Post Terkini

Tuesday, December 1, 2020

PDPC Online

Berbaki 3 minggu lagi untuk sesi pengajaran online.. Walaupun dah tak lama, tapi semangat tu ada..hehehe hari ni dapat hadiah dari en suami.. Dia belikan ring light dengan green screen untuk video pdpc ku.. Hahaha bagus betul la.. Minta emas x dpt, tapi yang ini dia yang offer diri.. Setakat PKPB ni merasalah laptop diservis, web cam baru, speaker baru, skrg ring light dengan green screen plak.. Drawing tablet bakal menyusul.. Alhamdulillah. 

Tapi dengan pesanan dari en suami, buat video jangan sekerat2... Aduduiii... InsyaAllah..bergantung kepada kerjasama dari anak-anak...Hihihi..

InsyaAllah kalau ada kesempatan , nanti aku share ye gajet2 dan apps yang ada.. Dah jom tdo, good night..

Nahh share sikit video google meet ngan student bagi tadi.. Haha.. nak jugaaaaa interprem..


Suka betul ajar programming ni.. Baru rasa berbaloi belajar Sains Komputer.. Hihi..



Saturday, November 28, 2020

Pengenalan kepada kod HTML

 Alhamdulillah.. Settle satu lagi task.. Kisahnya, kelas Google Meet kita dah record. Tapi tak sedar bila recording stop.. Sudahnya, cikgu syok mengajar dengan budak-budak tapi cikgu tak record untuk budak-budak yang tak hadir kelas..

So, demi kecintaan terhadap anak murid cinta sangat hehe, maka wujudlah video pdpc berdurasi 30 minit untuk ditonton oleh anak murid tercinta.. Sila LIKE, SHARE n SUBCRIBE.. Haha blog sendiri bolehlah promote sebab tak de orang baca.. Wakaka.. Dah lama tak menulis kan.. 

Alhamdulillah moga-moga video pengenalan kepada kod HTML ni dapatlah membantu kefahaman anak-anak murid.. Cikgu tak pandai, tapi cikgu cuba... InsyaAllah kalau diberi kerajinan sediakan siap2 video pengajaran untuk sesi 2021. In case, cikgu x datang bolehlag bagi murid link untuk video pdpc. Betul tak???

Meh layan video baru kita. Asas Sains Komputer Tingkatan 1 : Kod arahan HTML . 



Thursday, November 26, 2020

PDPC Alaf Baru

 Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran.. Lama juga tak menulis.. Alhamdulillah masih lagi bernafas di dunia yang penuh pancaroba ni.. Chewahhh.. 

So tajuk pun PDPC Alaf Baru.. Alhamdulillah masih meneruskan tugas hakiki sebagai penjawat awam. Sebagai cikgu tepatnya.. Ramai juga yang pandang sebelah mata tentang teknik pengajaran cikgu-cikgu, tapi ramai juga yang tetap positif meraikan usaha cikgu-cikgu.. Takpe, aku pun tak terkesan.. Kita meraikan pendapat masing-masing kan.. 

Dalam cabaran covid-19 semuanya terkesan. Ada yang berkemampuan, ada juga yang terpaksa struggle .. Pastinya apa jua cara yang digunakan oleh guru-guru mempunyai penerimaan yang berbeza. Yang penting sebagai guru, kita cuba usahakan sebaik yang mungkin. Di pihak anak murid, moga-moga kesedaran dan tanggungjawab itu kekal dalam diri masing-masing.

Bercerita pasal PDPC online ni, Alhamdulillah banyak juga apps yang terbelajar tanpa sedar.. Haha ingat budak je ke bosan, cikgu pun boleh bosan tau.. Kaedah aku, ada yang lembaran kerja dalam buku, ada yang aktiviti online, google meet,voice message etc.. Secara tak sengaja, belajar jugalah pelbagai jenis apps.. Quizizz, Kahoot, Wordwall, Liveworksheet, EclipseCrossword, OnlineWordMatch.. Software pembelajaran untuk budak-budak yang takde laptop, Qpyhton 3L dan Scratch MRT.. Screen Recorder, BandiCam..

Ada juga apps atau tools yang dah install tapi uninstall semula sebab rasa macam x berapa nak pandai..Haha. Tapi semua tu xde juga kepuasan, sebab tak nampak budak depan mata..

Owhh baru-baru ni ada offer untuk jadi cikgu tuisyen secara online untuk subjek ASK, tapi tu lah aku takut feel tak sampai.. Nak mengajar ni bonding kena ada.. X mau semborono je mengajar. Kalau ikutkan ,bayaran boleh tahan...Tapi berdasarkan pengalaman lalu, aku lebih suka jadi cikgu sekolah je.. Cikgu tuisyen not my jiwa..😁 

Owh berbalik kepada PDPC online, secara tetiba berjaya plak aku hasilkan video pembelajaran.. Hehe macam tak sangka plak.. Esok nak kelas, malam ni baru buat video.. Dengan takde peralatan nya... Tapi bila ada respon student yang berterima kasih atas video yang dibuat rasa bersemangat plak nak buat video yang lain.. Selama ni bila dia hantar hasil kerja , kuingatkan buat dalam laptop.. Rupanya dia xde laptop.. Huhu terharu plak rasa.. 



