Post Terkini

Sunday, May 14, 2017

Kursus kepimpinan pengawas di Glory Beach Resort

31 March yang lepas.. Perghh cerita dua bulan lepas baru nak up..Hehehe.. Alhamdulillah selesai sudah kursus kepimpinan pengawas 2017 selama 3 hari 2 malam di Glory Beach Resort.. Konsep kali ni berbeza sedikit.. Kursus lebih kepada kepimpinan profesionalisme. Nak latih budak supaya lebih confident dan berani dalam komunikasi dan manage sesebuah organisasi..

So tempatnya pun haruslah santai-santai kan.. takdelah dalam hutan bagai.. Tahun ni pun cikgu cikgi disiplin dilibatkan sama.. So haruslah meriah.. Sebab sebelum ni kami-kami guru pengawas je yang g jaga bebudak.. Hahaha amik kesempatan beb.. Bila aku tgk slot bersama bebudak waktu senam pagi je, so apa lagi terus decide nak bawa si comel kesayangan.  So sambil menyelam minum air.. Puas la Mira mandi pantai n kolam... Masuk bas masa nak balik terus lena tak sedar apa..Hahaha...
Sebelum bergerak, kena pastikan dulu semua pengawas dah sampai.. Kang kalau ada yang tinggal sia-sia je.. Dah la bayar mahal..

Bacaan doa sebelum berangkat
Glory Beach Resort
Aktiviti senaman pagi.. Sepatutnya slot aku masa ni. Tapi salah masa daaa.. Diorang start kul 7, aku beriya ingat kul 8.. So memang aku  x jaga langsung la hari tu.. Semata bercuti..Huhu tapi ada la juga menjengah masa slot orang lain.
Antara barisan guru yang hadir 
Serius cakap, kitorang jumpa masa makan je.. Heheheh..

Malam terakhir, bebudak buat event untuk cikgu2.. Hebat diorang dalam masa x sampai 5 jam semua dah tersedia.. Dari pengacara majlis, persembahan, ucapan sampailah hidang-menghidang.. Niners memang terbaik.. Aku plak, mujurla tukar tshirt ke blouse. itupun pakai jeans.. Kalau tak malu je. Yang lain semua pakai baju yang sepatutnya ke majlis formal.. Haha muzaiyanah mmg blur plus vengong sikit..


Akhirnya bergambar kenangan di pantai PD.. Sian diorg, nak balik baru dapat jejak pasir.. Kikiki... Cikgu gelak jahat.. Wakaka..

Okey itu sahaja ceritanya.. Nak cerita panjang2, x banyak gambar.. Gambar Mira kat PD pun ntah mana letak..Hihi.. OK bye..