Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan

30 Julai 2010

Mee Kuah Belasah Ajer....:P


Yer tajuk dah menggambarkan maksud sebenar. Memang main belasah jer buat mee kuah ni guna apa saja bahan yang ada dalam peti ais, termasuklah goreng sendiri bawang merah sebagai bawang goreng...

Resipi?

Takyah la....senang jer buat ni... Main campak-campak...yang penting, cukup rasa dan licin...:)

31 Mei 2010

Murtabak Maggi

Sekali tengok macam telur dadar, 2 kali tengok baru nampak murtabak..hehe. Yang ni tak yah resepi la. Semua dah tahu nak buat kot. Cuma yang bawah ni lain sikit sebab letak kacang buncis..hehe..Rangup!~

29 Oktober 2009

Spagetti Sardin



1 tin besar sardin (dihancurkan)

1 botol sos spagetti

4 sudu sos cili

2 biji tomato (didadu)

1 labu bawang besar (didadu)

2 ulas bawang putih (didadu)

1 cawan air

Cendawan butang (ikut suka)

Serbuk lada hitam
Cili padi yang dipotong halus
garam & gula

Cara-cara:

1. Tumis bahan-bahan yang telah didadu.

2. Masukkan ikan sardin dihancurkan.

3. Masuk sos spageti, sos cili, cili padi dan air.

4. Masuk tomato dan cendawan butang.

5. Masak hingga menggelegak.

6. Biarkan kuah menjadi pekat.

7. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

17 Ogos 2009

Maggi Perisa Belacan



Ini hanyalah maggi biasa... Perisa standard yang ada di kedai tu...
Tapi untuk menyedapkan rasa lagi, masukkan sedikit belacan.. kalau boleh yang serbuk la.. kang masuk yang buku-buku tu rasa mcm makan belacan pulak kan..

Yup, ni resipi yang saya dapat masa pergi berkursus ye.. Penceramah yang bagi tau. not bad gak rasa dia! Ubah selera sekali sekala ya dokk?

Teknik masakan dia terpulang pada puan-puan cuma masukkan sedikit serbuk belacan untuk menikmati maggi cara Melayu..

Selama mencuba!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails