Post Terkini

Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Monday, May 17, 2021

Jalan-jalan KL sebelum Ramadhan

Cerita lama dah ni.. Jalan-jalan KL sebab tak boleh merentas negeri. Planning dengan adik bongsu.. Dia yang settlekan bab booking.. Kakak dia tak free nak survey2 ni.. Hehe..

Aku tak ingat plak nama tempat ni, tapi yang penting sangat cosy, sejuk & nampak KL Tower.. Haha kalau angin tiup tu terasa la juga gegarnya.. Aidan pun excited jumpa Rayyan. Rayyan apatah lagi, budak tu memang suka berkawan..

Seronok tengok pemandangan KL

Suka gambar ni.. Pandai lagi den amik gambar.. Macam rumah sendiri plak..Ahaks

Amik gambar dengan kaka sat.. Adik tak nak bergambar tapi saje nak kacau daun

So lepas lepak2, makan2 sat  & rehatkan badan malam tu kitorang pergi ke Kampung Baru. Nak makan western dekat kedai Kapal.. Rindu wehhh..

Ramai orang, lama juga beratur.. Follow SOP

Sementara tunggu order, kita selfie dulu

Dah sampai pun menu.. Tapi lambat sgt, Kambing dia pun x mcm grill, tp goreng.. Kecewa.. Tapi orang2 yang datang kemudian, laju je order dia smpai..Huhu.. Rasa pun kali ni, x mampu nak bagi above 3 Star..

Selesai makan, kita ambil gambar dekat sini.. 4-5 tahun lepas, takde lagi bendalah ni.

Bergambar sekejap berlatar belakangkan Menara Berkembar. Nice kan view dia. Cantik sangat.
Habis bergambar, moh la kita pulang ke sarang.. 


Sesungguhnya Kota Metropolitan ini sangat cantik di waktu malam

Dah jom tdo.. Esok nak checkout. Nak pergi KL Bird Park.

Gambar berdua dekat2 macam ni, terasa miangnya.. Haha

Belanja sikit gambar adik bongsu kita bushuk masham ni..

Family potrait lagi.. Kakak dah excited tu nak jenjalan.. Tapi dia x nak balik.. Best katanya duduk sini. Haha

Tq Adik. Pandai cari tempat.

Itik ..

Mira bersama peacock.. Dah balik baru pasan, x amik pun gambar anak2.. Amik gambar burung je..Haha..aduila maknye pun. Tak boleh lama2 sangat sebab Aidan dah mengamuk.. Dia nak tdo tu, so kena ngempeng dulu.

Akhirnya, dapat gak bergambar kat sini.. Tengok budak kecik tu melalak.. Tengah syok ngempeng ummi suruh lepas, mau x ngamuk..

Last..Mira ni ambillah gambar macam mana pun, gaya dia tetap cantik.. Fotogenik ko nak..


Ok selesai update..Post kedua untuk tahun 2021.. Haha nanti kan post2 lain ye kalau ada..

 

Wednesday, July 15, 2020

Cameron Highland 2020 : Copthorne Hotel

Tarikh : 4-5 July 2020

Yeahaaa.. After PKP...Jenjalan la kita... Tak lama pun.. 2 hari 1 malam je.. Alhamdulillah walaupun menempuh jem yang panjang, dapat juga memanjat banjaran Titiwangsa.. Menyegarkan...Hehe.. Bab2 jammed jangan diingat, nanti korang x nak pergi lagi kat sini.. Tapi aku, walau hadap jammed tp berbaloi untuk suasana yang menyegarkan.. Plus bukan daku yang drive.. Hehe..

Gambar ehsan Agoda
So lokasi penginapan kali ni jauh sikit.. Nun di Brinchang sana.. Motiff??? Sebab nak pergi pasar Kea Farm.. Boleh jalan kaki je dari hotel.. Nampak tak kebijakan ku?? Hahaha..
Lagipun kali ni short getaway je.. Misinya pun cuma satu.. Nak pergi pasar Kea Farm + nak beli tea Bharat  + makan nasi lemak sambal strawberry..

