Showing posts with label Resepi Masterchef. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masterchef. Show all posts

Shepperd Roll

Resepi  Masterchef  Selebriti 2013
Shepperd Roll - Karl Shafek

Bahan-bahan:
300gram daging kambing cincang
3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang merah (dipotong dadu)
2 biji cili padi
1 batang serai
1 biji tauhu (dipotong halus)
1 batang lobak merah (diparut)
2 biji ubi kentang
100gram keju parmesan
100gram kacang hijau
4 sudu minyak zaitun
Kulit popiah
Garam
Gula

Cara penyediaan:
Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan cili hingga bau naik
Masukkan daging kambing cincang dan tunggu hingga daging empuk
Masukkan lobak merah parut, kacang dan tauhu
Dalam masa yang sama rebus kentang dan lenyekkan setelah kentang menjadi lembut
Masukkan keju parmesan
Gulung semua bahan dalam kulit popia dan goreng hinggan kuning keemasan.


Astro Masterchef Selebriti

Kek Cawan Pistachio Dan Anggur Hitam


Resepi Masterchef 2:Kek Cawan Pistachio Dan Anggur Hitam - Rosemah




Bahan-bahan
125gm mentega
115 tepung gandum
Baking powder
20gm pistachio
125 gula
2 biji telur
Susu

Topping
125gm mentega
100gm gula
2 sudu madu
3 sudu jus lemon


Cara-cara penyediaan:
1. Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan tepung pistachio berselang seli dengan susu.
3. Masukkan ¾ dalam mangkuk dan bakar pada 170c selama 15 minit.
4. Putar mentega dan gula,masukkan madu dan jus lemon. Letak di atas kek cawan.

Sumber

Nasi Cyber

Resepi Masterchef Selebriti:Nasi Cyber

Bahan-bahan: 
Beras 
Bawang putih
Mentega 
Kismis 
Rebusan stok ayam 
Daging 
Daun kunyit 
Asam jawa 
Bawang merah 
Udang kering 
Serai 

Cara penyediaan: 
Untuk memasak nasi, tumiskan bawang putih bersama mentega.
Masukkan beras dan rebusan stok ayam 
Cara memasak daging pula, panggang daging dengan daun kunyit dalam kuali 
Untuk penyediaan sos, kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, perah air asam jawa dan sedikit garam dan gula 

Sumber

Tempek Kelapa dgn Gulai Daging

tempe kelapa,resepi mastercheff

Resepi dari Mastercheff Malaysia
Tempek Kelapa Utara dgn Gulai Ikan-Cheff Zubir

Bahan-bahan Tempek Kelapa:
 • Kelapa Parut - 250gm
 • Tepung Gandum - 500gm
 • Gula - 50gm
 • Garam
 • Air - 500gm

 Bahan-bahan Gulai Ikan:
 • Ikan Merah (berbentuk kepingan) - 1kg
 • Halia (dihiris) - 2inci
 • Bawang Merah (dihiris) - 3 ulas
 • Bawang Besar(dihiris) - ½ biji
 • Halba Campur - 1 sudu
 • Daun Kari - 1 tangkai
 • Asam Jawa - 200gm
 • Rempah Kari Ikan - 100gm
 • Serbuk Kunyit - 50gm
 • Serbuk cili - 30gm
 • Santan - 150ml
 • Buah Tomato (dicincang kasar) - 1 biji
 • Cili Merah (dibelah dua) 1 biji
 • Bawang Putih - 3 ulas

 Cara-cara Penyediaan Tempek Kelapa:
 • Campurkan tepung gandum, kelapa parut, gula, garam dan air dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
 • Panaskan minyak dalam kuali dan tuangkan adunan.
 • Masak di atas api serdahana sehingga masak kekuningan.

