Showing posts with label 1st pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 1st pregnancy. Show all posts

Friday, June 3, 2011

:paku:

hye baru dapat bukak blog n update
nak kata bizi takde sangat pon
tapi hurm tak tahulah nak cite camne kan

semalam kan tengah aku godek-godek pensil case 
sebab nak carik pen marah merah aku terjumpa
ini paku..lama giler paku tue ada dalam tue tau

nampak tak paku tue???
tak nampak..meh aku close up sikit


ekceli paku tue aku masukkan masa aku peknen 
mak aku lee pesan suh bawa paku masa peknen
sebab kata mak, aku mengandung anak sulung
cucu sulung dan juga cicit sulung

so mak aku takot pape terjadilah 
pada kandungan aku so di suruhnya bawak paku tue
aku memula malas gak nak ikot..sebab rasa macam ape punya petua nie
tapi kang tak ikut di bebelnya..so ikut jelahkan..mak2 nie ada instinct tau

bukan setakat dalam pensil case jek tau...dalam handbag..dalam purse
tepi katil...dalam bilik..dalam bilik air..dalam kete...hah banyakkk

Monday, September 20, 2010

:memilih hospital bersalin:

sebelum bersalin aritue....saya dengan suami ke hulu-ke hilir mencari hospital yang sesuai untuk bersalin
minggu nie ke hospital seremban, minggu depan ke hospital serdang, minggu lagi satu ke hospital putrajaya
at last saya dengan suami mepilih hospital serdang...sape-sape  yang pernah bersalin di situ tahu lah kan servis di situ macam mana..EXCELLENT....memang EXCELLENT okeh...so disini saya ada tips @ panduan memilih hospital bersalin
memilih hospital merupakan antara langkah yang tidak boleh dipandang ringan..beberapa ciri boleh dijadikan panduan umum untuk memilih hospital yang baik...antaranya ialah:


1. reputasi hospital dan kepakaran doktor.
    - doc yang baik, ada kepakaran dan beretika lebih mudah mendapat tempat di hati pesakit.

2. penampilan hospital
    - persekitaran hospital yang cantik,selesa dan terjaga boleh memberi pengaruh besar pada pesakit.

3. kesediaan hospital untuk bersikap terbuka dan sentiasa mendekati masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan yang   diadakan.

4. mempunyai logo pengurusan berkualiti seperti ISO9000 @ pengiktirafan drpd Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia   (MSQH). Senarai Hospital yang mendapat ekreditasi

5. ibu yang berisiko utk mengalami komplikasi semasa kelahiran dinasihatkan memilih hospital yang mempunyai   kelengkapan dan kepakaran yang cukup di samping mempunyai tabung darah.

6.  pilih hospital rakan bayi
    - Hospital Rakan Bayi adalah hospital yang menyokong dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk penyusuan susu ibu. Kesemua hospital kerajaan di Malaysia adalah rakan bayi.

7. pilih hospital yang sesuai dengan bajet anda...


*sumber dari ratuhati

Saturday, September 4, 2010

:panduan mengemas beg hospital:


entry kali nie untuk para-para mum to be...
yang sedang menanti kelahiran baby...
panduan mengemas beg hospital...

Keperluan semasa peringkat awal pelahiran
  •  gaun santai - berguna jika anda teringin berjalan-jalan mundar -mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.
  •  kasut selipar
  • stoking - percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
  • gaun tidur @ kemeja-T - untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor,jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.
  • minyak urut atau losyen jika anda ingin di urut semasa pelahiran anda.
  • balm bibir
  • makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahirn, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
  •  Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
  • Kamera digital atau kamkoder.Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu - tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
  • Bahan-bahan yang menenagkan: buku,majalah,permainan dan sebagainya.
  • Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir)
  • Kelengkapan dandanan diri
  • Penyembur air atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
  • Muzik untuk di dengar.
Untuk teman pelahiran anda
  •  Sepasang pakaian untuk ditukar
  • Makanan snek dan minuman - anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda.
Untuk lepas bersalin 

  • Pakaian balik rumah. ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -maaf ya.
  • Bra menyusu - dua atau tiga helai
  • Pad bra untuk bila susu badan anda mula mengalir.
  • Tuala wanita selepas bersalin -beberapa bungkus.
  • Kelengkapan dandanan diri
  • Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.
  • Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin.
  • Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising
  • Telefon bimbit serta pengecasnya
Untuk bayi anda
  • Sebuah kerusi kereta bayi 
  • Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua dalam satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.
  • Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk)
  • Lampin
  • Sepasang stokin atau but bayi
  • Topi
  • Kain muslim
 Sebaik sahaja anda telah mengemas beg hospital anda,ingatlah diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin...

