dulu ngee~ A bit bosan at office sebab ramai staff tade minggu-minggu terakhir ni kerana menghabiskan cuti-cuti hujung tahun.. cuti-cuti Mesia gitu huhu. Me?? Hurm, me tade cuti. Janganlah tanya kenapa. Daripada I request then tak dapat better I tak payah cuti langsung eventhough I rasa I dah lama giler tak berehat lama-lama sikit sejak-sejak dah tamat belajar a few months ago..T_T.. Kalau tade reason yang kukuh untuk bercuti jangan haraplah ada insan yang nak approve cuti kau nyahhhh… huhu. Sometimes kalau I rasa tak sihat pun susah I nak ambil MC. Walaupun sebenarnya I memerlukan rehat di rumah. Pernah sebelum ni, I kena urine infection, seyesly beberapa hari I rasa tak selesa and berulang pergi klinik. Doctor asks me to take MC and rest. Tapi masa tu I tengah a bit busy with work, plus, masa tu esoknya I ada training di luar. So I dengan rela hati menolak untuk mengambil MC tersebut..  rugi kan? hish.. Tapi nak buat macam mana.. huhu. Haih.. nevermind.. Beberapa hari je lagi nak new year.. (= keep smilin’ ya !!!
Actually today I rasa macam not feeling well sangat. Dari sejak datang office pagi tadi I rasa sakit kepala. Ni buka sakit kepala biasa. Dia sakit bahagian belakang and kadang-kadang I rasa macam ada rasa kena sentap je kepala bahagian belakang kiri ni. Macam rasa nak pitam pun ada. Aku ingatkan sebab lapar tak makan lagi tapi lepas lunch tadi pun masih terasa sakit tu.. haih~ migrain ke? Biasa kena tak rasa macam ni pun..T_T.. sekarang juga masih terasa…moga Allah jauhkan aku dari sebarang penyakit yang memudaratkan.. Amin….

Bytheway, dah berapa hari tak bercakap mengenai diet. U ols yang sedang diet tu masih berusaha untuk kurus ke? Teruskan oke..;P jangan jadi macam I.. selalu diet tak jadi hehe.. But untuk Atkins, I belum mula lagi..(= blog adik dzul sudah pun I abis khatam tapi nak memulakan diet tu kena proses pemulihan dan kesedaran dulu..weee~.. lagipun hujung2 tahun ni banyak makan-makan so kena lepaskan dulu ol that rubbish huhu.. orang bagi makan tu bukan rubbish.. makanan yang menggemukkan itu yang rubbish oke..;P   I plan nak start Atkins January, New Year nanti. I dah listkan makanan apa yang I nak beli, apa yang I boleh dan tak boleh makan dan bla bla bla.. So, next Monday kerja tu I dah mula Atkins oke!! Putri Bongsu, I’ll not take my lunch outside anymore.. I’ll bring my own foods. Kalau dah malas sangat pun I’ll buy something yang low carbs from LG1… owh.. please support me bebeh!!! For this once!!!! Pelisssssssssssssssss…T_T….

Harap-harapnya I ada kekuatan nak memulakan atkin next week. Owh my.. tolonglah jangan kebulur bila nampak makanan depan mata kamu. Tolonglah kawal pemakanan kamu. Dengar cakap boipren kamu. Pelissss.. sekurang-kurangnya sampai kamu muat pakai seluar slack kamu balik!! T_T… Owh pada-pada nak mula diet coming Januari, bulan ni saja dah lebih 3 kali I bedal fast food. Kalau boipren I tawu..bingit telinga ni kena bebel (u ols jangan bagitau oke hehe). Bukan apa, kadang-kadang kalau dah pergi kL Sentral tu yang paling senang dan cepat fast food lah. Dah nama pun ‘fast’ food kan huhu. Yela kalau pergi ‘threats’ giler ramai orang.. ‘Rasamas’ apatah lagi.. ‘foodcourt’?? erm tak boleh blah dengan bau so tak mungkin ke sana. So nak tanak, perut pun dah berkeroncong fast food lah jadi pilihan. Hehe. The latest, Prosperity kat Mekdi yang baru keluar tu pun I dah bedal 2 kali taw.. ngee~ dahsyat2… Kalau dalam atkins ni mahu kena balun dengan adik dzul haha. Sudah2.. tengahari tadi merupakan hari terakhir kau jejak di Mekdi, Kefsi, Burger King segala tu oke!! No more no more!! Putri Bongsu.. faham tak? No more oke!..;P


My boleh!!! mesti boleh!!  I believe I can do it!!! Kalau I fail bermakna ada insan-insan jahat yang tak suka tengok I kurus dan sihat..T_T.... owh kena solat hajat mintak dikuatkan iman dan semangat.. ngee~...

