Showing posts with label keluargaku.... Show all posts
Showing posts with label keluargaku.... Show all posts
Tuesday, September 18, 2012 7 jeJari meNulis By: kasihibu

BERKUMPUL SEKELUARGA DI HUJUNG MINGGU.

hujung minggu lepas barulah sya dapat berkumpul keseluruhan keluarga 
adik beradik anak beranak haji atok dan hajjah emak
kami berkumpul di majlis perkahwinan anak buah ayah di Sg Kantan Kajang
kenduri kawin anak alang azmi dan alang ani yang ke-2
Nampaknya si faiz ni melangkah bendul  kaedahnya
hehehehe...biasalahkan dah sampai jodoh macam tu lah gayanya.

Mohd Faiz bin Dato Azmi dan pasangan
semoga kekal bahagia ke akhir hayat dunia dan akhirat (,")

masa ni sya bergenang airmata sebab andak dah tua tak larat dah
berpapahlah masa nak menepung tawar anak cucunya :(

pengantin bergambar bersama kedua dua ibu bapanya.

ruang masuk ke tempat bersanding



persembahan dari anak anak kecil


taraaa.....


~


~


~


~


~

perantin lamo pun nak berdua duan jugak!!!! (,")


dan akhirnya
~
~

~
~

 konon konon keluarga haji ayah dan hajjah mak
nak bergambar dengan semua ahli keluarga
hrmmm...tak jadi jugak bersepah sepah masing masing,
makanya tak cukup keanggotaan jugaklah gambar ni..
sepatutnya ada 29 orang jumlah keseluruhnya 

sekian...
hehehehehe.... (,")

sangatlah malas nak mengarang ceritera kaedahnya....




Saturday, June 2, 2012 4 jeJari meNulis By: kasihibu

TAK HABIS LAGI CERITA BULAN MEI (,")

BULAN MEI MEMANG BULAN KEK BAGI KELUARGA HJ ATOK...;P



asyik cerita pasal hari lahir si ayong
sedangkan seminggu selepas tu adalah hari lahir Haji Atok, Kakak Chantik dan juga Akim pada 25hb
dan  minggu tu jugak hari lahir si Amirul 29hb

Maknanya sambutan hari lahir hj atok adalah sangat meriah pada bulan Mei bersama 4 orang cucunya





semoga semua kesayangan sya dan keluarga di rahmati di berkati dan di redhai oleh 
Yang Esa dunia dan akhirat jua... Amin..
Saturday, May 12, 2012 11 jeJari meNulis By: kasihibu

PERASAAN SEKARANG INI KAN?

RINDU PADA ANAK ANAK DARA....... : (

ALANGKAH BAHAGIANYA
 BERKUMPUL BERSAMA.........


TERHIBUR TENGOK GAMBAR YANG INI...


RINDUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU...
SANGAT SANGAT
 DENGAN AYAH DAN MAK : (


Apa perasaan rakan rakan semua masa ni ye?

Thursday, August 18, 2011 14 jeJari meNulis By: kasihibu

ORANG SIBUK SHOOPING RAYA....

semalam kan cuti umum nuzul al -quran
sya ambik kesempatan untuk menshooping barangan baby!!!!!!!!!!!


tapi sangat jenuhkan nak cari hamper barangan baby yang best2 isi dalamnya
sebab pasaraya semua tengah sibuk buat jualan hari raya

kebanyakan diorang di pasaraya semalam semua sibuk cuba songkok barulah,
baju baru lah, kasut barulah
cuma sya je yang sibuk dengan hamper baby

sya dapat anak saudara baru
ni dia..................

                                                         ni sang puteri sorang

yang lain semua abang,   jadinya 3 lelaki 1 perempuan.
berat 2.3 tak cukup bulan
percaya tak due 20hb Sept, tp dia dah keluar dulu 16hb Ogos
comel tak? comel tak? (,")
wajiblah comel kan sebab mak lang dia comel
hehehehee...perasaan!!!!


sekian untuk hari ini...(,")
Sunday, August 14, 2011 8 jeJari meNulis By: kasihibu

ANAK AYAH....

Baru terjumpa dalam koleksi
hehehehe...

sama tak anak beranak nih?




---------------------------------------------------------------------------------------------------
selingan....


makhluk tuhan yang comel ni  namanya apa
belalang kunyit ye?






Sunday, July 10, 2011 24 jeJari meNulis By: kasihibu

BLOG NI KAN.....


ini ayah dan ibunya

ini anak anaknya


Blog ni ada kisah mereka mereka dan selit selit cerita ibu dan ayahnya,
hal ehwal semasa, masak masaknya..

dan apa saja yang tergerak di hati tuan punya blog ni nak tulis apa apa

bak kata kata orang

blog ni aku yang punya...
ada ku kisah....


nota:maaf ye...sekadar nak buat en3 sesaja (,")
Monday, June 27, 2011 16 jeJari meNulis By: kasihibu

SEDANG MENCARI .....


Sedang cuba mencari jalan
selesaikan masalah adik tersayang
harap kakcik bersabar,
dugaan tu , walaupun berat mata memandang berat lagi bahu memikul
kakcik, ingatlah kami semua berada disisi kakcik
sebagai kakak, sedaya upaya alang dan along sedang berusaha
kalau ada keizinan dariNya yang Esa

kakcik akan mendapat terbaik untuk berkongsi hidup ke akhir hayat

Kakcik...
Filem Ketika cinta bertasbih

kepayahan dalam mencari jodoh yang sesuai, akhirnya kemanisan juga balasanya
Semoga urusan yang kakak mu cuba buat ini mendapat restu dari ayah dan emak
Hanya dengan restu mereka
Insya'allah kebahagian lah akhirnya.

sayang dari kami sekeluarga..........
Sunday, July 4, 2010 13 jeJari meNulis By: kasihibu

Macam tu lah ayah.......

Sebelum balik salam salam  cium cium mak dan ayah
Sya pesan dengan mak...

Mak jangan risau risau sangat nanti mak pulak yang sakit
Mak: mano tak risau, lain pulak jadi eh, datang sini nak tolong hantar anak cucu ke sekolah
lain pulak jadi eh..

Sebabkan along masih dalam pantang lagi, dan BIL dah habis bercuti untuk urusan hantar dan ambil anak balik sekolah dekat Bukit Bandaraya tu, mako eh ayah dah mengoferkan diri untuk menghantar anak cucunya ke sekolah sampai along habis pantang tengah bulan nih.

Tengokkan betapa pengorbanan seorang ayah tu, tidak habis pada anak saja, cucu pun macam tu
kata orang kasih sayang atok ni pada cuuc lagi lebih pada kasih sayang pada anak.

Bila sya pesan dengan ayah pulak
Ayah jangan risau risau, jaga kesihatan tu..makan ubat tu...
Nak tahu ayah jawab apa?

v

v

v

v

Ayah: tak ado risau risau pun, risau kan tak poie ke kobun yo..............tak dapek nak motong

aduhaiii......itulah ayah...............

Ayah keluar wad hari ni juga tp masih guna tiub untuk buang air .Esok ayah ada temujanji dengan doktor di PPUM

Ayah kena guna tiub tu selama 2 minggu. Biasalah baru hari ni dah mulo gelisah
Ayah kata esok nak mintak pada doktor guna tiub tu selama seminggu saja.

Kata ayah duduk macam tu lagi bertambah sakit
habis camno?

Mak jangan risau ye......

Awal pagi tadi seawal jam 1++ ayah mengadu sakit di bahagian perut,
semalam petang ayah baru sampai dari kg dan tidur di rumah angah di Alam Megah Shah Alam

Sekarang ayah berada di wad PPUM  P.Jaya.
Mak pulak berada di rumah along ,lepas subuh kami akan bergerak ke PPUM untuk melawat ayah,
sebelum tu hantar anak anak di rumah along
Sya minta  sahabat sahabat di alam maya ini, sepenuh hati dari sya
bersama memohon doa supaya ayah segera sembuh,
Ayah memang jarang hendak menunjukan yang beliau sedang sakit atau kesakitan,
sebolehnya beliau akan menahan sendiri.

Untuk mak tersayang, bersabar dan jangan risau risaukan hati,biarlah anak anak yang uruskan, kami akan buat apa yang terbaik.Mak pun bukan sihat sangat : (
bersamalah kita berdoa ayah akan cepat sembuh dan semoga keadaan ayah tidak begitu serius .
Monday, May 31, 2010 4 jeJari meNulis By: kasihibu

Menyambut orang baru

Minggu lepas adalah minggu menanti ahli keluarga baru bagi along dan bang long serta Aidil dan adik Ijoy dan kami semua.
Sebelum ni along pernah keguguran sebanyak 3 kali, tp bukan keguguran awal awal bulan.Keguguran yang dah cukup sifat kira 4bulan keatas.

Takdir bagi keluarga along, dan sungguh besar ganjaran untuk along dan bang long ada 3 orang anak anak lelakinya menunggu di pintu syurga....