Gerak jam 6.45 pagi dari rumah.. Berhenti makan dengak R&R Tapah dalam jam 8 menghampiri 9 x silap.. 

Breakfast di R&R
Tengoklah bekfes light2 je kengkonon nak makan nasi lemak jam 10.00 pagi.. Sekali ambik ko.. Hadappp...

Lepas makan terus zasss ke bergerak ke lokasi.. Ikutkan plan asal , smpi dekat sana dalam jam 9.30-10.00 pagi.. Sedang eloklah nak makan nasi lemak aka brekfast.. Tapi oleh kerana jammed ya ampun smpi Tanah Rata lebih kurang jam 2 ptg.. 

Tok laki dah stress.. So kita kena cool kan dia.. Ambik gambar la dulu..

Kengkonong datang berdua

Sbb jammed teruk sangat, and polis pun halakan kitorang ke kawasan apartment.. Berhenti la makan kejap.. Tujuannya untuk menurunkan level kemarahan dan stress encik suami.. So kita makan mee goreng je la ye.. Kata nak makan nasi lemak sambal strawberry kan...

Sambal Strawberry
Mission selesai.. Sedap ke idok??? Nanti I review ok..
So lepas makan , kitorang pun gerak terus ke Copthorne.. Gerak dalam kul 3 lebih .. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit  terus drag jadi hampir 4 jam.. Apoooo... Gila betullah.. 6.30 ptg baru check in ..

Akhirnya... Masuk bilik  terus selak langsir... Tingkat 13 weii.. sejukkkkkk.....
Pemandangan

Bath Tub.. Memang saja pilih yang ni..Senang Mira nak berendam.. 

Bolehlah Aidan berlari ke sana ke sini...


Kelibat budak tu mmg excited dapat masuk bilik.. Habis semua dia terjah..

Overall Hotel ni best.. Lagi-lagi sebab dapat tingkat 13.. Hahaha.. Buka2 tingkap menderu angin masuk.. Syiokkk.. ..Ok bye.. Nak zzzz..

Sunday, October 20, 2019

Short vacation : Jalan-jalan Cameron Highland

Cuti hari Malaysia tu hari berkesempatan nak g Cameron Highland.. Alhamdulillah.. Sampai juga.. Tapi first time datang sini menempuh jem...

So percutian kali ni konsepnya fun & easy.. Takde dah macam dulu2 time berdua.. Semua wajib terjah..Heheh.. So dalam kul 5 lebih kitorang sampai Equatorial Hotel kat Tanah Rata tu.. Lepak-lepak kejap bagi anak-anak & tok laki tido.. Lepas isyak macam tu baru kuar bilik cari makan.. 

Aku pun tak dan nak study mana tempat best, huhuhu.. Tak dan buat research dah skrg ni.. So decide makan kat tempat yang pernah kitorang g dulu. Tekak ni kalau boleh nak makan steamboat tp memikirkan ada dua budak kecik ni, so menu nasi la kita.. Steamboat kang kesian plak diorang tak makan.. 

Nama kedai nye tak ingat tapi dekat food stall sebelah kedai2 yang jual souvenier tu.. Dekat je dengan Equtorial hotel tu..  Kitorang makan kat kedai nasi ayam pak tam ke apatah namanya.. Alhamdulillah sedap.. Aidan n Mira pun selera makan. Bertambah2.. Buat ummi x kenyang sebab berkongsi nasi.. Hahaha.. En Somi je lah yang syok makan tanpa gangguan.. Lepas tu makan kemain kunyah 44 kali.. 

Gambar dulu sebelum makanan sampai..
Hari pertama semua kesejukan.. Sebab hujan sepanjang hari kat Cameron.
Sambil2 tunggu makanan, ajak kakak cuti mata..Tapi dah namanya Nurul Amirah mana pernah cuci mata sahaja..Hehehe
Selesai makan jalan-jalan kejap, pastu balik hotel.. Perjalanan hari pertama yang memenatkan.. Hihihi..

Esoknya gerakkan budak pepagi.. Bekfes kat hotel lepastu terus decide nak pergi Ladang Teh 'Boh'.. Memula malas gak nak pergi, tapi sebab somi kata alang-alang kan.. So layankan jelah.. Lepas Boh barulah cadangnya nak bawa budak-budak pergi Bees Farm & Butterfly Farm. Owhh lupa, sebelum pergi Ladang Teh kitorang pergi Pasar sayur..Hahaha tak tau namanya, tapi dekatlah sebelum simpang nak ke Ladang Teh tu.. Puas memborong barulah gerak ke Ladang Teh..

Perjalanan agak slow, sempatlah Aidan tidur dalam kereta, Kakak Mira tak tidur sebab dia excited nak jalan2 tengok teh.. 
Kasi up sikit cinta hati beta semuanya

Yeayyy.. Kami berempat.Alhamdulillah

 Kali ni lepak lama sikit kat sini..Minum-minum , makan kek.. Santai-santai je.. Ruang lepak pun dah ditambah so syok sikitla plus dapat duduk dekat dengan pokok teh. Angin kemain kuat lagi..Gambar takde plak..Dekat hp en Somi.. Handphone ku kena sambar dengan Mira ..Hihi..

Rasa-rasa berejam juga duduk kat sini.. Tak sedar masa berjalan.. Bila Aidan dan meragam sangat2 barulah angkat punggung..

Yang sadisnya, masa betul2 sampai kat parking kete, roda stroller patah.. Hahaha tak tau nak marah ke nak gelak.. Biasalah Mira ni, perasan ringan nak naik juga... Aduiii...  Semua benda jahanam.. Rocker hadiah utk dia patah, dapat rocker plak dari acik Wani pun patah dikerjakannya.. Ni stroller plak.. Bersungguh dia nak jadi kecik macam adik  dia.. Mira Mira...

Masuk kete , x sampai bape minit masing-masing dah tak menyedar.. Tak sampai hati plak nak kejut so terpaksa cancel plan g Butterfly ngan Bee Farm.. Huhu pengalaman baru.. Dah ada anak ni mmg kena follow konsep fun & easy..Hahaha.. So cari kedai makan jap, lepastu terus gerak balik hotel..

Malam tu kitorang repeat makan tempat sama, then gerak ke Brinchang nak cari keledek rebus.. Heheh.. Pengalaman ni.. Dulu-dulu disebabkan keledek ni lah satu hari aku tak boleh bangun.. Dah la masa tu bawa family en somi jalan-jalan kat sini.. Heheh.. Pas beli kledek jumpa member jap then kul 12 baru balik hotel dan tido... Esok nak gerak balik dah...

Otw balik, dapatlah juga singgah Bee's Farm. Alhamdulillah tempat dia takdelah besar mana.. Farm nye pun tak nampak.. Hahaha.. Tapi oklah dapat jugalah menunai janji.. Sebab dia dah menyebut.. Hehehe.. Dia nampak bunga-bunga, ikan pun dah cukup excited.. So legaaaa... Takpelah kakak ummi dah cakap dengan abi, Cameron Highland akan jadi destinasi wajib kita anak beranak.. abi tukang drive je.. Abi penat Umi sediakan bilik hotel yang best untuk abi.. Hehehe..
Kakak and bees
On the way balik, dapatlah singgah beli  madu tualang ngan orang asli.. Gila murah dapat.. Kalau kat Shah Alam mau 80-90 ada.. Sini saiz botol kicap tu RM 50 dapat.. Tapi lepas en Somi tawar menawar la.. Kalau harap aku, memang bayar terus la.. Dapat gak beli nenas batu.. Murah sangat dia jual.. Orang kat sini jual macam mahal je.. Heheh siap dapat tips percuma lagi tau..

