Search This Blog

Friday, December 19, 2008

BUKAN SALAH AKTA, TAPI SILAP KITA!


NAPAAN RABEKA

RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 telah diluluskan tanpa menghadapi masalah, tetapi keadaannya tidak ubah seperti menukar kereta lembu kepada beca roda tiga.

"Jika pegawai BPR yang sedia ada diserap ke dalam SPRM tanpa tapisan hanya akan menyebabkan Suruhanjaya menjadi keldai tua yang tidak mampu berjalan," ujar Mantan AJK UMNO Bahagian Silam, Haji Napaan Rabeka.

Kata Napaan, beliau sudah hilang kepercayaan kepada BPR atau dengan nama baru SPRM kerana dikendalikan oleh orang yang sama dan hanya menukar akta yang sedia ada.

Bagaimanapun kata Napaan, beliau masih menaruh harapan agar beberapa kes berprofail tinggi yang dilaporkannya diambil tindakan sewajarnya jika SPRM berkuatkuasa.

"Saya amat kesal kerana bukti yang saya kemukakan lengkap, namun BPR hanya menutup sebelah mata ketika menjalankan siasatan. Saya tahulah yang saya lapor adalah Ahli Parlimen, tetapi dia bukan lagi Ahli Parlimen, kenapa tidak ambil tindakan?," ujar Napaan yang merujuk kepada Mantan Ahli Parlimen Silam, Datuk Haji Samsu baharun Haji Abdul Rahman.

Kata Napaan, Samsu menggunakan namanya dan keluarganya iaitu Rasid Afta, Peme Narel, Fatimah Eneta, Ahmad Sulaiman, Muhammad Eneta dan Normanah Tepoh membuat tuntutan palsu bantuan banjir bernilai RM6,500 setiap seorang walaupun mereka cuma memberi hamper bernilai RM70.

Menurut Napaan, tandatangan di baucer bayaran bukan tandatangannya tetapi beliau hairan kenapa BPR langsung tidak bertindak sebaliknya menukarkan pegawai yang menyerahkan bukti ke Putrajaya.

"Apakah BPR turut terlibat memusnahkan bukti yang dapat dengan susah payah? Jika tidak, tangkaplah Samsu dan hadap ke mahkamah," ujar Napaan yang jelak dengan sikap Samsu yang membuat tuntutan palsu sejumlah RM50,000.

Mengikut Napaan, dalam tuntutannya, Samsu mengakui rumah kesemua mangsa di Kampung Kokos, Batu 6, Segama Lama Lahad Datu ditenggelami air dan semua barang musnah, walaupun rumah beberapa mangsa berada di atas bukit.

"Kalau rumah mereka tenggelam, maka seluruh Lahad Datu akan tenggelam," kata Napaan yang terkejut kerana Pengarah BPR pernah mengugutnya untuk mengambil tindakan jika mendedahkan maklumat kepada umum mengikut Seksyen 214, Kanun Prosedur Jenayah.

Kini Napaan merasa serik untuk membuat laporan kes rasuah terutama melibatkan sebuah koperasi di Lahad Datu yang menggelapkan wang ahli dan melakukan pelbagai kesalahan rasuah dan pecah amanah, sebaliknya membuat laporan polis.

‘LOST WORLD’ BENAR-BENAR HILANG?




DIKENALI sebagai ‘The Lost World Of Sabah’, Maliau Basin akan benar-benar hilang dari bumi Sabah jika Kerajaan Persekutuan tidak melakukan sesuatu.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Zainuddin Hassan yang telah menghubungi http://mutalibmd.blogsport.com setelah mendapat maklumat daripada seorang pelancong tempatan berhubung pembalakan haram terbaru di Lembangan Maliau Basin.

“Ini bukan cerita dongeng kerana Jabatan Perhutanan Sabah telah bergegas ke Maliau dan berjaya memberkas pembalak haram,” ujar Zainuddin yang agak kesal kerana mereka belum dihadapkan ke Mahkamah.

Kata Zainuddin lagi, beliau terkejut apabila mendapat maklumat bahawa pembalak haram belum didakwa kerana kehadiran seorang lelaki bernama Henry Voon, yang mengaku sebagai Penasihat Kanan kepada Ketua Pengarah BPR.

“Kenapa pula ‘Broker Haram’ ini masuk campur? Cukuplah memfitnah pegawai awam yang berwibawa seperti Datuk Seri Ahmad Said. Saya akan buat laporan polis jika Henry Voon berterusan mengaitkan dirinya dengan KP BPR,” kata Zainuddin memberi amaran kepada Henry Voon yang turut menggunakan nama Datuk Jamidan Mohammad untuk melindungi kegiatan haramnya.

Jika kredibiliti KP BPR diragui, kata Zainuddin, Integriti Kerajaan akan tercela apatah lagi dalam keadaan kerajaan bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan gejala rasuah dengan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 yang baru sahaja diluluskan Parlimen.

“Saya minta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar menggunakan kuasanya menangkap Henry Voon yang memudaratkan keselamatan negara dengan melakukan kegiatan yang memalukan dan memfitnah penjawat awam,” cabar Zainuddin lagi.
Tegas Zainuddin, walaupun dilaporkan secara meluas di Sabah Forum, namun tidak ada pihak yang bertindak sehinggalah mendapat bantahan beberapa pihak daripada seluruh dunia.

Akhirnya, tiga hari lalu, Jabatan Perhutanan Sabah telah menangkap pembalak haram yang diketuai oleh seorang pembalak yang berpegaruh yang dianugerahkan pangkat Datuk pada tahun ini.

Namun kata Zainuddin, amat malang bagi Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah untuk bertindak mendakwa pembalak haram berkenaan yang telah memasuki ‘Buffer Zone’ kerana ‘kemungkinan’ ada pihak tertentu yang menghalang beliau berbuat demikian.

“Apa yang mahu dirundingkan? Kenapa mahu campur tugas pegawai awam? Siapa Henry Voon yang begitu berkuasa dan menyalahguna persahabatannya untuk memfitnah Ketua Pengarah BPR,” ujar Zainuddin yang kesal kerana seolah-olah tidak ada undang-undang di Malaysia.

Zainuddin menegaskan, beliau terkilan kerana ketika BPR menyerbu kilang balak di Keningau pada tahun lalu, Henry Voon turut memainkan peranan utama sehingga kelihatan lebih berkuasa daripada KP BPR.

Kata Zainuddin, The Lost World, Maliau Basin seluas 588.4 km² atau 58,840 hectares, namun kawasan utama Maliau Basin hanya 390 km persegi.


PALSU...Keratan akhbar Berita Harian yang membuktikan insiden Maliau Basin adalah terjemahan janji kosong Najib.


“Buffer zone yang dicerobohi telah menyebabkan kerosakan besar Lembangan Maliau yang menjadi kebanggaan dunia. Kenapa Pusat Remote Sensing Negara tidak dapat mengesan masalah ini setelah tiga bulan berlaku,” ujar Zainuddin yang turut membidas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Pengerusi Majlis Perhutanan Negara selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perhitan Negara pada 5 November 2004.

Ketika itu, kata Zainuddin, Najib berjanji bahawa kerajaan akan membekalkan setiap negeri dengan gambar satelit dan gambar udara untuk memastikan kegiatan pembalakan haram dapat dipantau dan dibasmikan.

“Sekarang sudah empat tahun, namun pembalakan haram Maliau sudah lebih tiga bulan berlaku, namun Pusat Remote Sensing Negara tidak dapat mengesan. Inikah kecekapan yang dijanjikan?,” ujar Zainuddin lagi.

Tegas Zainuddin, jika bukan kerana pelancong atau para blogger menyampaikan maklumat, kes pembalakan haram tidak langsung diketahui umum.

Wednesday, December 17, 2008

AHLI POLITIK MALAYSIA DI SAPENA DI HONG KONG?


Peniaga berkenaan sedang di bawa masuk ke Mahkamah Hong Kong, tetapi siapakah ahli politik kanan berkenaan?

SEORANG ahli Politik kanan Malaysia telah disapena untuk menjawab pertuduhan di Mahkamah Tinggi Hong Kong yang melibatkan kes penggubahan wang haram oleh seorang peniaga terkenal.

Menurut sumber yang terdekat, ahli politik berkenaan telah bercuti sejak Sabtu lalu dan telah berlepas ke Hong Kong sejak pagi ahad kerana dikehendaki oleh Suruhanjaya Bebas Mengenai Rasuah (ICAC) Hong Kong memberi keterangan pada selasa dan rabu.

“Dia hanya jadi saksi sahaja, bukan tertuduh,” ujar sumber berkenaan yang mengesahkan ahli keluarga pemimpin terbabit turut berlepas ke Hong Kong petang kelmarin.

Ahli politik berkenaan dikehendaki memberi keterangan berhubung pertuduhan seorang ahli perniagaan yang ditangkap ‘red handed’ oleh ICAC Hong Kong ketika cuba menyeludup keluar $16 juta Singapura Dollar daripada Hong Kong ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun maklumat rasmi belum diperolehi daripada ICAC Hong Kong yang telah datang ke Malaysia pada November 2008 untuk menyoal siasat pemimpin politik kanan terbabit sebelum mengemukakan sapena untuk memberi keterangan rasmi.

Kes ini adalah yang pertama dilaporkan walaupun sumber maklumat rasmi ICAC Hong Kong yang melaporkan bahawa mereka telah memantau kegiatan penggubahan wang haram yang dilakukan peniaga berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Beberapa akhbar nasional seperti The Star pernah melaporkan berita siasatan ICAC Hong Kong di Malaysia dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah Malaysia.

Senario ini menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung masa hadapan ahli politik berkenaan sama ada akan meletakkan jawatan atau terus memegang jawatan seperti kebanyakan pemimpin sekarang.

Mengikut maklumat tidak rasmi yang diterima, ahli politik kanan berkenaan terpaksa hadir ke Hong Kong bagi mengelakkan peniaga berkenaan dipenjara mandatori sekiranya gagal membuktikan wang tersebut milik rakannya yang dikeluarkan daripada akaun Bank Hong Kong.

Setakat berita ini ditulis, Kerajaan Hong Kong masih membekukan wang sejumlah RM180 juta yang disimpan di akaun Hong Kong Bank di Central Hong Kong.

Beberapa pemimpin kanan dan ahli politik Malaysia sebelum ini menafikan mereka terlibat atau mengenali peniaga yang dituduh menggubah wang haram berkenaan.

Kes ini menjadi begitu istimewa dan eksklusif namun amat menakjubkan tidak ada media cetak atau elektronik melaporkannya walaupun telah masuk hari ketiga perbicaraan berkenaan.

Mungkinkah Hong Kong meniru gelagat Malaysia yang mengadakan 'Media Blackout'jika melibatkan VIP?

INTEGRITI MALAYSIA DI PARLIMEN?




Ketika menerangkan isu Skandal IC PROJEK di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti pada 26 Februari 2007 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Bernard Giluk Dompok. Ketua Pembangkang, LIM KIT SIANG yang menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan turut hadir dan memainkan peranan aktif sepanjang sessi soal jawab dan memberi keterangan.



SETELAH merasakan kedaulatan Sabah dan Malaysia tergugat dan terancam akibat pengeluaran secara berleluasa kad pengenalan palsu, kewujudan pengundi hantu yang disewa dan IC Projek yang meranjau politik dan masa hadapan rakyat tulen Malaysia, maka Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti telah memanggil saya, Hassnar Ebrahim, Hamid @ Zaini Hassan dan Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat memberi keterangan di Parlimen.

Namun hanya saya dan Jabar sahaja yang muncul di hadapan jawatankuasa khas berkenaan yang dipengerusikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, manakala Hassnar dan Hamid tidak hadir.

Hassnar Ebrahim memberitahu saya beliau tidak mempunyai masa untuk melayan karenah jawatankuasa berkenaan kerana tidak percaya dengan kebolehupayaan jawatankuasa khas tersebut yang dibentuk hanya untuk mengabui mata rakyat.

Tegas Hassnar jawatankuasa khas berkenaan seperti ‘Itik Tempang’ yang tidak mampu berbuat apa-apa selain mendengar keterangan kerana tidak mempunyai kuasa mendakwa atau mengambil tindakan melainkan hanya menyampaikan hasil siasatan mereka Perdana Menteri Malaysia untuk dibincangkan di Kabinet.

Manakala Hamid memberitahu saya beliau sedang uzur kerana mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi dan meminta jasa baik jawatankuasa berkenaan menemuinya di rumahnya di Kampung Tanjung Pukat, Tanjung Batu, Tawau.

Walaupun keterangan yang disampaikan kepada jawatankuasa ini agak sulit dan boleh mengancam nyawa saya namun saya menyerahkan diri saya kepada takdir Illahi untuk menentukan ajal dan maut saya demi kepentingan rakyat Malaysia.

Kenyataan saya ini dibuat secara bersumpah dan difailkan secara rasmi di Parlimen bersama tiga buah buku trilogi saya iaitu IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Disewa dan IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir?

Seperti Hassnar, saya juga tidak mengharapkan apa-apa daripada jawatankuasa khas berkenaan, tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya menghormati Parlimen dan hadir memberi keterangan secara sukarela.

Walaupun saya dan Jabar mengalami jerih payah dan ancaman agar tidak memberi keterangan di hadapan jawatankuasa berkenaan, namun demi kesinambungan perjuangan, kami menyerahkan nasib kami kepada kebesaran Allah s.w.t.

Akhirnya, seperti saya duga, Pengerusi Jawatankuasa Khas berkenaan, Tan Sri Bernard Dompok yang terlalu prihatin dengan masa hadapan Sabah meletakkan jawatan tidak lama selepas kami memberi keterangan!




AFFIDAVIT SAKSI

BAHAWASANYA, Saya, ABDUL MUTALIB BIN MOHAMED DAUD yang beralamat di LOT 5, MDLD 4434, TINGKAT 1, JALAN BUNGA RAYA, BANDAR SINGGAMATA, LAHAD DATU, SABAH sesungguhnya mengemukakan affidavit untuk mengesahkan wujudnya KEGIATAN MEMBERI KAD PENGENALAN atau KEWARGANEGARAAN SONGSANG kepada PENDATANG ASING TANPA IZIN serta PEMBERIAN TARAF PENDUDUK TETAP kepada PELARIAN PERANG FILIPINA agar PARLIMEN MALAYSIA dapat menjalankan siasatan dan mengesyorkan penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA bagi menyelesaikan isu yang menjadi ibu kepada segala masalah di Sabah.

DAN BAHAWASANYA saya, ABDUL MUTALIB BIN MOHAMED DAUD selaku PENULIS PROFESIONAL dengan ini mengaku bahawa semua penjelasan dan perakuan yang dinyatakan di dalam affidavit ini adalah BENAR dan SAH hanya untuk kegunaan JAWATANKUASA PILIHAN KHAS DEWAN RAKYAT MENGENAI INTEGRITI Sahaja.


NOTA: AFFIDAVIT INI DIDAFTAR DI MAHKAMAH.


01. Buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah

Buku ini telah diterima sebagai bahan bukti yang sah dalam PETISYEN PILIHANRAYA DUN LIKAS oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.


Harga : RM50.00 Senaskhah
Tebal: 525 halaman

Saya menulis buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah pada tahun 1999 kerana saya merasakan ianya mengancam KESELAMATAN dan MENCABUL HAK ASASI MANUSIA, terutama rakyat tempatan yang menjadi mangsa kerana Kad Pengenalan mereka diklon atau bertindih dengan Warga asing.