 Cara-cara Penyediaan Gulai Ikan:
 • Panaskan minyak di dalam kuali masukkan bawang merah, halia, bawnag besar, daun kari, halba campur dan tomato. Tumis hingga naik bau dan masukan bahan kisar.
 • Masak di atas api serdahana beberapa ketika.
 • Masukkan rempah kari ikan, serbuk kunyit dan serbuk cili. Kacau perlahan-perlahan beberapa minit hingga naik minyak dan masukkan air.
 • Biarkan masak di atas api perlahan, kemudian masukkan santan, air asam jawa dan sayuran dan seterusnya ikan.
 • Masukan bahan perasa dan biar di atas api sehingga ikan masak.

ZaiFa®:Teringat zaman kanak² dulu,ni la makanan yg selalu ibu sediakan.Walaupun simple,tapi sangat sedap.
Nak pula dicicah dgn gulai ikan yg masih panas.Kalau kat Kedah depa panggil Peknga Nyiok.Ni resepi tradisional.

Puding Telur Daging Cendawan & Fold Over Pear&Kiwi























Bahan-bahan Puding:
Daging (dicincang)
Cendawan (dihiris)
Jeruk Cili (dihiris)
Daun Bawang (dihiris)
Telur
Serbuk Bawang Putih
Serbuk Stok Ayam Maggi
Garam

Bahan-bahan Fold-Over Pear dan Kiwi:
Pastri Puff (dipotong bulatan)
Buah Kiwi
Buah Pear
Cuka Perang

Serbuk Kayu Manis
Keju Mozzarella

Bahan-bahan Sos:
Gula Perang
Krim
Kayu Manis
Buah Pear

Cara-cara penyediaan Puding:
1.Panaskan kuali, dan masak daging dan cendawan. Masukkan telur dan gaul sehingga rata dan ketepikan.
2.Selepas itu, panaskan periuk bersama air dan kukus puding sehingga masak.
3.Ketepikan untuk hidangan.


Cara-cara penyediaan Fold-Over Pear dan Kiwi:
1.Perapan pear dan kiwi bersama cebisan mozzarela, gula perang dan serbuk kayu manis.
2.Sapukan minyak di dalam dulang, letak pastri puff di atasnya.
3.Letak pear, kiwi dan cebisan mozzarella ke atas pastri puff dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu180 darjah celcius selama 20 minit.
4.Keluarkan setelah masak dan lipat ia menjadi dua.


Cara-cara penyediaan Sos:
1.Ambil kuali dan letakkan gula perang, krim, kayu manis dan buah pear.
2.Gaul sehingga sebati dan menjadi sos.

Seafood Boullibaise
























Bahan-bahan Sup Boullibaise:
8 ketul Udang Harimau - size 20/30 (dibuang kulit dan kepala)
8 ketul Kepah Hitam (dicuci bersih)
160gm Ketam Bunga (dipotong kecil dan dicuci bersih)
120gm Udang Kara (dipotong medallion)
120gm Ikan Merah Filet
120gm Sotong Putih
100gm Lala Manila
300gm Buah Tomato Plum (dicincang kasar)
80gm Lobak Merah (dihiris nipis)
80gm Daun Saderi (dihiris)
80gm Leek (dihiris)
80gm ‘Fennel’ (dihiris)
60gm Bawang Besar(dipotong dadu)
40gm Bawang Putih (dimayang)

1 ikat Campuran Herba Thyme, Daun Bay, Daun Pasli ('Bouquet Garni')
1gm Bunga Saffron
500ml Air Rebusan Ikan
30gm Daun Parsley (dicincang kasar)
Lada Hitam
Garam


Bahan–bahan Rouille:
150gm Roti sandwich (dipotong dadu)
170gm Lada Benggala Merah(di bakar, dibuang kulit dan dipotong)
2 ulas Bawah Putih (dibuang kulit)
1 biji Cili Merah (dibuang biji)
30ml Minyak Neuvida
Lada Hitam
Garam

Cara-cara penyediaan Sup Boullibaise:
1.Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar, daun seleri, bawang perai, lobak merah dan ‘fennel’ hingga wangi.
2.Masukkan tomato cincang dan kacau sehingga sebati.
3.Masukkan bunga saffron. Kemudian masukkan ketam, udang kara, lala, kepah dan sotong. Kacau seketika.
4.Kemudian masukkan ‘bouquet garni’ dan air rebusan ikan.
5.Didihkan diatas api beberapa minit.
6.Kemudian masukkan udang dan ikan dan biarkan di atas pai hingga masak.
7.Masukkan bahan perasa.