Oklah everyone.. time's up!! till then!!!

Wannabe...T_T

Sunday, December 26, 2010

Counting Days

Salam bloggers!

huaaa sekarang ni kalau sehari tak berblogging rasa tak lengkap je hidup seharian (ceh poyos). I'm just back from my hometown! so kalau dah balik kampung ni memang internet, fesbuk, blog segala aku terpaksa tolak tepi. Bukan hape, malas nak bawa balik lappy. Kat rumah sana pun bukan ada line internet, ada pun adik aku punya lappy. hehe. Lagipun, malas pulak nak beronline kalau dah balik kg halaman ni. yela, lebih-lebih lagi kalau cuti cuma weekend ada masa la pulak nak bersosial kan. Waktu ni adalah untuk mak dan abah yang terchenta oke..eceh..;P tunggulah nanti aku dah kaya sikit boleh beli gadjet mahal sikit. masa tu internet semua di tapak tangan je..tak payah pakai laptop besau2..;P (owh entah tahun bile.....T_T)

Aku pulang ke segamat Johor pagi Jumaat kelmarin.. Sadly, aku terpaksa balik naik bas. hampeh. dalam-dalam kefobiaan itu aku terpaksa gagahi jugak. isk. nasib baik ke segamat je tak jauh sangat (3/4 jam la jugakk). Ni angkara kereta punya pasal la ni. boleh plak breakdown n tak boleh siap hari tu jugak. isk. Haih nasib badan. Haritu aku selamat sampai waktu tengahari. Dah patah kaki tade kereta, kereta kakak jadi mangsa hehe. Apalagi ambil kesempatan ke bandar Segamat dengan si cilik Yana atas urusan yang perlu diselesaikan. Selesai urusan aku pancing Yana dengan Mekdi.. Aku pun bantai sekali makan..hehe..;P

Lepas pekena Mekdi aku jalan-jalan jap ke Billion. Niat hati nak belikan hadiah untuk pengantin seorang kawan (majlis dah lepas tapi tak dapat datang hehe), tapi tade yang berkenan pulak. Kuar dari Billion ke kedai HP belikan Battery HP yang akak pesan. Masa nak pergi parking kereta, alamak!!! nampak ada pegawai MDSU (Majlis Daerah Segamat Utara) duk melilau2 kat kereta aku (akak aku punya lah). Aiseyman.. kena saman sudah... Lupa la harini hari Jumaat! Sepatutnya aku kena pamerkan kupon parking kat atas dashboard tuh. Omg!! konfem kena RM30 tu (sebab dah pernah kena masa duk shah alam haha).. Dengan selamba aku buat-buat tak tahu then cross jalan menuju ke maybank. Dari tade niat nak withdraw duit langsung aku terus ke bank withdraw duit. Dengan harapan moga-moga pegawai yang duk saman tadi dah blah dari kereta tu (mampuih kalau kena soal macam-macam nanti hish).

On the way nak ke kereta, aku terserempak dengan seorang pakcik tua.. 

Pakcik: 'dik dik.. boleh tak tolong pakcik dik.. motor pakcik rosak.. pakcik baru balik tengok sedara sakit tiba-tiba motor rosak dekat Labis.. pakcik dah tade duit nak balik ke Melaka. kalau boleh adik bagi pakcik sepluh ringgit pun jadilah. Kalau nak bagi lebih tu ikut adiklah macam mana'

...Aku yang termangu-mangu menjawab, 

Aku: 'Pakcik ni betol ke ni? Macam mana saya nak tahu pakcik ni orang baik ke jahat?' 

