27 March 2023 pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 ke SMSTJ. Gembira bercampur duka aku melihat Uwais. Anak ini baru 13 tahun sudah meninggalkan rumah untuk belajar mencapai cita cita nya. Aku dulu umur 20 an baru keluar rumah duduk asing dgn mak abah sebab sambung belajar di Universiti.
Anak bujang sulung mama, Anak harapan keluarga. Semoga semua pengorbanan ini dibalas dengan kejayaan InsyaAllah. Mama bangga dan gembira walau jauh dalam hati ini mama rasa sedih berjauhan dengan anak mama yang selama 13 tahun ini membesar di depan mata mama. Mama sentiasa doakan kejayaan abang walau dimana pun abang berada.
Segala usaha keras Uwais selama 6 tahun di sekolah rendah kini terbalas. Syukur Alhamdulillah. Jauh lagi perjalanan kamu terus maju dan maju ke hadapan. Usaha tidak akan mengkhianati hasil Insyaallah. Buat yang terbaik selagi mampu dan selagi terdaya. Mama ada di belakang kamu untuk sentiasa menyokong kamu di sana nanti.