Cara-cara penyediaan Rouille:
1.Rendam roti dalam air beberapa minit hingga kembang.
2.Masukkan lada benggala, roti, bawang putih, cili merah dan minyak neuvida ke dalam pengisar dan kisar sehingga adunan menjadi halus.
3.Masukkan bahan perasa.

Popia Basah



BAHAN-BAHAN:
• 1 biji Sengkuang (dipotong halus)
• 1 batang Lobak Merah (dipotong halus)
• 1 jambak Daun Salad
• 1 cawan Sebuk Kacang Tanah
• 1 cawan Bawang Merah Goreng
• 1 labu Bawang Putih (dicincang)
• ½ cawan Udang Kering (dikisar halus)
• 2 sudu besar Kicap Pekat
• Garam dan Gula secukup rasa
• 3 sudu besar Minyak Masak
• 1 bungkus Kulit Popiah
• 5 biji Telur Goreng (dihiris)

BAHAN-BAHAN SOS CILI:
• 1 cawan Sos Cili Maggi
• ½ cawan Sos Tomato Maggi

• 4 tangkai Cili Merah Hidup
• 4 biji Bawang Merah Kecil
• 2 biji Bawang Putih

CARA-CARA PENYEDIAAN POPIAH BASAH:
1. Tumis bawang putih sehingga keemasan, kemudian masukkan udang kering.
2. Apabila udang kering sudah naik harumnya, masukkan lobak merah dan sengkuang.
3. Masukkan kicap pekat, garam dan gula secukup rasa.
4. Masak semua bahan-bahan sehingga air daripada sengkuang sudah kering atau sengkuang sudah masak dan lembut.
5. Gaulkan telur goreng yang dihiris bersama campuran tadi.
6. Letakkan 1 helai daun salad di atas kulit popiah. Kemudian 2 sudu besar capuran tadi, taburkan serbuk kacang tanah dan bawang merah goreng.
7. Gulungkan kulit popiah seperti di bawah.

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS CILI:
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mesin pengisar dan kisarkan semua bahan-bahan sehingga sebati

Masak Lemak Daging Salai


MASAK LEMAK DAGING SALAI-CHEF ANIS NABILA

Bahan-bahan:
· Daging (dipotong mengikut urat dengan ketebalan 1 inci) - 1 kg
· Bawang Kuning (dikisar) - 1 biji
· Bawang Merah (dikisar) - 4 biji
· Bawang Putih (dikisar) - 6 ulas
· Cili Padi (dikisar) - 18 biji
· Kunyit Hidup (dikisar) - 1 inci
· Daun Ketumbar dan akarnya
· Asam Keping - 3 keping
· Daun Kunyit - 1 helai
· Daun Limau Purut - 4 helai
· Serai (dititik) - 4 batang
· Lengkuas (dititik) - 3 inci
· Santan - 500 ml
· Air
· Garam dan Gula
· Serbuk Kunyit (untuk memerap daging)
· Hiasan: Cili Merah, Cili Hijau, Daun Kunyit, Serai

Cara-cara penyediaan:
1.Rendamkan tempurung dan serpihan kayu didalam air untuk seketika dan masukkan ke dalam dulang ketuhar (deep oven tray).
2.Panaskan seketika didalam ketuhar sehingga menghasilkan asap. Keluarkan dulang tersebut, dan letakkan ‘wire rack’ diatas nya.
3.Susunkan daging yang telah diperap dengan kunyit dan garam diatas ‘wire rack’ kemudian balutkan dulang dengan pembalut aluminum dan masukkan sekali lagi ke dalam ketuhar.
4.Daging perlu disalai sehingga masak. Daging yang telah disalai perlu dihiris nipis (lawan urat).
5.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar didalam periuk bersama daging dan sedikit air.
6.Masukkan asam keping, daun limau purut, serai, lengkuas dan rebuskan sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan santan, daun ketumbar, garam dan gula