Pakcik: 'Betol dik, ni ha kunci motor pakcik ni. Pakcik nak balik Alor Gajah. Kerana Allah dik takkan lah pakcik nak menipu. Kita kan sama Melayu..' 

Aku: 'Hurm, orang melayu skrg pun bukan boleh percaya sangat pakcik. Ramai je yang jahat..haih..'...

Pakcik: 'betol dik, pakcik nak balik Alor Gajah ni. Pakcik tumpang van tadi datang sini'

Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan masa tu. Tapi dalam hati aku terfikir, aku tanak kena tipu hidup-hidup dengan orang tua tu, Sekarang ni orang macam-macam ragam kan. Aku pun jawab,
Aku : 'Hurm, pakcik ikut sayalah. Saya hantar pakcik pergi Bustand

pakcik : Eh takpe ke ni orang tak kate ape ke nanti

Aku : 'Takpe'... (Isk betol ke apa yang aku buat ni?)

Masa aku nak pegi ke kereta, belum sempat masuk kereta.. aku didatangi oleh seseorang. erk~ ada lagi ke mamat nih. rupa nye orang MDSU yang duk saman kereta aku tadi. hampeh ko tunggu aku ye.. Tapi nasib baik.. dia kata dia nak batalkan saman tu tapi aku kena beli kupon parking tu dari dia RM6.. (haih pulak.. ni masuk poket dia ke poket MDSU nih).. ahh.. peduliklah yang penting tak kena saman. aku pun bagilah dia duit...mekacih la cik abang oi..;P patutlah duk melilau cari tuan kete tadi..;P (Kalaulah aku pergi je kat kereta tadi tadelah aku jumpa pakcik tua tu kan)

Lepas tu tanpa rasa takut dan seram, aku bawa orang tua tua naik kereta dan menuju ke bustand Segamat. Borak-borak.. sampai la kat Bustand. Aku bawa pakcik tu ke kaunter tiket kat tingkat atas. err nampaknya semua kaunter dah kehabisan tiket ke Melaka. nampak gayanya aku kena bagi cash la kat pakcik nih. aku tanya kat kaunter tu berapa harga tiker ke Melaka. RM10 dia kata. Tengah nak seluk beg amik purse tiba-tiba tak jumpe. Erk~ tertinggal dalam kereta la. 

Aku :'Pakcik tunggu sini kejap ye beg duit saya tertinggal dalam kereta'

Pakcik: okay2.

Masa aku nak turun ke kereta, aku terhenti kejap bila sorang pakcik ni bagitahu nak balik melaka pukul berapa? (pakcik ni tadi tolong tanyakan aku tiket kat kaunter2).. Aku cakap lah kat dia.. tiket tu bukan untuk aku tapi aku nak belikan untuk pakcik tu.. (aku tunjuklah pakcik yang aku jmpa tu)... pakcik kaunter tu geleng-geleng kepala...'Lorh.. aku ingatkan ko yang nak balik Melaka..' aku pun cerita lah macam mana aku jumpa orang tua tu. Aku ni niat hati nak tolong. Dah nama pun orang tua kan takkan aku nak tinggalkan dia macam tu je. Nak bagi duit aku takut kena tipu. Tu yang aku bawa dia pergi bustand biar aku sendiri yang belikan tiket. u ols know? pakcik kaunter tu kata orang tua tu memang slalu mintak duit kat orang kat bandar. Dah ramai orang kena. cuma dia dah lama tak nampak orang tua tu. (uish betol ke?)

