Monday, October 26, 2020

:selagi bertahan:

haila hailaaaaa sekolah budak budak ni tutup buat kali ke 2

dari 26hb October sampai lah 9 November nanti (sebabnya kes Covid meningkat)

dan kami semua bekerja macam biasa walau Selangor PKPB (14 Okt - 27Okt)

selagi boleh bekerja kita berkerja

selagi diperlukan kita teruskan

selagi rezeki masih di sini kita terus bertahan

 semoga Allah melindungi kita semua dari virus Covid -19 ini

Tuesday, October 20, 2020

:S.A.V.I.N.G:

nak cordless vaccum.......ahh nanti dulu lah simpan duit tu

nak rice cooker baru.......end up tak beli pun lagi simpan

nak iron philips yang siri baru tu .......pikir pikir eh iron lama elok lagi simpan jugak

nak reno porch .......dah mintak quotation lepas tu tak jadi buat

nak laminate flooring ...tangguh

nak buat barn door .....tangguh

nak tambah furniture rumah...tak tambah tambah hahaha

eh macam macam la wishlist nya tapiiiiiii

ape nak buat semua tak buat buat

sudahnya duit tu kita saving je dulu

kenapa tak buat??

sebab pikir dalam masa sekarang kene berbelanja secara berhemah

kene saving lebih sikit sebab ekonomi kita pun tak menentu (disebabkan Covid -19)

kene hadkan kehendak ....utamakan keperluan....pakai selagi boleh

kalau ikutkan banyak kehendak dari keperluan sebenarnya ni

biasa lah nama pun manusia....takpe buat masa ni kita tolak ke tepi dulu kehendak tu

pejam mata rapat rapat..nekadkan hati ..azam saving je sebanyak yang boleh buat masa ni

aku mintak Allah tetapkan hati aku dengan niat ini

semoga ada sinar di sebalik semua ini...Insyaallah Aamiin

:penhujung 2020:

 20 October 2020

Assalamualaikum semua

kes covid di negara kita semakin meningkat kan 

semalam kes 871, kematian 7

Allahu bila lah nak berakhir semua ini

sentiasa berdoa semoga virus Covid ni lenyap hilang terus

tak pernak terpikir pun tahun 2020 ni akan berlalu dengan begitu saja

berlalu dari hari ke minggu ke bulan membawa virus covid ini

dulu masa kecik kecik selalu di ceritakan tentang Wawasan 2020

dimana masa tu negara mencapai tahap pembangunan yang tertinggi

siap ada kereta terbang bagai lah hahahaha

ternyata kita hanyalah mampu merancang

segalanya Allah yang menentukan

banyak wishlist tahun 2020 ni berkubur bergitu saja

tak dapat nak laksanakan satu pun

Allah 

hanya pada MU aku bersujud

Thursday, September 24, 2020

:morotarium:

 

 akhir bulan ni tamat lah tempoh morotarium kita semua

berharap semoga kita masih ada keje

berharap semoga ada rezeki terpijak buat kita semua

 berharap semoga Allah memberikan kita rezeki seperti air zam zam yang sentiasa mengalir

 berharap semua nya dalam keadaan baik

berharap yang baik baik sahaja

semoga yang datang pun baik baik

Insyaallah

jangan pernah berhenti berharap

:s.e.m.b.i.l.a.n:

eh sekejap sangat rasa masa berlalu

sekarang dah nak masuk penghujung bulan sembilan

husband masih lagi tak boleh balik

takpelah...kita redha

ada hikmah di sebalik musibah ini

anak anak pun dah jarang bertanya bila papa nak balik

mungkin masing masing pun dah paham pasal Covid ni

lagipun setiap hari duk video call dengan papa nya

mujurlah zaman sekarang dah zaman canggih kan

kalau zaman henset 3310.....tak tau la macam mana haha

apepun kita mampu berdoa jelah 

ini semua dugaan dari Allah...Allah nak menguji kita semua

Friday, September 11, 2020

:P.L.A.Y.R.O.O.M:

 dah lama sebenarnya duk mecari idea 

untuk deko playroom anak anak tapi kan memandangkan 

tahun depan anak anak seme dah bersekolah 

adekah masih relevan playroom ini???