Kengkonon nak ajak bebudak mandi kat Lata Iskandar.. Tapi takde rezeki plak.. Elok kitorang sampai , hujan turun.. So terpaksa teruskan perjalanan balik Shah Alam..

Heheh begitulah berakhirnya cerita percutian kami.. Tak de dah nak part1 part 2 part3 bagai. Kejar masa weh..  Banyak backdated  memory nak coret ni.. Lepas ni kalau rajin korang bacalah story aku yang lama-lama tapi baru nak cerita.. Hahaha.. Tak nak baca pun xpe aihh.. Saja aku nak simpan memori kat sini.. Senang.. Ok till we eet again.. Bila tu?? Haha aku pun kurang pasti.. 

Sorry lah.. Gaya penulisan pun ke laut.. Lama dah tak menulis.. Skill dah tumpul..haha

Monday, January 16, 2017

KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

Lamanya nak up entry baru.. Kisahnya tahun ni 2 alam.. Kepenatan berganda2.. Memalam tidokan mira ngan ummi sekali tertido..  Selalu minggu pertama rekod mengajar dah complete tapi tahun ni nak masuk minggu ketiga baru terhegeh2.. Tapi minggu ni wajib siap la sebab nak kna semak oleh boss.. 

Ok meh cerita sikit tentang KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON  ni. Rasa ramai yang dah tau Klana Beach Resort ni di bawah seliaan MAINS iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Aku booking Klana ni dengan Agoda.com. Satu malam RM180 tapi bayaran kena dijelaskan masa datang menginap.  Pada aku bayaran tu sangat la berbaloi berbanding hotel lain pada harga yang sama..

Klana beach resort ni terletak dalam Kompleks Baitul Hilal..

Ruang lobi diletakkan model teleskop.. 
Klana Beach Resort ni terletak dalam kawasan balai cerap dan memasing adalah milik MAINS jadi bila masuk sini memang korang akan terpandangkan aksesori dia yang berkaitan dengan cakerawala..  Segala info tentang planet pun ada.. Sampaikan laluan nak masuk ke bilik pun dihiasi dengan gambar2 planet yang diambil oleh photographer .. Secara x langsung , sambil2 kau lalu tu tengok plak gambar2 yang digantung memang mengingatkan kita tentang kebesaran Ilahi..   Mendidik sambil memberi khidmat kepada pelanggan.

Jom kita tengok bilik..

Alahai.. cantik posing anak dara sorang ni.. Ummi melting sayang....

Katil kami..Single bed..
Cer korang tengok gambar dinding tu..Tu pun salah satu gambar planet..Tapi x tau planet apa.. Hihi.. Bila malam ada lampu yang refleks ke arah gambar tu..So warna dia naik seakan2 gambar tu hidup...
Katil single tu plak kalau sebelum ni mmg satu tu x akan disentuh..Muat je berdua ngan en somi..tp skrg dah ada si sepet ni, mmg peluk en somi dari jauhla.Hihihi.. 

Ini paling special.. Siap sediakan sejadah, kain pelikat ngan telekung lagi.. Nak ingatkan pengunjung supaya jangan tinggalkan solat.. Aku rasa budaya ni kena disebarluas ke hotel-hotel kat Malaysia ni..
Yang disediakan..Ok la kan.




Toilet dia sangat bersih.. Rasa macam duduk rumah je.. Nampak baru pun ye jugak..

Perkara wajib dihidang untuk pelanggan..

Bilik kami
Secara keseluruhannya aku puas hati dengan bilik ni.. Ada disediakan peti sejuk, rak kasut pun ada, almari pun ada.. So xdela bilik tu berkecah sangat.. Lagi bagus disediakan juga Alquran .. Alhamdulillah.. Moga bertambah baju resort kelolaan MAINS ni..

Kolam pun dia bahagikan laki perempuan.. Sangat Islamik ok.. 
Overall aku rasa KLANA BEACH RESORT ni sangat berbaloi2 untuk bercuti.. Dengan air laut dia yang jernih memang teruja nak datang lagi.. Tapi next time kalau  boleh nak stay 2 malam.. Baru puas hati..

