Showing posts with label uwais mirza. Show all posts
Showing posts with label uwais mirza. Show all posts

Tuesday, December 10, 2019

:Mirza Bersunat:

sebenarnya plan bersunat ni dari tahun lepas lagi
tapi sebab tahun lepas papanya cakap Mirza kecik lagi
maka kita tangguhkan dan buat hujung tahun ni

awal cuti sekolah tak dapatlah nak buat ..
sebab plan nak balik kampung n cuti cuti malaysia
makanya aku pilih tarikh 7hb December 2019 ( Sabtu )


aku pilih untuk sunatkan Mirza di Klinik Al- Raudhah Enstek
nasibla ada klinik paling dekat dengan rumah haha

time bersunat bermula pukul 7 pagi
sapa datang awal die masuk dulu so aku plan nak Mirza no.1
maka 6.45 dah sampai klinik dan ambil nombor
alhamdulillah Mirza orang pertama pada hari itu

masuk je bilik tu..muka mirza dah cuak
doctor baru je cuci, Mirza dah mula menangis takut
belum buat ape ape lagi tu hahaha...
aku di kepala Mirza menenangkan Mirza , papa pegang kaki Mirza
masa bius Mirza menjerit menangis sakit huhuhu
sakit sikit ye nak...sikit je sakitnya ...
menangis Mirza sambil mulut kumat kamit membaca surah Al-fatihah

tak sampai 15 minit setel semuanya...Mirza bersunat guna teknik laser
alhamdulillah syukur semuanya dipermudahkan


yeayyyy tahniah....abang Mirza dah besar

*papa balik bercuti dari 23 hb Nov hingga 7hb Dec 2019*

Tuesday, November 28, 2017

:Hari Anugerah Kecemerlangan 2017:

haritu Mirza bawa balik dua surat
satu surat dari sek keb
satu surat lagi dari kelas agama petang
keduanya mengandungi isi kandungan yang sama
iaitu dijemput hadir ke sek pada Hari Anugerah Kecemerlangan


bila tanya pada Mirza, kamu dapat hadiah ape?
 dier jawab tak tahu lah mama.hahaha
maka cutilah aku pada hari itu 
budak nie wajib ikut


Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kelas Agama Petang
majlis belum bermula lagi menunggu tetamu VIP
Pengerusi PIBG, wakil dari Tabung Haji, wakil dari Balai Polis
Guru Besar, dan lain lain lagi aku tak ingat


cikgu menyusun para pelajar yang dapat anugerah


Mirza dan kawan kawan



Pengerusi PIBG tengah bagi sepatah dua kata


Guru Besar pulak bagi ucapan


pra sekolah tengah buat persembahan
lepas persembahan nie...konvo pra sekolah dulu
selepas tue baru anugerah kelas agama petang
untuk pelajar tahun 1- tahun 5


terbaik pelajaran jawi dan kehadiran penuh


pengerusi PIBG nie friendly orangnya
sesuai sangat jadi pengerusi PIBG


tahniah pada Mirza.....
mama tak sangka la Mirza dapat naik pentas haritu


persembahan dari budak tahun 1-tahun 5


mirza tengah menunggu untuk second round pulak
anugerah untuk sek kebangsaan


terbaik Bahasa Arab


alhamdulillah...tak sangka jugak dapat haha


tahniah Mirza...tahun depan rangkul yang lain pulak


kawan sekelas Danish Hakim


done haritue...jom selpie sebelum balik


nak picture dier sorang pulak...layankan jelah
dah besar sangat dah kamu nie Mirza


adik Marissa amik aura abang ye..


ok dah jom balik ...jumpa lagi tahun depan
itu pun kalau Mirza dapat hadiah lagi hehe

Thursday, November 2, 2017

:anak lelaki tunggal:

anak sulung dan anak lelaki tunggal
harapan adik adik nie
sebab adik adik perempuan semuanya


adik pertama Marissa


kadang baik je main sama sama


kadang bergaduh..sakit kepala tengoknya
dengan Marissa suka menjeritnya lagi


suka main game macam papa dier
nasibla kat rumah play station dah simpan
sekali sekala nak main game..main kat sini jelah 


bila dapat adik lagi sorang mirza jadi lagi manja
mungkin manja mahukan perhatian lah nie
pernah tanya aku kenapa adik perempuan lagi mama?
aku jawab je, takpelah mirza adik perempuan pun ok jugak


anak papa dier nie...paling happy kalau papa balik sini


simple birthday celebration
happy 7 birthday Mirza


bila adik dah makin besar....
mirza makin rapat dengan Mardhiah
Mardhiah pun suka main dengan abangnya, 
terkekek kekek gelak tengok abang
tapi sampai sekarang Mirza masih lagi bertanya 
bila mahu beri adik laki pada dier?haha
 maaflah nak mak takde jawapan untuk itu huhuhu

