Wednesday, October 29, 2014

:going to lebanon:

hoh teaser dah sebulan kan
baru hari nie terhegeh hegeh nak update
mintak ampun sangat sangat..bizi yang amat

adik aku pergi lubnan 11 September 2014
so sekarang dah sebulan lebih pemergiannya ke sana

hari rabu malam tido di rumah abang kembo di damansara
so pagi tue takdelah nak tergopoh gapah kan
adik aku wasap kul 10 pg dah boleh masuk kem
tetiba sampai jeee sana tak boleh masuk daaaaa
kene tunggu kul 11 pagi baru boleh masuk


haihhh menunggu lah kami dalam masa sejam 
itu di bawah pokok pokok ini
nasib cuaca pagi tue tak panas terik
kalau tak mau berpeluh jugak menunggu kat situ


yeayyy dah boleh masuk
giler jauh jalan dari tempat parking ke khemah
berpeluh jugak ler nak sampai ke khemah tue


marissa dengan pak usu
mainlah kamu puas puas dengan pak usu tue
setahun tau pak usu ke sana huhuhu


masa nie orang tak penuh lagi dalam khemah
so boleh lah nak camwhore bagai

ader makanan n minuman 
so sape sape lapo boleh p amik sendiri
tapi haritue seme famili aku tak makan kecuali aku
yeeee aku je yang makan...
nasi minyak rasanya...hahah aku tak ingt


gambar takde edit pun...tapi cengini jadinya
penuh berkabus 


laki aku keje haritue tak dapat cuti
pastu datang dengan baju keje aptb
marissa pulak tido punyalah lama
naik lenguh tangan aku mendokongnya


berbaris sebelum masuk kedalam
lepas aku masuk dalam kitaorg pun gerak balik
plan nak balik umah terus tapi abah aku pulak
mengajak ke rumah kawannya di Setia Alam

----Semoga Selamat Epul di Bumi Lebanon----

Monday, October 27, 2014

:abang suka...adik meratapiiii:

hari minggu takde watpe 
malam malam datang lepak kedai mamak
lepak minum minum pastu bawa anak anak main playground
nak main siang panas so jom kite main waktu malam
malam pulak tak ramai sangat orangnya.....
sokaylah jugak kan +________+


abang suka adik meratapiiiii
nampak sangat adik penakut....
mungkin kecik lagi kot
tunggulah adik dah besar nanti
takut nanti masa tue aku pulak yang tak larat nak mengejarnya

Thursday, October 23, 2014

:lunchdate with bff @ klia2:





:nine months:


kejap jer dah sembilan bulan 
masuk jer tahun baru...terus setahun anak dara ni
macam macam peel dah dibuatnya sekarang nih
paling tak menahan marissa terlalu manja
aku ader depan mata sokaylah
aku bangun je nak p dapur ke p bilik ker
haaaaaa mulalah panggil mamamama
kalau tak diangat meraung merengek lah di kat situ
sekarang dah pandai merajuk sembam muka ke lantai
aku buat donooo je mulalah dier sebam muka 
haishhhh lain benor kamu dengan abang kamu tau
benar lah kata orang lain anak lain peel nya

Monday, October 20, 2014

:KLIA2:

sejak sejak ader klia2 nih selalu kami
bawa anak anak pergi melepak sana
melepak santai sambil tengok aeroplane


marissa kecik lagi so kejenya tido jelah
tak paham lagi ape yang di tengoknya tue

tapiiiii mirza memang excited habis
even pergi berkali kali pun 
tetap 1001 soalan yang keluar dari mulutnya


tengok jelah mirza nih
dari mula sampai nak ke balik di tengok jeeee
minat sungguh dengan aeroplane
nasib bapak pun keje nya berkaitan dengan aeroplane
so pape soalan aku serahkan je pada bapaknya untuk menjawab

Tuesday, October 14, 2014

:Majlis Akikah Nur Uzma Marissa:


majlisnyaaa dah lama buat..baru harinie nak update
majlis tahlil, akikah & kesyukuran nie diadakan pada 21 JUNE 2014
masa tue marissa genap enam bulan...


pagi dalam pukul 9 pg.....mak aku buat tahlil dulu
 mak aku panggil budak budak sekolah tahfiz
sama jeee masa mirza akikah dulu

masa nie aku dalam bilik tengah tidokan marissa
makanya tak dapatlah nak join baca yassin sekali
lepas selesai tahlil....diteruskan pulak dengan
majlis berendoi & cukur jambul



tetamu tetamu awal tadi seme dah keluar menjamu selera
tinggallah geng geng marhaban je dalam umah
eh geng marhaban dengan aku ler
mirza dengan papa dier kat luar rumah



marissa ketakutan dalam buaian
takut takut pun akhirnya tidoooo jugak


berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.


cukur jambul


cukur jambul


tetamu penuh diluar rumah..alhamdulillah


tetamu tetamu terdekat dan kawan kawan alhamdulillah 
malam pulak kami anak beranak berbbq hehehe



nah amik satu gurl in the house
satu keluarga satu tema
+__________________________+

Monday, October 13, 2014

:hasil kekreatifan mirza:

marissa sekarang dah pandai bukak tutup almari tv nie
bukan setakat bukak tutup je tau
habis di selongkarnyaaa laci laci tue
laci atas penuh dgn cd n dvd
laci bawah pulak penuh dgn buku buku mirza
dapat ke marissa memang bersepahlah semuanya


ader satu hari tue mirza mintak getah pada aku
aku tanya nak buat ape???
dier jawab nak ikat almari mama nanti adik xboleh bukak
aku cakapler kat mirza..tak boleh kot mirza
tapiii aku bagi jugak lah getah getah tue pada mirza

lepas tue aku masuk bilik untuk solat maghrib
habis solat aku kuar ke depan 
sekali tengok almari aku dah terikat
aku tanya mirza ikat ker nih???
dier kata haah mirza ikat..adik dah xboleh bukak dah
oooo ok.......aku pun puji lah dier sikit kan
orang kat bagiiii semangat pada anak anak

*hurmm tengoklah budak budak sekarang
betapa pantasnya otak mereka berkembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...