Tuesday, October 3, 2023
: OCTOBER 2023:
Monday, July 4, 2022
:July 2022:
Isnin, 4 July 2022
2 tahun tidak ber blog
2 tahun tidak menulis
2 tahun abaikan blog ini
Akhirnya hari ini aku berjaya
Berjaya buka dan menulis sesuatu
Covid-19 bagaikan pergi di angin lalu
menerpa HFMD pula
setelah itu kini datangnya INFLUENZA
Hurmm banyak yang nak diceritakan
menempuh 2 tahun ini dengan penuh suka duka......
Monday, October 26, 2020
:selagi bertahan:
haila hailaaaaa sekolah budak budak ni tutup buat kali ke 2
dari 26hb October sampai lah 9 November nanti (sebabnya kes Covid meningkat)
dan kami semua bekerja macam biasa walau Selangor PKPB (14 Okt - 27Okt)
selagi boleh bekerja kita berkerja
selagi diperlukan kita teruskan
selagi rezeki masih di sini kita terus bertahan
semoga Allah melindungi kita semua dari virus Covid -19 ini
Tuesday, October 20, 2020
:S.A.V.I.N.G:
nak cordless vaccum.......ahh nanti dulu lah simpan duit tu
nak rice cooker baru.......end up tak beli pun lagi simpan
nak iron philips yang siri baru tu .......pikir pikir eh iron lama elok lagi simpan jugak
nak reno porch .......dah mintak quotation lepas tu tak jadi buat
nak laminate flooring ...tangguh
nak buat barn door .....tangguh
nak tambah furniture rumah...tak tambah tambah hahaha
eh macam macam la wishlist nya tapiiiiiii
ape nak buat semua tak buat buat
sudahnya duit tu kita saving je dulu
kenapa tak buat??
sebab pikir dalam masa sekarang kene berbelanja secara berhemah
kene saving lebih sikit sebab ekonomi kita pun tak menentu (disebabkan Covid -19)
kene hadkan kehendak ....utamakan keperluan....pakai selagi boleh
kalau ikutkan banyak kehendak dari keperluan sebenarnya ni
biasa lah nama pun manusia....takpe buat masa ni kita tolak ke tepi dulu kehendak tu
pejam mata rapat rapat..nekadkan hati ..azam saving je sebanyak yang boleh buat masa ni
aku mintak Allah tetapkan hati aku dengan niat ini
semoga ada sinar di sebalik semua ini...Insyaallah Aamiin
:penhujung 2020:
20 October 2020
Assalamualaikum semua
kes covid di negara kita semakin meningkat kan
semalam kes 871, kematian 7
Allahu bila lah nak berakhir semua ini
sentiasa berdoa semoga virus Covid ni lenyap hilang terus
tak pernak terpikir pun tahun 2020 ni akan berlalu dengan begitu saja
berlalu dari hari ke minggu ke bulan membawa virus covid ini
dulu masa kecik kecik selalu di ceritakan tentang Wawasan 2020
dimana masa tu negara mencapai tahap pembangunan yang tertinggi
siap ada kereta terbang bagai lah hahahaha
ternyata kita hanyalah mampu merancang
segalanya Allah yang menentukan
banyak wishlist tahun 2020 ni berkubur bergitu saja
tak dapat nak laksanakan satu pun
Allah
hanya pada MU aku bersujud
Thursday, September 24, 2020
:morotarium:
akhir bulan ni tamat lah tempoh morotarium kita semua
berharap semoga kita masih ada keje
berharap semoga ada rezeki terpijak buat kita semua
berharap semoga Allah memberikan kita rezeki seperti air zam zam yang sentiasa mengalir
berharap semua nya dalam keadaan baik
berharap yang baik baik sahaja
semoga yang datang pun baik baik
Insyaallah
jangan pernah berhenti berharap
:s.e.m.b.i.l.a.n:
eh sekejap sangat rasa masa berlalu
sekarang dah nak masuk penghujung bulan sembilan
husband masih lagi tak boleh balik
takpelah...kita redha
ada hikmah di sebalik musibah ini
anak anak pun dah jarang bertanya bila papa nak balik
mungkin masing masing pun dah paham pasal Covid ni
lagipun setiap hari duk video call dengan papa nya
mujurlah zaman sekarang dah zaman canggih kan
kalau zaman henset 3310.....tak tau la macam mana haha
apepun kita mampu berdoa jelah
ini semua dugaan dari Allah...Allah nak menguji kita semua