Showing posts with label My Kids. Show all posts
Showing posts with label My Kids. Show all posts

Wednesday, August 10, 2016

Rendang Ayam Mak


Raya dah habis baru kita nak kongsi cerita raya eh ... ehehe ... Tahun ni raya KB maka kena la prepare masak rendang sendiri. This year terasa nak makan rendang ayam mak. Camana ntah terlebih rajin sikit, jadi I buat rendang dari KL and frozenkan untuk bawa balik KB. 

Memang perancangan Allah tu maha hebat, ada hikmah rupanya tergerak hati nak masak rendang awal. Tahun ni 1st time kami beraya di hospital. 2 hari sebelum raya kami berpuasa kat my kampung in Masjid Tanah sebab nanti raya di KB. Malamnya tu lepas buka haziq mengadu perut dia sakit. Lepas husband balik dr terawih I told him tapi dia kata nanti sampai kl baru bawa gi klinik. So bila sampai kl bawa gi klinik, Dr cakap maybe digestion problem. 

Pagi esoknya tu last day puasa time nak sahur dia mengadu perut masih sakit, xnak bersahur xlarat. Husband dah syak ada yg xkena, mcm apendiks je. Lps sahur terus dia bawa gi  klinik lain sbb klinik semalam belum buka. Doktor suspect apendiks & bagi referral utk admit hospital. I dah cuak dah, tapi laki kata nak balik je dulu nnt sampai KB baru admit. Haziq pulak kata dia masih boleh tahan ... huhu ... tension kita. Dalam hati Allah je tahu, geram betul rasa takut apa-apa jadi while travelling. Berdoa je la banyak-banyak sepjg jalan.

sempat lagi buat peace dalam sakit-sakit tu

Ada lak yang nak menempek katil patient ...
Nak jadi cerita, flite we all delay pulak la 1/2 jam ... kesian Haziq. Sampai je KB terus pergi Hospital Pakar Perdana. At 1:30 pm Haziq jumpa doktor, then operation started at 3pm. Dekat pukul 5pm baru dia ditolak masuk ke wad balik. At 6pm kami tinggalkan dia dlm mamai2 ubat bius lagi untuk berbuka dgn family BIL kat luar. What an experience ... syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkanNya

Okay, back to recipe ;)

RENDANG AYAM MAK
(Sumber: my mum) 


1 ekor ayam
Sedikit lengkuas - diketuk
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
4 ulas Bawang Putih       }
15 ulas Bawang Merah   }
Sedikit Halia                   }
Sedikit Kunyit Hidup      }
Cili Mesin & Cili Hidup  }  dikisar

Kecutkan ayam sekejap di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak dalam 10min. Masukkan santan, asam keping, garam & sedikit gula. Titikkan serai & taburkan daun kunyit yg dihiris. Masak sehingga rendang kering.

1st Syawal di hospital. Nasib la sehari je dah boleh balik. Doktor pon kesian budak ni nak raya ;)

Wednesday, April 6, 2016

21.12.2015 - Queenstown: Skyline Gondola & Luge ... aku rindu ...

Cari gambar masakan I, ternampak gambar ni lak. Nak story kat korang keseluruhan pengalaman menjelajah bumi kiwi ni entah bila la nak dtg mood tu, jadi I share dulu antara aktiviti indah kami di bandar Queenstown yg terletak di South Island ni. An Adventure Capital as they claimed it ... a place that's adrenaline inducing  ... tempat yang sangat happening di New Zealand.

We stayed only 1 day here as we underestimated kemeriahan bandar Queenstown. Tak puas berada di sini, banyak aktiviti yg the kids & hubby teringin nak buat xsempat like bungy jumping. Slot yg kosong lewat petang & we have to make a move by then or else tengah malam gelap gulita kami akan still berada atas jalan nak ke Fox Glacier nnt.

Hubby kata if we were to visit New Zealand again, let's visit Queenstown & stay at least 2 days here ... ;) ... yesss ... macam ada peluang je kan nak jejak lagi .. ehehe .. Pemandangan di sekitar Queenstown dari atas ni pon cantik sangat ...

A fun, family friendly activities that we had here ... 
First, the Gondola Ride ...


Then we had to take the uplifting chair to the Luge Track ...