Saturday, January 7, 2017

Tengok bulan di Port Dickson

Assalamualaikum...Haluuuu.. Jom kita sambung cite... Masih cerita pasal PD.. Lepas makan2 hari tu kitorang bergegas ke Balai Cerap Teluk Kemang.. Balai cerap di dalam kawasan Klana Beach Resort gak..Iyelah kedua2nya dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kan.. Untuk sesape yang menginap di Klana Beach Resort ni xde bayaran dikenakan.. Tapi untuk orang luar aku x pasti la plak.. So pukul 10 malam kami bergegas ke tingkat 6 di balai cerap.. Berpeluh kau..dengan dukung mira lagi.. Mira pun macam biasalah.. Excited dia.. Aku rasa dia pengunjung paling kecik kot hari tu..Hehehe..

Lobby balai cerap..
 Nak dijadikan cerita masa kitorang sampai balai cerapnya full house.. Sebab ada rombongan dari UM buat lawatan kat situ.. So terpaksalah kitorang tunggu.. Nak dekat sejam jugaklah.. Jenuh nak melayan Mira.. Lagi2 dia tak nak berdukung.. Bila kata dah boleh masuk lega sangat2.. Tapi itulah, x bolehla nak buat lawatan atau tawaf kat dalam balai cerap tu.. Sebab masing2 beratur nk tengok bulan.. Plus dah ngantuk sebab lama sangat tunggu..

Teropong yang digunakan untuk menerobos ke ruang angkasa. Cari bulan wehh.
 
Yeayy gilran aku ngan mira dah nak sampai.. X sabar weh..
 Datang balai cerap nak tengok bulan.. Bulan takde.. Waaaaaa.. Agak frust la..Bulan tak nak memunculkan diri malam tu.. Diorang kata bulan keluar kul 1-2 pagi nanti..Larat kau nak nunggu..Masa tu pun aku dah ngantuk lagi mau tunggu.. So malam tu kitorang cuma nampak planet Musytari. Planet paling besar dalam sistem suria.. Kalau x salah dengar la.. Walaupn dia besar tapi disebabkan kedudukan dia paling jauh dari bumi, so hasil yang dapat dilihat sangatla halusssssssss... Tapi takpelah, dapat juga tengok planet tanda Kebesaran Allah..  Kat sini ada juga jual gambar berkaitan planet tapi aku tak beli la..

 

So lepas dapat tengok dengan mata kepala sendiri, perasaan tu ok je..xdelah kecewa sgt tp kalau dapat tengok planet yg kita nampak cam dekat je ngan kita rasanya lagi best kot..  Habis di balai cerap terus kitorang masuk bilik dan tido..

So cerita nak tengok bulan tapi bulan takde pun dah habis.. So akupun nak tdo.. Ngantuks...Byee

Tuesday, January 3, 2017

Short getaway di Port Dickson

Assalamualaikum..selamat tahun baru.. selamat menganjak usia..
Hari ni nak update cerita tahun lepas sementara sempat..  Cuti-cuti Malaysia sekitar 17-18 Disember 2016.. Nak booking Grand Lexis x mampu so sudahnya kami try Klana Beach Resort..
Tapi walaupun Klana Beach Resort x semahal Grand Lexis tp aku boleh katakan percutiam kat sini level mahal juga.. Sebab semuanya berbaloi-baloi.. Alah menginap menang pengalaman..Cewahhh... Tukar peribahasa plak ye..  Nanti aku bagitau sebab apa ye...

