Post Terkini

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, November 9, 2017

Stress stress go away

Update laju-laju...
Sekarang ni musim gawat..
Cikgu-cikgu tengah pulun kerja..
Saat-saat ni kerjasama sangat perlu.
Kena tolong-menolong, jangan pentingkan diri je..

Masa ni juga pengorbanan wang dan tenaga sangat perlu..
Kena print report yang melambak2.
Nak cepat printla kat rumah..
Abaikan tentang RM. 
Yang penting kerja siap.


So cikgu cikgu tak mau stress stress.
Relax-relax sudah..
Alhamdulillah ..
Marking paper settle..
Key in SAPS settle..
Print PBS F1 settle..

PAJSK on the way
PBS F2 belum berjaya menembusi komputer nan sebuah
Grafik editing bakal menyusul
Filing HEM bakal menyusul
Pelan strategik bakal menyusul
Apa lagi ye???

Cuti sekolah??? Yeayyyyy. Hip hip hooray...

Owhh lupa nak promote.. StressAway.. Sesuai sangat untuk yang selalu stress baru nak belajar mencintai Essential Oil..

Retail price : RM186
Special price??  Please contact me 0192846907

Alhamdulillah ... me is happy2 je.. Sebab dah selalu sangat bau-bau EO yang best ni.. Cuma yang tak best bila ada sikap yang pentingkan diri sendiri.

Nahh lagu untuk para cikgu semua.


Stress stress go away
come again another
Teachers want to work
stress stress go away

Sunday, May 14, 2017

Kursus kepimpinan pengawas di Glory Beach Resort

31 March yang lepas.. Perghh cerita dua bulan lepas baru nak up..Hehehe.. Alhamdulillah selesai sudah kursus kepimpinan pengawas 2017 selama 3 hari 2 malam di Glory Beach Resort.. Konsep kali ni berbeza sedikit.. Kursus lebih kepada kepimpinan profesionalisme. Nak latih budak supaya lebih confident dan berani dalam komunikasi dan manage sesebuah organisasi..

So tempatnya pun haruslah santai-santai kan.. takdelah dalam hutan bagai.. Tahun ni pun cikgu cikgi disiplin dilibatkan sama.. So haruslah meriah.. Sebab sebelum ni kami-kami guru pengawas je yang g jaga bebudak.. Hahaha amik kesempatan beb.. Bila aku tgk slot bersama bebudak waktu senam pagi je, so apa lagi terus decide nak bawa si comel kesayangan.  So sambil menyelam minum air.. Puas la Mira mandi pantai n kolam... Masuk bas masa nak balik terus lena tak sedar apa..Hahaha...
Sebelum bergerak, kena pastikan dulu semua pengawas dah sampai.. Kang kalau ada yang tinggal sia-sia je.. Dah la bayar mahal..

Bacaan doa sebelum berangkat
Glory Beach Resort
Aktiviti senaman pagi.. Sepatutnya slot aku masa ni. Tapi salah masa daaa.. Diorang start kul 7, aku beriya ingat kul 8.. So memang aku  x jaga langsung la hari tu.. Semata bercuti..Huhu tapi ada la juga menjengah masa slot orang lain.
Antara barisan guru yang hadir 
Serius cakap, kitorang jumpa masa makan je.. Heheheh..

Malam terakhir, bebudak buat event untuk cikgu2.. Hebat diorang dalam masa x sampai 5 jam semua dah tersedia.. Dari pengacara majlis, persembahan, ucapan sampailah hidang-menghidang.. Niners memang terbaik.. Aku plak, mujurla tukar tshirt ke blouse. itupun pakai jeans.. Kalau tak malu je. Yang lain semua pakai baju yang sepatutnya ke majlis formal.. Haha muzaiyanah mmg blur plus vengong sikit..


Akhirnya bergambar kenangan di pantai PD.. Sian diorg, nak balik baru dapat jejak pasir.. Kikiki... Cikgu gelak jahat.. Wakaka..

Okey itu sahaja ceritanya.. Nak cerita panjang2, x banyak gambar.. Gambar Mira kat PD pun ntah mana letak..Hihi.. OK bye..