At the Starting Point of the Skyline Luge Track





Wednesday, March 19, 2014

Apam Polkadot


Apam polkadot ni first time buat sebab Hafiy request untuk bagi kawan-kawan sekolah dia masa birthday dia hari tu. Orang tanya nak kek apa, apam ni yang dia mintak sebab katanya budak-budak kat sekolah tu memang suka makan dan selalu beli dari salah seorang budak yg bawa jual kat sekolah. Disebabkan mummy nya ni tengah rajin, so layan kan je lah. Sekali dia kata nak bagi 5 biji setiap sorang, ooppps mau pengsan mak dengar ... lepas dah nego nego, Hafiy setuju bagi 3 biji sorang .. lega .. ;) 

Bila I cerita kat my telegram group nak buat apam ni my friend Cik Mime suggest buat Angry Bird or Ladybird ... oooo a BIG no no lah ... pengsan I nanti, bukan nak buat sikit-sikit tu .. dekat 500 biji juga nak buat sbb dah terlanjur I kata might as well bagi kat sekolah agama & tempat mengaji dia sekali. Nasib baik la Hafiy xtahu kot boleh lukis Lady Bird or Angry Bird ... kalau x ... huhu nangiss ... Ni pun 2 hari I buat nak kasi cukup, nasib baik la Haziq & Hafiy tolong.

Terus terang I memang tak minat apam ni, sebab pada I rasa dia biasa-biasa je. Lagi sedap apam biasa ;) Kalau x kerana Hafiy minta memang xteringin ler nak buat ... Budak-budak memang suka kuih ni mungkin sebab warnanya yg menarik & filling jam tu agaknya. Resepi I copy dari blog hanamemories. Dah lama mokcik tu menyepi jer. Bila dah siap, seronok lak tengok ... ceria, memang sesuai sangat kuih ni dengan jiwa kanak-kanak, terus rasa hilang penat. Tapi dah cakap awal-awal dengan Hafiy, ni first & last mummy buat apam ni tau. Haha ... 


APAM POLKADOT
Sumber: hanamemories

Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan

150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna


Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


My Note:
Guna acuan kertas yg kalis air sbb dr pengalaman ada yg tersembul isi kat bontot kertas ;) dan ada yang basah lekit disebabkan jem menyerap pada kertas. So bila apam ditindih-tindihkan akan jadi comot pulak. 


Yang ni dah di pack untuk Hafiy distribute pada kawan-kawan dia.


Oh ye ... ni lah budak yang korek marshmallow atas kek Hafiy hari tu ... Nurul Izwani nama dia, ada yang nak buat menantu tak? hihi



Friday, June 8, 2012

A heartfelt love notes

Juga dr poket itu ... , entah kurun bila la ni ye .. tp dah berapa kali nak buang x jadi, sampai dah lusuh. And finally I decided to throw it away ... sob, sob ... & keep a copy here ... yeay!


Aishhh ... baru je nak jiwang2 .. kenapa pulak ada cikgu jantan, cikgu betina ... ada-ada je la Haziq ni.




Friday, February 17, 2012

Sugar Glider as a pet?


Hoho.. no, no, no ... I jugak nanti yang bertambah keje. Ni cerita tahun lepas .. hehe ... waktu tu my two ninja hari-hari dok pujuk we all belikan dorang menatang ni. At first, sebelum bertentang mata, tengok kat web jer I x rasa pon this little creature comel. Tapi bila dah jumpa memang geram la tengok. Masa mr. apek biar dia jln2 atas baju .. sekali dia kencing daa ... hihi

Tuesday, October 18, 2011

My Lee Min Ho & my little hero ;-)


Hehhee... amacam? ada gaya macho Lee Min Ho kah? Budak ni u all, perasan la dia macho bak Lee Min Ho gara-gara tengok City Hunter last month. Suka sangat dia dgn character superhero Lee Min Ho dlm citer tu. Siap suruh I ambil gambar dia berposing gini masa we all celebrate bday dia kat Fahrenheit 88 17 Sep hari tu. I kata kat dia, nak suka2 gitu I x kisah, tapi bukan Lee Min Ho, yg patut dijadikan idola ye. Cepat je dia jawab, kes xmo kalah ... Abang tau mummy ... idola kita Rasulullah kan? Haa ... kalau macam tu xpe la bang, lega mummy dengar :-D


Our happy faces during the sushi cum birthday lunch treat ... picture captured by Haziq


With his birthday cake ... just a small celebration kat rumah mak with mak, ayah & his cousins.

 
Last Friday pulak sampai rumah dia dgn excitednya tunjuk kat we all buku akaun tabung haji yg pihak sekolah buat. Alhamdulillah .. bagus jugak sekolah buat camni. Tapi si adik punya, xde la pulak. Ikut kata Haziq, sekolah buat by batch ... hopefully nanti turn adik sampai la jugak tu. Nasib baik si kenit ni x merajuk, kalau tak mau dia suruh we all gi buka akaun TH utk dia juga.


Abang sibuk tunjuk buku akaun TH, Hafiy pulak nak show off hadiah dia dpt ...


Pembaca Terbanyak (Jul -Ogos 2011), Program Nilam


Happy dia sbb dapat beat budak yg dpt no 1 keseluruhan tahun 1 ;-)

This week pulak both my kids busy dgn their exams kat sekolah kebangsaan. Jadi last weekend kami hanya dok rumah, menemankan dorang study. Hubby bagi dorang buat latihan, I pulak mark Haziq punya English exercise book ... bila sampai soalan no. 5 tu, x tahan nak gelak ... alahai anakkk ... boleh pulak dia jawab macam tu.


Lepas terangkan kat dia how he should have answered the question, I teringat nak explain konsep Tawassul yang I baca kat blog Achik Zana. Alhamdulillah .. berkat perkongsian achik, senang nak terangkan kat dorang dan yang buat I happy skrg both of them tanpa disuruh sometimes berebut-rebut nak menolong sbb nak tawassul utk exam. Happy sangat rasanya. I hope ... amalan tu berterusan lah nnt walau pun exam dah habis. Ameen ... insya Allah.


Thursday, June 23, 2011

Their Thomas ride to Ipoh


It was a 2 1/2 hours journey. At first both of them mmg well behaved. They were pretty occupied with the cross puzzle books that I bought earlier. Lega I. Tapi x sampai 1/2 hour the small one started complaining pening kepala bagai ... xmo dah buat puzzle tu. Abang pon tersengih-sengih tanda nak menurut adik nya la. Lepas tu letih la melayan dorang yg asyik dok ulang pi toilet & tanya bila nak sampai. We reached Ipoh train station at 2.30pm. En suami lost his phone that day, xtau how to contact him ... the kids pon dah kelaparan, kami naik cab je ke Hotel Impiana. Masa dlm cab he called from hotel ... rupanya meeting dia habis awal hari tu. Ishh .. kalau x save duit I RM15 bayar tambang teksi yg x sampai pon 10 min tu.


Wednesday, June 22, 2011

Our breakfast @ McD KL Sentral


Last Friday my kids ponteng school ... dgn keizinan kami ^_^  just because my darling ajak we all ke Ipoh ikut dia outstation. Pantang org ajak kan, mesti la nak ikut. Lagi pun we all memang x pernah sampai lagi pekan Ipoh ni. The kids were so excited lebih2 lagi bila tau dpt naik train (ETS). Tq kat atuk yg tolong hantar kami ke lrt station. Tak sempat kat rumah, so we had our breakfast at McD. Sambil makan, I sakat the boys ... 

"bang, macamana kalau tiba-tiba cikgu Hamidi terserempak kita kat sini? Pastu dia tanya ... kenapa awak ponteng sekolah?"

nanti abg jawab la ... "kenapa cikgu kat sini, cikgu pon ponteng jugak kan?"

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day!!!


From Haziq ... with lotsa .. lotsa .. love ...

... or as per his favorite phrase these days ... trillion, zillion, infinity, ultimate love ... mmmuahhhH

Saturday, June 4, 2011

Riang Ria Cuti Sekolah


Musim cuti sekolah ni anak-anak ada kem riang ria kat kampung bersama cousins, uncles & aunties nya  ... ikut mak la as usual. Rindu and sunyi je rumah bila budak-budak ni tak ada. Since friday ofis I & hubby declared Public holiday, khamis tu lepas keje kami pon menderas la balik Masjid Tanah. Ini antara aktiviti riadah yang anak-anakku enjoy di musim cuti sekolah.

Thursday, March 31, 2011

Kids & their exams ...

Before school break hari tu, my kids had taken their 1st exam for this year. Dak za'aim kecik  yg kiasu tu, bila tanya .. as usual .. result lom keluar dgn confidentnya,  kata dia boleh dapat 100% n dapat no 1. Yang abangnya pulak, kurang confident ... mcm selalu gak la, bila org tanya .. abang rasa boleh buat, xtau la.. insya allah kot.


Kertas exam BM dak za'aim kecik tu .. hari tu dia kata sempat check kertas exam 5x lagi ... ntah la. Tengok la tu, sempat kaler-kaler lagi ... I x tahan sampai tergelak sorang tengok ulat beluncas tu pakai lipstick >_< Alhamdulillah la, mmg betul dia dpt all 100% utk semua papers dia except for 1  yg dpt 95% & he got 1st place dlm kelas. (Good job ;) ... Hopefully, not just this round ye dik!) Berlagak la dia dgn gaya angkat2 keningnya tu, balik tunjuk kertas2 exam tu ..


