Kita yang Tidak Melihat I
Pantai Alexandria |
Ana mulakan kalam bisu hari ini dengan gambar di atas.Ihsan henset murahan,tapi gambarnya sudah cukup menggambarkan betapa indahnya ciptaan Tuhan.Dan untuk gambar kali ini,ada satu persoalan ingin ana ketengahkan.
“Apabila melihat gambar di atas(gambar laut),apa yang kalian bayangkan?”
Laut biru?
Seafood?
Tsunami?
Apa yang kalian bayangkan?
Sebagai seorang mahasiswa perubatan,ana melihat laut sebagai sumber ketenangan.Mungkin sahaja bagi mahasiswa Mesir lain,yang terlalu lama mengidamkan makanan laut [baca:seafood],mereka melihat laut sebagai sumber makanan. Manakala seorang nelayan, haruslah dia melihat laut sebagai mata pencarian.Dan mungkin ada antara saudara-saudara kita di sana, melihat laut sebagai raksasa yang menakutkan.Trauma tsunami yang masih belum kebah!
Benda yang dilihat(laut) sama.Tapi masing-masing berbeza ‘pandangan’nya.
Percaya atau tidak,apa yang kita lihat itulah,apa yang kita dapat.
Contoh mudah,kuliah di universiti dan ceramah di masjid.
Berapa ramai antara kita yang melihat kepada perbezaan kuliah dan ceramah dengan mudah-mudah melabelkan kuliah sebagai ilmu duniawi, ceramah di masjid sebagai ilmu ukhrawi namun membutakan mata daripada melihat kepada persamaan mereka bahawa sesungguhnya kedua-duanya sama,yakni majlis ilmu.Kedua-duanya malaikat menghamparkan sayap mereka.
Andai kita mampu melihat bertebarannya malaikat di dalam dewan kuliah,pasti tidak terdetik untuk kita memonteng kuilah.Namun adalah lebih malang buat mahasiswa yang memonteng kuliah di universiti untuk mengikuti kelas agama dengan berfikiran sempit bahawa malaikat hanya wujud di ceramah agama di masjid!
What you see is what you get!
Melihatlah dengan mata Hati
Allah itu Maha Melihat.Dan ‘penglihatan’nya adalah yang terbaik.
Dalam melihat,dalam memandang,pandanglah dari sisi seorang hamba dengan dibimbing pandanganNya.
Cinta itu memang buta pada fizikalnya.Kerana itu kita masih mampu bercinta dengan Allah dan rasulnya walau kita tidak pernah bersua.Andai cinta itu buta pada spiritualnya,maka kita langsung tidak akan ‘nampak’ Allah dan rasulnya,apatah lagi untuk bercinta.
Pandanglah,dengan mata hati,luaskan pandangan buka pemikiran.
Buka matamu,dan melihatlah!
p/s: Ini post ekspress.Jujur,ana curi masa lari dari satu seminar sekarang.Bukan semata-mata untuk menulis entri ini.Tapi untuk perkongsian di blog dan website lain.Ana minta maaf untuk pihak penganjur dan sahabat yang berpenat lelah.Ana tidak sanggup untuk mengaku letih dan memberikan alasan yang lain,tidak layak.
Lihatlah lelah di dunia,sebagai kerehatan di akhirat.Syukran :)
Lihatlah lelah di dunia,sebagai kerehatan di akhirat.Syukran :)
entry yg bagus..keep it up...huhu
ReplyDeleteApabila jiwa hidup atau jiwa jaga
ReplyDeleteApa sahaja yang dilihat, dirasa, didengar,
disentuh menambahkan iman mendekatkan diri kepada Tuhan..
Moga terus thabat!
@Afiqah Haslin
ReplyDelete"Lihatlah ke atas untuk berharap, lihatlah ke bawah untuk bersyukur, dan lihatlah disekelilingmu untuk berhati-hati."
Semuanya perlu dilihat.Cuma pandangan dengan iman lebih baik daripada pandangan yang terbuta dengan kejahatan.
InsyaAllah,moga sama-sama terus thabat.
mantap, hebat dr kita ni :)
ReplyDeleteSalam....doktor muda, teruskn menulis krn Allah, jgn pernah lelah jgn berhenti=) smga kita semua terus thabat pd jln dkwah dan jln agama Allah swt Entry Terbaru : KEMPEN INTERNET TOYYIBAH
ReplyDelete