atau pun kite tukar jadi family room atau study room

haaaa anak anak seme kat meja 

mak duk sebelah pegang rotan boleh hahaha




gilerrr garang mak nye si Mirza ni 
 
boleh gituuuuuuuu hahahaha
 
takdelah acah jelah korang ni

eh entahlah idea banyak ..ongkosnya kene ade jugak lah

Thursday, September 10, 2020

:B.I.S.N.E.S:

 dah lama sebenarnya aku mula kan bisnes ni

aku mula dari blog mun_homedeco ke instagram @mun_homedeco

dari jual kosmetik, barang kecantikan, jamu dan akhirnya 

aku terjebak dengan barang-barang deco rumah 

macam macam barang ada tapi mostly cadar n carpet la,

 eh artificial plant pon ade tau skybird dan travellers palm

 sebab ape berbisnes??? sebab minat tu je (dapat duit lebih haha)

sambil mengisi masa lapang...sebab aku pun suka deco rumah tau

tak percaya boleh follow instagram @mun_amir

ecewahhh promote pulak hahaha..

takdelah deko kedevassss kedebommmmm sangat

ala bese bese je tau, sesedap mata aku memandang haha

takdelah setara mana sangat bolehla alhamdulillah

if uolls rajin bolehlah follow instashop dan insta personal mun tau

instashop>>>>> @mun_homedeco

instapersonal >>>> @mun_amir

k daaaa uollsss..lain kali mun bebel lagi hahaha

Tuesday, September 8, 2020

:The World of the Married:

Bye Bye August....

(birthday aku berlalu begitu sahaja)

Hello September

 
 

dan akhirnya aku terjebak jugak dengan cerita ni

masa tengah panas aku tak layan

bila dah mula slow down baru ada masa nak layan 

perghhh cerita ni mencabar emosi sangat 

memang best..jarang lah cerita korea begini

malas nak cerita panjang sape yang belum tengok baik tengok

nanti menyesal pulak kawan kawan duk cerita uolls tak tahu hahaha

Friday, August 14, 2020

:it's okay to not be okay:

 perghhh cerita ni memang parah

best teruk huhuhuhu

kepada peminat kdrama please aku saranan kan 

korang tengoklah cerita ni 

it's okay to not be okay

ada 3 watak utama lakonan Kin Soo-Hyun, Seo Yea-Ji dan Oh Jung-Se   

ketiga tiga watak ini kuat dan saling memerlukan antara satu sama lain

memang banyak scene yang tak disangka dan sedih

masing masing ada kisah tragis dan bagaimana ketiga tiga nya melalui kisah ini

paling best watak Oh Jung-Se memang meruntun jiwa huhuhu

please lah tengok confirm korang terpikir pikir je hahaha

:Prison Playbook:

 ni cerita lama tahun 2017

tapi best..rugi kalau uolls tak tengok

kisah Superstar Baseball Pitcher yang dikenakan penjara 

atas tuduhan mencederakan seorang lelaki selepas dier 

menyelamatkan adik perempuan nya daripada di rogol oleh lelaki tersebut

 

bila mana dia dipenjarakan maka 

bermula lah kehidupan dia seorang superstar di penjara

bagaimana dia hendak menyesuaikan diri di penjara

bagaimana dengan kerjaya nya sebagai seorang pitcher 

bagaimana hubungan dia dengan keluarganya

bagaimana hubungan dia dengan warden penjara dan pesalah lain 

berbagai kisah yang terjadi ketika dia di dalam penjara

memang menarik....dan bestnya cerita ni kelakar sebab Kim ni jenis lurus bendul

part kelakar tu yang membuatkan aku habis tengok cerita ni haha

Tuesday, July 14, 2020

:5 months:

Cepat je dah July kan korang

Last bulan Februari incik suami balik ke sini

Selalunya sebulan sekali incik suami balik ke sini

Tapi sebabkan Covid 19 ni incik suami tak boleh balik ke sini

Berdoa dan berharap semoga Covid 19 berlalu pergi

Pergi menghilangkan diri dan jangan muncul semula

Wednesday, May 6, 2020

:kembali bekerja:

setelah sebulan lebih duduk di rumah 
aku kini kembali bekerja pada 4 Mei
di sebabkan kes covid 19 ini lah
maka Malaysia mengeluarkan arahan PKP
iaitu Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 march - 4 Mei
ada PKP 1, PKP 2, PKP 3 dan sekarang PKP 4
sebab PKP ni seme kene bekerja dari rumah, termasukla aku

macam mana rasa duduk di rumah
hahaha macam macam rasa
memula best la kan macam macam boleh buat
tapi makin lama makin lemau rasanya
dahla tak leh keluar kemana mana
duk memerap je dalam rumah dengan anak2
tapi bersyukur lah kan dapat merasa duduk rumah 
dan meluangkan masa dengan anak anak
sambil sambil tu mencuba resepi viral
dan tetiba pandai pulak nak buat kek la, bingka la, aiskrim la
dapatla merasa ajar anak anak belajar dan buat homework

so sekarang PKP 5 (4 mei - 12 Mei)
kes covid -19 di Malaysia semakin menurun 
alhamdulillah semoga virus ini semakin menghilang di muka bumi ini
sama sama kite berdoa semoga ke Covid 19 ini hilang di muka bumi Allah 

Tuesday, March 17, 2020

:Perintah Kawalan Pergerakan:

yes Perintah Kawalan Pergerakan
bermula 18 March sehingga 31 March
sekolah kerajaan dan swasta termasuklah taska semua tutup...
office pun tutup dan terpaksa work from home
ada office yang tutup dan pekerja kene unpaid leave selama 2 minggu ini

yelah kes covid-19 makin meningkat di negara kita kan
sehingga 16 Mac iaitu hari Isnin lepas sebanyak 553 kes
kes aktif yang sedang di rawat pulak sebanyak 551
pesakit yang telah sembuh dan telah discaj seramai 42 orang

maka jomlah kita ramai ramai ikut perintah yang kerajaan keluar kan ini
dengan harapan dapat mengurangkan jumlah kes Covid-19 di negara kita
jangan lupa berdoa, berdoa dan berdoa
sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar doa dan rintihan kita hamba nya
berdoalah semoga virus covid-19 ini hilang di muka bumi ini

Thursday, March 12, 2020

:The Eyes of Darkness:

Buku yang diterbitkan pada 1981 oleh Dean Koontz
menceritakan tentang coronavirus
juga menceritakan tentang virus Wuhan- 400
adakah ini satu kebetulan atau ramalan ataupun benda yang dirancang
Wallahualam, kita tak tahu cerita yang sebenarnya
hanya Allah Maha Mengetahui segalanya


The Eyes of Darkness, a 1981 thriller by bestselling suspense author Dean Koontz,
tells of a Chinese military lab that creates a virus as part of its biological weapons programme. 
The lab is located in Wuhan, which lends the virus its name, Wuhan-400. 
A chilling literary coincidence or a case of writer as unwitting prophet? In The Eyes of Darkness, a grieving mother, Christina Evans, sets out to discover whether her son Danny died on a camping trip or if – as suspicious messages suggest – he is still alive. 
She eventually tracks him down to a military facility where he is being held after being accidentally contaminated with man-made microorganisms created at the research centre in Wuhan.
If that made the hair on the back of your neck stand up, read this passage from the book:
“It was around that time that a Chinese scientist named Li Chen moved to the United States 
while carrying a floppy disk of data from China’s 
most important and dangerous new biological weapon of the past decade.
They call it Wuhan-400 because it was developed in their 
RDNA laboratory just outside the city of Wuhan.” In another strange coincidence, the Wuhan Institute of Virology, which houses China’s only level four biosafety laboratory, the highest-level classification of labs that study the deadliest viruses, 
is just 32km from the epicentre of the current coronavirus outbreak. 
The opening of the maximum-security lab was covered in a 2017 story in the journal Nature, 
which warned of safety risks in a culture where hierarchy trumps an open culture.

sedikit ringkasan mengenai isi kandungan buku ini, memang menarik tau

buku ni uolls boleh beli shopee dalam bentuk ebook....

*baca untuk pengetahuan sokay lah kan..kita pun tak tahu kesahihannya

Wednesday, March 11, 2020

:Frozen II:

 lama dah kisah ni masa Frozen 2 keluar tahun lepas
nak cerita jugak sebab first time bawak anak anak tengok wayang
dan first time jugak kami laki bini tengok wayang
serius lah mun??? YES serius
aku tak pernah tengok wayang selama hidup

aku bukan jenis tengok wayang masa muda belia dulu
husband pon sama bukan jenis tengok wayang
bila dah kawen sama sama tak tengok wayang
masa dating pun dulu mana ada tengok tengok wayang ni
dating pun jarang haaaa mak tak bagi okeh

maka masa Frozen 2 keluar aku try la pujuk laki nak bawak anak anak
laki memula macam tak nak..tapi lastnya setuju jugak
anak anak la paling happy sekali
first time tengok uolls mana tak excited nya
sekali dengan mak pak teruja kah kah kah.....


awal haa dah menunggu anak anak aku ni


Marissa dan Mardhiah paling seronok


seronok ye adik ...kecik kecik dah masuk pawagam


takde orang lagi....
aku amik seat tengah tengah
tak tinggi sangat..tak bawah sangat
tiket pun beli online je senang..malas nak beratur kat sana