Pintu masuk ke lobby
Nak jadikan cerita aku booking resort ni dengan agoda.. So masa nak check in kenalah tunjukkan IC.. Dengan confident suh en somi amikkan ic dalam wallet.. Sekali hambik kau, dengan wallet sekali aku tak bawa... Bawa handbag je.. Itulah padahnya kalau sebelum g mana2 x suka check dalam beg apa yang tinggal..Huhu selalu sangat jadi.. Kalau g sekolah dah makan nak bayar sekali tgk x bawa beg duit.. Mengemis la jawabnya ngan kekawan.. Mujurlah tak pernah lagi terserempak ngan en polis.. Kalau tak..mendapatlaa.. Ok balik pada cite, mujurlah cik cantik kaunter cakap boleh guna ic somi.. Lega rasa, kalau kena paksa balik terpaksalah hadap muka ketat en somi..Hahaha..

Lepas check in, rehat-rehat dalam bilik dulu.. Kasi si mata sepet tdo dulu.. Petang-petang baru planning jalan-jalan tepi pantai..  

Tangga laluan dari resort ke pantai
Jauh juga menapak nak turun tangga dengan bawa si kenit.. Tapi berbaloi la ngan view yang dapat dilihat.. Boleh tgk sunset lagi..Yang best lagi, pantai belah sini macam private beach.. Tak ramai sangat orang.. Dan air dia sangat2 jernih.. So persepsi aku pada pantai Port Dickson terus berubah.. Dan aim nak datang sini lagi lain kali..mandi pantai lelama sampai sunburn.. Wakaka...
See jernih kan..
Aku teruja beb.. sebab pernah pergi sekali dua air laut kat PD ni keruh.. Lagi2 bila pergi Tanjung Biru haritu..Makk oiii kemain keruh lagi.. Tapi kat sini.. Allahuakbar.. Jernih sangat.. Bila jernih2 ni aku mulalah suka layan perasaan.. Indahnya ciptaan Allah.. Plus pantai yang tak dicemari ngan sampah sarap..Itu yang paling penting..Harapnya, pengunjung yang datang selepas ni mengekalkan kebersihan pantai ni . Best weh..best sangat..Sebab dah jumpa lokasi persantaian keluarga yang dekat ngan KL.. Kalau sebelum ni bila sebut PD aku agak skeptikal sikit.. tapi bila kat sini, Yesss boleh datang lagi..

En Suami berlatar belakangkan balai cerap MAINS

Masing2 duk amik gambar..

Jatuh cinta pada gambar ni..

Jumpa ex students.. 
Alhamdulillah ada yang masih kenal.. Abdul Hadi.. Aku perasan gak ada orang pandang..Tapi aku ingat pandangan biasa je..cewah.Sbb aku pun bukan jenis perati orang sangat.. Sampailah Mira tersesat sampi pegi ke emak dia.. Tetiba dengar orang tegur.. Cikgu cikgu... Sekali tgk tak cam..dua kali tengok... owhh baru pasan.. Tapi nama masa tu x ingat.. Sebab tetiba otak aku kena bekerja...Abdul Hadi ni antara pengawas berdedikasi sesi petang dulu.. Sepanjang jadi guru pengawas kat Seksyen 9 tu batch dia adalah yang terbaik.. Sangat matang, komited dalam tugas, akademik juga.. Yang penting cikgu cikgu pun x pening kepala ngan diorang.. Sayang aku ngan batch diorang ni.. Terharu aku.. Itulah nikmat seorang cikgu bila ada yang mengenali dan masih menghormati.. 

Habis bersiar2 dan menikmati sunset kitorang pun naik bilik.. Lepak2 sambil tunggu azan maghrib.. Pasni nak JJCM area PD plak.. tak tau nak makan mana...

Pas Maghrib jalan2 terjumpa kedai makan koboi yang viral tu..Terus masuk dalam.. Dalam kepala dah rancang menu western nak makan apa.. Sekali bila masuk, lerrr dia jual nasi ngan ayam bakar je.. Wakaka.. Don't judge the book by its cover ye..  Hehe kitorang ingatkan kat situ jual menu western sebab interior design kedai tu, tp sebaliknya.. Apapun xpelah, rezeki kitorang la tu.. Kenyang dah pun..