Sebagai contoh, seorang warga Indonesia, HASNAH CUDANG yang me-masuki Sabah secara haram dan bekerja di Felda Sahabat Lahad Datu sebagai Tukang Masak dan Tukang Cuci pakaian pekerja ladang telah menggunakan kelonggaran undang-undang ketika itu dengan membuat laporan polis bagi membolehkannya mengaku kad pengenalan miliknya, H 0633269 telah hilang dan diberikan borang HNR 7 dan dengan borang ini HNR 7 dia memohon lesen perniagaan dan menjadi kaya raya sebelum mendapat kad pengenalan projek H0537491 dan Mykad 650609-12-5300.


Dengan HNR 7 inilah Hasnah mencari dan mencuri kehidupan Di Sabah. Kini Hasnah kaya raya dan sentiasa dilindungi POLIS kerana bank ‘PELABURAN’ mereka.

Bagaimanakah nasib SITI RIAH SABRAN, pemilik asal kad pengenalan yang dipergunakan oleh Hasnah? Terpaksa menanggung malu kerana namanya disenarai hitamkan dan kemungkinan dikejar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana semua kontrak kerja di Felda melalui Pesanan Kerja Am.

Manakala seorang warga Filipina, P.RAMLEE LAMPAD, boleh hidup dengan bebas di Sabah dan menjadi SALAH SEORANG yang paling BERPENGARUH di kalangan PATI kerana mempunyai hubungan rapat dengan PEGAWAI PENDAFTARAN dan WAKIL RAKYAT walaupun hanya memiliki kad pengenalan palsu, namun telah mengundi dalam setiap pilihanraya.

Beliau memegang dua kad pengenalan palsu iaitu H0687201 dan H0547626 untuk menjadi ahli di Cawangan UMNO Kg. Air Blok C sejak 27 Julai 1991 dan 12 Oktober 1994.


P.RAMLEE LAMPAD, adalah orang kanan (kerana peranan dan duduk di sebelah kanan ALLAHYARHAM PAIMIN PAIMAN (berbaju putih) berjaya melahirkan generasi kedua yang mempunyai Mykad kerana lahir di Sabah dan tidak memerlukan apa-apa dokumen lain. P.RAMLEE hebat kerana memiliki dua keahlian dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang berbeza.

Semasa Paimin Paiman menjadi Ketua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Lahad Datu, dia menjadi PEMBANTU PERIBADI walaupun ketika itu hanyalah TUKANG SAPU.

Sesiapa yang ingin berjumpa Paimin, perlu melalui dia dahulu. Selepas Paimin diarah meletakkan jawatan, P Ramlee diambil oleh SAMSU BAHARUN HAJI ABDUL RAHMAN sebagai Penjaga Pejabat dan Orang Suruhan sehingga kini.

Contoh selebihnya boleh dilihat di dalam buku saya IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah.

Isu kad pengenalan palsu boleh dikatakan TIDAK LAGI MENJADI ANCAMAN kepada negara sejak penukaran daripada Kad Pengenalan Biru kepada Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan kini Mykad dan ISU KAD PENGENALAN PALSU boleh dianggap sebagai KES SELESAI. Jika adapun dalam jumlah yang kecil dan boleh ditangani oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan cekap dan berkesan.

Namun kita akan TERKEJUT BERUK apabila mendapati ISU ini adalah ISU BERLARUTAN dan menjadi TABOO dan tidak akan dapat dijawab oleh mana-mana MENTERI di PARLIMEN kerana ianya diTAJA oleh ’KERAJAAN!’


2. BUKU PENGUNDI UNTUK DISEWA

Buku ini membincangkan isu yang selama ini menjadi RAHSIA dan punca kekalahan PBS pada pilihanraya 1994 dan SAMPAI BILA-BILA kerana berjaya merubah corak pengundian di Sabah. Wajar dibaca oleh Semua Ahli Wakil Rakyat ke-rana untuk apa berbangga jadi wakil rakyat jika seperti AYAM JANTAN. Kokok berderai-derai, punggung penuh tahi. Me-nang kerana Pengundi Untuk Disewa dan bukannya UNDI MUTLAK rakyat Sabah.

Harga : RM15.00 Senaskhah
Tebal: 132 halaman


Saya menulis buku PENGUNDI UNTUK DISEWA apabila saya dapati begitu ramai orang asing atau PATI telah digunakan oleh ’agensi ad-hoc kerajaan’ yang diketuai oleh PASUKAN PETUGAS KHAS PERSEKUTUAN (TASK FORCE) yang tidak mempunyai locus standi dan Jabatan Kerajaan seperti PDRM, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dengan kerjasama parti politik tulang belakang kerajaan seperti UMNO dan Parti Komponen Barisan Nasional (BN).

Terdapat beberapa kategori PENGUNDI UNTUK DISEWA ini iaitu:

2.1 PATI dan PADI

Bagi Kategori PATI dan PADI, ’Agen Kerajaan’ akan mengeluarkan kad pengenalan Khas kepada mereka HANYA UNTUK MENGUNDI SAHAJA dan bukan untuk tujuan lain. Selepas membuang undi, mereka dikehendaki mengembalikan kad pengenalan mereka kepada ’Agen Kerajaan’. Ketua-Ketua 10 UMNO yang diselaraskan oleh Task Force akan memastikan mereka turun mengundi dan dihantar ke seluruh Sabah dengan bas atau kenderaan kerajaan dengan kawalan ketat. Terdapat ramai PATI dan PADI tidak mengembalikan kad pengenalan mereka dan menggunakannya sehingga kini.


Kerajaan telah mengumumkan secara rasmi iaitu menarik balik kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah sejumlah 16,693 bernombor siri H 0492001 hingga H0494500, H0539801hingga H0539999 dan H0540001 hingga H05539999 melalui surat Ibu Pejabat Pendaftaran Negara bil.JPN.KP (S): H/163/2/1(49) bertarikh 21 Mei 1996, namun malangnya dokumen berkenaan masih diterima sebagai dokumen sah oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Jabatan Kerajaan.



Sebagai contoh PATI yang menggunakan kad pengenalan yang TIDAK DIIKTIRAF untuk mengundi dalam setiap pilihanraya TANPA GAGAL ialah:

a) H0548619-ANDIKA B MUHD NUR (Sapagaya, Lahad Datu),
b) H0548725-ABDUL BIN TANDIH (Sapagaya, Lahad Datu)
c) H0543074-HALIL SANUSI (Sakar, Lahad Datu),
d) H0547632-SARIMAH BT AMIL (Sakar, Lahad Datu),
e) H0543113-TARI BIN LASIN (Sakar, Lahad Datu) dan
f) H0547634-DARUISA BT DIM (Sakar, Lahad Datu).

Contoh lain boleh dirujuk di Muka Surat 65 hingga 72 buku PENGUNDI UNTUK DISEWA.



Ramai pengundi hantu turun membuang undi seperti penjual sayur di Keningau (dalam gambar atas) yang tidak mempunyai apa-apa dokumen tetapi memperoleh kad pengenalan projek dan mengundi di tiga kawasan dalam hari yang sama. Memang hebat kerana mereka mengalahkan HANTU.





Warga PAKISTAN yang memperoleh KP Palsu atau Projek tidak takut atau segan untuk turun mengundi walaupun mereka tidak berhak mencampuri urusan pilihanraya dan tinggal di Sabah. Inilah punca kemarahan rakyat Sabah




Terdapat juga pemilih yang diiktiraf sebagai ’PENGUNDI HANTU’ kerana berkongsi satu nombor kad pengenalan. Sebagai contoh, nombor kad pengenalan H0563505 dikongsi bersama oleh tiga orang pengundi iaitu:

a) RAHMAN BIN ALI (Tabanak, Lahad Datu),
b) HARYATI BTE MOHD DOM (Limbawan, Bingkor) dan
c) SALINA BTE JUBAIL (Kinarut, Kawang).

Kes ini bukan sahaja berlaku di Sabah, malah di seluruh Malaysia. Sebagai contoh No Kad Pengenalan 0001384 dikongsi bersama oleh EMPAT ORANG untuk menjadi pemilih berdaftar masing-masing:

a) TAN AH JEE (Segamat, Johor)
b) WASIL B ASDI (Tg.Puteri, Johor)
c) IBRAHIM MOD TAHIR (Lambak, Johor)
d) PERMIAN B AWIN (Bera, Pahang)

Agak memeranjatkan begitu ramai WARGA PAKISTAN yang menggunakan kad pengenalan palsu turut membuang undi antaranya;

a) H0543231-OTHMAN B KASTA KHAN (Sipitang),
b) H0543558-ALDAM B HJ GULAM DAGAN (Pasir Putih, Petagas),
c) H0547713-SHIR HASSAN ABDURASID (Tanjung Aru, Kinabatangan),
d) H0548877-AMIR B GOLL (Klias Baru, Beaufort)

2.2 Pelarian Filipina yang memegang Kad IMM13





Kerajaan mempunyai Agenda Tersembunyi dengan mengekalkan status mereka sebagai PELARIAN PERANG sekalipun Selatan Mindanao sudah selamat sejak 1980-an lagi
Mereka ini telah dikerah oleh Task Force untuk mengundi pada setiap pilihanraya dengan pemberian kad pengenalan khas untuk tujuan mengundi dan kad IMM13 hanya mengaburi mata rakyat tempatan. Mengikut peraturan mereka tidak boleh meninggalkan kawasan penempatan yang ditetapkan kerajaan dan hendaklah dikawal ketat.

Nasib mereka TERAMAT BAIK berbanding Pelarian Vietnam di Pulau Bidong kerana mereka bebas bergerak di bumi Sabah dan menggunakan Kad IMM13 sebagai Pasport untuk menghalalkan jenayah seperti pengedaran dadah, samun dan jenayah fizikal yang menyebabkan kecederaan dan kematian

2.3 PDRM dan Tentera

Undi Pos adalah DEPOSIT yang boleh ditunaikan pada SETIAP PILIHANRAYA UMUM atau PILIHANRAYA KECIL oleh Kerajaan dengan mengarahkan anggota polis dan tentera mengundi BN secara berterusan TANPA GAGAL. Abang Ipar saya seorang Sarjan Mejar dalam pasukan PDRM; Arwah ayah saya seorang tentera dan Anak Saudara saya Seorang Kapten dalam Tentera Darat, namun tidak pernah melihat bagaimana rupa KERTAS UNDI POS!

Saya pernah didatangi oleh Wakil Ketua Polis Daerah dan Pegawai Memerintah Pasukan Gerak Am yang meminta RM30,000 bagi memastikan undi pos milik Wakil Rakyat saya. Majoriti pegawai polis dan tentera yang saya temui mengaku TIDAK PERNAH MENGUNDI kerana KETUA MEREKA yang menjalankan tugas berkenaan.

Manakala Bekas Calon Parti Bersatu Sabah bagi DUN Lahad Datu, SULAIMAN PANGERAN ATOK, mengakui beliau telah dihubungi seorang lelaki berpangkat ASP yang meminta RM 100,000 jika mahu mendapat 742 undi pos PDRM, tetapi dia enggan.

Saya terpegun apabila mendapati MURNI BT YUNUS turut menggunakan kad waran suaminya MUSTAFFA B SAMSUDDIN bernombor R0122868 untuk ’mengundi’ di Sakar, Lahad Datu dan dalam masa yang sama turut menggunakan kad pengenalannya bernombor 740701-12-5693 untuk mengundi sekali lagi dan suaminya turut menjadi ’pengundi’ dengan kad waran yang sama.


Lebih menakjubkan kad waran tentera T 1082982 dikongsi seramai tiga orang tentera iaitu:

a) KL ARUCHELVAN A/L/ KALIMUTHU (Kluang, Johor),
b) SHAMSUL BAHRIN BIN CHE DAUD (Peringat, Kelantan) dan
c) I/K AZLINDA ABD MANAF (Peringat, Kelantan).

Begitu juga dengan waran T 1075728 yang dikongsi oleh tiga orang tentera masing-masing:

a) MURUGAN A/L KATHIRAVELU (Wangsa Maju, Kuala Lumpur),
b) MOHD IQBAL BIN ABDULLAH (Selayang, Selangor) dan
c) ZAINAB BTE MOHAMMAD (Peringat, Kelantan).

Amat menghairankan saya mendapati terdapat 21,825 pemilih berdaftar di pantai timur Sabah terdiri daripada warga MI SEGERA yang diselenggara, dilindungi dan dikawal selia oleh PASUKAN KESELAMATAN yang ditubuhkan untuk membanteras PENDATANG ASING di negara ini sehingga tidak dapat DISENTUH oleh penduduk tempatan yang marah kerana mereka mengenali pengundi itu sebagai PENDATANG ASING.

Saya paparkan semakan rambang terhadap daftar pemilih yang mencatatkan seramai 71,113orang pemilih adalah warga asing, manakala 490 lagi adalah pendatang haram yang memiliki kad pengenalan palsu.

Nombor Siri Kad Pengenalan Biru Jumlah
H0288000 Sehingga H0288008 8
H0290001 Sehingga H0299987 5,047
H0300007 Sehingga H0309998 3,954
H0310050 Sehingga H0319918 1,531
H0320023 Sehingga H0329997 4,381
H0330001 Sehingga H0339877 1,526
H0340065 Sehingga H0349997 1,430
H0350000 Sehingga H0359950 1,704
H0360041 Sehingga H0369995 512
H0370117 Sehingga H0379998 618
H0380001 Sehingga H0383999 2,807
H0480001 Sehingga H0489999 6,495
H0500000 Sehingga H0509999 6,598
H0510000 Sehingga H0519998 6,781
H0520001 Sehingga H0529999 6,759
H0530001 Sehingga H0539960 6,359
H0550167 Sehingga H0559998 3,968
H0560000 Sehingga H0569999 6,660
H0570000 Sehingga H0575999 3,410
H0609603 Sehingga H0609618 15
H0609801 Sehingga H0609861 54
H0658001 Sehingga H0658076 61
H0658601 Sehingga H0658782 131
H0658801 Sehingga H0658899 83
H0658400 Sehingga H0658599 162
H0666203 Sehingga H0666269 59
Jumlah 71,113

Kad pengenalan yang tidak ada dalam rekod JPN tetapi tersenarai di dalam Daftar Pemilih yang digunakan untuk Pilihanraya DUN Sabah dan Parlimen yang baru lalu.

Nombor Siri Kad Pengenalan Biru Jumlah
H0492001 Sehingga H0494500 42
H0539801 Sehingga H0539999 6
H0540001 Sehingga H0553999 442
Jumlah 490

DAFTAR PEMILIH masih dikotori oleh PENGUNDI HANTU sehingga ke hari ini sehingga pembangkang memulau pilihanraya kecil DUN Batu Talam, Pahang dan ini memberikan tamparan yang hebat apabila PILIHANRAYA yang dihalal-kan disemua negara bertamaddun kini dianggap sebagai HARAM di Malaysia kerana kotor lagi mengotorkan dan jijik lagi menjijikkan.

3. IC PROJEK-AGENDA TERSEMBUNYI MAHATHIR?


Mengabadikan kenangan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya sebelum menyampaikan buku IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir? kepada Perdana Menteri Malaysia setelah buku tersebut juga dihadiahkan kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sabah

Menyedari bahawa isu PALING BESAR yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia sekarang bukan sahaja KAD PENGENALAN PALSU, malah KAD PENGENALAN PROJEK yang dikeluarkan melalui jalan songsang apabila WARGA ASING memiliki Mykad dan TIDAK BOLEH DICABAR DI MANA-MANA MAHKAMAH DI DUNIA kerana mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara, MYKAD mereka adalah SAH dan MERUJUK kepada PENAMA mendorong saya untuk menulis buku IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir? (ATM).