*entry yang panjang lebar buat bakal-bakal ibu...

Tuesday, March 23, 2010

:nak...nak...:

okehhh...saya bukan nak papepown...
tetiba jer terasa mau makan sesuatu...
mengidam lagi ker???
mungkin jugak..... tapi takdelah benda yang susah nak dicari
cuma saya mengidam nak makan NASI KENDURI..
hahaha......:) haruslah pegi cari....
tapi semalam dah bagitahu incik amir..tentang hal ini...
memula dier macam terkejut jugak...
mana nak cari nasi kenduri nie...????
huhuhu...sedih sebentar......
pastu tengah-tengah tengok tv...
incik amir cakap member dier kawin hujung minggu nie..
kalau nak jugak...kite pegi la...
okies....harap-harap sempatlah makan ye...
baby...sabar tau..tunggu hujung minggu nie kite p makan kenduri ehh..

:muncul jugak:

owh..owh..owh...
tidakkkkkkk...
apekah inie....???
bile tengok kiri dan kanan di depan cermin...
cari-cari dalam tenet maklumat yang ada..
dan baru saya tahu,ianya adalah........STRECTH MARKS
hyee...ko muncul jugak akhirnye...
pada minggu-minggu terakhir kehamilan.saya ingatkan
"owh ok saya sudah 37 minggu,so strecth mark takkan muncul"
tapiiiii...sejak dua tiga arinie "dier" sudah munculkan diri,
walaupun tak banyak...sikit ajo...tapi ianya membuatkan saya terpikir....
"owh memang benarlah kata orang....strecth mark itu tandanya seorang ibu"
hahahaa....akhirnye saya dapat jugak tanda itu..
walaupun saya mula ambil langkah awal dengan memakai strecth marks lotion itu
seawal 4 bulan peknen...tapi akhirnye ader jugak...


-niela lotion yang sy pakai...wangi n tak berminyak-

kat cnie ader info sikit mengenai lotion nie....
Description:
Pureen Stretch Mark Lotion with TRIPLE ACTION FORMULA, contains Cocoa Butter,Almond Oil,Rose Hip Seed Oil,Collagen Elastin and Vitamin E to relieve itchiness due to skin dryness,strengthen skin and enhance its elasticity.

Features:
TRIPLE ACTION FORMULA that contains:-
- Cocoa Butter,Shear Butter,Almond Oil and Rose Hip Seed Oil to moisturize skin and relieve itchiness due dryness of the skin.
- Collagen and Elastin to strengthen skin and enhance its elasticity
- Vitamin E to give antioxidant protection.

Uses of lotion:
For a revitalizing body massage during and after pregnancy,to firm up skin and increase its elasticity.


When and How often Should I Apply?
Using a circular motion,gently massage lotion all the strech marks prone areas of the body e.g. abdomen, upper thights, waist and breast, twice a day (in the morning and at night).
Ideally,you can start applying from 1st month of pregnancy (before strecth marks occur) and continue until 3 months after delivery.


*takpelah baby mama redha...ini tandanya mama pernah mengandungkan baby selama 9 bulan tau..




Friday, March 19, 2010

:now saya sangat neves:


haaa....lagi 3 minggu okeh...untuk sampai ke 40 minggu
tapi ramai yang bagitahu saya kalau dah masuk 37 minggu bile-bile dah boleh beranak...
budak-budak kat opis nie pown dah mula tertanya-tanya..
"eh,mun bile nak beranak nie..hadiah kitaorang dah siap beli"
"eh,ader lagi mun arinie..ingat dah beranak"
"mun..bile due nya"
wahh..macam-macam soklan yang keluar....
sabarlah..baby saya takmo keluar lagi...
agaknye dier seronok sangat duduk dalam perot nie..
ke malu nak kuar..heheheh....
entahlah kawan-kawan....
kalau di tanya apa perasaan saya sekarang nie....
urm...i seram tau....u oulls jangan ler tanya macam-macam...
berbagai rasa yang i rasa sekarang nie...
cuak...nervous...scary...
semua cukup lengkap...
papepown..saya nak mohon maaf pada semua...
kalau-kalau ader yang terguris hati dengan saya...
maafkanlah saya....
doakanlah yang terbaik untuk saya dan baby...
harap..semuanya selamat...