Hurm, sudahnya aku kena sekolah dengan pakcik kaunter tu + kawan dia... Sampai berair la mata aku duk cerita ngn diorang apa aku patut buat. Nak tinggalkan kesian. aku plak tak pasti mana yang betol. haih. Sudahnya, atas nasihat.. aku balik je tanpa beri sesen pun kepada pakcik tu. sebelum aku blah dari situ pun aku dah tak nampak kelibat pakcik tu. Tah mana dia pergi. haih.. Aku pun berlalu pergi ke kereta... dan gerak balik...
Sepanjang-panjang perjalanan balik tu aku dok teringat pakcik tu. Jahat ke dia? baik ke dia? Huh.. rasa bersalah plak aku rasa.. entahlah... hanya Allah yang tahu niat sebenar pakcik itu...Andai kata benar apa yang dikata olehnya, bersalahnya aku rasa...Maaf pakcik... Andai kata pakcik itu memang kerjanya suka menipu dan meminta orang duit.. makanya, tindakan aku itu betul. So, u ols amiklah pengajaran di sini.. Jangan suka-suka hati bawa orang yang u ols tak kenal naik kereta.. macam haku! Tu nasib baik aku tak diapa-apakan. kalau tidak? mawu esoknya masuk paper muka depan naya je.. hehe.. hish selisih malaikat 44. Kalau u ols rasa kesian hulur je singgit dua.. tayah nak ikut sangat kalau dia demand sampai seploh doploh hinggit (dia mintak banyak.. aku nak bagi sikit rasa serba salah tu yang bawa pergi kaunter terus)..Allah je tahu niat u ols nak bantu, selebihnya kalau orang tu tipu itu antara dia dengan Allah...oke? Tak pun, kalau ada orang asing tahan korang macam aku tu, korang buat tak tahu je, geleng kepala kat dia. so korang tadelah rasa kena tipu.. atau rasa serba salah macam aku nih..isk...

oklah.. renung-renungkan dan selamat beramal...

*Banyak perkara perlu diselesaikan.. dis week keje 4 hari lagi huhu (sebab new year jatuh hari sabtu)... dan beberapa hari saja lagi....... moga segalanya dipermudahkan...Aminnn...

Tuesday, December 21, 2010

Supplement II

Salam everybody!

Hehe seperti yang dijanjikan I nak update mengenai list of supplements.  (walla cepat giler update haha) So with this, bolehlah jadi reference kat we ols supplement mana yang kita nak ambil. Yela, sebelum ni I asyikla tertanya-tanya supplement tu apa? Untuk apa? Apa jenis/brand supplement yang I boleh ambil? Disebabkan tak ramai (kalau ada pun dia tak bagi banyak choice) yang nak menjawab persoalan I ni so I ambil inisiatif untuk cari sendiri.

Supplement ni ada macam-macam jenis. Sebagai contoh satu jenis brand supplement, ada macam-macam jenis supplement yang terdapat dibawahnya. Untuk diet nya la, untuk rambutnya la.. untuk itu untuk ini.. I nak huraikan lebih-lebih pun I bukannya pharmacist so apa yang boleh bagi adalah jenis-jenis atau brand supplement yang u ols boleh cari nanti.  Selebihnya boleh la u ols tanya kat pharmacist di farmasi-farmasi berhampiran oke..heee~

Di antara supplement yang I jumpa adalah seperti berikut:

Blackmores

Produk Blackmores dikembangkan oleh pakar menggunakan gabungan bukti saintifik dan beratus-ratus tahun pengetahuan tradisi.  Produk ini diperbuat untuk tujuan keperluan permintaan, berdasarkan prinsip-prinsip amalan perkilangan yang baik dan bersumberkan bahan-bahan dari seluruh dunia. Keselamatan, kualiti dan keberkesanan produk ini turut memenuhi standard piawaian syarikat dan kerajaan.

Haa.. bagi u ols yang rasa-rasanya duit berkepuk-kepuk setakat kuar ratus-ratusan tu celah gigi je bolehlah mencuba supplement jenis ni. I pernah jumpa kat farmasi. Tapi banyak sangat botol blackmores ni sampai pening kepala I sebab dia ada macam-macam jenis. Nak Tanya kat pharmacist segan so I tengok je la..ngee~ Haaa tapi sekarang dah ada pengetahuan sikit dengan bantuan incik google so boleh lah pergi farmasi belek-belek produk tu huhu.  Tapi, tengok kat harga.. macam tak mampu je. (bukanlah kedekut atau takde duit tapi nak spend only for supplement dengan harga yang tinggi macam tak berbaloi pulak).

Untuk makluman lebih lanjut mengenai produk-produk Blackmores boleh la klik di sini..^_^ 

Kordel’s

Brand Kordel’s adalah penghargaan bagi Dr Lelord Kordel, seorang Researcher  and Practitioner Amerika yang terkenal menemukan Nutritional Kordel’s pada tahun 1949. Beliau memperoleh pencapaian mengenai kesihatan melalui gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang dan mempelopori program penyembuhan gizi dan kesihatan melalui produk semulajadi dan suplemen.