Wednesday, April 26, 2017

Alhamdulillah..rezeki

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Sampai juga saatnya.. Kenaikan pangkat dari DG 41 ke DG 44. Bermakna perjalanan kerjaya aku dah mencapai 1/3 perkhidmatan.. Menandakan pertambahan usia juga tu.. AllahuAkbar.. Sikitnya amalan.. Suam-suam kuku je.. Dan pada tahap ni tugasan pun makin bertambah.. Semoga aku lebih bersemangat untuk membina kerjaya dengan lebih cemerlang. InsyaAllah.. Doakan ye kengkawan. 

Oh ye untuk kawan-kawan yang nak semak urusan kenaikan pangkat boleh klik pada link  https://naikpangkat.moe.gov.my/ . Semoga berjaya..

Tuesday, November 15, 2016

Majis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan & Jamuan Akhir Tahun 2016

Alhamdulillah.. 12 November selesai sudah Majlis AKP & Jaman AKhir Tahun SMKS9 di Acapella Hotel, Shah Alam.. Tema ialah songket.. Perghhh  mujurlah sekarang ada songket cotton bolehlah membeli.. Huhu. .
Macam biasa majlis ni ada dua sesi.. Sesi pertama AKP agak formal sikit sebab ada jemputan dari PPD.. Sesi kedua barulah santai-santai...

So untuk menghangatkan suasana ada pertandingan gambar wefie terbaik.. So gigihlah kami ber'wefie' sakan.. Tapi malangnya xde rezeki la..  Meh layan gambar wefie cikgu cikgi kami..




Tengok kemain gigih lagi kau bergambar. Perasan muda masing-masing..Hahaha oklah tu sekali setahun layan gila masing-masing kan.

Alhamdulillah untuk AKP kali ni aku dapat 3 anugerah individu.. Memang tak menjangka langsung sebab tahun lepas mengharap tapi tak dapat...Kikiki... Sekali tahun ni Alhamdulillah berganda-ganda Allah kurniakan padahal rasanya tahun ni aku cool & steady je. Apapun terima kasih kepada panel penilai sebab nampak kerja aku.. 



Habis sesi AKP barulah bermula sesi kedua plak.. Sesi yang paling ditunggu-tunggu sebab ada cabutan bertuah.. Alhamdulillah tahun ni semua cikgu dapat hadiah.. So sesi cabutan ada 2..Sesi pertama target semua guru dapat. Sesi kedua plak terdiri daripada mereka yang benar-benar bertuah..

Sesi pertama ada 4 kali cabutan. Macam biasalah cabutan pertama hadiah kecil-kecil diikuti cabutan seterusnya.  3 kali cabutan nombor aku tak dipanggil-panggil.. Cabutan ke 4 pun rasa cam dah takde harapan.. Sekali bila dia sebut no 152...yesssssss akhirnya dapat jugak.. Yeaayyyy aku dapat cadar.. Syok gila sbb dah bosan dengan cadar sekarang.. Balik-balik rumah terus pasang.. Semangat cadar baru katanya...


Pasang terus.. tapi tak match plak dengan langsir..Kalau dpt warna purple lagi syiokkk... Apapun Alhamdulillah...
So bila habis cabutan bertuah.masa yang ditunggu-tunggu ialah balik.. Aku tak tunggu lama terus cabut bila acara tamat.. Penat wehh... Pas majlis teman en somi makan kat Aeon plak.pastu terus balik rumah.. Kul 4pm baru sampai..Apalagi tdo la...Sakit kepala... Maka tamatlah cerita tentang majlis AKP dan jamuan akhir tahun.. Byeee...

**baju aku tu tempah ngan member aku... Siti hudzma.. Memang kemas jahitan dia.. Terbaikk.. Memang berpadanan dengan harga..Berbaloi-baloi.. bak kata pepatah " Alah membeli menang memakai" **

Sunday, October 2, 2016

Warga kerja SMKS9 sesi petang

SMK Seksyen 9
Kami guru-guru ceria
Assalamualaikum.. Weehuuu..  Sesi penggambaran 2-3 bulan lepas untuk Album Sinar.. Tahun ni dah xde Majalah Sinar dah.. Dah tukar konsep pada Album Sinar.. So secara automatik akupun dah terkeluar dari jawatankuasa.. Hehehe..