BERTUAH...Warga Pakistan ini amat bertuah kerana berjaya memohon PASPORT ANTARABANGSA MALAYSIA untuk ‘balik negeri’ sedangkan penduduk pedalaman Sabah tidak memiliki kad pengenalan. Kata pegawai Imigresen ini “…jangankan warga Pakistan, India atau Negro pun boleh dapat pasport antarabangsa asalkan boleh kemukakan KAD PENGENALAN PROJEK.”

Kejayaan Kerajaan Berjaya yang diketuai DATUK HARRIS SALLEH merekrut begitu ramai PATI di Sabah dengan bantuan Timbalan Menteri Dalam Negeri, DATUK SERI MEGAT JUNID MEGAT AYUB yang mengeluarkan begitu banyak KAD PENGENALAN PROJEK kepada warga Indonesia yang bekerja di Ladang dan Warga Filipina yang tinggal di Kem Pelarian serta Warga Pakistan dan India yang memasuki Sabah secara sah tetapi tinggal melebihi tempoh Visa telah mendorong UMNO merekrut Warga Asing secara besar-besaran setelah KUDITA (COUP-DE-TAT) 1986 GAGAL.

Ketaatan ratusan ribu warga asing Indonesia, Filipina dan Pakistan yang digunakan dalam RUSUHAN 1986 memberi ruang dan peluang kepada pemimpin UMNO menggunakan FORMULA BERJAYA untuk menumbang kerajaan PBS menerusi OPS GEMBELING yang dipelopori oleh kakitangan JABATAN PENDAFTARAN NEGARA sendiri.

Target UMNO ialah untuk meramaikan majoriti pengundi Islam untuk mengurangkan majoriti pribumi dan mengubah corak mengundi di Sabah.

Senario dan keperluan ini timbul secara mendadak kerana kebangkitan kuasa pribumi sukar disekat melainkan dengan mengubah pola pengundian di Sabah. HARRIS SALLEH telah berjaya meyakini pemimpin UMNO dengan berkata:

”KERAJAAN PERSEKUTUAN boleh mendaftar mana-mana pendatang asing dalam masa tiga minit, tiga jam, tiga bulan atau tiga tahun. TIDAK ADA undang-undang yang menetapkan tempoh dan jika Kerajaan Persekutuan ingin mengubah corak mengundi di Sabah untuk selamanya, maka ia boleh dilakukan semudah menandatangani dokumen.”

Dengan pelancaran OPS Gambeling, seramai 322,903 orang warga asing Indonesia, Filipina, India dan Pakistan telah diberikan KAD PENGENALAN PROJEK melalui peruntukan nombor kad pengenalan biru:

H 0288001 hingga H0384000
H 0480001 hingga H0576000
H 0609601 hingga H0610000
H 0658001 hingga H0658200
H 0658401 hingga H0659000
H 0666001 hingga H0666400

Saya mengenalpasti lebih kurang 51 orang terlibat secara langsung dalam menjayakan OPS Gembeling ini masing–masing 26 orang Pegawai Pendaftaran dan 25 orang awam.

Berikut adalah senarai penuh personel yang menjadi jentera OPS GEMBELING:


URUSETIA/ PENYELARAS (Jabatan Pendaftaran Negara)

Ketua Penyelaras - MOHD NASIR BIN SUNGIP
Penyelaras I - AZMI BIN ABDUL KARIM
Penyeleras II - JUMAHAT TARIPIN
Penyelaras III - ASLIE SIDUP

PEMBAHAGIAN TUGAS MENGIKUT ZON

1) Zon Pantai Barat Utara- JUMAHAT TARIPIN
N1, N2. N3, N4, N5, N7, N8, N11, N13, N14 dan N31

2) Zon Pantai Barat Selatan- ASLIE SIDUP
N32, N33, N34, N36, N37 dan N38

3) Zon Sandakan- MOHD NASIR BIN SUNGIP
N15, N17, N28, N22 dan N23

4) Zon Tawau- AZMI BIN ABDUL KARIM
N43, N45, N47 dan N48

PENYELIA DAN KETUA (KEPALA BESAR)

Dun/ Kawasan Nama Penyelia

Banggi AG. MOHD YACOB BIN DAMIT YAHYA
Kudat JPN Kudat

Ketua: OSHING BIN HAMAD
Kg. Tg. Kapor, Kudat.

Bengkoka AHMAD BIN PG HASHIM
JPN Pitas

Ketua: PILIH BIN HJ HASSAN @ PILIK
Pulau Gaya, Kota Kinabalu.


Tandek KEE DZULKIFLY BIN KEE ABD JALIL
JPN Kota Kinabalu

Ketua: KEE MAIDIN BIN KEE ABDUL JALIL

Tempasuk MALJIB BIN HJ SALLEH
JPN Kota Belud

Ketua: SAMSI BIN MUKRAN
Kg. Tempasuk,Kota Belud

Usukan HASSAN BIN AWANG
JPN Kota Belud

Ketua: ABD GHANI MAYDIN
Pekan Kota Belud

Sulaman HJ NOOR ZAIN HJ TAWI
JPN Kota Kinabalu

Ketua: HJ IBRAHIM BATIHI
Kg. Likas,Kota Kinabalu

Kundasang SERUNAI BIN SAMIN
JPN Kota Kinabalu

Sugut, Labuk, ISHAK BIN YUSOF APOK
Sungai Sibuga, JPN Sandakan
Elopura, Sekong

Ketua: MOHD NUR YUSOP BIN SAHIDJAN
Kg. Bahagia,
Sandakan

Sukau MOHAMAD BIN ESAH & HJ KUMIN SAGILIT
Kuamut JPN Bukit Garam

Ketua: ARSYAD BIN MAPONG
Kinabatangan

Petagas AHMAD BIN NUD @ AMIR
JPN Kota Kinabalu

Ketua: HASAMUDIN BIN MUNIR
Kg. Petagas, Kota Kinabalu

Buang BAHRIN MOJITAR
Sayang JPN Kota Kinabalu

Ketua: NAIN BIN HUSSIN
Pulau Gaya,Kota Kinabalu

Bongawan MILKUSIN ABDILLAH
JPN Kota Kinabalu

Ketua: MOHD YASSIN BIN HUSSIN
Kg. Linsuk, Putatan.

Kuala Penyu, ABD. RANI BIN ISMAIL
Klias, Lumadan, JPN Kuala Penyu
Beaufort

Ketua: ARIFF BEDDU
Kota Klias, Beaufort

Sipitang HJ ALI ZAMAN BIN ABD RAHIM
JPN Sipitang

W/Labuan AZIZIAN BIN ARIFFIN
JPN Labuan

Ketua: ABD HARRIS TOLAWI
Kg. Muslim, Labuan

Merotai, SAMAT BIN AKUI
Balung JPN Tawau

Ketua: SUCIPTO SELAMAT
GIASON BIN MUSI @ MOHD.BON
UDIN MAPIARRA
PRAKTINO SUPRAPTO
SALIURI MATTA
MOH. AMIN NORDIN

Lahad Datu PAIMIN BIN PAIMAN
JPN Lahad Datu

Ketua: SHAMSUL BIN NANRING
Lahad Datu

Kunak MARASUN BIN ABTAHI
JPN Kunak

Ketua: ABD.LATIFF BIN KABANG
Kg. Kunak, Kunak.

Sulabayan ALDANI BIN LANDI
JPN Semporna

Ketua: AZIZ BIN LOTONG
Semporna

Anehnya hanya 15 Pegawai Pendaftaran yang ditangkap kerana terlibat dengan sindiket ini iaitu:

01) HAMZAH BIN TIM 540111-12-5197
02) ASLI BIN SIDUP 641013-12-5049
03) BALASIUS BIAJIN H 0213470
04) MOHD TOHID B MOHAMAD 531105-01-5261
05) MOHD NASIR B SUNGIP 560718-01-5443
06) IBNU HAM BIN TAJUR ARIFIN H 0623810
07) ISHAK BIN YUSUF APOK 620121-12-5289
08) AZMI BIN KARIM 7206157 (B)
09) JULIAH BINTI DAMSAH 550512-12-5218
10) YAKUP DAMSAH H 0194194
11) MOHAMMAD RAZALI B SAMIN H 0579766 (B)
12) JUMAHAT BIN TARIPIN 520810-12-5059
13) ABDUL RAUF BIN SANI 3486637 (B)
14) ZAKARIA BIN AHMAD 570414-08-5863
15) KEE DZULKIFLY KEE ABD JALIL H 0653891

Selain daripada 15 orang pegawai pendaftaran yang telah ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, 25 orang lagi ditangkap di bawah akta yang sama.

Penangkapan ini meredakan keluhan dan kebimbangan orang awam, namun membimbangkan para pemimpin Sabah yang benar-benar memikirkan nasib dan masa hadapan rakyat kerana penangkapan itu seperti menaruh perisa dalam makanan yang akan melazatkan lagi masakan.

Alangkah bermaruahnya kerajaan jika mereka ini dihadapkan ke mahkamah? Tetapi mampukah mereka menutup ‘kemaluan’ apabila ‘ditelanjangkan’ di mahkamah dalam keadaan tangan yang bergari?

25 Orang awam yang ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri, (ISA), 1960 bermula 17 September 1995 ialah:

01) Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat
02) Andy Bandy Pilo
03) Sherdali Mohamad Ali
04) Jibul Jungay
05) Noortaip Suhaili
06) Abu Ali Ganturon
07) Tanis Mansur
08) Tasit @ Amir Kadatuan
09) Said Ungah
10) Muhamadiah Bago
11) Andi Radi Syed Mohamed
12) Rain Ladjahia@ Humiah
13) Mohamad Nasir Abdulini
14) Datu Maulana Datu Tambuyung
15) Kardi Diman
16) Anuar Akbar @ Mohd Tariq Mohd Samar
17) Datu Akjan Datu Ali Mohamad
18) Awang Ghani @ Awang Rashid
19) Abdul Salam Mohammad Ibrahim
20) Samsul Alang Hamsah
21) Ahmad Sihu
22) Giason Musi @ Mohamad
23) Sucipto Sulamat
24) Abdul Kadir Abir
25) Marzuki Karim

Tujuan utama OPS Gembeling dilaksanakan ialah untuk memastikan pertambahan pengundi di 31 kawasan sasaran bagi memastikan Barisan Nasional memenangi atau mengurangkan majoriti dan mengekalkan kerusi sasaran sampai bila-bila dengan apa juga cara.

Mengikut rekod saya, 322,903 warga asing (Kini semakin ramai dan dianggarkan lebih sejuta orang warga asing telah memiliki KPT. Jumlah ini hanya untuk yang menggunakan kad pengenalan biru) yang memiliki kad pengenalan projek tersebut menggunakan nombor kad pengenalan berikut;

H 0288001 hingga H0384000 H 0480001 hingga H0576000
H 0609601 hingga H0610000 H 0658001 hingga H0658200
H 0658401 hingga H0659000 H 0666001 hingga H0666400

Agak sukar untuk menerangkan modus operandi OPS Gembeling melainkan melalui analisa carta berikut yang saya sediakan berdasarkan maklumat sahih yang diperolehi daripada mereka yang terlibat dan dokumen penting yang diserahkan kepada saya oleh orang awam dan pihak terbabit.



Mengikut keterangan responden saya, YAKUB DAMSAH, Skandal kewarganegaraan songsang ini dilakukan oleh PEMIMPIN peringkat tertinggi negara demi untuk memastikan UMNO berjaya menumbangkan Kerajaan PBS dan merampas kuasa serta bagi mengekalkan kuasa sampai bila-bila.

Mereka hanya menjadi jambatan bagi membolehkan UMNO mendapatkan kuasa. Setelah UMNO menang mereka ditangkap dan ditahan selama antara satu hingga 2 tahun.


Sedang menemuramah Mantan Pegawai Pendaftaran yang juga Tahanan ISA, YAKUP DAMSAH dengan disaksikan oleh DATUK PATRICK SINDU (J.P).

Menurut Yakub sekitar 1990, ketika bertugas di Wisma Dang Bandang beliau telah dipanggil pengarah JPN Sabah, ABDUL RAUF SANI dan lima orang rakannya dan mereka diberi taklimat khusus oleh KOLONEL MOHD NOOR (Pegawai Perisik Tentera) memberitahu mereka terpaksa menjalankan tugas khas mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing bagi menumbangkan Kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang disifatkan sebagai Anti Federal dan kerajaan Kristian yang menindas Umat Islam.



Salah seorang yang mendapat kad pengenalan projek ini ialah HAJI ISMAIL TIDAL. Saya masih ingat ketika pulang dari Sekolah SRJK St. Stephen Lahad Datu, saya singgah di Kem Askar yang terletak berdekatan Jambatan Bailey di Sungai Segangan untuk membantu Pak Cik saya, SARJAN HAMZAH memberi makan semua pelarian yang menunggu untuk dijamin.

Antara Pelarian Perang Filipina yang ditahan ketika itu ialah ISMAIL TIDAL, Allahyarham Zulkipli Bibi dan Otuh Salleh Nahul. Mereka agresif jika tidak dibe-rikan atau lambat dihidangkan makanan. Saya kenal betul ‘Three Stooges’ ini.

Walaupun Ismail Tidal dijamin oleh Patawi, namun dia bebas bekerja di mana sahaja tanpa BERTERIMA KASIH kepada penjaminnya yang mengotorkan REKOD nya menjamin ‘PENGECUT’ yang melarikan diri daripada negara asal kerana tidak sanggup mengangkat SENJATA dan bagaikan helang menyambar ‘ikan’ yang diumpan oleh TUN MUSTAPHA sebagai HAIWAN POLITIK.

Setelah lari daripada penjaminnya, Ismail yang masuk ke Sabah secara haram pada 10 Julai 1974 dan diberi pasport IMM13 bernombor 531324 dan memegang permit kerja bernombor 478D.PI II/(40) 28.8.1975 memiliki beberapa kad pengenalan daripada palsu hinggalah kepada PROJEK MAHATHIR, antaranya H0311425 (palsu) dan H0532049 (projek) yang digunakan sehingga sekarang.

Ismail terlalu rapat dengan Datu Nasrun Datu Mansur, peguam kurang ternama di Lahad Datu, namun setelah menjadi Adun Lahad Datu dan dilantik menjadi Pembantu Menteri Kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri, barulah orang ramai mengenali Datu Nasrun.

Melalui Datu Nasrun, Ismail telah berjaya memperoleh sebidang tanah seluas 2 ekar di Kampung Layong, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu milik NURBANU BTE HAMID ‘SECARA PERCUMA’ kerana MEMALSUKAN dokumen pindah milik dan cap jari pemilik yang sah dan merampas sekeping lagi tanah dengan memalsukan SIJIL KEMATIAN pemilik asal, JALIL AMIT yang didaftarkan atas nama anaknya, ZURAIDAH ISMAIL (H0880162).

4. MODUS OPERANDI

SEJAK menjalankan kajian selama 15 tahun lalu dan telah menulis 3 buah buku berhubung isu ini, saya mengkategorikan MODUS OPERANDI KERAKYATAN SONGSANG ini kepada SEMBILAN Fasa:

FASA PERTAMA:




KARISMA…Walaupun peribadi Tun Mustapha agak memalukan dan tidak layak menjadi PEMIMPIN UMAT ISLAM, namun Tun mempunyai karisma kerana cakapnya didengar, tidak tunduk pada perintah orang lain, namun akhirnya kecundang bagaikan lembu digiring ke rumah sembelihan.Siapa lelaki misteri di sebelah Tun? Inilah MOHD PUYON, orang kuat OSU SUKAM yang mengawal selia PATI untuk sebarang tujuan.

