Aishah Rahim's Diary: BENGKAK SUSU

Showing posts with label BENGKAK SUSU. Show all posts
Showing posts with label BENGKAK SUSU. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

ATASI MASALAH BENGKAK SUSU.

Siapa pernah kena bengkak susu angkat tangan!

Aku kan, bersalin ketiga-ketiga anak, tiga-tiga pon kena bengkak susu. Dia punya sakit Ya Allah, memang sampai demam-demam! Masa bersalin Arwah Anis Nashrah lagi lah, sudahlah baby dah tak ada. Breast pulak dah bengkak dan panas gila! Pergi jumpa doktor, dia kasi ubat hormon je untuk berhentikan susu. Tapi aku tak makan pon masa tu. Apa aku buat, aku tuam dengan tuala panas dan pam pakai pam manual Pureen. Semua susu tu terbuang je. Sedih gila..



PUNCA-PUNCA BENGKAK SUSU

1. Masa penyusuan yang tidak teratur - Ini kes yang selalu terjadi. Diawal kelahiran bayi, susu banyak terhasil. Jadi sangat penting untuk kita susukan anak setiap 2 atau 3 jam sekali. Jangan lupa untuk selang selikan antara payudara kiri dan kanan. Jika terlupa, ini yang akan menyebabkan bengkak susu. Kerana susu akan terkumpul lama. Ianya adalah normal bagi awal-awal kelahiran bayi, jika bayi kerap tidur. Tapi kita perlu kejut dan bangunkan bayi untuk menyusu. Ini bagi mengelakkan bayi terkena jaundice atau lebih dikenali sebagai Sakit Kuning. Bagi bayi yang terkena Jaundice, perlu disusukan lebih kerap kerana susu ibu paling mujarab untuk hilangkan Jaundice. 

2. Jangan miss waktu mengepam - Sangat penting bagi ubu-ibu yang bakal bekerja. Sesi mengepam boleh dijalankan seawal 4-5 hari kelahiran. Lebih cepat anda mula mengepam, lagi banyak stok EBM yang anda boleh simpan. Buat jadual mengepam supaya anda disiplin mengikut jadual mengepam. Jangan risau susu tidak cukup untuk bayi direct, kerana susu akan sentiasa terhasil. Lebih banyak anda mengepam dan direct, lebih banyak susu yang akan terhasil. Bila anda kerap mengepam dan direct, tak akan ada peluang untuk susu menjadi terlalu banyak dan bengkak di dalam payudara anda.

3. Bayi tidak menyusu dengan betul - Biasanya terjadi untuk bayi yang baru lahir. Bayi baru nak belajar latch atau pelekapan betul. Iniakan ambil masa seminggu ke dua minggu untuk ibu dan bayi sama-sama belajar latching dan pelekapan yang betul. 

4. Liang susu tersumbat - Normally untuk ibu-ibu yang baru bersalin mesti akan terkena masalah ini, BENGKAK SUSU ATAU CLOG DUST. Liang susu tersumbat dan mengakibatkan susu tidak boleh keluar dan menjadikan payudara ibu sakit dan berketul.




CARA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU.

1. Tuam payudara : Ini antara cara yang aku gunakan. Ambil tuala dan rendam dalam air panas / suam. Boleh juga gunakan alat tuam yang lain. Tuam perlahan-lahan payudara sambil tekan kawasan yang bengkak atau berketul. Picit perlahan-lahan dan buat sekerap yang mungkin bagi mencairkan susu yang terkumpul atau clog dust.

2. Marmet : Teknik marmet ini boleh bantu merangsang pengeluaran susu yang berlebihan dalam payudara. Urutkan secara perlahan dari atas membawa ke puting susu. 

CARA MARMET.

3. Kerapkan penyusuan dan pengepaman : Hisapan bayi adalah yang paling terbaik untuk melegakan bengkak susu. Bila bayi hisap, ketulan susu yang membeku akan pecah dan mengalir keluar. Kerapkan juga pengepaman supaya dapat mengurangkan bengkak susu.


LECITHIN BANTU ATASI MASALAH BENGKAK SUSU. 

Itulah serba sedikit perihal Bengkak Susu. Selain dari tips-tips di atas, korang boleh juga cuba consume LECITHIN SHAKLEE untuk atasi masalah bengkak susu ini. Sebab LECITHIN memang terkenal sebagai agen pemecah lemak dan saluran yang tersumbat. Di bawah ni, aku share-kan testimoni dari customer aku.

CONSUME LECITHIN UNTUK ATASI BENGKAK SUSU.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015