So nak tunjuk inilah kami2 di  sesi petang.. First time gambar gini kat Seksyen 9.. Selalu gambar sengsorang je.. Ni gambar free style kami. Mcm mana dalam gambar gitu jugak la kalau waktu keje.. Sorang stress ada sorang tolong cool down kan.. tp ada la sesat 1-2 yg x boleh nak control.. tp kami ok je.. Sbb dah lali katanya.. Yang best2 lebih dari 1-2 kot..

Bila bekerja dikelilingi kawan2 yang sentiasa menyokong ni rasa takut je nak bertukar tempat keje..Tp untuk prestasi kerja yang baik..pendapat aku kena juga tukar angin..keluar dari comfort zone.. cuba angin yang baru..

Kalau nak senaraikan kebaikan diorang ni byk sgt2 lah.. Tp yang penting kerjasama.. Masing2 saling melengkapkan antara satu sama lain.. Itu yang terbaik.. Sayang kakak2, adik2 ketat2...

#Tuan Haji nak pindah dah.. Mood sedih sbb tuan haji ibarat abah ku..

Saturday, August 27, 2016

Majlis makan malam penghayatan kemerdekaan

Alhamdulillah selesai sudah majlis makan malam penghayatan kemerdekaan.. Settle satu perkara.. Seawal jam 6.30ptg dah bersedia di meja pendaftaran andai kata ada yang nak mendaftar awal walaupun masa pendaftaran bermula 7.45 malam. Almaklumlah kami yang menurut perintah.. Majlis makan malam ni bertujuan untuk mengutip dana bagi mempersiapkan kelas-kelas SPA 21 untuk fasa 2. Alhamdulillah penjualan tiket sangat menggalakkan..Full house orang kata.


Barisan AJK pendaftaran
Tak ramai lagi yang datang.. bolehla bergambar
Lebih kurang 2 jam di meja pendaftaran akhirnya dapat juga masuk ke dewan.. Berpeluh duduk kat meja ni disebabkan aircond dalam dewan tak sampai ke luar.. Patutnya sediakan la kipas kat luar ni kan.

Amik gambar lepas makan.. 
Dan lagi..
Ni kat luar dewan plak..
Aku dapat join sampai kul 10pm je.. Sempatla dgr Hafiz Hamidun mengalunkan zikir.. Hafiz ni kat luar biasa2 je tp kalau tgk kat gambar n tv ensem plak..Hehehe..  Slot ustaz haslin aku x dapat join.. Tak berani la hai nak balik lewat2 sangat.. Dah la drive sorang2.. umah jauh plak tu.. Smpai umah pun tadi jam 10.45pm.. Kalau balik kul 11.00 lagi sereemmmmm.. Smpi tadi pun en suami n mira dah tdo.. Sedihh... sob sob.. sebab xde sapa nak jemput depan pintu.. Mira pun demam plak hari ni.. En suami plak baru kebah demam.. Sian diorg..

Apapun thanks kepada kengkawan, penyumbang2 dan pembeli kerusi & meja atas sumbangan korang menjayakan makan malam amal ni.. Moga Allah memberkati. Aminnn

Thursday, June 9, 2016

Family day : Teluk Batik

30 April lepas family day anjuran KKGK SMKS9 telah berjaya dilaksanakan.. Tahniah pada Naib pengerusi dan ahli-ahlinya sebab berjaya menganjurkan aktiviti yang julung-julung kalinya..

Aktiviti selama 2hari 1 malam ni x sempat aku nak join semuanya..Mula2 on the way ke Teluk Batik ni pun dah ada task dia.. Tapi x dapat nak join sebabnya bertolak lambat dari rumah.. SIL datang umah.. So gerak keluar sekali dengan diorang. Itupun keluar dah dekat kul12.00 pm.. Kalau ikut tentatif kena gerak keluar pukul 7.30 pg.. So memang x dapatlah nak join task diorg tu..