:hospital checklist:

baru sehari tak update blog..terasa semacam dah seminggu tak update...
mesti ader yang ingat saya dah bersalin kan..
belum lagila kawan-kawan....baby saya belum mahu keluar....
masih mahu menikmati hidup di dalam perut mama nya..
cuma semalam...kesihatan tak begitu baik untuk saya pegang laptop n update blog...
tapi arinie....sudah ok yeee....
entry kali nie saya mahu berkongsi tentang barang-barang yang perlu dibawa ke hospital...
kalau boleh...sediakanlah barang2 nie sebelum sakit bersalin itu terasa..
bukannya ape..nanti dah sakit nak bersalin takdelah termengah-mengah
nak packing semuanyaaa.....
checklist nie saya dapat dari kawan saya..sue...
thanks sue sebab bnyk bagi panduan pada saya

hospital checklist untuk ibu
  1. buku merah
  2. kad pengenalan
  3. h/p
  4. baju/t'shirt
  5. stokin
  6. kain batik
  7. baju dalam
  8. sluar dalam
  9. peralatan mandi
  10. tuala mandi
  11. maternity pad
  12. pad biasa extra long
  13. tuala muka
  14. selipar
  15. air selusuh
  16. minyak angin
  17. air zam-zam
  18. makanan/minuman
  19. termo air panas
  20. beg plastik
  21. baju sejuk
  22. sikat
  23. breast pad
hospital checklist untuk baby
  1. newborn pampers
  2. baju baby
  3. minyak telon
  4. towel baby
  5. sarung tangan baby
  6. sarung kaki baby
  7. peralatan mandian baby
  8. selimut
  9. bedung
  10. barut
  11. topi
*sudah siap packing semuanya...cuma tunggu masa jer...
*bile tunjuk beg pakaian tue kat hubby,hubby kata mcm nak pegi bercuti je yang..
hahaha..apela laki aku nie

Wednesday, March 17, 2010

:sudah 37 minggu:


Your baby weighs close to 2.8kg and may be about 48.6cm long from head to toe. Your baby's head is now cradled in your pelvic cavity – surrounded and protected by your pelvic bones. This position clears some much-needed space for her growing legs and buttocks.

Many babies now have a full head of hair, with locks up to 3.5cm long. And then, of course, some babies don't have any hair at all. Speaking of hair, most of the downy coat of lanugo that covered your baby from 26 weeks has disappeared, and so has most of the vernix caseosa, the protective whitish substance that also covered her. Your baby will swallow her lanugo and exterior coating, along with other secretions, and store them in her bowels. These will become her first poo, a blackish waste called meconium.

Around now many women start worrying about whether they will know if they are in labour. Look no further than our labour and birth section. There you'll find advice on everything from creating the perfect environment for giving birth to tips for birth partners.

*sudah terasa sakit dibahagian bawah ituuu.....nak berjalan pown dah susah....kaki pown bengkak...sakit pinggang bertambah...huhuhu...
*tak sabar mau melahirkan....mahu lihat wajahnya....


Tuesday, March 16, 2010

:hye semua:

arinie saya ader appoinment,so
pepagi lagi dah kene bangun...
cepat-cepat bersiap...
kemas-kemas bilik tido....
turun bawah breakfast
menu adalah biskut cicah air milo....
pastu....zaaassssss...
ke klinik kesihatan kuarters KLIA...
kul 8:00 pg..dah tercegat kat dlm klinik tue..
amik nombor giliran dulu...
no.saya 1001...
kiranye saya adalah patient pertama...
suka..suka...hahahaah...
lepas timbang...amik darah n jumpe nurse semua...
maka hasil checkup arinie
......
berat saya: 73.5kg (naik 1.5kg)
HB: 10.3 (naik,sebelum nie 9.0)
BP: 120/60 (maintain)