Produk kordel’s dirumuskan dan berterusan ditinjau untuk memenuhi keperluan gaya hidup sihat masa kini. Produk-produknya terdiri daripada pelbagai vitamin dan minerals yang tinggi, suplemen makanan, dan formula herba yang dihasilkan sesuai dengan standard  Good Manufacturing Practice (GMP) dan kawalan kualiti yang ketat.

Haa.. yang ni pun I pernah nampak kat farmasi. Pernah nampak je la tak pernah review pun produk ni. Nak bertanya pharmacist lagi la tak kan haha. Tapi harga kordel’s ni pun boleh tahan. Yela dah kata founder dia pun dari Amerika kan.. kalau dah import ke Malaysia tu takkan nak bagi seposen dua..;P So, kalau u ols berminat bolehlah dapatkan di farmasi-farmasi berhampiran..hehe

Maklumat lanjut mengenai produk-produk Kordel’s sila klik di sini..^_^..

21 1st Century

Produk 21st Century menawarkan rangkaian lengkap vitamin, herba, kosmetik semualajadi dan herba untuk membantu we ols menjalani gaya hidup yang sihat.

Okay! This product I macam suka sikit. Ada bau-bau macam nak try this kind of product plak hehe. Sebab? Sebab ia murah.. dan nampak ada kualiti juga. Produknya? Uih.. ada banyak jenis.. sampai I email kat company tu bagi suggestion what kind of supplement yang I boleh ambil huhu. So, disebabkan macam dah jatuh cinta dengan ini produk I macam berkenan kat satu produk ni yang dikenali Women's Multivite with EPO.


Eh ni untuk wanita je oke dah nama pun ada ‘women’ di situ kan huhu. Untuk lelaki pun ada tapi sila view sendiri oke..;P Supplement ni merupakan multivitamin so complete tayah lah I susah-susah nak ambil banyak-banyak pil. Sehari pun satu tablet je jimat pun jimat haha (cakaplah kau kedekut + malas nak makan banyak-banyak pil kan kan). ok guys.. ada banyak lagi variety of produk yang terdapat di dalamnya. More info view je kat sini oke..^_^..

Appeton



Haa.. Appeton!! Appeton ni di suggest kan oleh adik dzul huhu. Dia kata sebab appeton ni murah. I tak pergi tengok kat farmasi lagi berapa harga dia but I think yela.. dia antara yang murah la kot daripada supplement-supplement yang lain.

Malas nak review dan translatekan penerangan mengenai appeton so u guys view je kat sini oke.. hehe… Kalau nak lebih lagi pergi je terus ke farmasi berhampiran dan bertanya pada pharmacist. At least pharmacist tu ada jugak keje yang nak dibuatnya dari duk tercongok je tade kerja..;P



Perhaps ada banyak lagi supplement yang we ols boleh ambil but for this moment ni je lah antara supplement yang I tahu. Mungkin yang lain tu  brand nye lebih mahal.. nak menyebutnya pun tak reti so takde kejelah mak nak mencari pobonda aih… So, u guys kalau ada list-list supplement yang bagus untuk dikongsikan sila-silalah ye..^_^

Selamat sihat semuanya..! huhu

Supplement I

Salam all..
Masih dalam mode pengajian ilmu Atkins..^_^..  Okay kali ini my (eceh bahasakan nama plak kali ni..;P) nak memperkatakan mengenai vitamin. Haa apa itu vitamin? Vitamin merupakan bahan organik yang diperlukan oleh badan dengan jumlah yang kecil.  Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Kita perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Biasanya, ada orang yang mungkin tak biasa dengan pengambilan pil-pil supplement so dia menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.

Tapi bagaimana pula kalau anda di dalam atkins?? Makan buah-buahan?? Ah huhhh… cannot cannot… buah-buahan mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi bukan? Ingat, Atkins tidak membenarkan pengambilan karbohidrat yang tinggi. Sehari 20gram sahaja oke.. Kalau tak tahu, setiap kali nak beli makanan lihat pada label nutritions facts dan lihat kuantiti carbs atau net carbs makanan tersebut..oke! Kalau tak tahu boleh la rujuk pada entry my sebelum ni, di sini dan di sini oke..^_^..