Wednesday, June 21, 2017

:Mirza Darjah 1:

tahun nie Mirza masuk darjah 1
segala persiapan semuanya diuruskan oleh parents aku
sebabnya aku masih di dalam pantang
laki pulak tak boleh nak balik 
sebab dah balik lama masa aku bersalin haritu
sooooo kesian dengan Mirza 
nasiblah ader tokwan n nenek yang prihatin


ini masa minggu orientasi...
malu malu je masuk sekolah ye Mirza


nampak tuuuu Mirza di sana
disebabkan aku tak dapat pergi makanya
bapak aku snapla segala gambar bagi pada aku haha


time rehat memang bapak aku pergi 
selama sebulan bapak aku pergi tengokkan Mirza ni
pergi tengok dan ajar dier cara nak beli n pakai duit belanja
kadang bawak bekal...kadang takmo bawak bekal
ikut mood Mirza ni, makan pun ikut mood tau
mana lah tak kering je badan kamu tue huhuhu


donut n air sirap nie memang kegemaran dier
puaslah aku tarbiah dier suruh makan bekal n minum air masak
hurmmmmm tak jalan jugak...nak jugak membeli di kantin tue
nasiblah sekolah baru kan...bersihlah kantin nya
cara penyediaan dan pinggan mangkuk pun semua pun bersih 


adik meneman abang makan waktu rehat......
roti roti nie memang kegemaran Mirza...
bekalkan roti pun, masih nak jugak roti di kantin tue huhu
selain tabiat suka membeli di kantin
Mirza jugak ader tabiat suka membeli di koperasi
setiap hari ader je benda di beli nya tau huhu
kadang tue sanggup berlapar sebab nak membeli sesuatu
dan tabiat tue berlarutan sampailah sekarang 
tapi macam dah slow down skit...huhuhu

Tuesday, March 29, 2016

:Uwais Mirza 6 tahun:


25 March 2015
Selamat Hari Lahir ke-6 buat Muhammad Uwais Mirza
semoga kamu menjadi anak yang pintar dan berjaya
dan berbakti pada orang tua dan menjadi anak yang soleh

Monday, February 23, 2015

:puzzle:


hobi mirza di kala kebosanan
jom main puzzle +_________________+

Wednesday, February 4, 2015

:sekejap tapi konsisten:


sekarang nie malam malam wajib akan ajar mirza
kalau tak 10 min..dapat 5 min pun jadilah
mirza dah 5 tahun so kene merajinkan diri sikit
papepun walaupun sekejap konsisten itu yang paling penting

Monday, January 12, 2015

:Taski & Tahfiz Elit Al-Furqan:

alhamdulillah pagii tadi aku hantar mirza pergi school 
orang lain seme mak bapak hantar
mirza je mama yang hantar +_____+
takpelah nak...tak kisahla sape yang hantar 
janji awak belajar rajin rajin yeeee


malam tadi dah pesan siap siap pada Mirza
mama tak tunggu tau..mama hantar pastu pergi keje
Mirza pun jawab..."ok mama....."
Alhamdulillah pagi tadi Mirza ok jeeee.
cikgu cikgu pun seme dah kenal Mirza alhamdulillah
sebab aku start hantar Mirza dari minggu lepas lagiii
saje je hantar awal bagi Mirza biasakan diri di sana

 school mirza sebenarnya ader dua sesi
Sesi Pagi dan Sesi Petang
Sesi Pagi belajar akademik
Sesi Petang pulak belajar agama dan tahfiz
boleh je kalau nak amik sesi pagi je...
tapi dah alang alang aku amik terus dua sesi

Tuesday, January 6, 2015

:1st day in school:

arinie 1st day mirza pergi school tau


hurm ekceli school mirza bukak 12 hb....
tapiii di sebabkan ramai parent tak tau nak letak anak
diorang kat mana minggu nie 
so pengurus tadika mirza decide untuk bukak awal
tapiii tak belaja lagii lah..just suai kenal jee dulu
dan tak perlu pakai uniform lagiiii...

malam tadi sibuk benar anak aku tue menyiapkan beg dier
amik buku..baju..seluar dan keperluan harian
pastu isi air masak dalam bekas air dier
dan dier siap tanya aku lagi esok mirza nak bawa bekal ape
sebenarnya tadika mirza sediakan je makanan
tapiii kalau nak bawak makanan sendiri pun boleh jugak
so pagi tadi aku bekalkan bihun goreng jeee

nampak happy je Mirza nak pergi sekolah
bangun awal..mandi dan bersiap
takde dah nak merengek rengek macam sebelum ni
sampaikan ticer Mirza pun tegur...
bagus mirza happy dan ceria je pagi pagi
harapnya berterusanlah keceriaan Mirza tue hehehe