takde wat scan pown...tapi nurse ader check 

degupan jantung baby ngn satu alat khas
cuma saya tak tahu ape kenama alat itueee..huhuhu
nurse juga ada mention tanda-tanda untuk bersalin iaitu...
- kurang@tiada gerakan janin
- turun darah
- turun air
-sakit bersalin
-lendir+ darah
kalau ade salah satu tanda di atas..so cepat-cepatla ke hospital...
kul 9:00 pg dah settle semua nye.....saya terus pegi keje...
so no need to take annual leave or mc....



Saturday, March 13, 2010

:checklist barangan baby n mommy:


masa memula pregnant dulu....puasla saya mencari-cari 
checklist barangan baby yang perlu disediakan
al maklumlah kan....nie baby pertama..so takde pengalaman..
bile tanya orang sekeliling,macam-macam pendapat yang timbul..
ada yang kata tak perlu,ada yang kata perlu...
ada jugak yang kata,"nanti baby dah keluar baru le beli"...
tak kurang jugak yang kata "tak elok beli barang baby awal-awal"
haishhh..pening jugak pala saya masa tue...
bukannya ape...menyediakan keperluan baby nie memerlukan kewangan yang mencukupi
so...kalau semuanye nak beli last minute....dah tentula terasa sikit kan..
pastu bile dah last minute..nak survey pown dah tak sempat,mesti main rembat jer...
nanti dah beli menyesal pulak...tak survey elok-elok..
haahaaa..sendiri mau ingat la kan..
papepown tepuk dada tanyalah diri sendiri..
okla...tujuan entry nie hanyalah mau berkongsi
checklist barangan baby dengan mum to be yang lain

barangan asas baby
  1. 5 pasang baju lengan panjang
  2. 5 pasang baju lengan pendek
  3. barut
  4. pampers (newborn size)
  5. kain lampin- untuk bedung
  6. 5 pasang sarung tgn n kaki
  7. tuala kecil
  8. topi kepala
  9. minyak telon baby @ minyak yuyi cap limau
  10. tilam,bantal kepala,bantal peluk
  11. selimut
  12. kelambu
  13. gunting kecil
  14. pemotong kuku
  15. bakul pakaian baby
  16. botol susu n extra puting
  17. berus botol
  18. puting
  19. set mandian baby
  20. baby lotion
  21. baby oil
  22. baby powder
  23. kapas
  24. krim lampin
  25. baby wipes
  26. tuala mandian
  27. sikat @berus rambut baby
  28. cotton bud
  29. tab mandian baby
  30. bakul kecil untuk barangan mandian
  31. baby car seat
  32. stroller
  33. baby cot
barangan asas mommy
  1. set selepas bersalin
  2. bengkung
  3. stokin
  4. baju sejuk
  5. tungku
  6. selipar
  7. kain batik
  8. maternity pad @ pad biasa (extra long)
  9. nursing bra
  10. breast pad
  11. minyak angin@urut
  12. set breastpump
*thanks kepada sue sebab bagi saya checklist nie....

Friday, March 12, 2010

:kes mengidam:

sepanjang pregnant saya tak penahla pulak mengidam makan benda pelik-pelik...
setakat roti canai mamak,nasi dagang versi mak mentua n aiskrim mcd besa la tue..
tapi minggu lepas...saya teringin nak makan makanan seafood jer..
ingat nak ajak hubby pegi ke Bagan Lalang,
tempat tue memang famous dengan makanan seafood
banyak variasi dan mesti freshkan...
tapi mak pulak tak bagi....huhuhu :(
katanye bahaya balik malam-malam..
yelahkan orang tua-tua bnyk pantang larangnyer...
untuk mengelakkan sebarang benda buruk berlaku jadi saya ikut jelahkan....
maka penyelesaiannya....
my hubby beli ketam,udang,siput sedut n kerang
masak jela kat umah....
dan....taraaaa..
....
..
.

-ketam masak lemak-

-sambal udang-

-siput sedut masak lemak-

-kerang bakar-

tekak terliur jer...
nasib baik ler sempat makan kesemuanye...
kalau tak meleleh la air liur anak saya nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...