Next aktivti, aktivti pantai plak.. Pun x dapat join.. Sebab on the way nak ke sana sesat plak.. Itupun amik masa sejam gak patah balik.. Aduiilaa jenuh rasa.. Rasa cam nak balik Shah Alam semula plak.. Sampai kat Virgo Batik pun dalam kul 6.30 petang.. Memang bye bye la kat pantai tu. Tak dapat nak bawa Mira main pantai.. Sob sob sob..

So terus tunggu malam la. Aktiviti makan-makan.. Ada cabutan bertuah untuk kanak-kanak.. Tapi nampaknya Mira memang tak bertuah malam tu..Hihi.. Habis majlis terus masuk bilik dan zzzzz....

Hari kedua akviti sukaneka. Lepas bekfes terus ke padang yang disediakan. Haa yang ni barulah dapat join.. Tapi x sepenuhnya dapat join..  Jom tengok gambar.. 

Yang ni antara game bebudak.. Kemain syok diorang ehhh... 
Di manakah niceuncle ???


Ni plak satu-satunya game yg aku join.. 
Game couple x leh nak join plak sbb en somi xde.. pastu bila dia ada aku plak nebes nak main..hehehe..

Pas game cabut lari ke pool.. Bagi si mira main air.. Dia kalau bab2 air dia kemain suka.. Mula2 je memalu . Kang bila dah naik sheikh menangis la x mau kuar.. huhu..

Puas mandi pool kitorg balik semula ke padang untuk acara penutup.. Pastu naik bilik.. Kul 12 lebih kurang check out.. Ke kedai hasil laut Jamilah plak la lepas ni........... 



Monday, September 7, 2015

PIALA SUMBANGSIH (PIALA MOKHTAR DAHARI)

Berkisar hari sabtu yang lepas 2 September 2015 telah berlangsungnya Piala Sumbangsih sebagai pembukaan kepada PIALA DATO' MOKHTAR DAHARI. Tahun ni kali pertama PIALA DATO' MOKHTAR DAHARI diperluaskan ke seluruh daerah negeri Selangor.  Johan bagi setiap daerah (MSSD) akan bertanding merebut gelaran JUARA untuk piala kali ni. Dan SMK SEKSYEN 9 diberi tanggungjawab sepenuhnya sebagai tuan rumah untuk piala ini. 

Fuhhhh.... ayat skema tak beragak.. Ok untuk piala sumbangsih ni aku 'terpilih' untuk menjadi jawatankuasa bagi sumbangan dan hadiah. Kenapa 'terpilih'?? Sebabnya kalau tak, memang tak berpeluang la aku tengok perlawanan ni. Untuk piala Sumbangsih ni Juara bertahan  akan bertanding dengan tuan rumah. Siapa tuan rumah??? SMK Seksyen 9 la tuan rumahnya dan kenapa tuan rumah yang bertanding plak?? Sebab untuk bagi penghormatan kepada sekolah aku sebagai tuan rumah.. Itu jelah sebab nya.. mengikut pemahaman akula. So untuk aku yang tak minat bola ni, tempias perlawanan terkena juga kat aku.. Iyelah lagi2 bila tengok sokongan dari orang luar dan niners sendiri.. So cikgu pun jadi semangat.. 