Since dalam blog aku nak kurus, dzul ada memperkatakan mengenai pengambilan supplement, so dalam pengkajian ini my pun ada mencari info berkaitan vitamin, supplement segala.. Yela, sah-sahla my tak pernah makan apa-apa pil supplement melainkan buah-buahan semata-mata.. So, dah termaktub di mana pengambilan supplement itu penting untuk badan.  So, selesai research ni, bila start atkins my nak ambil juga supplement yang bagus untuk kesihatan…(= Dah cari-cari dah supplement yang bagus dan murah.. nanti entry akan datang my senaraikan supplement2 tu oke..

Untuk post ni my nak listkan kepentingan vitamin kat u ols… 
(sumber: tayibah.com)
Vitamin
Fungsi
Sumber
Kekurangan




A
-    Boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A
-    Tumbesaran, tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.
-    Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman.
-    Menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
telur, susu (lemak susu), dan hati

-    lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,
-    Kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih.
-    Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan.
-    Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan.
-    Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.
-    Lebih dos:                      
Bila di ambil berlebihan pula vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala, pandangan yang kabur, pitam, cirit birit, menstfruasi yang tidak tetap, kesakitan pada sendi dan tulang, kulit yang kering dan merekah, radang pada kulit, rambut gugur, muntah-muntah dan kegagalan hati.



B1 atau Thiamine
-    Pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protein.
-    Memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.
-    Membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil  sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan. 
gandum atau hasil gandum,
kacang pis,
kacang,
tepung yang diperkayakan
ikan
kacang tanah, daging
-    Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
-    Kegelisahan, gangguan tidur.
-    Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
-    Sakit pada bahagian abdomen.
-    Sembelit
-    Gangguan mental atau emosi.
B2 atau Riboflavin
-  Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.
Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan
Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung. Begitu juga masalah kesihatan.
Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
 Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).
Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.
-    Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.
-    Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung.
Asid Pantotenik (Vitamin B5)
Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.
dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin
Ulser pada manusia.
Lebih dos:
Sama seperti pada vitamin B1
Piridoksin (Vitamin B6
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.
Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang
Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.
Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.
Sianokobalamin (Vitamin B12)
Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah
hasilan haiwan

kekurangan darah (anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami masalah penyerapan makanan pada usus.


C
-    Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
-    Pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. 
-    Boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
-    Mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
-    Meningkatkan penyerapan zat besi.
-    Bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
-    Mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis".
-    Agen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 
buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau spt asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 
-  Lemah badan.
-  Sakit-sakit dan sengal badan
-  Bengkak gusi.
-  Hidung berdarah.
-  Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
-  Anemia





D
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk  vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit. 
-    Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
-    Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).
-    Lebih Dos: Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pengumpulan kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan pada sistem renal dan kardiovaskular.






E
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 
-Mudah radang dan odema (pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
- Penuaan kulit sebelum masa.
- Rambut gugur
- Anemia.










K
Vitamin K is diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.Terdapat tiga bentuk vitamin K:vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin K2,keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus; dan  vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik. 
Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria  "baik" yang terdapat dalam usus.
Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.
Lebih dos:
Boleh menyebabkan jaundis pada bayi.





D
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk  vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit. 
-    Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
-    Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).
-    Lebih Dos:Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pengumpulan kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan pada sistem renal dan kardiovaskular.






E
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 
-    Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
-    Penuaan kulit sebelum masa.
-    Rambut gugur
-    Anemia.










K
Vitamin K is diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.Terdapat tiga bentuk vitamin K:vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin K2,keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus; dan  vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik. 
Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria  "baik" yang terdapat dalam usus.
Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.
Lebih dos:
Boleh menyebabkan jaundis pada bayi.
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, u ols yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Vitamin juga bagus untuk u ols yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.
Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.
Haa begitulah ceritanya.. U ols dah makan ke any supplement untuk badan? Ada? Wah bagusnyeee… my je yang lambat sikit… hee~
Oklah.. till then!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers