Mendengar slot debaran haji mabrur dari ikim fm membuatkan sya bergenang airmata
terasa sangat terkesan , sangat menyusuk dihati
sya membayangkan keindahan kemanisan lambaian Kaabah itu
w/pun sya belum lagi menjejaki kaki ke sana, masih
sempatkah?
Masih ada peluangkah?
Layak kah?
Tertanya tanya di dalam hati
Selepas sambutan hari
raya kita akan tertunggu tunggu
kepulangan jemaah haji
Yang berada di sini tertunggu tunggu kepulangan insan insan kesayangan
dan tentunya tidak sabar untuk memeluk dan mengucup mereka
Yang berada di tanah suci yang indah itu pula berbelah bagi di dalam hati ,antara berat hati meninggalkan tanah suci dan mungkin
juga tidak sabar untuk berjumpa ahlli keluarga yang telah di tinggalkan
Mungkin juga ada jemaah yang terpaksa pulang bersendirian kerana chinta hati pasangan sehati sejiwa di
jemput Ilahi di tanah suci
Mungkin juga keluarga disini akan terasa sebu di hati kerana
tidak dapat lagi berjumpa menatap dan memeluk kesayangan mereka yang telah
bersemadi di tanah suci
Hanya doa ,hanya kiriman Al-Fatihah sebagai pengubat rindu
Pada yang pernah mengalaminya
Bersabarlah, bertabah lah, berdoalah
Anggaplah satu keistimewaan , satu ganjaran kepada insan yang
terpilih itu
Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan
Adalah pengorbanan yang membawa seribu rahmat dan kebaikan
Dan di kesempatan ini sya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha
berhati hati di jalan raya semoga selamat sampai bersama keluarga.