PIALA SUMBANGSIH 2015
Cikgu ceria bagi semangat.. Tengoklah tu penuh penonton.. 
Gambar lagi..
Tu dia.. cikgu duduk di kalangan murid.. Baru puas nak negok..
kengkawan bergambar dengan piala dan sample cheque lepas abis majlis.. untungla..aku masa ni dah balik
Alhamdulillah.. Kemenangan berpihak kepada .. SMK Seksyen 9 2 - 0 SMK La Selle.. Wahhh tahniah untuk pemain.. Korang memang hebat.. Tahniah juga pada yang melatih.. Zhafran.. Hebatlah.. Aku??? Lepas majlis memang terus rasa penat.. Masa berlangsungnya majlis xde pun rasa.. Fuhh tunggu encik somi ambil pun kemain lama.. Mau sejam nunggunya dengan call tak berangkat... Pastu dia ajak plak pergi Checkers sume.. Balik rumah pengsan... Hahaha xde pengsan.. tahan mata sbb main candy crush.. Game paling berhantu bagi aku.. x jemu-jemu cam game lain. Masak pun tidak..makan mee sedap.. sian en somi aku..  Oklah.. nanti kita cite yg lain pulak.. En somi suh update.. Semangat sungguh dia.. Aku kalau rajin, terupdate la entry baru yang dah basi ye.. Kalau tak.. takdela.. Tambah2 lagi internet pun dah tak best.. Sloww je manjang... Ok bye..

Monday, August 3, 2015

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..

Alhamdulillah.. Rabu last week telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di SUK Selangor. Cadangnya pergi sama-sama ke SUK tapi memandangkan aku lambar sampai..padahnye gigihla aku drive sorang-sorang..cuak sehhh..sebab aku bangunan SUK pun x pernah sampai..lokasi pun tak tau.. Thanks to en somi sebab suruh bawa Ipad.. bolehlah aku guna waze..


bergambar selepas majlis
jumpa ngan member CPD, fadzlin.. Tahniah lin
bersama pengetua.. Tn Haji pun dapat APC gak
Perasaan aku.. hmm x tau nak kata apa..suka pun ada..cuakk pun ada..lebih banyak biasa2 je.. Harap-harap aku dapat APC ni berdasarkan kelayakan aku.. Sbb ada gak dengar bunyi belakang-belakang x puas hati yang baru berkhidmat dapat.. Huhu aku pun sebenarnya x pernah berharap sbb x suka naik pentas..Haha nanti habis kaki tangan semua sejuk.. Tapi kalau gaji naik aku suka.. cuba bagitau aku sapa yang x suka gaji naik..

Apapun ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir dan mana2 pihak yang mencalonkan nama aku.. Alhamdulillah tahun ni rezeki aku.. dan lagi best kawan se'posting' masa kat SAS dulu pun dapat gak tahun ni.. Tahniah nieda..  Nieda memang layak..hehe.. Huhu kan best kalau dapat naik pentas sesama.. Tapi nida kt kuala langat, aku plak petaling..

** mood nak pindah masih ada sebab saya x suka drive jauh2 (jauh-jauh pun 15-30 minit je pun).. hehe kalau dapat depan rumah lagi syiokkk.. apsal la rumah baru ni area ppd klang..huaaaaaaaa**

Tuesday, June 23, 2015

APC : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah.. Rezeki Ramadhan barangkali.. Rezeki pindah rumah pun ye jugak.. Setelah hampir 7 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan akhirnya aku dianugerahkan APC iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
apc

Satu anugerah yang tak pernah aku impikan... tapi berangan ye..hehe.. Iyalah, aku ni bukan jenis yang ke depan, bawa student pergi luar pun tak pernah.. Tugas aku banyak belakang tabir je.. Tapi Alhamdulillah setakat ni memang aku laksanakan dengan baik.. walaupun stress..hehe.. 

Apapun syukur.. khidmat bakti aku dihargai juga.. Cuma bila dah dapat penghargaan macam ni prestasi kenalah kekalkan.. Huhu baru ingat nak slow sikit tahun ni.. Apapun terima kasih kawan-kawan yang membantu, yang sentiasa menyokong.. Di saat aku stress, kalianlah yang banyak menghibur.. Alhamdulillah, janji Allah itu pasti. Rezeki Allah itu luas dan pelbagai. Inilah salah satu rezeki yang ku terima. Redha dan bersyukur.. Dah dah..melalut plak aku ni.