Meh nak share sikit video ni.. Sebab nak angkat bakul naik sendiri.. Tak sangka mampu buat video untuk anak murid.. Perasaan masa buat video ni, rasa macam mengajar dalam kelas sendiri. Rasa macam budak2 ni sedang tengok kita..Rasa macam nak buat lagi video habiskan silibus.. Next year before kelas boleh suruh budak study dulu kat youtube sebelum kita start mengajar.. Haha angan2 je... Tapi akan diusahakan.. InsyaAllah.. Oklah banyak nak borak... Tapi nak tdo.. esok ada kelas..

Wednesday, July 15, 2020

Cameron Highland 2020 : Copthorne Hotel

Tarikh : 4-5 July 2020

Yeahaaa.. After PKP...Jenjalan la kita... Tak lama pun.. 2 hari 1 malam je.. Alhamdulillah walaupun menempuh jem yang panjang, dapat juga memanjat banjaran Titiwangsa.. Menyegarkan...Hehe.. Bab2 jammed jangan diingat, nanti korang x nak pergi lagi kat sini.. Tapi aku, walau hadap jammed tp berbaloi untuk suasana yang menyegarkan.. Plus bukan daku yang drive.. Hehe..

Gambar ehsan Agoda
So lokasi penginapan kali ni jauh sikit.. Nun di Brinchang sana.. Motiff??? Sebab nak pergi pasar Kea Farm.. Boleh jalan kaki je dari hotel.. Nampak tak kebijakan ku?? Hahaha..
Lagipun kali ni short getaway je.. Misinya pun cuma satu.. Nak pergi pasar Kea Farm + nak beli tea Bharat  + makan nasi lemak sambal strawberry..

Gerak jam 6.45 pagi dari rumah.. Berhenti makan dengak R&R Tapah dalam jam 8 menghampiri 9 x silap.. 

Breakfast di R&R
Tengoklah bekfes light2 je kengkonon nak makan nasi lemak jam 10.00 pagi.. Sekali ambik ko.. Hadappp...

Lepas makan terus zasss ke bergerak ke lokasi.. Ikutkan plan asal , smpi dekat sana dalam jam 9.30-10.00 pagi.. Sedang eloklah nak makan nasi lemak aka brekfast.. Tapi oleh kerana jammed ya ampun smpi Tanah Rata lebih kurang jam 2 ptg.. 

Tok laki dah stress.. So kita kena cool kan dia.. Ambik gambar la dulu..

Kengkonong datang berdua

Sbb jammed teruk sangat, and polis pun halakan kitorang ke kawasan apartment.. Berhenti la makan kejap.. Tujuannya untuk menurunkan level kemarahan dan stress encik suami.. So kita makan mee goreng je la ye.. Kata nak makan nasi lemak sambal strawberry kan...

Sambal Strawberry
Mission selesai.. Sedap ke idok??? Nanti I review ok..
So lepas makan , kitorang pun gerak terus ke Copthorne.. Gerak dalam kul 3 lebih .. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit  terus drag jadi hampir 4 jam.. Apoooo... Gila betullah.. 6.30 ptg baru check in ..

Akhirnya... Masuk bilik  terus selak langsir... Tingkat 13 weii.. sejukkkkkk.....
Pemandangan

Bath Tub.. Memang saja pilih yang ni..Senang Mira nak berendam.. 

Bolehlah Aidan berlari ke sana ke sini...


Kelibat budak tu mmg excited dapat masuk bilik.. Habis semua dia terjah..

Overall Hotel ni best.. Lagi-lagi sebab dapat tingkat 13.. Hahaha.. Buka2 tingkap menderu angin masuk.. Syiokkk.. ..Ok bye.. Nak zzzz..

Thursday, May 28, 2020

HIBAH AIA

Hibah??? Mesti korang biasa dengar kan perkataan HIBAH atau bahasa mudahnya hadiah.. Alhamdulillah , situasi COVID  berjaya buka mata dan minda untuk mencarum dengan HIBAH AIA.. Serendah RM209 sebulan untuk perlindungan sehingga RM500,000..

Mujur ada rakan sekolah lama yang jual insurans. So bolehlah ku tanya-tanya mana yang tak paham. InsyaAllah kalau umur Ummi bebudak ni tak panjang, ada la bekalan untuk diorang kot-kot2 bapak bebudak ni gatal nak kawin lain..

Mungkin bagi sesetengah orang agak mahal atau merugikan.. Tapi bagi aku,  kita akan rasa mahal kalau kita rasa x dapat manfaat darinya. Contoh paling mudah.. Insurans.. Awal2 keje dulu, bulan pertama dapat gaji terus beli Insurans.. Tapi ada kawan2 yang kata membazir, duit tu bukan dapat kat kita habis bayar macam tu je.. Tapi sisi pandangan kita kan berbeza.. elok -elok tempoh matang terus disahkan ada endometriosis, kena operate pulak tu.. Kos RM10k.. Alhamdulillah insurans tanggung.. Tau dek arwah nenek, terus dia cita kat org... Padahal kita dah cakap pakai duit insurans.. Duit  sendiri mana ada... Hihihi..