Umur along sudah 41 tahun, dia pun tak menyangka akan dikurniakan lagi rezeki di usia sekarang
Alhamdulillah..semuanya selamat, mungkin baby Muhammad mendengar kata mak lang...
Bb....keluar ikut pintu jangan ikut tingkap, lahir esok ye,kami semua sayang pada baby.... (",)

Nota tu sya tulis di kad jambangan bunga maksu bagi pada along hari Jumaat petang tu.
Ini gambar gambar masa di hospital, anak anak semua sya tinggalkan di rumah along di Pantai dalam, mak teh yang tolong jaga dioarang.
H1N1 kan..takutlah nak bawak ke sepital..

Muhammad lahir pada Sabtu malam tu jam lebih kurang 9++ kot..tak dapat detail lagi,
tengahari tu along dah masuk ubat untuk buka laluan, jam 7.30 masuk LB.

Alhamdulillah...semua selamat
Semalam along dah keluar ward, tp baby Muhammad masih di tahan sebab juandice
Harap harap baby Muhammad akan cepat sembuh..kuatkan semangat
Jadinya plan nak melawat baby semalam dah terbatal, sebab tidak dibenarkan dekat dengan baby kecuali ibu n ayahnya saja.
Baby di khabarkan berada di bawah lampu apa tah yang warna biru tu
Nama baby tu belum ada lagi, sbb tu sya tulis Muhammad aje, sebab dah pastinya tak akan tinggal nama pertama tu.




 Jambangan bunga dan buah buahan
yang ada nota supaya baby lahir hari sabtu . ;p


tak berani nak ambik gambar bebanyak.........gambar baby ada dalam mms, tp tak ada cable nak bawak keluar
nanti nanti kita jamu mata dengan baby baru ye.... ;o
Saturday, May 1, 2010 8 jeJari meNulis By: kasihibu

Belajar berjalan

Belek kelek...

terjumpa dalam fail, 


enariq melayan ikan berenang riang

bantuan walker bolehlah laju semacam

tatih..mama kata


singgah sebentar nak tarik bunga

si kakak chantik penat....

ayong

kak ngah layan ariq main gelongsor


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
gambar anak anak 
di taman botanic bukit tinggi
masa ni enariq baru lesen L, jalan tak gagah lagi..

sekarang....

hambikkk berlari2, tak kose nak kejar. tak larat
buas sungguh si bujang nih...

pagi pagi orang tak bangun lagi dia dah bangun
mulut bebelll..bebelll..
silap silap bila tak layan

tangan kecik dia PAP !!!!!
dekat muka.. adeehhhh

ariqqq.....ariqqqq...................
Saturday, April 17, 2010 0 jeJari meNulis By: kasihibu

Iras siapa?


Tahun 2008  tak silap gambar nih, sebab kami tiada gambar sekeluarga 
ni ayah ambik guna webcam...
masa ni aku mengandung enariq dan kami nak keluar JJCM tangahari

saje tepek gambar nih, sebab sangat suka gambar nih.....

cuba tengok siapa iaras ibu dan siapa yang iras ayah? 
Saturday, March 6, 2010 0 jeJari meNulis By: kasihibu

Errrmmmmmm...........layan gambar lagi





 sbb memasing duk jauh dari KC.
  
anak anak dara ku.......

Suka tengok gambar ni, sbb diorang memang gitu 
si Ika selalu kata dia jaga enariq, Ayong jaga si kakak chantik...
Friday, June 5, 2009 0 jeJari meNulis By: kasihibu

Pelengkap hidupku............ratu dihati..raja dijiwa

ha....inilah gambar keluarga ku.......
yang kecik sekali Muhammad Ariq bin Mohamad Munir



Monday, May 25, 2009 0 jeJari meNulis By: kasihibu

Dapat anak buah baru.......

(MUHAMMAD FARIZ AL HAKIM )25HB MEI 2009....

Allhamdulillah...akhirnya SIL selamat melahirkan bb boy lagik , sama tarikh lahir dengan kakak chantek dan yang penting sama tarikh lahir dengan atok..my lovely father yg ke-66 tahun


semoga orang2 yang kusayangi ini akan dirahmati dan diberkati perjalanan hidupnya oleh Allah yang Maha Esa....Amin...
sebenarnya aku x berapa ada mood nak nulis sebab ...........sebab.......
aku dah ngantuk!!!!

x sebenarnya td aku ada krisis teluk ngan pakweku
mm..puncanya...puncanya sikitttt aje...
aku bayar bil telefon tanpa pengetahuan dia..pastu dia kecik hati kata aku ambik alih tanggungjawab dia..
adeehh...aku x berniat langsung nak buat camtu
mmm...td masa bgtahu pasal dapat anak buah baru pun aku cakap ngan dia panggil nama dia uikss..kuang ajar aku hari ni..
mmmmm.....sayang maafkan ibu............