Monday, September 6, 2010

:iklan raya TV3 ditarik balik:

 semalam saya sekeluarga ade tgk berita kat TV3...
pastue pembaca berita tue announce tentang penarikan balik iklan raya TV3..
then, abah tanya saya.."eh iklan yang mana eik,abah tak perasaan pown"
saya pown cakaplah "yang ader naik beca terbang macam iklan hari natal tue dan bla bla bla..."


hurm rupa-rupanya saya sorang jer yang de tengok iklan tue...
saya dapat tengok sekali jer kat TV3...
masa tengok iklan tue terdetik dalam hati
"wahhh macam iklan krismas laaa"
dan saya terpikir bahawa iklan itu boleh menjadi satu isu
sebabnya iklan tue macam iklan hari natal...
dannn tekaan saya memang benar..
papepown iklan tue dah ditarik balik...
nak cerita seterusnya sila klik disini 
 dan kalau mahu penerangan lebih lanjut klik Kalamul Haqq

Saturday, September 4, 2010

:panduan mengemas beg hospital:


entry kali nie untuk para-para mum to be...
yang sedang menanti kelahiran baby...
panduan mengemas beg hospital...

Keperluan semasa peringkat awal pelahiran
  •  gaun santai - berguna jika anda teringin berjalan-jalan mundar -mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.
  •  kasut selipar
  • stoking - percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
  • gaun tidur @ kemeja-T - untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor,jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.
  • minyak urut atau losyen jika anda ingin di urut semasa pelahiran anda.
  • balm bibir
  • makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahirn, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
  •  Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
  • Kamera digital atau kamkoder.Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu - tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
  • Bahan-bahan yang menenagkan: buku,majalah,permainan dan sebagainya.
  • Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir)
  • Kelengkapan dandanan diri
  • Penyembur air atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
  • Muzik untuk di dengar.
Untuk teman pelahiran anda
  •  Sepasang pakaian untuk ditukar
  • Makanan snek dan minuman - anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda.
Untuk lepas bersalin 

  • Pakaian balik rumah. ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -maaf ya.
  • Bra menyusu - dua atau tiga helai
  • Pad bra untuk bila susu badan anda mula mengalir.
  • Tuala wanita selepas bersalin -beberapa bungkus.
  • Kelengkapan dandanan diri
  • Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.
  • Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin.
  • Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising
  • Telefon bimbit serta pengecasnya
Untuk bayi anda
  • Sebuah kerusi kereta bayi 
  • Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua dalam satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.
  • Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk)
  • Lampin
  • Sepasang stokin atau but bayi
  • Topi
  • Kain muslim
 Sebaik sahaja anda telah mengemas beg hospital anda,ingatlah diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin...

*entry yang panjang lebar buat bakal-bakal ibu...

Friday, September 3, 2010

:kenapa aku ader jiran seperti dia:


Yang mana bile nampak jer aku, ditolehnya muka dan dipalingkan bontotnya ke arah aku..ahhh macamlah aku nak tegur ko sangat

Yang mana bile nampak jer suami aku atau bapak aku kat luar....dier pon dengan tanpa malu dan segan
menjadi seperamah yang mungkin berchit-chat dengan mereka..ko nie memang jenis tak layan pompuan layan laki orang je kot

Yang mana bile nampak jer aku, dier terus masuk dalam rumah...dan tutup pintu...wei,macamlah aku nak sembang sangat dengan ko....

Yang mana bile rumah aku ade buat kenduri kendara..dier takkan datang dan dier akan outstation di kampungnya..ala aku tak kisah pun,kalau ko tak datang lagiiii bagus...lancar-selancarnya kenduri aku tanpa ko...

Yang mana bile dier buang sampah sarapnya di belakang rumah aku tapi belakang rumah dier bersih yang amat...sikap pendengki tue memang sinonim dengan ko

Yang mana bile orang lain renovate rumah dan dier akan datang ke rumah orang tue dan dengan selambanya sound supaya jangan renovate rumah time cuti sebabnya die nak berehat...wah besarnye kepala ko..suka suki nak sound orang lain

Yang mana dier tak tahu adap berjiran....mendrill dan mengetuk rumah time maghrib waktu orrang sekeluarga mahu solat...solat pown tak tenang...

Yang mana si laki nya pulak kalau balik jer dari keje..terus hon hon depan rumah...ape kejadahnya nak hon hon..aku pown tak paham...