Tahun 2014 sekali lagi operate.. Pun insurans yang tanggung. 20K lagi..  So pada aku banyak manfaat yang dapat beli insurans. La ni anak2 pun dah ada insurans sendiri walaupun bapak eh kata, nanti2lah tapi ummi tetap berdegil nak juga insurans utk diorg..

So, pada yang masih teragak-agak tu dan berkemampuan segerakanlah keinginan anda.. Takpe kita abaikan kehendak2 yang lain, sebab kehendak yang sekarang ni akan memudahkan kita di masa hadapan. Sekarang pun dah byk kes kita jumpa kan, yang tamatkan insurans, bertangguh untuk beli insurans/hibah  akhirnya umur tak panjang. Yang kesian waris yang ditinggalkan.

Takpe orang lihat kita tidak berharta, yang penting kita tinggalkan harta untuk waris-waris yang ditinggalkan...

#bukanpenjualInsurans
#hanyapenggunaInsurans

Kuala Terengganu 2018

Kenapa 2018??? Dah 2020 baru nak update post??? Gila batak.... Habis nak buat macam mana.. Sepatutnya next week kitorang trip ke Kuala Terengganu menghantar pengantin. Asbab covid perancangan terpaksa ditangguhkan.. Dah booking hotel, dah set nak pergi mana semua.. Tapi nampak gayanya Allah sebaik-baik perancang.

So dengan ini, saja lah nak throwback gambar2 lama nak menunjukkan kita dah jejak kaki ke terengganu setelah menghabiskan zaman diploma kat Dungun dulu. Almost 15 tahun la tak jejak kaki ke bumi Terengganu.. Bila dapat jejak tu, Allah feel dia tu tuhan saja yang tau.. Kemain excited..

Elok habis pantang, terus ngajak tok laki jenjalan Terengganu. Aidan masa ni baru sebulan lebih kot.. Tanya abah nak ikut tak, rupa2nya abah pun nak ikut.. Kemain excited bapakku.. Hihihi..

So percutian kali ni x bole ikut schedule, kena santai2 je.. Sebab dah ada anak kan.. Dulu-dulu berdua, bolehlah check in campak beg, terus tuju tempat yang diingini.. Dah berbaby ni.. no no noooo.. Kena bagi anak-anak cukup rehat dulu.. Kang ngaruk plak..

So hari pertama tak kemana.. Malam tu kitorang singgah makan seafood.. Sedap dan yang paling penting murah.. Tak ingat la menu apa,tp yg pasti kalau dekat Shah Alam ni mau kena 150-200 hinggit.. Terkejut gila masa tu sebab murah yak amat... Tak sampai seratus rasanya... Alhamdulillah rezeki..




Masa kitorang sampai orang tak ramai lagi.. So servis pun laju la.. Makan-makan pastu terus check out..
Balik hotel kroh kroh kroh...

Esoknya follow arahan my abah.. Pergi rumah besan dia, ayah mertua Fidah .. Selesai kat situ, kita pusing pula ke rumah sahabat lama abah, sekali kerja FELDA dulu.. Layankan ajelah, dah bawa mak abah kan, kena la penuhi mood dia.. 


Cantik rumah besan eh

Main ngan si kecik jap

Nak pergi pasar payang, pusing2 dua kali x boleh nak masuk.. Last-last singgah makan kat sini.. Rasa-rasa macam mahal sebab siap ber aircond bagai.. Tapi tetaplah murahhhh... Pun x sampai ratus2.. Rezeki-rezeki..

Selesai makan, cuba nasib g Pasar Payang dan dapat.... Yesss.. Happy mak membeli

Selesai kat pasan payang,  singgah makan colek kat tepi pantai.. Best giler angin, senang je layang-layang terbang.. Kemain excited mira sampai x nak balik. Jenuh memujuk..




Sebelum balik. singgah kat Masjid Terapung.. Ambil gambar je pun sebagai bukti dah jejak Terengganu.. Haha.. Hotel kat sebelah je pun.. Bolehlah singgah..




Bila lagilah nak sampai agaknya ke sini.. Huhu.. Kitorang kat sini 4 hari 3 malam.. Tapi tak ingat dah aktivti nya apa.. Banyaknye memenuhi keinginan my abah je..  Moga-moga tahun depan bertemu lagi kita ye..

Wednesday, May 27, 2020

Salam Aidilfitri 2020

Assalamualaikum  buat semua... Alhamdulillah berkesempatan bertemu Ramadhan tahun ni. Syukur walaupun dalam keadaan serba sederhana tanpa mak abah, adik beradik di sisi tapi masih lagi bernafas di dunia..

Meh nak share gambar raya, tapi lokasi nye di rumah je la.. Pencahayaan pun x cantik guna camera apa tah ni.. Kalau camera hp cun sikit.. Malas nak edit, layan je la ya.. 











Moga-moga Aidilfitri 2021 kembali seperti sedia kala.. Aminn