Search This Blog

Tuesday, August 17, 2010

DILEMA IC PROJEK STIGMA RAKYAT SABAH




Saudara Pengarang,

SAYA amat berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dilema IC Projek yang menjadi stigma kepada rakyat Sabah selama ini dan ingin sangat mengetahui perkembangan terbaru serta tindakan-tindakan yang sedang dan telah dibuat oleh pihak berkuasa.

Amat menyedihkan sekali apabila saya mengetahui bahawa Setiausaha Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) Sabah telah mendapat kerakyatan negara ini dengan memalsukan keterangan diri.

Secara peribadi saya mengenali beliau yang juga seorang peniaga berjaya dan yang lebih mengejutkan saya beliau telah menjadi salah seorang ahli UMNO Sabah. Saya percaya ramai lagi rakan beliau telah memperolehi IC projek ini.

Dalam hubungan ini, saya yakin ada pegawai JPN yang merupakan 'orang dalam' yang menguruskan pemalsuan dokumen mereka untuk mendapatkan kad pengenalan Sali mereka ini.
Apakah sudah ada tindakan yang telah diambil ke atas pegawai JPN yg terlibat?.

Sekian, Terima Kasih.

JULAN HAJI KADIS



(NOTA PENGARANG: Jawapan soalan di atas hanya boleh dijawab oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Haji Jaffaer Henry. Kita lebih terkejut apabila Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien mencabar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing mengemukakan bukti jika ada warga asing diberi kad pengenalan Malaysia dan berjanji akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai JPN yang terlibat. Skrip Drama apakah yang cuba dipentas oleh pemimpin UMNO apabila mendesak KDN di Sabah menghalang penjualan buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah yang telah lama dijual di pasaran sejak diterbitkan pada 1999 semata-mata kerana mengandungi bukti Warga Asing menggunakan kad pengenalan paslu dan projek menjadi ahli UMNO? Setiausaha DPIM terlalu istimewa kerana berpeluang lahir dua kali, sekali di India melalui kemaluan ibunya dan kedua kali di Papar melalui ‘lubang dubur’ ibu angkatnya yang mengakui Ansari adalah anak kandungnya. Kerajaan tidak ada ‘political will’ untuk bertindak kerana sayangkan PATI yang menjadi ‘Fixed Deposit’ Barisan Nasional selama ini. Wallahualam bissawab!)

MEMANG SAH ISTERI SALLEH KALBI 'PATI'



Saudara Pengarang,

SEBAGAI anak jati Semporna, saya agak kesal dengan tindakan Sabahkini.net menyiarkan surat terbuka Ketua Angkatan Muda Keadilan Kunak merangkap Exco AMK PKR Pusat, Citra Masadi bertajuk ‘Surat Kepada PM Berhubung Salleh Kalbi’; apatah lagi YB Salleh Kalbi anak jati Semporna daripada keturunan ‘Legasi Magindora’.

Namun setelah membaca secara terperinci dan berulang kali surat tersebut; serta laporan polis yang dibuat oleh Citra, saya beranggapan YB Salleh Kalbi bagaikan orang yang melemparkan batu kepada orang lain sedangkan dia tidak sedar rumahnya berdinding kaca.

Sikap celupar YB Salleh dan gopoh melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk akhirnya memakan dirinya yang digelar oleh Ketua UMNO Bahagian Silam sebagai ‘YB Satu Penggal’ setelah mendewakan Gelaran Palsu ‘Duta UPF’ kepada ‘Duta Keamanan PBB’ dan menggaji pendatang tanpa izin, Nasri Subairah sedangkan ramai anak Ketua Cawangan UMNO masih menganggur.

Ramai Ketua Jabatan kurang senang dengan sikap YB Salleh yang sering melabelkan mereka sebagai ‘Syok Sendiri’ atau 2S sedangkan dirinya digelar oleh Ketua Cawangan UMNO sebagai 5S iaitu ‘Salleh Suka Syok Sendiri Sahaja’.

Sikap Nepotisme yang diamalkannya menyebabkan YB Salleh semakin jauh terpinggir dan bagaikan ‘Pemimpin Terbuang’ daripada UMNO sekalipun banyak idea syok sendirinya amat bernas jika dipraktikkan oleh mereka yang berkuasa mentadbir daerah ini.

Bagi saya, YB Salleh telah menggantung atau ‘membunuh karier politiknya sendiri’ apabila bertindak kasar mendesak Pengurus sebuah syarikat GLC menamatkan kontrak Citra sedangkan dia tahu bahawa Citra mempunyai peranan dan pengaruh politik sekalipun kurang popular.

Pada mulanya saya agak terkejut kerana saya tidak menyedari bahawa isteri YB Salleh adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sehinggalah didedahkan oleh Citra dalam suratnya dan saya mengambil inisiatif menjalankan siasatan sendiri dengan bertanya kepada ‘orang tua-tua’ yang tinggal di Kampung Air Semporna dan sekitarnya.

Memang penemuan saya agak mengejutkan kerana semua responden yang saya temui mengenali keluarga isteri YB Salleh dan mengesahkan bahawa mereka sebenarnya adalah Pelarian Perang yang kemudiannya menjadi Pendatang Asing Tanpa Izin setelah melarikan diri daripada Pusat Penempatan pelarian.

Hajjah Fatmah dan adik beradiknya dilahirkan di Filipina. Ketika datang ke Sabah umur Hajjah Fatmah sekitar 10 tahun namun setelah mendapat kad pengenalan projek, beliau mendapat semua keistimewaan yang hanya layak dimiliki ‘Anak Negeri Sabah’ termasuk menjadi guru sekolah rendah.

Ramai di antara keluarga isteri YB Salleh yang mendapat Kad Pengenalan Projek di Zaman Pemerintahan Berjaya di Zaman Harris Salleh iaitu sekitar 1983 hingga 1984, termasuklah Hajjah Fatmah, namun agak mengejutkan bagaimana beliau dibintikan kepada Abdul Aziz sedangkan bapanya sebenar ialah Mohd Anjotal, Ketua Kampung Air Look di Semporna sekarang.

Selain daripada Hajjah Fatmah, saya dapat mengesan dua saudara perempuannya (nama saya lupa) yang bernikah dengan AJK UMNO Semporna, Imbran Lambai dan pegawai Bahagian Hal Ehwal Islam (Baheis) Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) Haji Hamad Purang.

Sebagai Bajau tulen Semporna, saya berasa malu kenapa bapa kandung Hajjah Fatmah, Mohd Anjotal dilantik sebagai Ketua Kampung Air Look sedangkan semua masyarakat Semporna mengetahui beliau datang dari Filipina dan menggunakan kad pengenalan projek.

Sekadar makluman, Mohd Anjotal adalah Bajau daripada Sibutu Filipina dan isterinya Hajjah Pating adalah Bajau Simunul yang juga berasalah daripada Filipina.

Saya sempat melawat blog YB Salleh (begitu banyak dan saya tidak tahu yang mana satu yang sah kerana kata orang dia tidak pandai membuat blog atau menyelenggara blog) dan salah satu blognya http://sallehkalbi188.wordpress.com/about/ mencatatkan;

“Saya mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Silam selama 10 tahun dan mantan Ketua Penerangan Pemuda UMNO dn BN Negeri Sabah selama 8 tahun.

Mendapat pendidikan awal d SK Pekan Lahad Datu Sabah dan menegah di SMK Agaseh Lahad Datu, SMK Abdullah Semporna, Sabah dan melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti.

Isteri saya Hajjah Fatmah Hj Abdul Aziz dan mempunyai 2 orang anak perempuan Hajjah Amirah Mahfuzah Syopieah dan Hajjah Amera Elezadiba Syalesiah.

Dalam kerjaya sebagai orang politik serta setelah di pilih menjadi Ahli Dewan Rakyat pada piliharaya baru-baru ini saya berhasrat ingin memberi perkhidmatan yang semampu yang saya boleh berikan kepada rakyat saya di kawasan Parlimen Silam yang luas. Saya sangat berharap dan mengalu-alukan segala idea, cadangan yang bermanafaat ntuk kita laksanakan dan saya berharap kita dapat bekerja sebagai satu pasukan yang sayang kepada parlimen kita.”

Sebagai pengundi, saya keliru apakah saya wajar menyokong YB Salleh jika beliau dikekalkan sebagai Calon Parlimen Silam pada PRU-13 atau saya terpaksa memindahkan pusat mengundi saya kembali ke kampung halaman saya di Semporna kerana kini saya berdaftar di Kunak (Parlimen Silam).

Bagi saya, menyokong beliau sama sahaja dengan menyokong bertambahnya PATI di Sabah kerana beliau seolah-olah mengamalkan dasar ‘Pati didahulukan, Poket diutamakan’.

Saya harap Sabahkini.net dapat menyiarkan surat saya ini sebagai peringatan kepada ahli UMNO agar segera bangun daripada tidur dan buangkan sifat taksub kepada pemimpin yang tidak menghormati undang-undang.

Salam Hormat,

MOHAMMAD JHM


(NOTA: Sabahkini.net tidak bertanggung jawab di atas dakwaan yang dibuat Mohammad dan tidak dapat menyiarkan semua dokumen yang dikemukakan kerana pihak kami sedang mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara sekalipun beliau menyertakan Surat Akuan Bersumpah.)