Yang ni, dak abang punya paper Math ... arghh... yg sorang ni mmg selalu wat we all sakit dada .. dr standard 1 lg tau, everytime exam mesti ada la soalan2 yg dia boleh lupa nak jawab. Tak kira la maths ke, english ke ... adoii.. dad dia kata rasa gugur jantung. @$% .. rasa nak pitam pon ada .... sbb apa I percaya dia kata lupa >> soalan susah boleh dia jwb, yg senang tertinggal. And again this year ... jd lagi. Soalan no 13 kat atas tu .. dia dah buat ( tengok kanan yg dia conteng tu) tapi lupa nak tanda jawapan. Sabar je la. Ingatkan dah improve .. hubby & I dah pesan, puluh2 kali ... we both just dunno cemana dah nak buat dah, xtau la ke mana fikiran dia melayang masa exam. Teringat last year, dia boleh x perasan dia x jwb 5 soalan straight dr 1 m/s ... huhu .. Ada sesiapa yg pernah alami masalah serupa? Bila tanya apa masalah dia .. dia kata dia x perasan .. lupa la ... letih dah otak sampai malas nak pikir dah ke? mmm... entah lah ... hopefully, he'll improve over time, aminn. Luckily, despite all the silly mistakes he made hari tu... he managed to get 6As & 2nd place in class. Alhamdulillah, ya Rabb.


Enuff said pasal exam dorang tu ... Sweet sour fish ni, masak Ahad hari tu .. kes bebudak & their dad terliur tengok farah dlm Rasa Halal Orient @ Hong Kong on that day. Menu sampingannya, sambal belacan, ulam-ulaman dan petai jeruk. Resepi main campak-campak je .. tengok budak 2 org tu & hubby makan puas hati la I, bertambah-tambah ... hilang penat memasak .. suka dorang menu lunch serupa mcm kat Tv ;)


Wednesday, March 30, 2011

Pusing-pusing Bandar Hilir, Melaka


Pusing-pusing ... minyak habis segelen. ^_^ Ni program cuti sekolah hari tu. My ninjas balik kg. Hari Jumaat tu, hubby & I cuti balik kg nak ambil dorang. Haziq request nak gi Muzium sekitar bandar Melaka. Not sure siapa yg bg dia idea nak ke muzium ni ... puas dok bagi option lain ... zoo melaka la, taman buaya .. muzium gak yg dia teringin nak pegi. 


Payah nor nak cari parking, we just parked dekat2 jln area Jonker Walk, nasib.. x dapat surat cinta ...


On the way nak ke Bangunan Stadthuys tu, singgah pekena cendol sat ... 


The kids enjoying their cendol ... next to us, ada couple cikgu pakcik makcik dr Ipoh kalau x silap, rajin melayan .. dok bagi teka-teki kat bebudak ni. Tersengih-sengih le masing-masing sbb tak tau jawab.

i

Sambil makan, tengok bot yg lalu tepi sungai ... kalau malam lagi cantik, meriah dgn lampu. Habis makan cendol, we headed straight to Muzium Samudera. I guess ... teringat kat kapal ni la, punca Haziq sibuk sgt nak masuk muzium. Curious kot nak tau, apa ada kat dalam kapal besar ni.


Dengan harga tiket dewasa RM3, kanak-kanak RM1, dapat masuk 2 muzium. Ok la, Haziq pon cukup puas hati dapat naik kapal ;P Malas nak ambil gambar. Ni jer yg sempat hubby snap. Then we all pusing balik ke arah Bangunan Stadthuys, nak gi muzium kat that area.


Terserempak pakcik beca. Sekitar bandar hilir ni memang banyak beca ... hiasannya pon meriah-meriah ... Hubby excited lak nak test skill capture moving object. Luckily cuaca x panas,  sedap-sedap jer utk makan angin ;) .. Pulak tu, lalu satu beca pasang lagu dondang sayang kuat gak ... memang ngam la dgn the surrounding ... haha ... feeling u ... rasa  cam citer P.Ramlee!


Ada beberapa buah muzium di sekitar Bangunan Stadthuys ni >> Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Tiket untuk masuk muzium kat sini, dewasa RM5, kanak-kanak RM2. Hubby & I ... x larat dah, letih menapak naik bukit, nampak sangat x fit & jarang exercise ... hehe.. budak2 tu je yg excited melawat semua ...


 We all melawat gak A'Famosa since letaknya sebelah Muzium Yang Di-Pertua Negeri jer. 



Lepas A'Famosa, masing-masing dah bersungut kelaparan .. Mau x nya.. dok lari2 turun naik bukit merata.  Memula ingat nak gi Umbai makan ikan bakar, tapi tengok budak2 ni macam dah x sabar, kami makan kat Mc D @ Dataran Pahlawan je. Hajat hati nak bawa dorang naik Menara Taming Sari  lepas tu x kesampaian sebab hujan dah turun.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...