Followers

Monday, August 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-53



Esok kita semua akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53 tahun.
Rupa-rupanya dah setengah abad kita bebas daripada penjajahan dari segi fizikal.
Bertuahnya kita, sebagai generasi sekarang yang dikenali generasi anak merdeka yang dilahirkan di sebuah negara yang bernama Malaysia sebuah negara yang merdeka.
Kita tidak pernah merasa jerih lelah generasi dulu yang berjuang untuk mempertahankan bumi Tanah Melayu...bagaimana peristiwanya Bukit Kepong, semasa penjajahan Jepun, British dan sebagainya.
Namun, apa yang kita lihat sekarang...anak-anak merdeka ini masih belum bebas daripada penjajahan dari segi pemikiran dan tindakan.
Kita masih lagi terpengaruh dengan budaya-budaya barat yang sememangnya akan merosakkan pemikiran anak-anak merdeka yang mudah terpengaruh.
Oleh itu, kita sebagai generasi anak merdeka perlu peka terhadap pengaruh ini dan menjadi warganegara yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, negara dan nilai kemanusiaan pada keseluruhannya...

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-53

SIMBOL NEGARA: PEDULIKAH KITA???

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Apakah persamaan yang terdapat pada Jalur Gemilang, Bunga Raya, Lagu Negaraku, Tugu Negara dan Jata Negara?

Kebanyakan kita tahu bahawa Jalur Gemilang dan Negaraku adalah bendera dan lagu kebangsaan negara ini, tetapi tidak banyak anak muda yang sedar bahawa Bunga Raya dan harimau juga menjadi simbol negara kita.

Jika kita amati, kebanyakan organisasi besar dan sektor swasta menggunakan simbol itu dalam logo mereka seperti Proton, Maybank, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Filem Negara Malaysia.

Sayangnya, setelah usia kemerdekaan negara kita mencapai 53 tahun Selasa ini, masih banyak rakyat Malaysia yang belum sedar tentang erti sebenar serta benda-benda yang menjadi simbol negara ini.

Sejauh manakah rakyat Malaysia yang sedar bahawa Jalur Gemilang, Jata Negara, Lagu Negaraku, Bunga Raya, Tugu Negara, Bahasa Melayu, Proton Saga, Rukun Negara, Harimau dan Masjid Negara adalah sebahagian daripada simbol negara kita?

Berapa ramaikah daripada kita yang berasa marah atau mengambil kisah apabila penunjuk perasaan membakar Jalur Gemilang di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta Isnin lepas?

Semua simbol itu mencerminkan identiti negara, yang bukan sahaja masih samar dalam kalangan generasi muda, tetapi juga sesetengah orang dewasa dan organisasi berkaitan yang sepatutnya lebih tahu mengenainya.

Bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu, kereta nasional pertama Proton Saga, Tugu Negara dan Masjid Negara tidak begitu diambil peduli oleh generasi muda.

Bercakap tentang penghayatan terhadap identiti negara, Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Sidek Jamil berkata generasi muda hari ini tidak akrab dengan simbol berkenaan.

Katanya semua simbol ini melambangkan perpaduan, keamanan dan sejarah negara, yang masing-masing mempunyai sejarah di sebaliknya.

"Bukan mudah untuk diiktiraf sebagai simbol sesebuah negara kerana prosesnya mungkin mengambil masa bertahun-tahun," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama baru-baru ini.

Sebagai contoh, kata beliau, bunga rasmi negara, Bunga Raya, dipilih selepas diadakan pertandingan yang melibatkan banyak bunga lain, termasuk orkid.

Bagaimanapun, kebanyakan orang tidak menghayati dan enggan menghargai nilai yang tersirat di sebalik simbol ini.

"Malah, ada antara mereka yang tidak tahu bahawa Bunga Raya mempunyai lima kelopak," katanya.

Ditanya sama ada sukatan pelajaran sekolah sekarang adalah mencukupi untuk membolehkan pelajar mengetahui dan menghargai simbol negara, Sidek berkata ia memang mencukupi, tetapi hasilnya banyak bergantung pada cara bagaimana ia disampaikan oleh guru kepada murid.

"Kalau selama ini guru yang memberi penjelasan kepada pelajar, cuba buat perubahan dengan meminta murid pula bercakap tentangnya agar mereka lebih memahami erti dan sejarah di sebalik sesuatu simbol itu," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, pendedahan tentang semua simbol yang amat bernilai itu tidak seharusnya dilakukan melalui alam persekolahan semata-mata, tetapi perlu dilaksanakan secara berterusan termasuk di tempat kerja, restoran dan malah, di hotel.

"Seperti yang anda nampak sekarang, kebanyakan restoran makanan segera mempamerkan budaya Amerika melalui gambar koboi yang digantung di merata dinding. Saya rasa, inilah caranya Barat menjajah minda kita.

"Kesedaran perlu diwujudkan di mana saja...di sekolah, universiti, tempat kerja, restoran dan malah, di hotel," kata Sidek.

Sumber: Bernama

Saturday, August 28, 2010

10 rahsia untuk mempunyai sahabat baik

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Sunday, August 22, 2010

Ketahui rahsia sahabat sahabiah melalui ...

TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi mereka yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi mereka yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Mereka yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Saturday, August 21, 2010

APA ITU KAUNSELING? sambungan

DEFINISI KAUNSELING
• Kaunseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat pilihan
• Melaksanakan pilihan yang telah dibuat
• Temubual yang bersiri untuk meneylesaikan masalah.
• Proses dimana dua orang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti penyelesaian.
• Kaedah mengenalpasti penyelesaian yang praktikal berkaitan masalah dalam kehidupan harian atau pekerjaan.

FAKTOR DALAM DEFINISI KAUNSELING
• Kehadiran dua orang.
• Proses mengarah kepada tindakan oleh klien.
• Kaunselor adalah orang mendengar.
• Klien dipercayai untuk mendapatkan cara penyelesaian tersendiri.
• Pertumbuhan perubahan diri klien lazimnya berlaku.
• Penyelesaian masalah adalah suatu yang diharapkan.
Krumboltz (1965)
Apa saja aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien

Persatuan Bimbingan dan Personel Amerika (1980)
Kaunseling ialah penggunaan Prosedur Kaunseling dan bidang lain yang berkaitan dengan tingkah laku untuk membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan masalah

Burks dan Steffire (1979)
Perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dan klien bersifat “person-to-person”. Kadang-kadang melibatkan dua orang bagi menyelesaikan masalah emosional dan interpersonal

Zainal Abidin (2002)
Kaunseling adalah perbincangan antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan memikirkan alternatif untuk mengatasi kecelaruan dan laksanakan alternatif yang dipilih

Friday, August 20, 2010

APA ITU KAUNSELING?

PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

• Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
• Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.

Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

SUMBER: Asmawati Baharudin

DEFINISI KAUNSELING

Menurut Blocer (Shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses interaksi yang
menggerakkan pemahaman yang bermakna, terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.

Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990), mendefinisikannya: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan, dan belajar mencapai matlamat ang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Cristiani, 1990) pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Monday, August 16, 2010

CUBA TEKA BERAPA BERAT GELAS INI?



Suatu pagi seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid2nya, “cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?”
Jawab murid yang duduk di hdpn kls: “50 gram, cikgu!”
Guru tersebut tersenyum. “ yang lain?” Soalnya.
“saya rasa mungkin 100 gram,” jawab seorang pelajar perempuan.
Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah kelas, “jawapannyamesti 150 gram, cikgu.” Beberapa orang lagi pelajar bangun, jawapan mereka berkisar antara 50 hingga 500 gram.
Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas in 200 gram? 300 gram? 410 gram? Atau 100 gram?
Jawab gurunya, “jawapan kamu mungkin betul mungkin juga salah! Sebenarnya berat segelas air ini tak begitu penting sebab ianya bergantung kepada brp lama kamu memegangnya.
“jika kamu memegang gelas ini satu minit, tidak menjadi masalah. Kalau satu jam tangan kamu akan sakit. Sehari, kamu perlu diusung ke ambulans.” Ketawa murid2nya mendengar kata2 guru itu.
Sambung guru tersebut; “ murid2 sekalian...berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat. Apa yang patut kamu lakukan ialah letak gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.
“begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masalah itu untuk seketika.
“jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali.”

Friday, August 13, 2010

RABIULAWAL

Anda Lahir Pada: Khamis, 18, RabiulAwal, 1410 Hijrah

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM :

RABIULAWAL

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

kalau benar, Alhamdulillah.
Biar semua berjalan dengan lancar.

Doa sebaik-baiknya saja.
oleh diubati,
dan yang

Selamat Ber-ramadhan kawan-kawan.

Moga tanam kekuatan dihati,
untuk melawan nafsu hakiki,
semoga yang sakit boleh diubati,
dan yang sihat lebih dirahmati.

Selamat Puasa 1 Malaysia.
Selamat Beribadat kepadanya.
Selamat berubah apa adanya.
Selamat menjadi manusia yang berjaya :)

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI...

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.


Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK


Selamat menyambut ramadhan al mubarak kpd semua umat islam seluruh dunia.
Sesungguhnya ramadhan kali ini sangat besar ertinya kpd kita. syukur kehadrat ilahi krn kita diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan kali ini. entah ini adalah yang terakhir untuk kita???

Setiap kali datangnya ramadhan mesti aku teringatkan zaman persekolahan aku dulu. Rindu pula...apa taknya, aku mesti menyambut ramadhan bersama kawan2ku di asrama. Bersama kawan2 yang senasib dgnku...tp skrg, entah aku dpt bertemu dgn mereka lagi ataupun tidak. Lepas tu masa berbuka ngn kawan2 mesti ingat nak balik rumah, nak berbuka dengan family. tapi, skrg ni bila berbuka dgn kwn2 kat kolej mesti teringat zaman persekolahan dulu. Seronok juga masa kat asrama dulu, bancuh air sama2, beratur untuk mengambil makanan dan sebagainya.

Buat semua umat Islam seluruh dunia, sekali lagi aku ingin ucapkan selamat menyambut ramdhan al mubarak. Semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan yang besar kepada kita. Banyakkanlah amal ibadat dalam mengingati Allah SWT.

SALAM RAMADHAN


Saturday, August 7, 2010

HAIWAN ANEH

Masa dok tengah layari internet cari bahan untuk asgmt, tiba2 aku terjumpa gambar2 ni. Aku sendiri pun tak tau haiwan dalam gambar ni wujud ke tak...agak2 aku wujud, tapi entahlah...dah aku jumpa dan fikir tak ada bahan nak masukkan dalam blog ni, jadi aku jadikan ini sebagai isi dalam blog aku ni. Ada antara haiwan2 ini pernah kita jumpa. Tengok2lah dan fikir2kan lah, sekiranya ia wujud, betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.










Wednesday, August 4, 2010

GAMBAR2 PROGRAM MENITI PELANGI


peserta2 program MENITI PELANGI


bukan main posing lagi adik2 ni...semuanya rapat2


fasi pun join sama utk bergambar


sukanya budak2 ni menari waka2...sekali belajar dh pandai


barisan fasilitator bersama kaunselor smk raja chulan


banner Program 'Meniti Pelangi'...cantikkan???

PROGRAM MENITI PELANGI

dh lama tak update blog ni...

sepanjang minggu lepas sentiasa sibuk dengan asgmt yang bertimbun2 dan perlu dihantar segera. so, aku langsung tak berpeluang untuk membuka blog ni. nampaknya, hari ni aku berpeluang juga untuk meng 'update' blog aku ni.


Pada 30,31 Julai dan 01 Ogos, aku dan kawan2 aku seramai 9 orang telah menjayakan program yang telah kami rancang walaupun dalam masa yang singkat. kami menamakan program ini program motivasi pelajar yang bertajuk 'Meniti Pelangi'. kami telah melaksanakannya di SMK Raja Chulan, Ipoh Perak.


Kami menghadapi pelbagai ujian dan cubaan dalam melaksanakan program ini. semasa merangka kertas kerja, sekolah yang dipilih untuk kami melaksanakan program ini ialah SMK Seri Mutiara, Pulau Pinang. disebabkan beberapa faktor antaranya di sekolah tersebut tiada asrama dan jauh maka kami mengambil keputusan untuk memilih sekolah lain. sekolah kedua yang menjadi pilihan kami ialah SMK Gerik. setelah dirisik, sekolah tersebut juga tidak sesuai memandangkan jumlah pelajarnya yang agak sedikit. Kemudian kami ditawarkan untuk ke SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. disebabkan beberapa faktor yang tak dapat kami elakkan maka kami terpaksa memilih sekolah lain. Sekolah seterusnya, Smk Sg. Kob, kulim. kaunselor sekolah itu sangat mengalukan kedatangan kami, walaubagaimanapun kami terpaksa membatalkan hasrat untuk menjayakan program di sana kerana faktor jarak. jarak antara tanjung malim dengan kulim terlalu jauh dan kami bimbang sekiranya kertas kerja kami tidak diluluskan. kami terpaksa memilih sekolah yang berdekatan.

Dan nampaknya, SMK Raja Chulan, Ipoh berjaya menarik perhatian kami untuk kami menjayakan program motivasi pelajar 'Meniti Pelangi'. Tetapi, bilangan pelajarnya menyebabkan kami terpaksa merangka kembali kertas kerja dengan meletakkan sasaran kepada pelajar asrama (Tingkatan 1, 2 dan 4).

Setelah kertas kerja siap, kami pergi berjumpa dengan pensyarah, En. Ab. Aziz Mohd Yatim, dan Dr. Muzafar Shah (Ketua jabatan) untuk meminta kelulusan. Setelah itu, kami mengantar ke fakulti. pada minggu hadapan, apabila kami ingin mengambil kertas kerja, rupa2nya kertas kerja kami telah hilang. hal ini menyebabkan kami sedikit kelam kabut. Sedangkan kertas kerja itu bukan hilang di tangan kami. jadi, kami terpaksa print dan meminta tandatangan semula. kami hanya mempunyai masa selama 3 hari untuk meminta kelulusan kerana pada hari jumaat ini kami akan bertolak. dugaan demi dugaan menimpa...tetapi ada hikmah di sebaliknya apabila pemintaan kami untuk memohon kenderaan berjaya walaupun hanya sebuah van.

Pada hari kami ingin bertolak, macam perkara yang berlaku. ada antara ahli kumpulan kami yang mempunyai kelas dan kami meminta keizinan untuk pulang awal. tetapi, rupa2nya dugaan bukan di situ, salah seorang ahli kumpulan kami tertinggal kunci dalam bilik dan terpaksa berurusan dengan pihak pejabat sedangkan pada waktu itu, pejabat hampir ditutup. Semasa kenderaan (van) datang untuk mengambil kami, ramai lagi kawan2 yang belum datang kerana masalah tertentu. walau bagaimanapun perjalanan kami tetap berjalan lancar hingga tiba di sekolah tersebut. Sambutan di sekolah tersebut amat baik.

Terima kasih kepada pensyarah atas kelulusan ini, pengetua smk raja chulan cikgu2 smk raja chulan, kawan2, para pelajar yang bekerjasama dalam menjayakan program motivasi pelajar 'meniti pelangi' yang dijalankan selama 3 hari 2 malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...