TUN MUSTAPHA membuka pintu kepada KEHADIRAN Pelarian Perang FILIPINA ke Sabah setelah ’merancang pemberontakan di Selatan Mindanao’ dengan memberikan bantuan ’senjata api’ yang diseludup masuk oleh ABU DHABI melalui Sabah agar KEBANJIRAN RAKYAT ASING FILIPINA di Sabah memberikan BON JAMINAN yang boleh ditunaikan KETIKA DIPERLUKAN.

Walaupun Malaysia tidak menandatangani PROTOKOL 1967 berhubung PELARIAN PERANG, namun Tun Mustapha menggunakan KUASA VETO nya untuk membenarkan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu Berhubung Pelarian (UNHCR) menubuhkan SURUHANJAYA TINGGI di Sabah dan bermurah hati menyerahkan TANAH ADAT milik rakyat Sabah untuk mendirikan PUSAT PENEMPATAN PELARIAN di seluruh Sabah dan PASAR UNHCR (KINI PASAR FILIPINA) di Sinsuran, Kota Kinabalu.


Isyarat ’L’ @ Laban memainkan simbol penghubung dan katalis tindakan yang menjadi bahasa rahsia PATI sebagai-mana kes tawanan di Sipadan dan Pandanan kerana anggota PGA tidak mengerti Isyarat yang mereka guna-kan. PGA patut menghantar pakar be-lajar isyarat daripada MORO yang terbukti berjaya menghantar isyarat de-ngan bebas dan hanya difahami oleh mereka!

Para Pelarian yang kononnya ’Pelarian Perang’ di Sabah mendapat LAYANAN KELAS SATU apabila BEBAS keluar masuk ke PUSAT TAHANAN yang dijenamakan sebagai PUSAT PENEMPATAN berbanding PELARIAN VIETNAM di Pulau Bidong yang dikawal ketat dan ditutup setelah Kerajaan Malaysia menghantar mereka pulang atau negara ketiga mengambil mereka.

Pelarian Filipina di Sabah dijaga dengan baik dan diberi layanan istimewa kerana mereka boleh DISEWA untuk menjalankan apa sahaja, termasuk MEMUKUL SAYA atau sebagai PENGUNDI dalam setiap PILIHANRAYA.

Mereka ini AMAT ISTIMEWA kerana sanggup menurut perintah ketua yang mengarahkan mereka turun membuang undi sekalipun mereka TIDAK MEMPUNYAI APA-APA DOKUMEN melainkan ’KEMALUAN’ yang sering mengucar kacirkan sistem sosial di Sabah. Mereka boleh mengundi antara dua hingga lima kali dengan bayaran RM50 bagi satu undi.


Tidak ada dokumen bagaimana boleh mengundi? Mereka TELAH DIBERI antara SATU hingga LIMA resit kad pengenalan atau Mykad yang mempunyai gambar dan cap jari mereka mengikut nama yang terdapat dalam daftar pemilih untuk mengundi di kawasan yang berlainan. Apabila ORANG ASAL atau pemilik sebenar kad pengenalan datang untuk mengundi, pegawai pilihanraya menyatakan mereka telah mengundi!

Kini Kerajaan Malaysia, TIDAK AKAN MENGHANTAR balik ke negara asal mereka yang kini AMAN DAMAI dan SEJAHTERA kerana TELAH BERMURAH HATI memberi TARAF PENDUDUK TETAP kepada bukan sahaja PEMEGANG ASAL IMM13, malah anak cucu dan cicit mereka.

Ramai daripada pemegang asal IMM13 telah memiliki MYKAD dan warganegara telah menyerahkan IMM13 mereka kepada adik beradik mereka yang baru datang dengan bantuan JABATAN IMIGRESEN SABAH yang boleh menukar cap jari dan gambar!

FASA KEDUA:

TUN MUSTAPHA telah menggunakan kuasa VETO dan diktator yang mempunyai KUASA DARURAT untuk mengarahkan Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Imigresen yang ketika itu terletak di bawah bidang kuasanya memberi kad pengenalan kepada kaum kerabat dan suku sakatnya dari Filipina asalkan ada rakyat tempatan yang sanggup menjamin.

Menurut seorang responden saya, HAJI ANGGAR, beliau telah menjamin ramai warga Filipina yang pada masa itu hanya perlu dibawa ke Pegawai Daerah untuk mengambil PENDATANG ASING ini sebagai anak angkat dan mendaftarkan dokumen surat lahir daftar lewat atau memberikan mereka kad pengenalan. Antaranya yang berjaya menjadi peguam ialah Mantan Setiausaha Agung Parti BERSEKUTU, HAJI NASSER MOHD NOOR. Namun akhirnya PITTING ALI yang dijadikan kambing hitam untuk menutup rahsia Tun Mustapha.

FASA KETIGA:

KEJAYAAN Tun Mustapha merekrut PATI sebagai warganegara telah memberi ilham kepada DATUK HARRIS SALLEH untuk mengubah pola politik pengundi di Sabah kerana ketika itu kaum bumiputera Islam, bukan Islam dan Cina mempunyai kekuatan yang sama rata. Mana-mana kaum yang bergabung akan membentung kerajaan dan ini amat berbahaya kerana sokongan boleh berpaling tadah pada bila-bila masa dan kerajaan yang memerintah akan tumbang.

Menyedari hakikat ini, Harris telah ’MERASUAH’ dan bersekongkol dengan DATUK MEGAT JUNID MEGAT AYUB, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang gemar berjudi untuk melancarkan operasi khas memberikan KERAKYATAN SONGSANG untuk mengubah pola pengundian di Sabah.

Ketika itu, warga Filipina, Indonesia, Pakistan dan India telah direkrut sebagai RAKYAT SABAH melalui pemberian kad pengenalan dengan menggunakan kelonggaran pentadbiran seperti HNR 3 dan HNR10.

Walaupun HARRIS telah berjasa kepada mereka, namun akibat sentimen perkauman yang berjaya ditiup dan api yang membakar di kalangan PATI Filipina yang berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia tanpa MEREKA MINTA telah memberi undi kepada USNO dan PARTI BERSATU SABAH (PBS) sehingga BERJAYA tumbang, namun masih tidak mengaku kalah dan menganjurkan RUSUHAN 1986 dan melibatkan ramai PATI.

Anehnya, POLIS yang menjadi dalang utama kerana seorang responden saya, HASSNAR @ ASSAINAR M.P. EBRAHIM memberitahu saya beliau dalam wawancara terbaru diarahkan oleh PESURUHJAYA POLIS SABAH, DATUK MAULANA BABJEE untuk membunuh beberapa orang agar Kerajaan mengisytiharkan darurat agar MAGERAN akan menafikan kuasa rakyat yang diberikan kepada PBS setelah KUDITA (COUP-DE-TAT) mereka melalui ISTANA NEGERI dan MAHKAMAH TINGGI gagal.




RUNDING.... Pesuruhjaya Polis Sabah, Maulana Ahmad Babjee sedang berbincang sesuatu dengan Ketua Polis Daerah, Ishak Awadan berhubung ’PATI’ yang menawan Masjid Negeri. Hassnar Ebrahim berkata Maulana telah menghilang kepercayaannya terhadap POLIS setelah Maulana mengarahnya membunuh beberapa orang awam untuk mencetuskan DARURAT.

Daripada siasatan saya, MAULANA BABJEE inilah PEGAWAI KANAN POLIS yang memiliki RM38 JUTA yang TIDAK dinyatakan nama di dalam laporan Suruhanjaya Penambahbaikan dan Perjalanan Pentadbiran Polis DiRaja Malaysia yang mengesyorkan penubuhan IPCMC. TIDAK ADA SEORANGPUN perusuh atau penunjuk perasaan yang memusnahkan harta benda didakwa di mahkamah sebaliknya dibebaskan walaupun anggota bawahan menangkap mereka, sekadar berlakon ’Drama Swasta’.


FASA KEEMPAT:

KEGAGALAN Usno dan Berjaya merampas kuasa daripada PBS dalam tahun 1990 memberikan TUKUL dan PAKU kepada UMNO untuk menyeberang Laut Cina Selatan masuk ke Sabah bagi memaku rapat DATUK SERI JOSEPH PAIRIN KITINGAN dalam keranda politiknya dengan meneruskan PENGELUARAN KAD PENGENALAN PROJEK kepada PATI.

Selaku orang yang paling berkuasa dalam KERAJAAN AUTHORITARIAN MAHATHIR, DATUK SERI MEGAT JUNID MEGAT AYUB dan Setiausaha POLITIK MAHATHIR, DATUK AZIZ SAMSUDDIN telah melakukan tindakan paling drastik dengan mengarahkan ENAM orang PEGAWAI PENDAFTARAN dari CAWANGAN KOTA KINABALU memproses dan menandatangani KAD PENGENALAN BIRU yang diberikan kepada rakyat asing dengan menggunakan HNR 5 dan HNR 6 (DIPROSES DI SABAH), tanpa sebarang dokumen sokongan.

Pengarah JPN Sabah ketika itu, ABDUL RAUF SANI mengarahkan mereka melaksanakan MISI SULIT itu setelah menerima penerangan terperinci daripada KOLONEL MOHD NOOR, Pegawai daripada Perisikan Tentera Malaysia (MIO). Mereka diterbangkan khas dari Kota Kinabalu dan Datuk Aziz Samsuddin MEMBENARKAN RUMAH yang diperuntukan kerajaan kepadanya yang terletak di NO. 18, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sebagai MARKAS MINI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA.

Lebih 100,000 Kad Pengenalan Biru diberikan kepada PATI oleh operasi khas ini. Pegawai yang terlibat menandatangani kad pengenalan biru PATI di Rumah Datuk Aziz Samsuddin ialah AZMI ABDUL KARIM, YAKUP DAMSAH, ASLI SIDUP, MOHD TOHID MOHAMMAD, RAMSAH MOHD YASSIN dan BAHRIN MOJITAR.

Tarikh pengeluaran kad pengenalan diundur beberapa tahun ke belakang. Kesemua mereka, melainkan Bahrin akhirnya ditahan di bawah ISA setelah UMNO berkuasa atas tuduhan MEMUDARATKAN KESELAMATAN NEGARA.






FASA KELIMA:

KEMASUKAN pekerja asing secara beramai-ramai yang kemudiannya mendapatkan kad pengenalan projek setelah tidak memperbaharui pas atau tidak mempunyai permit kerja telah menimbulkan masalah yang besar kepada demografi Sabah.

Dasar Kerajaan berhubung DEPENDENT (anak dan isteri warga asing) yang belum diputuskan sehingga ke SAAT ini menimbulkan suatu masalah yang amat besar dan menjadi BOM JANGKA yang bergerak bebas di setiap inci bumi Sabah.

Kerajaan terpaksa membenarkan mereka bersekolah dan menggunakan kemudahan yang sedia ada atas semangat kejiranan dan Hak Asasi Kanak-Kanak selaras dengan Konvensyen PBB, namun menyalahi undang-undang negara kerana DEPENDENT tidak boleh tinggal bersama pekerja asing di Malaysia.

Dalam tempoh 15 tahun daripada sekarang, ramai di antara anak pendatang asing ini yang diberi peluang bersekolah atau tidak langsung bersekolah menjadi ancaman kerana BESAR KEMUNGKINAN mereka akan ’MEMERINTAH’ Sabah setelah mendapat kad pengenalan projek seperti ibu bapa mereka atau menjadi PENJENAYAH yang semakin ramai terutama kancah jenayah berat seperti rompakan bersenjata, penculikan, rogol, pelacuran dan pengedaran dadah.

FASA KEENAM:

SELEPAS kemasukan UMNO ke Sabah, kegiatan MEMBERI KERAKYATAN SONGSANG ini dibuat secara TERBUKA dan tidak menjadi RAHSIA lagi kerana UMNO perlukan KUASA dan berhasrat untuk mengekalkan KUASA SAMPAI BILA-BILA.

Pejabat Perhubungan UMNO Sabah yang dipindahkan dari bangunan USIA selepas TUN MUSTAPHA menerima kisasnya, Bangunan KWSP yang menempatkan BADAN PERHUBUNGAN UMNO SABAH mencatatkan sejarah paling hebat apabila ramai PATI berbaris untuk mendapatkan KAD PENGENALAN dan seterusnya mendaftar sebagai PEMILIH.




SAKSI...Dunia menyaksikan kezaliman berlaku di Sabah apabila PATI dengan mudah mendapat kad pengenalan dan terus berdaftar sebagai pemilih

DATUK SERI HAJI MUSA KHAN BIN AMAN menjadi Pengarah Operasi Gerakan Mendaftar PATI sebagai Warga Malaysia dan Pemilih Berdaftar di bangunan USIA di Sembulan ketika menjadi BENDAHARI UMNO dan menyambung gerakan di Bangunan KWSP, Karamunsing.

FASA KETUJUH:

MEMANDANGKAN begitu ramai PATI Indonesia yang berada di Sabah dan ramai di antara mereka telah diberikan Kad Pengenalan Biru (kini Mykad) maka MUSA AMAN menggunakan pengaruh dan kebijaksanaannya mempelawa PERSATUAN KEBAJIKAN BUGIS SABAH (PKBS) (ditubuhkan setelah mereka memiliki Kad Pengenalan Projek) untuk menjalinkan kerjasama bistari dengan MEMBERI KUASA kepada PKBS merekrut PATI dengan mengaburi mata rakyat Sabah dengan melancarkan gerakan MENAMBAH KEAHLIAN.

Tetapi agak aneh kerana BORANG KEAHLIAN yang digunakan itu sebenarnya DWI-FUNGSI iaitu mendaftar ahli dan membuat kad pengenalan kerana HNR 5 dan HNR 6 tidak dapat digunakan kerana ianya dokumen kerajaan. Kebijaksanaan MUSA AMAN memasukkan UNTA ke LUBANG JARUM telah melumpuhkan KERAJAAN PBS apabila sesiapa sahaja boleh memiliki kad pengenalan biru. Daripada penganggur, pemandu teksi, tukang sapu, tukang kebun sehinggalah kepada PELACUR, semuanya diberi kad pengenalan biru dengan harga RM10 sahaja untuk bayaran Stem.

Gerakan ini diketuai oleh ANDY BANDY PILO, Pengerusi PKBS dan dijalankan di seluruh Sabah. Di Kota Kinabalu, diselia oleh DATUK YAHYA HUSSIN dan dijalankan di Pejabat Kontraktor Sri Padang Sdn. Bhd, Tingkat 6, Bangunan Berjaya (Wisma SESB) milik usahawan HAJI ABU ALI BIN GAN-TURON berketurunan Brunei dari Papar, Sabah.

Orang Kanan Yahya Hussin seperti KAHAR MOHD ZAIN dan KARDI DIMAN turut terlibat secara langsung. Lebih kurang 200,000 kad pengenalan projek dikeluarkan melalui PKBS. Anehnya, PATI warga PAKISTAN dan INDIA juga tergolong di dalam RUMPUN BUGIS apabila mereka turut menggunakan borang yang sama untuk memohon kad pengenalan biru. Ramai ahli PKBS termasuk pengerusinya ditangkap di bawah ISA setelah UMNO memperoleh kuasa melalui ’RAMPASAN ADUN’.



Borang inilah yang digunakan oleh MUTHU BIN NALLU dan ratusan ribu PATI untuk mendapatkan kad pengenalan dengan hanya membayar RM10 sebagai bayaran STEM. Tidak perlu surat lahir atau sebarang dokumen lain. Yang penting CAP JARI MUTU dan gambarnya.