Yang mana bile aku keluar jer hospital dari delivery, sampai jer rumah tak bape minit...dier dah datang dengan geng-geng dier konon-kononnya nak melawat aku...melawat lah sangat kan...

Yang mana bile datang melawat aku dalam pantang...dier leh dengan gelak ketawa mengatakan mata anak aku sepet macam laki aku....What the ..what the....tttttt...time tue aku memang tak marah sebabnya aku masih lagi lemah dan malas nak pikir sangat, tapi  ko memang tak tahu adap eh...macamlah laki ko dengan anak ko tue hensem sesangat...dan macamlah ko tue lawaaaaa sangat...

Yang mana ko suke pergi rumah jiran-jiran lain menjaja nama aku dengan keluarga aku????kenapa eik???kalau ko tak puas hati ko face to face dengan aku lah wei...ada berani???

Yang mana tiap kali raya memang takdenye jiran-jiran datang rumah ko sebabnya ko mengamalkan dasar tutup pintu....tapi rumah orang nak je ko datang tanpa diundang...huh memang ko dasar tak tahu malu...

Yang mana ko suka tunjuk-tunjuk baik depan orang...bercakap lembut dari lidah...padahal kat belakang mulut ko busuk macam longkang...

Yang mana ko penah angkat selipar mahu pukul mak aku sebabnya mak aku bergurau dengan ko....ooo ko kalau bergurau kasar dengan orang takpe, tapi kalau orang bergurau dengan ko..selipar ko bagi eik...nasib aku takde masa tue..kalau tak jahanam ko aku kerjakan...

Yang mana ko nie memang tak tahu hidup berjiran..adab berjiran...aku tak kisah pun ko ader ke takde..ko ader pun macam takde...

Jangan sampai satu hari nanti orang datang dengan lori angkut barang-barang dalam rumah ko, aku ingat ko pindah rumah..padahal rumah ko kene ROMPAK..hahhaa...masa tue aku mahu gelak terguling-guling dalam rumah...

PUAS HATI AKU

*disebabkan aku tak leh pose laaa aku berani wat entry nie...

Thursday, September 2, 2010

:merah jambu:

takde kene mengena langsung dengan tajuk
so jangan tertipu daya...
camnie le bile bosan di tempat kerja...
menatap gambar-gambar mirza...tengok keletah dier...
wuhaaaa memang buat saya rindu sangat-sangat pada kamu wahai mirza

tido beralaskan selimut hello kitty mama

uiks kaler soother mirza hampir sama dengan selimut mama..

cukup suka posisi ini bile mau tido

haha...sudah bangun....mata tecit jer masih dalam mood mamai..

macam nak tido semula jer

hehehe..mama kene tipu..
senyuman nie yang buat hati mama cair tau

nak senyum ke tak nie

laaaaa nape masam jer tengok mama

haa kan sudah meniarap...
owh mama kene tipu lagi....

senyum senyum mintak di angkat
ok finish

:iftar @ QThai Steamboat:


waktu kejadian pada 20 August 2010
sangattttttttt lah lama cite nie okeh
tapi arinie baru nak berccerita...
opss bukan saya punya cerita 
tapi cik ctiey kita punya cerita...
kalau mahu tahu sila click Part 1 dan Part 11

*next week dah raya..wuhuuu tak sabar nak beraya nih

Wednesday, September 1, 2010

:s.e.r.a.b.u.t:

 tengah 
s.e.r.a.b.u.t

:n.a.f.o.r.y.e:

tak penah penah shopping online..last-last aritu terjebak jugak...
terjebak dalam terpaksa...
eh..bukan kene paksa tau tapi saya sendiri yang memaksa diri untuk beli benda itu..heheheeee
ekceli pada sape2 yang penah baca entry inie mesti dah tahukan yang saya sebenarnya dah lama survey benda tue tapi duk takde stock jer...
entah macamana..minggu lepas...tengok kat littlewhiz.com ader pula stock..
saya pown ape lagi terus mengorder...membayar dan mentunggu parcel sampai..

tak sampai 2 hari dah sampai parcel tue...

 apple juice segar dari ladang

100% fresh by naforye

*mirza suka sangat main gigit-gigit blanket nie.....
sambil minum susu nak main..sambil nak tido nak main...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...