Koleksi resepi dari MasterChef Malaysia
Sumber:Astro

Pasta Tagliatelle Beserta Ayam Panggang Sumbat dan 'Mousse' Hati Ayam





















Resepi dari Rancangan MasterChef Malaysia
Resepi-Chef Rizal

BAHAN-BAHAN AYAM:
• 0.4kg Peha Ayam
• 0.2kg Hati Ayam
• 0.5gm Keju Mozarella
• 20gm Herba Thyme (segar)
• 30gm Herba Rosemary (segar)
• 0.5liter Minyak Neuvida
• 0.15gm Garam • 0.15gm Lada Hitam
• 40gm Kacang Perancis
• 40gm Lobak Merah Kecil
• 10gm Cendawan Butang
• 20gm Serbuk ‘Brown Stock’
• 0.1kg Biji Bawang Putih (dihiris)
• 1gulung Tali ‘butchers’
• 20gm Tomato Ceri
• 50gm Mentega
• 0.5kg Bawang besar (dipotong dadu)
• 2tin besar Tomato yang dikupas (Coullise)
• 1bungkus Herba Selasih Manis (Sweet Basil)
• 2sudu besar Krim Masak

BAHAN-BAHAN DOH PASTA:
• 400gm Tepung Lembut
• 100gm Tepung Suji
• 4biji Telur
• 3gm Garam
• 0.4ml Minyak Neuvida
• 20gm Dakwat Sotong

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM:
1. Bersih dan tumiskan hati ayam dengan bawang dan herba thyme segar.
2. Untuk mousse, kisarkan daging ayam (bahagian lain selain bahagian peha) bersama keju mozzarella and masukkan krim masak.
3. Buka daging peha ayam dan bersihkan, keluarkan tulangnya. Ambil ‘mousse’ dah letakkan di atas daging ayam tadi, ditutupi bersama hati ayam yang telah dimasak. Ambil keju mozzarella dan letakkan sedikit di atas hati ayam.
4. Gulungkan peha ayam dan ikat menggunakan tali ‘butcher’. Letakkan garam dan lada hitam secukup rasa.
5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, gorengkannya sehingga warna keperangan. Seterusnya masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180°c selama 15 minit.
6. Tumiskan bawang putih, bawang besar bersama dengan selasih keping segar sehingga penjadi sedikit kuning.
7. Kemudian masukkan sos tomato (coullise) dan ceri tomato. Kacau sehingga pekat dalam tempoh masa 5 hingga 7 minit.
8. Setelah doh pasta dimasukkan ke dalam mesin pasta sehingga menjadi Tagliatelle, celur pasta taglitelle selama 3 minit dan masukkan ke dalam sos tadi.
9. Bersihkan kacang perancis dan lobak merah kecil. Kemudian panaskan air berisi garam dan biarkan sehingga ia menggelegak. Celurkan kacang perancis dan lobak merah kecil ke dalam air panas yang berisi garam tadi.
10. Panaskan minyak neuvida dan tumis semua sayur-sayuran dengan baik. Masukkan bawang putih bersama. 11. Sementara menumis sayur, ambil beberapa ceri tomato dan dimasukkan dalam minyak neuvida (penuh) dan letakkan ke dalam ketuhar untuk “confit” (biarkan sehingga masak).
12. Campurkan 20gram serbuk ‘brown stock’ dan campurkan bersama 2liter air sejuk sehingga larut . Masak sehingga mendidih, pekat dan likat.
13. Hiris cendawan butang dan tumis sehingga perang. Kemudian tuangkan ‘brown stock’ yang dilarut tadi dan gaul sehingga menjadi likat.
14. Keluarkan ayam dari ketuhar. Buangkan tali ‘butcher’ dan potong ayam menjadi kepingan.
15. Susun pasta kemudian hiaskan bersama sayur-sayuran begitu juga dengan peha ayam tadi dan ceri tomato tadi.
16. Kemudian tuangkan sos ke atas pinggan. Sedia untuk dihidangkan.