So majlis penyerahan sijil akan berlangsung lepas raya di SUK.. Lega rasanya..Kalau bulan puasa ni memang aku tak larat rasanya..huhu

Tuesday, October 28, 2014

My artwork

Alhamdulillah.. Hasil kerja tangan keras aku.Terima kasih juga tuan pengetua atas kepercayaan untuk melaksanakan tugas untuk buku program sempena Majlis Makan Malam Amal D'Niners Nite II. Dengan bantuan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator dan bantuan Sifu En Roslan akhirnya buku program ni dipersembahkan di atas meja makan. 

Walaupun masa mula-mula dapat task ni, hati rasa macam nak menangis bagai.. Why me,why me?? Huhu.. Seriously aku cuma tau basic je pasal Photoshop. Illustrator plak langsung tak tahu. Size apa nak guna untuk template ni pun memang tak tahu menahu langsung. Sudahnye aku guna pakcik Google. Mujur ada yang bagi tunjuk ajar..

Lepas tu bermula la design mendesign.. Huhu main hentam je aku buat ikut mata aku.. Tapi problem tang text plak.. Macam susah je nak mengedit.. Lagi-lagi yang banyak tulisan cam gambar kat bawah ni. Sudahnye aku jumpa en Roslan. Minta dia tunjuk ajar sket cam mana nak buat text. So dia bagi solution guna Illustrator. Belajar la sekejap dalam 3-5 minit. Ok ucap terima kasih simpan memory dalam otak. Balik rumah baru nak try..

Dan hasilnya seperti di bawah..

adobe photoshop
Info program
adobe photoshop
Aturcara majlis
adobe photoshop
AJK Penganjur
Kalau yang dah master tengok, mesti banyak kelemahan dekat artwork aku. Tapi takpe, itu aku terima,, Sebab ini hasil kerja aku yang pertama.. Dulu-dulu study, amik programming je.. Design mendesign ni memang tak pernah amik. Atleast sekarang ilmu2 teknologi aku berkembang gak.. Ilmu programming pun nampak gaya belum terpadam dalam memory. Buktinya, bolehla aku membantu encik hubby create coding-coding simple untuk kerja dia. Alhamdulillah. Walau kerjaya sekarang lari banyak dari course yang diambil, tapi masih ada yang berguna.. Hope lepas ni ilmu Photoshop ngan Illustrator aku terus berkembang

Wednesday, May 28, 2014

Projek geografi : Model bentuk muka bumi

Macam seluruh malaysia tau, PMR dah dimansuhkan. Cuma ada PT3 sahaja. PT3 ni plak bukan semua subjek masuk exam.. Cuma BM, BI, Sains, Math, KH n Agama je exam bertulis. Yang lain sume dah jadi kerja kursus, kerja lapangan, kajian kes dan seumpama dengan nye. So untuk peperiksaan pertengahan tahun, budak2 form 1 sekolah aku buat projek reka cipta bentuk muka bumi. Nampak macam mudah tapi memerlukan komitmen yang tinggi. Syaratnye plak mesti buat dalam kelas sebanyak 6 masa atau lebih kurang 3 minggu.. Tapi aku sempat buat 2 minggu je dalam kelas. ada gak yang seminggu je.. ok meh sini aku paparkan projek2 yang aku boleh bagi A++.. 

Jeng-jeng...  
projek, model
Bentuk muka bumi pinggir laut. kat tengah2 tu pulau..kreatif diaorg ni.. Kos pun aku rasa xdela mahal mana.

peta semenanjung
Simple but nice. Banjaran-banjaran di Semenanjung Malaysia
kontur
Kontur dan sistem saliran. Kreatif..
saliran
Peringkat hulu sungai/tengah sungai..
laut, hutan, sungai
Yang ini macam taman pun ada.. Cantik. 
Macam mana kriteria pemarkahan?? Hmm yang ni susah sikit nak cakap.. Sebab kitorg xde pun rubrik penskoran.. Tapi dari mata kasar bolehla menilai disamping meminta bantuan rakan-rakan guru menilai. Pokok pangkalnye hantar.. Confirm lulus.. Kalau yang tak hantar tu, aku bagi markah gak la, sebab aku tengok progress hasil kerja diorg dalam kelas. Tapi nak jamin lulus, itu aku tak berani cakap. Sebabnya ada yang dalam kelas bila aku tengok tak sampai pun 10 percent hasil kerja diorg.  Dan kenapa aku x jamin boleh lulus, sebabnya kalau aku luluskan diorang next time, diorang buat sambil lewa.. Sebab diorg tau..confirm LULUS.. itu memang aku TAK NAK.. so status mereka akan TH.. boleh jadi tidak hadir/tidak hantar..  Lantak pi la kalau ada rakan guru kata kesian pelajar.. Huhu aku lagi kesian kalau diorang ada sikap sambil lewa.. 