Pas makan jalan2 jumpa plak fun fair.. Tak pernah2 teringin nak masuk, kali ni masuk..Sebab banyak lampu kan.. Mira suka ngan lampu.. Masuk dalam kemain meriah..Bising pun ye jugak..Mira sangat exciterd sampaikan tak cakap sepatah haram.. Menganga je smpi ke sudah tgk sekeliling..  Ummi berani bawa mira naik Giant Wheel je.. Itupun umi takut.. Tapi demi Mira ummi gagahkan juga..Hehehe..

Lepas g fun fair, lepak2 kat Dataran Teluk Kemang jap.. pastu terus balik ke hotel.. Kul 10 nanti nak tengok bulan.. Bulan??? Bulan kat mana?? Hehe nanti next entry ye..
Selesai tengok bulan, balik bilik terus tdo..Hmm of coz la x tdo dulukan.. Melayan mira explore bilik dulu..main2 ngan dia bagi susu barulah dia tdo... Ummi relax2 tgk tv dulu baru tdo..

Esoknya, pepagi lepas subuh terus siap sedia untuk bekfes.. Bekfes kul 7.30.. Haduii lama tul nak tunggu.. Sebab lepas bekfes nak bawa mira terjun kolam.. Makanan kat sini, alhamdulillah sedap.. Nak bagitau variety dia, tak boleh nak cite la..Sbb en somi yang tukang amik makanan.. I is duduk kat meja jadi queen je..sebab nak jaga princess yg sedang mengaktif.. Lepas makan, terus terjah ke kolam... Yeayyy Mira mandi kolam.. Siaplah kau gigil sayang...

Kolam renang belakang bilik cerap
Kolam renang kat Klana Beach Resort ni spesial tau.. Kolam laki pempuan asing.. Tapi kalau ko laki bawa anak mandi of coz la nampak gak ladies mandi.. Sebab kolam kanak-kanak sebelah je ngan kolam wanita.. Kolam lelaki plak di sebalik tembok tu..

Baru nak warm up.. tu yang kejung je kaki.. Sejuk wehh pepagi masuk kolam..
 Pas warm up mira kemain excited.. Tak bagi pegang pelampung dia..Pusing sana pusing sini.. Sampailah kolam makin penuh, bebudak kemain  melompat dan berenang.. maka terwujudlah tsunami untuk mira.. Asal nak berpusing je lemas ngan gelombang air.. Sudahnya dia nangis takut nak masuk dah.. Plus dah menggigil2 kesejukan.. Sian awak nak.. mujurlah ummi rendamkan awak awal sikit.. Puas sikit awak berendam..

Budak ni dah menggigil2 kesejukan.. So ummi terpaksa bedung dia cepat2.. 
 Agak2 mira dah selesa dan badan kering barulah nak gerak ke pantai.. Cadangnya nak mandi pantai sekali tengok air lum surut lagi.. Ialah selalu kan surut kul 10 ke atas.. Penyudahnya kitorang naik bilik.. Mandikan mira, bagi susu terus dia sambung tdo semula.. Alahai sian anak ummi.. X puas tido ye... 

En somi ngan mira sambung tdo.. Aku plak kemas2 packing baju.. Nanti kul 12 nak check out dah.. Aku xpe, dalam kete boleh membuta..So kita bagi peluang drebar tdo ye.. 

On the way nak balik singgah minum Cendol Bakar plak.. Yang ini cawangan kat PD..  Makan cendol ngan kopok lekor.. Ada lagi stall kat dalam ni jual macam2.. Menu x ingat la plak..Ayam penyet, coconut shake ngan apatah lagi..Lupa sudahh..


Sementara tunggu en somi beli cendol, kita gambar dulu..
Selesai makan terus gerak balik Shah Alam.. Dalam kul 2 lebih dah sampai umah.. Lepak2 kat umah plak.. Alhamdulillah  selesai bercuti kali ke 3 di bulan Disember.. Hehehe