Wajah-wajah ini dulu selalu menyorokkan diri di dalam tandas kerana takut ditangkap kini bangga kerana memiliki kad pengenalan sehingga membolehkan mereka berniaga. Mereka berjaya membeli kedai dan membuka restoran dengan Mykad yang ada pada mereka. Mereka boleh pulang ke India melawat anak isteri mereka dan tidak perlu membawa maniachi dan tangachi mereka kerana di Malaysia juga mereka mempunyai Isteri, terutama yang serumpun dengan mereka iaitu BUGIS.



WAJAH AHLI PKBS(Persatuan Keling-Bugis Sabah) Mungkin MIC yang dipimpin SAMYVELLU akan kehilangan kuasa kerana semakin ramai INDIA dari Kerala, Madras dan Kalinga datang ke Sabah untuk menyertai UMNO. Rupanya orang INDIA boleh jadi ahli PKBS!.



WAJAH AHLI PKBS (Pakistan Kebangsaan Bugis Sabah)Bertuahnya Warga Pakistan ini yang mempunyai dua kerakyatan dan dikategori sebagai ETNIK BUGIS dan mendapat layanan yang adil, apatah lagi KETUA MENTERI SABAH sebangsa dan seagama dengan mereka. Maka Aminlah AMAN KHAN!


Anak-anak mereka inilah yang akan bekerja di Jabatan Pendaftaran dan Imigresen dalam masa lima atau sepuluh tahun akan datang. Berbahagiakah kita wahai rakyat Sabah?

MOHAMED AMZALA KHAN yang mengaku lahir di Kampung Sapat Papar pada 30 Jun 1968 mengaku menggunakan Sijil Akuan, namun sebenarnya hanya mengisi borang keahlian PKBS yang diuruskan oleh Kahar Mohd Zain, orang kuat Yahya Hussin di Petagas. Bertuahnya dia kerana mempunyai sepupu LIMA KALI sebagai Ketua Menteri Sabah dan sepupu LAPAN KALI dengan Bekas Ketua Menteri Sabah sehingga berjaya memiliki PASPORT ANTARABANGSA MALAYSIA!




FASA KELAPAN:

Keadaan ini menarik pemimpin PATI Filipina di dalam UMNO untuk menganjurkan kegiatan berasingan dengan mendaftar penduduk dengan borang ringkas dan menggunakan Pegawai Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk membantu memproses kad pengenalan bermutu tinggi dalam jumlah yang kecil, namun memadai untuk menambah jumlah pengundi. Kad pengenalan ini bagaimanapun tidak ada di dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara dan hanya dibolehkan untuk mengundi.

Mereka menunggu masa nama mereka diapungkan di dalam sistem Online Jabatan Pendaftaran Negara setelah setia membuang undi beberapa kali dan menyertai UMNO. PATI akan dikenakan bayaran antara RM500 hingga RM 2,000 untuk sekeping KPT. Terdapat juga gerakan mendaftar penduduk terapung ataupun ’PALAU’ atau ’Bajau Laut’ di Semporna menggunakan borang yang sama. Yang penting HANYALAH CAP JARI dan GAMBAR. Gerakan ini juga terbuka untuk semua jenis PATI.

FASA KESEMBILAN:

OLEH kerana terdapat sindiket yang bergerak secara kecil-kecilan memproses dan mengeluarkan kad pengenalan palsu dan projek, maka ramai pemegang dokumen berkenaan menjadi was was dan ada di antara mereka telah pulang ke negara asal mereka semasa kerajaan melancarkan PROGRAM PENGAMPUNAN.

Maka berlaku kekurangan pengundi dan akibatkan ’JENTERA PARTI’ telah merayu ehsan JPN untuk mengeluarkan resit kad pengenalan palsu atau Mykad yang diKHASkan untuk MENGUNDI SAHAJA. Dengan dokumen sementara yang diterima sah oleh undang-undang kerana DAFTAR PEMILIH tidak boleh DICABAR, beratus ribu warga asing membuang undi antara satu hingga lima kali dengan kad pengenalan atau dokumen yang berlainan tetapi gambar dan data yang sama. Inilah yang menjadi ancaman yang besar kepada sistem demokrasi di Malaysia sehingga menjadi salah satu punca kenapa Pembangkang MEMBOIKOT pilihanraya kecil Batu Talam.

5. JAWATANKUASA PRIHATIN


SEJAJAR dengan peranan dan kekangan kuasa yang ada pada JAWATANKUASA PILIHAN KHAS DEWAN RAKYAT MENGENAI INTEGRITI, saya TIDAK menaruh SEBARANG HARAPAN isu ini akan diselesaikan mengikut UNDANG-UNDANG.

Di sebuah negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan Pemerintahan AUTHORITARIAN seperti Malaysia, TIDAK ADA sebarang peruntukan UNDANG-UNDANG yang boleh menghukum TUN MAHATHIR, DATUK SERI MEGAT JUNID, DATUK HARRIS SALLEH, DATUK SERI HAJI MUSA BIN HAJI AMAN dan sebagainya kerana ianya DIHALALKAN oleh sistem AUTHORITARIAN.

Apabila ’Titah Perintah’ PERDANA MENTERI menjadi UNDANG-UNDANG, maka ianya DIHALALKAN walaupun perlakuan memberikan kerakyatan SECARA SONGSANG umpama PERBUATAN MELIWAT yang JIJIK lagi MENJIJIKKAN.

Namun dari SEGI MORAL, saya menaruh harapan yang tinggi agar JAWATANKUASA PILIHAN KHAS DEWAN RAKYAT MENGENAI INTEGRITI menyarankan kepada Parlimen untuk menubuhkan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA untuk menyiasat SKANDAL KERAKYATAN SONGSANG ini dan memberikan peluang kepada rakyat mengetahui bahawa apa yang sebenarnya terjadi dan menghentikan kegiatan SUBVERSIF ini SERTA MERTA kerana UMNO telah memperoleh kuasa dan mengekalkan KUASA sampai bila-bila (Jika prihatin dan Tidak kejam).

Saya rasa rakyat SABAH amat PEMAAF dan bersedia MEMBERI KEAMPUNAN jika KERAJAAN MALAYSIA benar-benar jujur dan menyesali KESILAPAN dan KEKEJAMAN pemimpin di masa lalu. Kembalikanlah HAK ASASI yang dijamin oleh PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dengan men-jurutera semula SISTEM PILIHANRAYA MALAYSIA yang MAHA ADIL agar tidak diadili TUHAN di PADANG MASYHAR!

Jika tidak ada jalan penyelesaian, cukuplah Warga Asing yang sedia ada, tidaklah perlu ditambah lagi kerana jumlah yang sedia ada sudah memadai untuk menimbulkan pelbagai masalah.

Belajarlah daripada SARAWAK mengawal pintu Imigrasi agar tidak mudah bolos. Saya bimbang, rakyat Sabah akan menghumban keluar UMNO yang AMAT SAYA CINTAI ini sebagaimana mereka membenamkan PARTI BERJAYA di dalam lumpur politik walaupun ditunjangi Kuala Lumpur. Tetapi adalah amat ADIL dan SAKSAMA jika jumlah mereka dibahagi sama rata ke seluruh negara. Setiap negeri mengambil sekurang-kurangnya 20,000 WARGA PENYU ini agar dapat merasai betapa INDAHNYA bintang di langit dan layunya rumput di bumi.

Sebagai mewakili rakyat Sabah, saya merayu agar PARLIMEN membahaskan isu ini pada pembukaan Sidang Parlimen akan datang agar boleh dibahas secara terbuka. Yang telah berlalu biarlah berlalu. Kerajaan hendaklah telus dan tulus dengan tidak melindungi PEMIMPIN yang telah MENDERHAKA kepada DYMM YANG DIPERTUAN AGONG dengan memberi KERAKYATAN SONGSANG kepada WARGA PENYU dan menternak mereka sebagai PENGUNDI UNTUK DISEWA!

Penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA adalah hadiah JUBLI EMAS Kemerdekaan Negara kita.

DIRGAHAYU MALAYSIA!

6. KESIMPULAN



Bangunan UMNO Sabah kini menjadi realiti sekalipun Jabatan Ketua Menteri TIDAK MEMPUNYAI pejabat sendiri. Sebaiknya bangunan UMNO ini menempatkan JABATAN KETUA MENTERI yang bersetinggan di sana-sini.

Akhir sekali, dengan menyusun sepuluh jari, dari sudut hati saya yang paling dalam, dengan penuh rasa keinsafan memohon maaf daripada JAWATANKUASA PILIHAN KHAS DEWAN RAKYAT MENGENAI INTEGRITI, izinkan saya membuat kesimpulan SKANDAL IC PROJEK ini dengan TAMSILAN seperti berikut;

TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD adalah arkitek yang mereka bentuk bangunan KUASA UMNO di Sabah.

TUN DATU MUSTAPHA ialah Kontraktor Utama PEMBEKAL TENAGA KERJA ASING yang tidak mempunyai permit kerja untuk membina bangunan UMNO.

DATUK MEGAT JUNID MEGAT AYUB telah menjadi TEKONG DARAT yang membawa masuk PEKERJA ASING SECARA HARAM sebelum menggunakan JABATAN PENDAFTARAN NEGARA sebagai AGENSI KERAJAAN yang di’SWASTA’kan untuk MEREKRUT PEKERJA ASING dan MEMPROSES PERMIT KERJA yang TIDAK perlu DIPERBAHARUI.

DATUK HARRIS SALLEH pula adalah Kontraktor yang BERJAYA menebus guna tapak TANAH KUBURAN dengan bantuan POLIS DIRAJA MALAYSIA, TENTERA DIRAJA, PASUKAN PETUGAS KHAS PERSEKUTUAN dan AGENSI KERAJAAN yang lain bagi pembinaan bangunan UMNO.

MAJLIS TERTINGGI UMNO adalah JURU UKUR BAHAN (QS) yang telah mengesyorkan TENGKORAK MANUSIA mengganti BATU BATA kerana lebih keras dan tahan lama.

DATUK SERI HAJI MUSA HAJI AMAN adalah KONTRAKTOR berpengalaman yang berjaya menyiapkan BANGUNAN KUASA UMNO di SABAH.

DATUK YAHYA HUSSIN, DATUK YAHYA LAMPUNG, DATUK KARIM GHANI, DATUK GHAPOR SALLEH, HAJI JABBAR KHAN, ANDY BANDY PILO, DATU AKJAN DATU MOHAMMAD dan sebagainya adalah SUBKONTRAKTOR mengikut bidang dan kemahiran masing-masing.

Pegawai JABATAN PENDAFTARAN NEGARA hanyalah SCAFFOLDING dan FRAMEWORK kayu yang dibakar kerana tidak diperlukan lagi apabila bangunan siap.

JABATAN IMIGRESEN hanyalah PENGAWAL KESELAMATAN yang digaji untuk menjaga bangunan UMNO agar tidak DICEROBOH.

PARLIMEN hanyalah JURUADIT yang menghantar laporan dengan mengatakan PROJEK bangunan UMNO Sabah siap sepenuhnya setelah tergendala, namun Lanjutan Masa (E.O.T) diberikan bagi membolehkan kontraktor TIDAK DIDENDA.

DEWAN UNDANGAN NEGERI telah mengeluarkan SIJIL MENDUDUKI walaupun BANGUNAN UMNO dibina di atas TAPAK KUBURAN yang tidak dipindahkan TULANG BELULANG manusia.

TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH telah merasmikan BANGUNAN UMNO dengan bangganya.

RAKYAT SABAH tidak mampu berbuat apa-apa, sekadar menjadi PEMERHATI dan hanya mampu menangis kerana TENGKORAK nenek moyang telah dijadikan BATU BATA untuk menyiapkan bangunan UMNO.

PAK LAH adalah PENYEWA bangunan UMNO yang penuh sesak sekalipun tidak mempunyai TEMPAT LETAK KERETA.

Inilah RUPA PARAS BANGUNAN UMNO di sebuah negara DEMOKRASI BERPARLIMEN yang diagungkan di DUNIA.

Tuesday, December 16, 2008

EKSKLUSIF: 007-LELAKI MALAYSIA TERAKHIR?

NOTA MAKLUMAN

Seorang HAMBA ALLAH yang sedang membuat PHD di Australia meminta EHSAN kawannya menghubungi saya merayu agar BAB 1 Buku saya bertajuk "007-LELAKI MALAYSIA TERAKHIR? dimasukkan ke dalam blog ini kerana amat perlu untuk memahamkan rakyat Sabah betapa pentingnya membaca buku yang mengandungi 19 Bab ini. Atas komitmen saya sebagai penulis, saya menghadiahkan bab ini untuk bacaan rakyat Sabah.

BAB 1 TINTA PENGARANG



“Lelaki sebenarnya bukanlah Lelawa semata-mata sebaliknya komitmen dan keberanian memperjuangkan ibupertiwi tanpa mengharapkan sebarang balasan sekalipun ianya dilakukan seorang wanita.”

MUTALIB M.D
Pengarang





007-LELAKI MALAYSIA TERAKHIR? bukanlah filem tetapi tajuk buku terbaru saya ini bagi mengupas isu Pendatang Asing Tanpa Izin yang meranjau masa hadapan negara yang kita cintai secara naratif dan komprehensif.

Tidak semua Lelaki itu adalah lelaki dan tidak semua wanita itu wanita. Di dalam setiap tubuh manusia terdapat kromosom Y dan X iaitu faktor yang menjadikan seseorang itu lelaki atau wanita secara sifat dan bukan pengertian lelaki sebenarnya.

Mungkin agak sukar untuk mencari siapakah 007-Lelaki Malaysia Terakhir? berbanding menonton filem James Bond 007 yang diasaskan Ian Fleming.

Kebanyakan tokoh yang layak digelar Lelaki Malaysia mungkin telah tiada lagi di dunia, namun mungkinkah telah berganti?

Lelaki Malaysia yang saya maksudkan bukannya semata-mata rakyat Malaysia menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, namun Lelaki Malaysia menurut semantik dan apresiasi masyarakat majmuk Malaysia.

Mereka yang berjuang dan mengharapkan balasan dan menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin bukanlah Lelaki Malaysia sebaliknya ‘Iblis’ yang bersarang di dalam tubuh Manusia.

Ramai lelaki tanpa segan silu mengaku sebagai Lelaki Malaysia namun telah menjadikan diri mereka gurkha, algojo, barua dan petualang negara dengan merompak hak rakyat dengan jawatan yang ada kepada mereka dan menjadikan rakyat sebagai kayu api untuk menanak nasi hidangan mereka.

Tumpuan saya mencari 007 Lelaki Melayu Terakhir hanya dalam bidang ketatanegaraan dan kedaulatan negara daripada segala bentuk pencerobohan dan kegiatan subversif yang mengancam keselamatan negara.

Bukanlah mudah untuk mengesan Lelaki Malaysia Terakhir yang sanggup menggadaikan nyawanya untuk negara yang tercinta mengikut kemampuannya tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada kerajaan atau makhluk melainkan pasrah kepada ketentuan Illahi.

Tidak ada gunanya menggelar diri kita sebagai Lelaki Malaysia jika kita terlalu bacul untuk memerangi kezaliman dan petualang bangsa yang meletakkan Bangsa Malaysia di ambang kehancuran atau kepupusan akibat hakisan identiti dan jati diri.

Masihkah kita boleh menggelarkan diri kita sebagai Lelaki Malaysia jika kita membiarkan pendatang asing memasuki negara kita daripada segenap penjuru tanpa ada sesiapa yang berani menghalang?

Saya tertarik dengan komen seorang Lelaki yang menamakan dirinya sebagai PHILIP H apabila dengan penuh rasa keinsafan menulis madah yang tidak terfikir oleh Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri Malaysia;

“Bayangkan tanahair sendiri, seperti rumah sendiri, yang dicerobohi pendatang asing, umpama orang luar yang memasuki rumah sendiri TANPA izin tuan punya rumah, berkelakuan buruk dan duduk atau terlantar di atas sofa Lorenzo yang mahal dan berkualiti, berludah di atas karpet yang cantik, merampas remote dan menonton Astro pada rancangan kesukaannya, kencing di dapur di tempat kita menyediakan makanan, serta TIDUR BERTELANJANG DI ATAS KATIL tuan punya rumah. Jika ANDA adalah TUAN PUNYA RUMAH, apakah perasaan anda? Fikir-fikirkan, dan renung-renungkanlah....”

Walaupun kita tidak mengenali Philip H, namun beliau mungkin Lelaki Malaysia Terakhir yang kita nanti-nantikan bagaikan pengikut Aurah Muhammadiah yang kebanyakannya pengikut Jemaah Al-Arqam yang diharamkan menunggu kemunculan Imam Mahdi yang belum menjelma.

Antara Imam Mahdi dan Lelaki Malaysia Terakhir adalah dua Lelaki yang berlainan kerana Lelaki Malaysia Terakhir tidak boleh menjadi Imam Mahdi, tetapi Imam Mahdi mungkin boleh menjadi 007-Lelaki Malaysia Terakhir jika sekiranya dia ditakdirkan muncul di Malaysia.

Buku ini bukan novel satira, sebaliknya rakaman peristiwa dan dunia lelaki yang dirakam dan dipapah turun dalam bentuk buku supaya menjadi panduan seluruh lelaki di Malaysia.

Dengan membiarkan warga asing memperkosa bumi Malaysia secara wewenang, saya tidak tahu apakah kita layak digelar atau menggelarkan diri kita sebagai Lelaki Malaysia?

Jika Mat Salleh, Mat Saman, Rundum, Sarjan Korom dan Komunta sanggup menentang Inggeris demi mempertahankan tanah ibu pertiwi daripada penjajah Inggeris, namun kita hari ini hanya membiarkan sahaja segala bangsa asing berdiri tegak di bumi kita tanpa rasa bersalah.

Tanah merdeka lagi bertuah ini semakin kehilangan daulatnya apabila boleh dipijak oleh sesiapa sahaja tanpa meminta izin daripada pemiliknya sekalipun kita meletakkan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sebagai rukun yang ketiga dan keempat dalam hiraki Rukun Negara kita.

Jika Tunku Abdul Rahman membuka pintu kepada dasar pecah dan perintah Inggeris yang memberikan pra-syarat agar menerima Orang India dan Cina atau sebarang bangsa yang berada di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai Warganegara Malaysia atas dasar Jus Soli jika ingin merdeka, namun setelah merdeka, kita membuka pintu yang terlalu luas sehingga tidak lagi mampu dikatup.

Namun saya bersyukur kerana Perkara 14(1) (b) telah dipinda pada September 1962 untuk mengetatkan sedikit takrif kerakyatan yang diarkitekkan oleh British iaitu formula Jus Soli.

Pindaan tersebut seperti berikut;

“Bahawa kanak-kanak yang ibubapanya bukan Warganegara Persekutuan atau Pemastautin Tetap tidak akan menjadi warganegara dengan cara kuatkuasa undang-undang walaupun mereka lahir di Persekutuan.”


Pindaan dibuat untuk mengelakkan seorang perempuan yang mengandung masuk dan melahirkan anak di Persekutuan agar mendapat taraf warganegara.


Rakyat asing yang berpusu-pusu masuk tanpa izin ke Malaysia telah menjadikan kita keliru apakah Malaysia masih milik kita jika bangsa lain telah menjadi warganegara songsang dan berhak mendapat apa yang kita warisi daripada nenek moyang kita.

Kini ramai anak pendatang asing telah bernikah dengan anak kita dan kita terpaksa menerima benih tanpa identiti atau warga terapung yang akan menghilangkan status kita sebagai Warganegara Tulen Malaysia.

Malaysia bukan lagi milik Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan hanya menggelarkan penduduk asal yang beragama Islam sebagai Orang Melayu, keturunan Cina sebagai Orang Cina dan keturunan India sebagai Orang India.


HORMAT…. Edham Abdul Karim, anak jati Kinabatangan menyeru agar para pemimpin negara menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam urusan pemberian Kerwarganegaraan.

Dalam artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan;

a) lahir sebelum hari Merdeka (31 Ogos 1957) di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu ia adalah berdomisil (bermastautin) di Persekutuan atau di Singapura; atau

b) dan ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Manakala bagi kita di Sabah, mengikut artikel 161A (6) dalam perkara ini ‘bumiputera’ ertinya;

a) Mengenai Sarawak, seseorang warganegara dan ianya adalah seorang dari mana-mana satu kaum yang dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai kaum asli negeri itu atau ianya adalah seorang yang berketurunan campuran yang berasal hanya daripada kaum-kaum itu; dan

b) Mengenai Sabah, seseorang warganegara dan ianya adalah anak atau cucu kepada seseorang dari suatu kaum asli Sabah dan telah lahir (sama ada atau tidak selepas Hari Malaysia) di Sabah atau bapanya, pada masa ia lahir itu adalah berdomisil di Sabah.

Sarawak beruntung kerana Artikel 161A (7) menyebut bahawa;

“Kaum-kaum yang akan disifatkan sebagai asli bagi Sarawak bagi Maksud-maksud takrif ‘bumiputera’ dalam fasal (6) ialah Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (Sekapan, Kejaman, Lehanan, Punan, Tanjung dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.”

Namun amat malang sekali apabila Perlembagaan Persekutuan tidak langsung menyatakan siapakah bumiputera atau anak negeri Sabah selaras dengan Fasal 161A (7) yang hanya dikhaskan untuk Sarawak sehingga rakyat Sabah tercari-cari identiti.

Oleh kerana itu, Sabah mengalami ledakan budaya dan kebingungan menentusahkan siapakah bumiputera atau anak negeri kerana tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Mungkin ada cerita di sebalik enigma ini?

Merujuk kepada Defination Of Native Ordinance Cap. 64 of The Law Of Sabah, taraf Anak Negeri dan kerakyatan ditakrifkan di dalam Kedua-dua fasal ini bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, namun telah diterima pakai sehingga kini;

“Any person who is ordinarily resident in Sabah, is a member of a people indigenous to the Republic of Indonesia or Sulu Group of Island in The Philippine Archipelago or the state of Malaya or The Republic of Singapore, has lived as and been a member of a native community for a continuos period of five years immediately proceeding the date of his claim to be a native, has borne a good character through-out that period and whose stay in Sabah not limited under any of the provisions of the Immigration Act, 1959/ 63.” [Sec. 2 (1) (d)]

“Native Community” means any group or body or persons the majority of whom are natives within the meaning of paragraph (a) of Sub-Section (1) and who live under the provisions of the Rural Government Ordinance or of a Native Chief or Headman appointed under the provision of the ordinance.” [Sec 2 (2) (b)]

Kelonggaran tafsiran ini menyebabkan sesiapa sahaja boleh mendakwa diri mereka Anak Negeri kerana tidak dinyatakan secara jelas kaum atau keturunan etnik seperti Sarawak.

Oleh kerana itu sesiapa sahaja yang berasal daripada Republik Indonesia, rangkaian pulau Sulu di Kepulauan Filipina, Tanah Melayu atau Republik Singapura yang tinggal berterusan selama lima tahun, mengamalkan adat istiadat anak negeri dan berkelakuan baik boleh memohon dan diterima menjadi Anak Negeri Sabah.

Mungkin tidak ada siapa yang dapat memberikan jawapan kenapa 20 Ahli Parlimen Sabah (kini 25 orang) bagi setiap penggal pilihanraya GAGAL mengesyorkan Pindaan Perlembagaan Persekutuan terhadap Fasal 161A dengan memasukkan takrif bumiputera atau Anak Negeri bagi Sabah dan Labuan.

Walaupun Rang Undang-Undang berhubung Hakmilik Anak Negeri Labuan diluluskan Dewan Rakyat pada 2006, namun tidak ada Ahli Parlimen yang meminta dinyatakan takrif Anak Negeri mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut tarsiran Rang Undang-Undang 33/2006, ‘Anak Negeri’ mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Seksyen 2 Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri) 1952 [Sabah Bab 64] sebagaimana terpakai bagi Wilayah Persekutuan Labuan menurut kuasa Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Tafsiran (Takrif Anak Negeri)) 1984 [RU. (A) 171/1984];

Adalah tidak keterlaluan jika kita berkata bahawa inilah ‘Grand Design’ yang dibuat oleh Pemimpin Persekutuan sebagai persediaan untuk ‘menjajah Sabah’ yang terkenal dengan ‘Lelaki Berani’ yang MENUDING JARI mencabar Ketuanan Melayu pemimpin UMNO dan cuba menanam Ketuanan Anak Negeri Sabah yang tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sukarkah untuk memasukkan klausa takrif Anak Negeri atau Bumiputera bagi Sabah selaras dengan Fasal 161A (7) yang hanya dikhaskan untuk Sarawak?

Di awal penglibatannya dalam politik, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad juga menyedari hal ini sehingga mengeluarkan bidasan yang pedas pada tahun 1970 yang antara lain menyebut;

“..tiba-tiba mula jelaslah kepada orang Melayu bahawa dia tidak lagi dapat memanggil Tanah Melayu buminya. Tidak ada lagi Tanah Melayu :- Tanah untuk orang Melayu.” Dia sekarang seorang yang berlainan, seorang Malaysia, tetapi seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang kuasanya di Tanah Melayu, buminya sekarang ini bukan sahaja sama-sama dikongsikan dengan bangsa-bangsa lain, tetapi dikongsikan dengan tidak sama rata dan seolah-olah inipun tidak mencukupi, dia diminta pula untuk melepaskan dengan lebih banyak lagi kuasa yang ada padanya.”

Menurut Dr Mahathir, soal-soal hak istimewa bagi sesuatu kaum tertentu tidak boleh dimaafkan pada masa memulakan pembangunan sesuatu negara, tetapi jika tempoh hak istimewa tidak disekat, atau skop hak istimewa tidak ditentukan dengan jelas, maka pertikian yang berlanjutan mungkin berbangkit di kemudian kelak.

Berkenaan dengan pemberian hak istimewa dan mereka yang tidak mempunyainya berada di dalam kedudukan yang bertentangan, suatu sebab yang mungkin terjadi punca saling tidak mempercayai dan benci di kalangan rakyat.

Oleh itu tidak hairan jika Dr Mahathir menekankan bahawa golongan pendatang yang diberi taraf kerakyatan Jus Soli ini;

”... akan campurtangan dalam bidang politik pula dan mereka akan menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan di negara kita. Kita sudah lihat ini berlaku di negara-negara lain di mana mereka menaik dan menjatuhkan kerajaan sesuka hati mereka....”

Namun akhirnya, Mahathir sendiri yang merekrut mereka melalui jalan songsang demi untuk mendapatkan kuasa politik di Sabah dan mempertahankan kuasa tersebut sampai bila-bila.

Dalam keadaan terkejut dengan kebanjiran rakyat asing di Malaysia yang diberi hak kewarganegaraan songsang, Mahathir masih sempat mengingatkan rakyat dengan formula berikut;

“Untuk mencapai kesamarataan maka bangsa-bangsa yang sungguh berlainan ini (orang Melayu & China) perlulah menyesuaikan diri antara satu sama lain. Undang-undang tidak dapat melakukannya. Ini hanya dapat dicapai melalui persefahaman, masa dan rasa muhibbah. Persefahaman dan rasa muhibbah pula hanya boleh dicapai jika pengertian kesamarataan kaum difahami oleh kesemua yang berkenaan.”

Sejajar dengan Fasal (1) Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi;

“Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang dibuat selepas daripada hari merdeka yang bertentangan dengan perlembagaan ini maka setakat mana pertentangannya, di sinilah terbatalnya undang-undang itu.”

Persoalannya adakah ‘Perlembagaan’ telah digantung apabila tafsiran bangsa dan kaum pribumi diserahkan kepada Kerajaan Negeri yang memerintah sedangkan ianya tidak ‘diangkat’ seba-gai hak yang tidak boleh dicabar kerana diperuntukkan di dalam Fasal 161A (7) Perlembagaan Persekutuan.

Apakah Kerajaan BN telah menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai aksesori dan hiasan di bingkai pemerintahan yang mengamalkan corak pemerintahan ‘Authoritarian’?

Apakah wajar jika kita meletakkan semua kesalahan ini kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong semata-mata kerana Fasal 153 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut;

“Adalah menjadi tanggung jawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.”

Saya merafakkan sembah agar Lelaki Pertama Negara, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sudi memperkenan dan mencemar Duli memastikan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dipulihara oleh Kerajaan Barisan Nasional dan tidak ada rakyat asing ‘difaraidkan’ kerakyatan Malaysia tanpa melalui proses undang-undang.

Begitu juga, Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Lelaki Kedua Negara dari segi hiraki namun Lelaki Pertama Negara dari segi legislatif, diharap akan menjadi 007-Lelaki Malaysia Terakhir yang akan memartabatkan hak rakyat Malaysia, mendaulatkan Ketuanan Melayu dan Ketuanan Anak Negeri di Sabah.

Sejajar dengan peri pentingnya Perlembagaan sesebuah Negara membuatkan seorang cendikiawan Melayu, Syed Hussien Alatas berpesan;

“Perlembagaan ialah satu piagam kecil bagi sebuah negara, sama seperti piagam PBB ia menyatakan persetujuan mengenai dasar-dasar yang dijunjung oleh sistem politik, parti dan ideologi yang berlainan. Sungguhpun perumusannya begitu mudah. Rukun Negara bertujuan untuk berfungsi sebagai carta pelaut di lautan bergelombang.”

Krisis Perlembagaan ini membuatkan isu pendatang asing dan kewarganegaraan songsang ini mungkin sukar untuk diselesaikan kerana telah diakuterima sebagai ’X-Files’ Kerajaan Persekutuan.

Pendedahan yang dibuat Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh bahawa;

”Kerajaan Persekutuan boleh mendaftar mana-mana pendatang dalam masa tiga minit, tiga jam, tiga bulan atau tiga tahun. Tidak ada undang-undang yang menetapkan tempoh dan jika Kerajaan Persekutuan ingin mengubah corak mengundi di Sabah untuk selamanya, maka ia boleh dilakukan semudah menandatangani dokumen.”

Kenyataan Harris ini tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak dan dibuktikan apabila beliau berjaya mendaftar pendatang asing tanpa izin sebagai rakyat Malaysia dengan persekongkolan Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (Allahyarham) sebagaimana yang didedahkan oleh Hassnar M.P.Ebrahim di dalam buku IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir, ’Justice For Sabah’ dan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam Petisyen Pilihanraya Likas 1999.


HASSNAR M.P EBRAHIM

Hassnar yang masih teguh dengan pendiriannya yang tegar memberikan kenyataan kepada polis menegaskan hanya akan bercakap di mahkamah terbuka sudah tentunya ada rahsia yang masih tersimpan rapi di dalam tangannya.

Ketika menghakimi Petisyen Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Likas, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dalam penghakimannya mengatakan bahawa;



”Pemimpin politik telah menyalahguna kuasa dan bertanggung jawab membenarkan dan merekrut warga asing di Sabah memiliki kad pengenalan sehingga membolehkan mereka mendaftar sebagai pemilih berdaftar, bukannya untuk kepentingan negara, sebaliknya kepentingan peribadi. Allah telah berikan saya kekuatan tanpa rasa bersalah atau takut untuk menjadi hakim sejati dan bukannya PAK TURUT.”

Mantan Pengarah Pendaftaran Sabah, Haji Sani Adnan yang tidak bersetuju dengan arahan Megat Junid merekrut pendatang asing tanpa izin sebagai rakyat Malaysia dan pemilih berdaftar merupakan saksi penting petisyen pilihanraya berkenaan yang ’dipadamkan’ sebelum memberi keterangan di dalam Petisyen Pilihanraya Dun Likas di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

’Pembunuhan’ misteri Haji Sani di sebuah bilik hotel yang masih menjadi misteri sehingga kini hampir melumpuhkan semangat Datuk Muhammad Kamil Awang, namun ’roh dan keberanian’ Haji Sani berkata ’tidak’ kepada Megat Junid dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad telah memberikan dorongan kepada ’minda bawah sedar’ beliau sehingga memutuskan pilihanraya berkenaan tidak sah kerana dicemari ’pengundi hantu’ dan ramai warga asing telah diberikan kerakyatan secara tidak sah untuk kepentingan politik.

’Syahid’nya Haji Sani ketika mempertahankan negara daripada kegiatan subversif yang dilakukan pemimpin negara telah mem-buatkan rakyat Sabah sedar bahawa Haji Sani adalah 007-Lelaki Malaysia Terakhir yang terpaksa dibunuh untuk menutup rahsia.

Walaupun ’Kewafatan’ Haji Sani sebagai Pejuang Negara tidak pernah dicatat sebagai Peristiwa Hari Ini Dalam Sejarah, namun doa rakyat Sabah daripada pelbagai anutan agama telah sampai ke sidratul muntaha agar roh Haji Sani ditempatkan di kalangan roh orang beriman dan masuk ke syurga tanpa sebarang hisab.

Kini hanya tinggal Datuk Muhammad Kamil Awang yang mungkin layak digelar 007-Lelaki Malaysia Terakhir di tengah kemelut institusi Kehakiman Malaysia yang memalukan negara berikutan pendedahan pelbagai skandal kehakiman termasuk Skandal Pita Video Linggam.

Pendedahan seorang lagi bekas tahanan ISA, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat juga tidak pernah disangkal mana-mana pihak walaupun kenyataannya disiarkan di akhbar Harakah dan Internet berhubung penglibatan langsung Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman merekrut 82,000 pendatang asing tanpa izin sebagai ahli UMNO dan pemilih berdaftar sekitar 1992 hingga 1993 yang kini menjadi kumpulan majoriti di dalam UMNO Sabah.

Mungkinkah Musa Aman juga layak digelar sebagai 007-Lelaki Malaysia Terakhir sekalipun diwar-warkan sebagai generasi pertama keturunan Pakistan yang telah berjasa kepada UMNO sehingga Sabah berada di dalam ’jajahan takluk’ UMNO melalui ’ahli yang disewa’ daripada Indonesia, Filipina, Pakistan, India dan sebagainya.

Musa telah membuktikan bahawa walaupun bapanya berasal dari Pakistan, namun darah Gunsanad Kina masih kental mengalir di dalam tubuhnya yang merupakan generasi ketujuh.


Apakah Pak Lah merestui kegiatan subversif Jabar, Zulkifli dan Karim?


SULTAN... Datu Akjan (belakang tiga dari kiri) bersama Sultan Sulu (songkok)?

Dalam keriuhan pemimpin Parti Bersatu Sabah dan NGO mencanangkan isu kerakyatan songsang secara berterusan dan berkala bergantung kepada keperluan, Perdana Menteri secara selamba menganggap dakwaan tersebut sebagai tidak tepat, diada-adakan dan fitnah membabi buta terhadap jentera kerajaan.

Pak Lah mungkin mengetahui kewujudan skandal IC Projek ini kerana beliau kenal benar dengan ’Kontraktor Membekal Tenaga Manusia Untuk Pilihanraya’, Datu Akjan Datu Ali Mohammad yang menjadi tokoh politik yang terkenal setiap kali menjelang pilihanraya kerana berkeupayaan membekalkan pengundi.


'PROFESSOR' DATU AKJAN DATU ALI MOHAMMAD

Walaupun buku saya bertajuk IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir?, IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah dan Pengundi Untuk Disewa telah dibaca dan dibentangkan di parlimen namun belum ada pihak yang berani tampil untuk menyaman atau menafikan kebenaran kandungan buku berkenaan.

Memandangkan Melayu bukan lagi ‘Bangsa’ sebaliknya ditakrifkan sebagai kaum atau etnik kerana Perlembagaan Persekutuan hanyalah mengiktiraf ‘Bangsa Malaysia’ sebagai Warganegara Persekutuan sehingga kita semakin nanar.

Saya tidak mempunyai masalah dengan Datu Akjan atau cemburu dengan kejayaannya yang hidup senang hasil kegiatan subversif sehingga muncul sebagai jutawan dan mendakwa sebagai orang yang paling rapat dengan Pak Lah semata-mata kerana menerajui PEKIDA Sabah, kononnya persatuan brainchild Pak Lah!


RASMI… Chong Kah Kiat turut memotong riben sambil disaksikan Akjan yang suatu ketika dahulu musuh ketat Chong Kah Kiat.

Layakkah Akjan yang sering memandu Ferari digelar 007-Lelaki Malaysia Terakhir sedangkan beliau mendapat kerakyatan secara songsang dan menjadi ‘petualang negara’ dalam kegiatan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong?


MORO... Kumpulan pejuang Islam MORO ini memperjuangkan pembebasan Selatan Mindanao sebelum Kumpulan Abu Sayaff mencemarkan kesucian MORO. Ramai di antara mereka kini ’dianugerahkan’ kerakyatan Malaysia.

Dalam kebingungan kita mencari identiti 007 Lelaki Melayu Terakhir, ada baiknya kita merenung pendapat Oppenhiemer yang menjalankan kajian saintifik genetik (DNA) sebagai katalis untuk membukti secara ilmiah dan bukannya berdasarkan teori bahasa yang digunapakai oleh ahli antropologi dan sosiologi sebelum ini untuk mengkaji rumpun etnik atau pertalian sesuatu bangsa.

Oppenhiemer berpendapat;

“Hujah utama saya ialah genetik, bukan linguistik. Tetapi saya mahu memberikan gambaran sebenar. Bukti genetik menafikan hal ini. Sebahagian besar daripada penduduk Asia Tenggara ialah Orang Melayu, Borneo, Sumatra, Jawa dan Filipina. Saya menegaskan di sini bahawa asas kajian asal usul orang Polynesia-Kromosom Y. Para penyelidik dari Cincinnati, Houston, Stanford, Rhode Island dan Universiti Oxford membuat kesimpulan Asia Tenggara menjadi pusat genetik untuk dua penghijrahan di dalam sejarah, satu ke Taiwan dan satu lagi ke Polynesia. Para penyelidik mendapati Motif Polynesia (petanda material) 19 penanda ‘bialelic’ pada kromosom Y (satu sistem penanda daripada bapa) di kalangan 551 orang daripada 36 rumpun penduduk Asia Tenggara, Taiwan, Micronesia, Melanesia dan Polynesia. Yang mengejutkan, hampir tiada langsung kromosom Y haplotype dari Taiwan yang terdapat di Polynesia. Sebaliknya semua haplotype yang terdapat di kalangan orang Polynesia, Micronesia dan Taiwan terdapat pada penduduk Asia Tenggara”

Sehubungan itu, 007 Lelaki Malaysia Terakhir adalah berunsur futuristik dan tidak mungkin kita temui dalam waktu terdekat kera-na umum berpendapat masih belum muncul seorang Lelaki Malaysia di Abad ke 21 ini.


Grafik Kulit buku Lelaki Malaysia Terakhir ini hanyalah rekaan futuristik penulis dan tidak mencerminkan keadaan sebenar identiti tokoh. Serban dan janggut bukanlah bertujuan menghina tetapi ianya menjadi lambang Kelelakian Sebenar?

Menurut Raja Blogger Malaysia, Raja Petra Kamarudin, TIDAK ADA pemimpin di Malaysia hari ini yang layak dilabelkan sebagai LELAKI MALAYSIA kerana amat malang sekali, pemimpin yang berkaliber sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Mereka yang layak dikategorikan sebagai LELAKI MALAYSIA seperti Tun Dr Ismail, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Ismail Ali dan sebagainya, terutama mereka yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara ini dan meletakkan negara dan bangsa mengatasi diri mereka sendiri.

Kata Raja Petra, dunia telah berubah. Hari ini, semuanya mementingkan kemewahan dan kebendaan. Oleh itu tidak hairan jika masalah rasuah dan penyalah gunaan kuasa menggila di Malaysia.

”Saya tidak lagi berbangga menjadi rakyat Malaysia. Saya malu menjadi rakyat Malaysia dan berada di Malaysia. Saya tidak pernah terfikir semua yang hidup hari ini di bumi Malaysia layak diberi gelaran LELAKI MALAYSIA. Semua yang layak telah lama meninggalkan kita. Secara serius saya tidak perlu menjelaskan secara terperinci kerana saya maklum semua faham apa yang saya maksudkan dengan terminologi LELAKI MALAYSIA,” ujar Raja Petra dalam satu wawancara khas dengan beliau.

Saya memplotkan buku ini secara wawancara untuk mencungkil intipati Lelaki Malaysia daripada setiap tokoh secara tidak langsung dan anehnya semua tokoh berkenaan memberikan jawapan yang benar-benar ‘Lelaki’ atau ‘Maskulin’ tanpa gentar kepada musibah yang bakal menyusul jika tokoh yang mereka kritik akan bertindak balas.

Buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir ini diadun secara eksperimental dan futuristik kerana Malaysia kini mengalami tsunami identiti akibat penghijrahan semua bangsa dan kahwin campur sehingga sukar untuk mencari identiti seorang lelaki Malaysia.


BERANI… Azizul Sanarul, satu-satunya Ketua Cawangan UMNO Sabah yang berani menghantar surat terbuka kepada Musa Aman dan menyerahkan kem-bali pingat A.S.D.K yang diterimanya. Apakah beliau layak menjadi 007-LMT?



LELAKI… Ramai yang tertanya-tanya apakah AMT UMNO benar-benar lelaki atau hanya sekadar berlelawa Lelaki walaupun berjiwa wanita? Jika mereka lelaki, kenapa gagal memartabatkan maruah dan menunaikan janji?




GAGAH… Mohd Lajim Ulama bangga dengan kehebatan Sultan Pahang, Sul-tan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah yang menyunting rakyat Pakistan sebagai Permaisuri. Apakah baginda layak menjadi 007-Lelaki Malaysia Terakhir?



JANTAN… Kejantanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein terletak pada ke-ris hikmatnya yang mungkin setanding dengan Taming Sari?


Saya menjadikan diri saya sebagai contoh. Bapa saya adalah seorang Patani (Thailand) dan ibu saya kental dengan adat perpatih daripada etnik Minangkabau. Sehubungan itu saya berketurunan Patani kerana mengikut nasab ayah saya. Isteri pertama saya ber-keturunan Bugis-Suluk-Arab, isteri kedua berketurunan Bajau-Suluk. Namun dalam sijil lahir saya dan anak-anak saya, kami berbangsa Melayu dan bukannya Malaysia!

Mampukah anak bungsu saya, Mahathir Mohammad M.D menjadi 007-Lelaki Malaysia Terakhir sekiranya dia berbangsa Melayu dan bukannya Malaysia?

Sehingga hari ini, saya belum pernah melihat sebarang surat beranak yang mencatatkan Bangsa Malaysia sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan bagi membuktikan bangsa anak yang dilahirkan di Malaysia.

Lebih malang lagi jika kewarganegaraan seorang anak itu ‘Belum Ditentukan’ semata-mata kerana ketiadaan rekod ibu bapa atau kerana salah seorang ibu atau bapanya warga asing.


BUNG KARNO


Saya terpukau dengan ungkapan Bung Karno atau Sukarno, Presiden Pertama Indonesia apabila beliau menyebut;

“Di setiap negeri di mana pantainya ada pohon kelapa yang melambai maka di situlah wujudnya saudara sebangsa denganku bernama Melayu. Itulah duniaku dunia Melayu yang gagah perkasa di seluruh Nusantara. Bangsaku bangsa Melayu biarpun terpisah oleh gagasan percaturan politik penjajah namun garapan kasih sayang sesama sebangsa tetap subur kerana seluruhnya terhimpun dalam sebuah empayar besar bernama dunia Melayu.”

Bung Karno juga pernah mengungkapkan bahawa;

“Di mana nyiur melambai, kerbau berkubang, padi menghijau, itulah tanah airku, dari Sabang ke Madagaskar.”

Mungkin kata-kata keramat inilah yang tersemai dan bercambah tumbuh di dalam minda pemimpin Melayu di Malaysia yang mendominasi UMNO sehingga tergamak ‘memfaraidkan’ kewarganegaraan songsang kepada warga Indonesia kerana serumpun, sebudaya dan seagama!

Bak kata Bung Karno;

“Berikan aku seribu orang tua, aku hanya boleh menggoncang Gunung Mahamiru. Berikah aku 100 pemuda, aku bisa menggoncang dunia.”


Maka kegiatan merekrut pemuda Indonesia, Filipina, Pakistan dan India yang berusia 21 tahun ke atas mendasari intipati perjuangan UMNO mendaulatkan Ketuanan Melayu di Sabah sehingga Harris Salleh dan Musa Aman bukan sahaja mampu menggoncang Gunung Kinabalu, malah mampu menawan tampuk pemerintahan Sabah sekalipun berasal daripada kumpulan minoriti.

Untuk berlaku adil, saya tidaklah sampai hati menuduh Harris Salleh dan Musa Aman sebagai ‘murtad’ dan ‘tidak beriman’ kerana terlibat secara langsung merekrut warga asing yang diberi kerakyatan songsang sehingga menghakis hak mutlak anak negeri.

Musa Aman dan Harris Salleh hanya muncul sekejap dalam sejarah IC Projek di Sabah, tetapi puncanya daripada sistem perintahan Authoritarian yang diamalkan di Malaysia apabila ‘Perintah Perdana Menteri Malaysia’ menjadi undang-undang yang wajib dipatuhi oleh pelaksana danm penguatkuasa Undang-Undang di Malaysia.



Harapan kita kini hanya pada Allah yang akan memberikan ilham kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sejajar dengan kedudukannya sebagai cucu seorang ulama yang kini menjadi ullil amri.

Walaupun Abdullah tidak mampu menandingi kehebatan iman dan amal nendanya, Haji Abdullah Fahim namun seluruh rakyat Sabah mengharapkan Pak Lah mampu menjaga nama baik nendanya dengan tidak bersekongkol dengan ‘Petualang Negara’ yang memberikan kerakyatan secara tidak sah.

Lirik lagu ‘Iman Mutiara’ nyanyian Kumpulan Raihan menarik perhatian saya;

“Iman tak dapat dijual beli dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.”

Oleh itu, saya menaruh harapan yang tinggi agar Pak Lah menjadi seorang pemerintah yang adil sekiranya ditakdirkan menang besar pada pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 ini dengan mengambil langkah drastik menarik balik kerakyatan songsang melalui proses undang-undang.

Sejajar dengan Sabda Rasulullah s.a.w, setajam-tajam senjata, tajam lagi pena pendeta, saya telah bertekad untuk membantu Pak Lah melalui mata pena sekiranya diperlukan membasmi spesis yang tidak diperlukan Malaysia ini kerana penghapusan etnik mengikut kaedah memberik kerakyatan songsang kepada warga asing lebih kejam daripada penghapusan etnik di Bosnia Herzegovinia.

Walaupun saya hanyalah penulis kecil yang tidak ternama dan tidak pernah memenangi sebarang sayembara atau anugerah melainkan dipilih sebagai Pemenang Anugerah Silver Hadiah Kewartawanan Sabah ketika bertugas sebagai Ketua Biro Pantai Timur Berita Sabah, namun bak kata Sayyidina Ali Abi Talib Karamallah Hu wajhu dalam bukunya ‘Nahjul Balagah’, jangan ditanya siapa yang berkata, yang perlu difikirkan apa yang dikata.


Bapa Pembaharuan Ekonomi China, Deng Xiao Peng berkata;

“Saya tidak peduli sama ada kucing itu merah atau putih; yang penting ialah kucing itu pandai menangkap tikus. Jangan berikan ikan kepada petani; berikan alat menangkap ikan kepadanya. Itu lebih baik.”

Persoalan penting di sini ialah bukannya faktor kucing merah atau putih, tetapi faktor kebolehan kucing tersebut. Saya bukanlah kucing, namun kebolehan yang saya ada ialah menulis tanpa rasa takut kerana yakin dengan KeEsaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa untuk melindungi saya daripada segala ‘daki dunia’ yang cuba menggugat keyakinan saya untuk terus berkarya dan menghasilkan buku.

Saya tidak pernah meminta ikan daripada kerajaan kerana telah diberikan pancing iaitu peluang untuk menulis dan menghasilkan karya tanpa sekatan sekalipun Cawangan Khas dan KDN sering mengintai saya daripada jauh untuk merakamkan gambar dan melaporkan apa yang saya buat.

Penulis seperti saya adalah seniman yang menghidupkan budaya, boleh mempengaruhi minda rakyat dalam menentukan halatuju evolusi politik.

Saya teringat kata-kata Presiden Penulis Buku-Buku Politik Malaysia, S.H. Alattas @ Pak Habib bahawa seorang Penulis amat penting dalam proses evolusi politik dunia kerana boleh mendekati manusia sehingga ke bilik tidur. Buku penulis di baca sebelum mata terlelap atau terkadang kala sanggup bersengkang mata. Buku dibawa ke kamar kecil tetapi hairan kenapa Kerajaan tidak menggunakan penulis untuk mengubati penyakit masyarakat?

Kata Pak Habib lagi, Kerajaan haruslah sedar bahawa yang mengubah dunia bukanlah orang politik tetapi penulis. Buktinya lebih satu billion manusia menjadi Komunis setelah membaca buku ‘Das Kapital’ karya Karl Max.

Namun pengiktirafan ikhlas ‘Bapa Pembangunan’ Malaysia, Tun Abdul Razak terhadap golongan penulis seperti saya merupakan pemangkin semangat saya untuk memerangi kemungkaran dan menegak kebenaran sekalipun tidak mungkin berjaya dalam waktu terdekat.

Sudah lima Perdana Menteri memerintah Malaysia, hanya Tun Abdul Razak sahaja yang menghargai penulis. Walaupun Dr Mahathir seorang penulis, namun tidak pernah menghargai penulis seikhlas Tun Abdul Razak.



Allahyarham Tun Razak berkata;

“Saya berpendapat penulis yang berbakat sepatutnya mendapat kesempatan untuk menulis dengan ‘serius’ terus menerus dan dapat hidup lumayan dengan peker-jaannya itu. Dia tidak harus terpaksa melibatkan diri dalam pekerjaan-pekerjaan lain yang akan mengganggu kesempatannya untuk terus menerus berfikir, meneliti, belajar, mencari pengalaman menulis. Keadaan seperti ini belum pernah wujud di negara kita dan dengan kerana itu sudah banyak penulis kita yang berbakat di masa lalu hilang begitu sahaja.”




Dalam pada itu, Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui dan mengiktiraf Tun Abdul Razak sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan adalah Lelaki Malaysia Terakhir yang masih hidup dalam minda rakyat Malaysia.

“Dialah Bapa Pembangunan. Kita sering melihat wajahnya merentas desa, berjalan kaki, kadang-kadang menaiki basikal dan perahu, melihat keadaan di luar Bandar, membawa rancangan kemajuan ‘Buku Hijau’ nya ke kawasan terpinggir. Dia kelihatan tidak pernah berehat, tidak pernah penat (walaupun kita sering melihatnya berjalan merentas desa dengan tongkat), sehingga ada orang yang bertanya, bilakah masanya dia tidur?”

Legasi Tun Razak ini tidak diwarisi anaknya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang saya abadikan dalam dua buah buku saya, IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah dan IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir kerana Najib tidak berkesempatan untuk berfikir sebagai seorang pemimpin dan bekerja sebagai seorang khadam rakyat.

Seandainya Pak Lah menamakan Najib sebagai penggantinya kelak bagi melengkapi Teori R.A.H.M.A.N, saya mengharapkan agar Najib akan meneruskan Legasi Tun Razak dengan menghormati penulis dan tidak berdendam terhadap penulis kecil seperti saya.

Walaupun Najib berketurunan Bugis, namun sehingga kini ketokohan Najib untuk membela nasib Bugis tempatan masih belum terserlah, tambahan pula tidak mampu menampan kemasukan Bugis ‘klon’ yang mendominasi UMNO di Sabah selain keturunan Bajau Suluk dari Filipina, Pakistan dan India.

Saya bersimpati dengan nasib Bugis ‘Klon’ yang dijadikan hamba abdi politik kerana anak jati Sabah sangsi dengan kehadiran mereka dalam pelbagai sektor.

Peranan mereka terlalu penting di Sabah terutama dalam penjanaan sektor ekonomi dan sumber manusia kerana sekiranya mereka ‘mogok’ semua sektor ekonomi akan terencat untuk satu tempoh yang agak lama kerana tidak ada ‘kumpulan sokongan’ yang boleh mengambil alih tugas mereka.

Rakyat tempatan yang menjadi tuan sebenarnya hanyalah ‘kuli’ kerana yang memegang ekonomi luar bandar dan bandar adalah orang Bugis ‘Klon’ yang dicipta oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Hampir semua pemandu teksi yang mendapat permit atau yang memandu teksi di bandar di seluruh Sabah adalah ‘Bugis Klon’. Jika mereka ‘bercuti’ tidak ada teksi kerana rakyat tempatan dan Cina hanya boleh dikira dengan jari.

Pendek kata jika mereka mogok, tidak ada kanak-kanak dapat ke sekolah, tidak ada penumpang dapat menggunakan perkhidmatan awam ke seluruh Sabah, tidak ada sayur atau ikan dijual di pasar, tidak ada kuih di jual di pasar malam, tidak ada restoran dibuka dan Felda serta semua sektor perladangan gulung tikar kerana kerana majoriti ‘jentera pekerja’ ini Bugis dan ‘Klon’nya.

Memang tidak dapat dinafikan, tenaga mereka amat diperlukan untuk membangunkan Sabah yang masih mundur serba serbi sekalipun negeri ini dahulunya terkaya di Malaysia, tetapi akibat disalah tadbir oleh pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat, maka Sabah hanya kaya di atas kertas sedangkan rakyat tempatan hidup dalam kepapaan.

Bukan sahaja bumiputera yang miskin, malah 250,000 Cina juga hidup di bawah paras kemiskinan. Jurang ekonomi yang terbesar sekarang bukanlah antara kaum, sebaliknya antara bumiputera yang terlalu kaya dengan bumiputera yang terlalu miskin dan Cina atau India yang terlalu kaya dengan Cina atau India yang papa kedana.

Walaupun kerajaan Barisan Nasional telah berusaha bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan di Sabah, namun rasuah dan salahguna kuasa menjadi penghalang terbesar.

Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan lirik lagu ‘Berita Kepada kawan’ nyanyian Ebiet G.Ade;

“Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dengan dosa-dosa atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita. Cuba kita bertanya pada pohon yang bergoyang..”

Namun pohon yang bergoyang atau digoyangkan hanya dapat memberitahu kepada kita bahawa balak di hutan simpan telah ditebang, namun wangnya yang masuk ke kantung pemimpin dan hanya sedikit tercampak ke akaun Kerajaan Negeri Sabah.

Bak kata pujangga, terlalu ramai Sabah menjadi hamba kerana adanya penindas sehingga kita mula membenci penindas, tetapi kerana penindas itu kaya dan mampu membeli apa sahaja, maka beliau menggunakan kuasanya agar kita membenci hamba yang tertindas dan mendewakan penindas.

Oleh itu tidak hairanlah kita jika Raja Mendeling berkata;

“Cermin, sesuatu barang dicipta manusia tetapi cermin sangat layak untuk dijadikan alat pengukur diri. Cerminlah diri sendiri tiap-tiap hari, pasti kita dapat tahu dan dapat timbang siapa diri kita tanpa perlu bantuan sesiapa. Cermin boleh jadi alat pengukur diri.”

Marilah kita bermuhasabah diri untuk mengukur sejauh mana kesungguhan kita untuk menjadi Lelaki Malaysia Terakhir yang kental dengan semangat juang dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri kita sendiri, terutama berhubung soal kerakyatan yang dipandang remeh pemimpin kita yang memegang tampuk pemerintahan Negara.

Sejajar dengan amanat Professor Dr Syed Hussein Al-Attas;

“Menyentuh Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM), Integriti bukan hanya terjejas kalau seseorang itu makan rasuah. Kalau tidak makan rasuah tetapi mempunyai sikap tidak peduli tentang kerja, amanah dan tanggung jawab, itu juga tiada integriti dan jejaskan hak rakyat.”

Jika Allahyarham Syed Hussein tidak lagi percaya kepada Integriti Kerajaan Malaysia, apatah lagi rakyat kebanyakan yang tertindas oleh karenah birokrasi yang disuburi rasuah.

Rakyat yang mengangkat pemimpin kini dinafikan hak mereka untuk menjatuhkan pemimpin yang khianat kerana proses pilihanraya dicemari rasuah, penipuan dan pembelitan.

Seorang ilmuan, Haji Agus Salim pernah berkata bahawa orang yang berakal menderita di tengah-tengah nikmat tetapi orang jahil merasa nikmat di tengah-tengah kecelakaan sebagaimana yang terjadi kepada pemimpin kita sekarang.

Sebagai rakyat Sabah yang menghirup nikmat kemerdekaan kita tentu terpana dengan pandangan Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelancongan Malaysia, Datuk Tengku Allaidin yang mengungkapkan;

“Apalah erti kemerdekaan selama lima puluh tahun jika nasib bangsa Melayu sama seperti lima ratus tahun dahulu. Nampak sahaja merdeka tetapi jiwa semakin parah terjajah dan kita semakin pengecut untuk mengambil hak kita.”

Begitu juga dengan pandangan sinis Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein turut menyentuh hati saya apabila dengan nada sendu mengakui bahawa;

“Gapena merasakan hari ini adalah zaman paling buruk dalam sejarah Negara selepas Merdeka kerana sudah lahir ramai pengkhianat bangsa.”

Firman Allah dalam surah Al-Rum, ayat 54, marhumnya;

“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah. Selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah juga yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.”

Sehubungan itu, marilah kita sama-sama berfikir untuk membantu kerajaan mengatasi masalah kerakyatan songsang ini mengikut kemampuan dan kebolehan kita.

Professor di-Raja Ungku Aziz menyarankan agar kita berfikir secara menegak (apabila manusia mahukan sesuatu contohnya bonus, hadiah) dan secara mendatar (mahu mencapai apa yang dikehendaki atau menghuraikan sesuatu masalah).

Walaupun apa yang saya lakukan ini adalah sumbangan kecil daripada seorang rakyat Sabah, namun saya teringat Pak Lah pernah berkata bahawa;

“Benda yang kecil yang dilakukan oleh orang besar kepada orang kecil, besar ertinya pada orang kecil.”

Saya ingin menarik perhatian pembaca terhadap kajian seorang penulis Mesir, Muhammad Isa Dawus mengenai ‘Penghuni Bumi Sebelum Manusia’ yang mencatatkan bahawa;

“Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yang berbeza-beza di bumi ini sebelum Adam a.s. Di antaranya, ada makhluk yang memiliki sayap dan suaranya ge-merincing. Ada yang bertubuh seperti singa dan berkepala seperti burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dia wajah, satu di hadapan dan satu di belakang dan memiliki banyak kaki. Ada yang memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara mereka seperti jeritan bangau. Ada yang memiliki wajah seperti manusia, punggung seperti kura-kura, kepalanya bertanduk dan suaranya seperti gonggongan anjing. Ada yang berbulu putih dan berekor seperti lembu. Ada yang memiliki taring seperti babi dan telinga yang panjang. Dikatakan bahawa umat-umat itu melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Allah S.W.T tidak mencip-takan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah daripada manusia.”

Saya pernah terdengar seorang ilmuan Islam (nama tidak ingat) berkata bahawa Allah telah menciptakan Bangsa Polip yang memiliki sepasang sayap yang berjalur berwarna keemasan, berpakaian serba putih dan hampir menyerupai manusia berjanggut pada dagu lima juta tahun sebelum Nabi Adam a.s. diciptakan.

Kini setelah berjuta tahun manusia menghuni bumi, kerosakan yang dilakukan akibat kerasukan dan kerakusan makhluk bernama lelaki semakin sukar dibendung.

Kita sedar bahawa Tun Mustapha itu lelaki, Harris Salleh dan Megat Junid juga lelaki, Tun Mahathir dan Musa Aman juga lelaki, tetapi mereka telah memaksa lelaki lain melakukan penderhakaan kepada Allah, Rasul dan Pemerintah dengan menaja Skandal Pengeluaran Kad Pengenalan Projek kepada warga asing.

Apakah kita menerima mereka dengan senyuman manis dan wajah gembira semata-mata kerana mereka rumpun Melayu atau di’Melayu’kan hanya berpandukan mereka beragama atau memeluk agama Islam?

Di kesempatan yang amat terbatas ini, saya menyeru agar mereka yang mendapat Kad Pengenalan melalui Skandal IC Projek Mahathir, agar tidak berjubahkan agama untuk menghalalkan kegiatan haram lagi subversif semata-mata kerana telah berjasa memastikan kemenangan UMNO di Sabah.

Belum terlambat untuk mengembalikan dokumen yang didapati secara tidak sah sekalipun perbuatan tersebut umpama menghantar nyawa ke tali gantung, namun akan dianggap syuhada atau mati syahid jika sanggup berkorban untuk kesejahteraan Sabah setelah merampas hak anak yatim, fakir miskin dan para mujahid.

Sebagai pedoman agar iman kita tidak goyang dan tetap kukuh, marilah kita membaca doa daripada surah Al-Imran ayat 8 yang bermaksud;

“Ya Allah, Ya Tuhanku. Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami. Dan kur-niakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberianNya.”

Dengan perasaan khusyuk dan tawadduk marilah kita berdoa ke hadrat Illahi berdasarkan makna ayat 286, surah Al-Baqarah;

“Ya Allah… Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan orang yang terdahulu daripada kami. Ya Allah, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan Maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa-dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami. Oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

Akhir kalam saya ingin kita menelusuri maksud yang terselindung di sebalik ayat 11, Surah Al-Rad yang berbunyi;

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan Apabila Allah menghendaki untuk menimpakan sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.”

Selamat membaca dan berfikir dengan penuh keinsafan!