CARA-CARA PENYEDIAAN DOH PASTA:
1. Masukkan semua bahan kedalam pembancuh dan bancuhkan bahan-bahan tersebut menggunakan cangkuk pembancuh (hook).
2. Kemudian, keluarkan doh dan balutkan doh tersebut . Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dah biarkan selama 45 minit.
3. Selepas 45 minit keluarkan doh dan uli sehingga leper dan masukkan ke dalam mesin pasta.


Tip: Jangan letak inti terlalu banyak untuk mengelakkan dari limpahan.


ZaiFa®:-fuhh..banyak betul bahan²nya.Yg suka dgn cabaran,boleh la cuba resepi ni :-)

Kek Cawan






















Bahan-bahannya:
Mentega - 170gm
Tepung Gandum - 230gm
Tepung Penaik - 1 sudu kecil
Telur - 3 biji
Serbuk Koko - 80gm
Dadih asli (Yogurt) - 100gm
Susu Cair - 100ml
Gula Kastor - 180gm
Esen vanilla - 1sudu kecil

Hiasan A:Keju Krim, Madu, Krim
Hiasan B:Coklat Warna, Kismis,Coklat Butang


Cara membuatnya:
1.Pukul gula dan Mentega hingga kembang.
2.Masukkan telur satu demi satu dan juga esen vanilla.
3.Masukkan tepung serbuk koko dan juga serbuk penaik sedikit demi sedikit hingga habis.
4.Masukkan dadih asli , susu cair sedikit demi sedikit hingga habis.
5.Dibakar pada suhu 180°c selama 15 minit.

Resepi Masterchef:Kek Lapis Puding Nasi Bercoklat dan Keju Berkrim

kek masterchef



INGREDIENTS FOR CHOCOLATE RICE PUDDING:
2 cup Coconut Milk
2 cup Cooking Cream
1 cup White Rice
¼ tsp Salt
¼ cup Sugar
150gm Converture Chocolate
1 tbs Vanilla Extract

METHOD:
1.Combine all ingredients except the chocolate and vanilla in large heavy saucepan.
2.Place over medium heat and bring to boil, stirring constantly, reduce the heat stirring often until the rice is very tender and very tender.
3.Take the sauce off the heat and stir in the chocolate until melted, add in vanilla.
4.Set aside.
**Note: - This dessert needs to be chilled.

INGREDIENTS FOR CHOCOLATE SPONGE CAKE:
3 nos Eggs
100gm Sugar
75gm Flour (Soft)
25gm Cocoa Powders

METHOD:
1.Set the oven 180C, Beat the eggs and sugar in the mixer to high speed until ribbon stage.
2.Fold in the sieved flour and cocoa together slowly in low speed.
3.Papered baking tray and bake 10 minute to 12 minute.

INGREDIENTS FOR CREAM CHEESE:
500gm Cream Cheese
100gm Honey

METHOD:
In the mixer cream the cheese by using paddle until soft and add in honey.

INGREDIENTS FOR STRAWBERRY AND RASPBERRY COMPOTE:
1 box Strawberry
1 box Raspberry
100gm Sugar
Water
2 tbs Corn Flour
1 nos Lemon Juice
Red Colour

METHOD:
1.Wash the strawberry and raspberry, blend the strawberry with some water and sugar.
2.Transfer to saucepan and in the lemon juice and red colour bring to boil.
3.Add in the raspberry allow to simmer and reduce.

TOOLS USED:
1.Blender(1)
2.Saucepan(1)
3.Table spoon(1)
4.Wooden spoon(1)
5.Chef knife(1)
6.Rectangle Plate(1)

GARNISHING:
1.1 stalk Mint leaf.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons