pada tarikh ini, satu tahun yang lepas, masih terasa bagaimana debarannya dalam hati. bangun seawal pagi dengan ribuan rasa dalam jiwa. semuanya nampak serba tidak kena. mata ini melilau mencari kelibat emak. sepantas emak melintas, pantas lagi tangan ini menggapai lalu dipeluk tubuh tua itu. buat kali terakhir, sebagai anak manja emak. :)
air mata aku dan emak bersatu. masih terngiang suara emak;
"ayang jangan macam ni. ayang kan nak kahwin. kalau ayang macam ni, mak lagi sedih."ianya perasaan yang sukar ditafsirkan. 24 tahun hidup membesar bersama emak tersayang, dengan tibanya 14 Mac 2009, hak milik diri berubah. dengan genggaman erat tangan tok kadi. dengan simboliknya akad nikah.
Abdul Wahid...
Engkau telah menikahi seorang wanita yang penuh dengan emosi. Wanita itu juga penuh dengan rasa yang bergelora. Pasang surut perasaannya sukar difahami. Jatuh cinta dengan wanita yang bercampur baur jiwanya begini memang payah, kan?
Aku wanita itu. :)
Engkau bersama aku bila rasa bercampur emosi. Engkau disisi aku bila tiap tangisan melunsur pipi. Engkau tetap ada, bila aku sendiri hilang dalam diri. Engkau masih lagi ada, bila kaki langsung tak mampu berlari.
Engkau tukarkan tiap kesedihan kepada gelak tawa. Engkau padamkan kepanasan api kemarahan dengan sejuk ekor mata. Engkau berikan sejuta harapan bila aku sendiri tidak tahu, apakah harapan itu masih ada.
Engkau peluk erat tubuh ini tatkata dugaan datang melanda. Engkau gagah berdiri di sisi bila aku sendiri tak mampu berdiri. Engkau tiupkan semangat cinta dan kasih bila aku sendiri telah jauh dari kecintaan. Tidak sekali engkau jauh. Tidak sekali engkau mengeluh.
Papa.....
Hari ini genap setahun kita bersama dalam ikatan pernikahan. Terlalu banyak rasa yang telah hadir. Bermula dengan rasa indah bahawa kita akan menjadi ibu ayah, hinggalah kepada rasa duka bila kita sama-sama mendengar berita perit itu.
Awak kuat papa. Awak kekuatan orang. Dari saat orang hilang diri bila Nashrah tiada lagi degup jantungnya. Awak berikan seluruh kekuatan awak pada orang. Hinggakan awak lesu dan penat. Tapi awak sembunyikan semua rasa itu. Orang kagum dengan awak.
Awak akan hadiahkan senyuman paling manis tiap kali datang melawat orang di hospital. Awak genggam tangan orang bila orang tidak henti menangis dan mengeluh. Awak tutup hiba awak. Awak kalis kesedihan awak. Awak pamerkan sejuta ketenangan.
Hati awak? Tuhan saja yang tahu.
Kesabaran awak tercabar bila Maghrib itu orang menangis bagai orang gila. Orang mengongoi bersama bengkung dan pilis masih lekat di dahi. Orang meraung sekuat hati. Orang terbaring sambil menumbuk katil. Orang baling semua bantal yang ada. Orang tak mampu berdiri. Dipapah untuk bangun pon orang lemah.
Emak dan Abang De yang ada di rumah turut hilang usaha. Emak menangis melihat keadaan orang. Abang De memeluk sambil membisikkan kalimah Allah. Air zam-zam yang disapu pada muka dan kepala masih tidak mampu buat orang diam. Ianya masih tidak mampu buat orang berhenti mengenang nasib.
Awak tampar muka orang. Awak goncang badan orang sekuat hati. Awak peluk tubuh orang sambil merayu, jangan buat awak begitu. Masih terasa ketat suara yang awak bisikkan;
"Biar hilang anak mama. Orang tak nak hilang awak."Orang cinta awak sepenuh hati papa. Terima kasih kerana masih bersama orang untuk 1 tahun penuh rasa ini. Maaf atas tiap kenakalan, kedegilan, kekasaran dan sifat yang tidak menyenangkan. Terima kasih atas segalanya. Awak cinta orang. Cinta milik orang selamanya.
Ya Allah, kekalkan lelaki ini sebagai jodoh aku.
Hingga akhir hayat. Amin.Nur Anis Nashrah bukti kekuatan cinta kita. Manakala yang masih di dalam rahim ini, penyambung bahagia. Insya-Allah.
(",)
Yes people, I am 16 weeks pregnant. Alhamdulillah.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com