Owhh PBS ni memang agak $*^%$%^@#%^&.. Tapi kebaikan dia, melahirkan budak2 yang kreatif.. Macam tahum lepas, budak2 buat kat rumah aku kurang percaya. Sebabnye aku fikir mak ayah dia yang buat. Tapi bila tengok progress budak2 ni, SMKS9 boleh..diorg memang terbaik.. Syabas.. :)

Wednesday, April 2, 2014

Program Lat Ta Li Lat anjuran MBSA

Tempat : SMK Seksyen 9
Tarikh  : 15 Mac 2014
Program : Lat Ta Li Lat

Program anjuran MBSA..  Pengisian yang menarik.. Tapi sayangnya diadakan ketika musim jerebu menjadi salah satu faktor tak berapa ramai yang datang kot. Kenapa nama lat ta li lat?? sebab aktiviti2 adalah berdasarkan sukan rakyat. Ada juga acara talentime.. Sepatutnya sukan rakyat diadakan di padang and talentime di dewan tapi memandangkan cuaca pun membahayakan so semuanya diadakan di dewan.. Bukan serentak ye, haruslah sukan rakyat terlebih dulu.. Huhu natijahnye??? Kami kena balik lambat laaaa...Waaaa.. Tapi xpe, dah lepas dah pun..
Waktu pagi.. Jerebu masih bersisa pagi ni.. Tapi kurang dari semalam.. Alhamdulillah sebab Allah turunkan hujan malam tadi.. Budak2 tengah di warm up ngan gian bubble.. Punya la banyak bubble tp yang dapat dicapture camera aku cuma seketul je.. huhu jadila kan sebagai bukti giant bubble memang ada

giant bubble
See.. Matahari dah menunjukkan sinarnya.. Kedudukan giant bubble pun dah berubah.. Cari tempat yang lebih redup sket.


Budak2 tengah riang bermain.. Jeles gila aku.. Kalau ada anak leh tumpang main sekali.. Kalau nak main sorang2 nampak sangat budak2 nye.. Hahaha.. korang yang ada anak tak yah tipula.. Diakui oleh rakan aku sendiri ok.. kadang2 yang lebih excited nak main bukan anak, tapi mak atau ayah.. Tul tak?? baik ngaku cepat..hehehe


Ini dari sekolah lain. Jemputan dari MBSA.. Maybe nak buat persembahan kot. Tak pun join sukan rakyat.
mbsa
Gerai2 jualan. Lengang je kan..  Masa ni masing2 ngah sibuk prepare jualan.. Awal lagi ni, memang lengang sangatla..
Mana game nye, mana talentime nye.. Sorila geng.. Sebab aku pun x kemana.. Hanya duk menjaga gerai aiskrim. Nak cari dana untuk lab Ictl sekolah.. Ada yang nk menderma kah?? Aktiviti semua kat dewan. Malas nak menjenguk..Owhh artis pun ada datang tau.. kumpulan forteen.. Alaaa.. yang ahlinye Izzue Islam tu.. Kenal tak?? tak kenal sudah.. malas aku nak perkenalkan.. Teringin gak nak rasa excited macam budak2 ni.. tp tak datang plak rasa excited tu..Hahaha.. tp izzue nye xde pun.. busy berlakon kot..
Dalam kul satu apa lagi..  Cha alif ba wau ta ....  penat sungguh.. tp sempat la shopping baju dua pasang kat PAS.. balik rumah solat, tdoooooooooooo...