Tuesday, December 16, 2014

:dedy mirza:

tak boleh hadam kepala hotak aku biler
anak lelaki main teddy bear


baru baru niii je mirza main teddy
kepelikan pulak sebab nie teddy marissa
marissa takde beria main sangat pun...mirza pulak lebih
siap bagiii makan..minum kat teddy..
dier tak makan xpe ..janji teddy kene makan
bagi nama pun dedy.....
.pakaikan baju...baju adik dier lak tue sabo jelah
.stokin pun pakai jugak sebab takmo dedy sejuk
nasiblah dua hari jeee..kalau lama aku simpan terus teddy nie

Friday, November 7, 2014

:cerita tentang persekolahan Mirza:

yeahh next year Mirza akan bersekolah
pagi akademik petangnya pulak pra tahfiz
so jadual mirza full dari pagi sampai ke petang
in between antara sekolah pagi n sekolah petang tue
aderlah lunch...mandi dan nap sekejap
sebab sekolah petang mula pukul 2.30ptg


lama jugak aku mencari sekolah yang sesuai untuk mirza ni
aku bukanlah cerewet sangat cumanya 
banyak aspek yang aku perlu teliti sebelum 
aku decide nak pilih yang mana
yelahkan parents mana yang tak mahu yang terbaik 
untuk anak anak mereka kan (aku salah seorang darinya)

sekolah yang bakal mirza belajar nie
so far aku tengok ok..kemudahan semua lengkap
student pun tak ramai sangat dalam satu class
so biler tak ramai senanglah cikgu nak bagi perhatian ye dak
nanti kang kalau ramai ramai sangat 
bukannya belajar pun..main jee lebih (ini cikgu tue sendiri cakap ye)

lagi satu sekolah nya dari pagi sampai ke petang
so senanglah takde nak transit transit bagai
sebabnya pagi aku hantar, petang aku ambik lah dier

dan yang aku suka sekali sekolah nie bercirikan islamic
akademik penting..agama pun sama penting bagi aku
sebab nak didik anak anak ni bukannya senang terutama zaman ni
walau orang duk kata Mirza kecik lagi tapiii
bagi aku dari keciklah senang kite nak mengajarnya
bak kata pepatah melayu "melentur buluh biar dari rebungnya"
dah besar esok esok baru nak ajar..susahlah kotttt

Monday, October 20, 2014

:KLIA2:

sejak sejak ader klia2 nih selalu kami
bawa anak anak pergi melepak sana
melepak santai sambil tengok aeroplane


marissa kecik lagi so kejenya tido jelah
tak paham lagi ape yang di tengoknya tue

tapiiiii mirza memang excited habis
even pergi berkali kali pun 
tetap 1001 soalan yang keluar dari mulutnya


tengok jelah mirza nih
dari mula sampai nak ke balik di tengok jeeee
minat sungguh dengan aeroplane
nasib bapak pun keje nya berkaitan dengan aeroplane
so pape soalan aku serahkan je pada bapaknya untuk menjawab

Monday, October 13, 2014

:hasil kekreatifan mirza:

marissa sekarang dah pandai bukak tutup almari tv nie
bukan setakat bukak tutup je tau
habis di selongkarnyaaa laci laci tue
laci atas penuh dgn cd n dvd
laci bawah pulak penuh dgn buku buku mirza
dapat ke marissa memang bersepahlah semuanya


ader satu hari tue mirza mintak getah pada aku
aku tanya nak buat ape???
dier jawab nak ikat almari mama nanti adik xboleh bukak
aku cakapler kat mirza..tak boleh kot mirza
tapiii aku bagi jugak lah getah getah tue pada mirza

lepas tue aku masuk bilik untuk solat maghrib
habis solat aku kuar ke depan 
sekali tengok almari aku dah terikat
aku tanya mirza ikat ker nih???
dier kata haah mirza ikat..adik dah xboleh bukak dah
oooo ok.......aku pun puji lah dier sikit kan
orang kat bagiiii semangat pada anak anak

*hurmm tengoklah budak budak sekarang
betapa pantasnya otak mereka berkembang

Tuesday, September 9, 2014

:mirza dan eczema:

dah lama aku tak cerita pasal mirza
sebelum raya ritu.mirza kene eczema kat leher
puncanya aku syak kulit dier kering

so biler gatal dier akan garu...
biler makin lama makin garu makin menjadilah ruam tue
dari ruam terus mak aku syak mirza eczema
ekceli sepanjang aku membesarkan dier selama 4 tahun lebey nih
tak pernah pulak mirza kene eczema..
takat gatal kene gigit nyamuk adelah



masa mirza kene eczema ritu kan....
malam malam tido berperang jeee aku dengan mirza
sebab aku tak bagi dier menggaru sangat
yelahkan nanti dah garu...berdarah,biler berdarah sakit
biler sakit menangis tak berenti huhuhu

so untuk itu macam macam krim aku dah cuba tau
orang cakap ini elok aku cuba tapi tak ok pun
pastue orang kata ce cuba krim nih...aku cuba xok jugak
lastnyaaa aku cuba beli Aloevera Gel dari cosway
Gel nih biler apply...ko akan rasa sejukkk jeee
sehari dua aku sapu pada mirza tengok 
eczema mirza macam dah ok skit..alhamdulillah lah kan
tapi sehingga ke saat ini aku masih lagi mencari krim yang sesuai
masa tue makan pun mirza kene pantang tau
hanya makan nasi n sup sayur je..sampai mirza pun bosan

makan masa sebulan jugak lah eczema mirza nak ok
eczema tue naik kat leher je..kalau menjadi memang buruk
dahla buruk tak boleh nak cover pulak tu
sampaikan masa raya ader hamba ALLAH ni kata 
mirza kene kurap...: ( sedih pulak aku dengar statement tue
so sekarang eczema mirza dah pulih tapi makan kene jaga lah
kalau tak jaga.....aku rasa ader potensi eczema tue datang balik

Tuesday, June 10, 2014

:kesukaan terbaru:

 assalamualaikum uolls...
lama aku tak cerita pasal mirza kan
asyik duk cite pasal marissa jek akhir akhir nih

mirza ahlamdulillah sihat.....
baru-baru nih dier demam...makan pun tak lalu
terjadinya demam tue sebab mandi laut sampai ke tengahari
sekarangkan musim panas terik...EL NINO eh
sampaikan kaki tangan rasa kering
minum air jangan cakap lah berbotol botol
nak jek langgar pantang AIS setahun
nasiblah iman di dada masih kuat..hahaha


nih picca terbaru mirza...takdelah baru sangat
tapi yang aku ingat dalam tahun nih jugak ler
bergambar bersama sekumpulan ultraman dengan fighting jet

sejak 2 menjak nih suka sangat dengan ultraman..nape ntah
beli baju ultraman...topi pun ultraman..
takde dah upin ipin..takde dah thomas n friend
pelik aku sebab bagi aku kartun ultraman nih menipu budak2
even mirza suka ultraman tapi kesukaan pertama dier adelah
kenderaan berat terutamanya lori...sebut je semua dier tahu tau..


aku ingat lagi dulu masa mirza 2 tahun
kegemaran dier suka tengok lori sampah....
memanjat manjat grill aku tue dier nak tengok lori sampah
sampaikan budak2 yang angkut sampah tue pun kenal anak aku
tapi itu 2 tahun lepas..sekarang semua jenis lori dier suka

yang korang tengok tue sebahagian yang "selamat" lah
sebahagian yang "tak selamat" tue aku dah " selamat" masuk tong sampah
eh korang paham tak ape yang aku nak sampaikan nih...
paham paham kan leh yer..sape mak mak dier paham lah tue
oklah korang nanti free free aku update lagi yer...daaaaaaa

Monday, May 12, 2014

:sepasang:


dua amanah ini ALLAH bagi pada aku
untuk aku jaga mereka
untuk aku besarkan mereka
untuk aku didik mereka
untuk aku berikan yang terbaik buat mereka
dan untuk menjadikan mereka berdua
hamba ALLAH yang soleh dan solehah INSYAALLAH

ramai yang tanya aku ape tips nak dapat sepasang?
aku hanya jawab..ini semua rezeki dari ALLAH
ader jugak yang tanya aku ape perasaan biler dapat anak sepasang?
ofkos aku gembira tetapi tanggungjawab aku lagi berat selepas ini tau
ader pulak yang tanya biler plan nak menambah lagi?
buat masa sekarang aku tak pikir lagi pasal menambah anak
 cuma yang aku pikir cabaran membesarkan anak2 pada zaman ini
tapi kalau diberikan rezeki...alhamdulillah..aku tak menolak..
papepon mama sayang mirza dan marissa selamanya

Tuesday, March 25, 2014

:empat tahun:

 

happy birthday sayang 
semoga kamu sentiasa sihat
semoga kamu sentiasa dilindungi olehNYA
semoga kamu menjadi anak yang baik
mendengar kata orang tua..menghormati orang tua
semoga kamu menjadi insan yang berjaya kelak
INSYAALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...