Mirza lah macam taknak layan sangat sebab cite Frozen haha
 papa nya siap tertidur lagi hahahaha

ok done..so far anak anak suka lah
lepas ni boleh la bawak lagi kan..
itu pun tengok cerita ape yang sesuai

 

lepas tengok wayang kami jenjalan



lepas tu makan dan terus balik rumah
sebab esoknya nak balik ke kijal
sekian lah cerita cuti sekolah 2019 kami

:129 Kes:

sekejap je virus ncovid meningkat jadi 129 kes
macam takde petanda nak surut je huhuhu
hurm risau kan ...pasal virus ni semua nya terkesan
terutama bab ekonomi memang terkesan sangat
ada yang kene potong gaji
ada yang kene cuti tanpa gaji
ada yang kene potong elaun
Ya Allah hanya kepada MU kami semua berserah
ampunkanlah dosa dosa kami YA Alllah
sesungguhnya kami adalah hamba hamba MU yang hina
hina nya kami tidak mensyukuri nikmat yang di beri selama ini

Monday, March 9, 2020

:99 Kes:

semakin hari semakin menaik jumlah kes COVID -19 ni
hanya pada ALLAH sahaja kita semua mampu berserah
kita hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa
di samping itu amalkan amalan kebersihan yang di anjurkan
yang nak travel ke obersi tue tangguhkan lah dulu
sayangilah diri sendiri dan orang lain jugak 
kadang dia tak kene ...dia hanyalah pembawa virus
kesian orang orang yang terdekat kene disebabkan virus yang dibawa olehnya 


jom sama sama amalkan doa ni
insyaallah dengan izin ALLAH semoga kita semua dilindungi

Friday, March 6, 2020

:rumah sendiri:

tahun 2015 beli rumah pertama 
tahun 2016 pula beli rumah kedua



yang rumah pertama bagi parents duduk
rumah kedua kami duduk sendiri..syukur alhamdulillah
syukur sangat sangat Allah permudahkan segalanya 
syukur juga Allah luaskan rezeki kami anak beranak

hurmm sebenarnya kami laki bini tak menyangka pun 
dalam umur 32 tahun masing masing dah ada rumah sendiri

sebenarnya niat nak beli rumah sebelum 35 tahun memang ada la 
cuma niat tu tak pernah la di war war kan kepada orang sebelum ini
tak sangka berkat kesabaran dan doa alhamdulillah Allah tunaikan niat kami
.
.
.
.
walau tak sebesar mana
walau tak seindah mana
walau tak sehebat mana pun 
yang penting kami dah ada rumah
dan yang paling penting bersyukur
.
.
.
.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah Ya Allah

Wednesday, March 4, 2020

:10 tahun menulis:

YES aku masih lagi menulis walaupun tak ramai yang membaca blog aku
eh bukan tak ramai pembaca cuma sekarang orang lebih kepada Instagram
aku ada je account instagram tapi masih lagi menulis di sini

tadi baru terbaca blog kak diana pasal menulis ni
kak diana cakap menulis ni boleh menjana atau merangsang minda kita
orang yang rajin membaca belum tentu pandai menulis
tapi yang pandai menulis dah tentu rajin membaca
haaaa gitu lah kak diana cakap tadi kat blognya

sebab itu aku suka menulis walau kurang orang membaca nya
takpelah aku menulis pun untuk aku dan kenangan aku
aku suka menulis walau kadang rasa macam ape ntah aku tulis tu haha
kalau ada yang baca dan komen itu aku kira bonuslah bagi aku

macam instagram jugak, kita post kan sesuatu untuk kenangan kita
bukan untuk bermegah megah atau nak menunjuk nunjuk kan
adatlah kan ada yang suka dan ada yang tak suka
manusia bermacam macam ragam dan kita tak dapat nak jaga hati semua
kalau suka boleh follow dan kalau tak suka boleh unfollow
takde sapa pun yang nak suruh atau larang kita kan...ikut suka kita

okay berbalik pada menulis ni kan, rasanya menulis memang minat aku
dulu aku suka menulis diari..banyak gila kot diari aku dulu
setiap hari balik sekolah mesti bukak diari dan menulis
kene marah dengan mak pun tulis dalam tu haha
bergaduh dengan kawan kawan pun tulis dalam tu jugak
eh banyak lah benda yang aku tulis ..dari sekecil sampai sebesar hal
 itu diari boleh la nak coret macam macam sebab kita je yang membaca nya
tapi blog ini lain sebab ramai pembaca nya dan tak semua kita boleh coretkan dalam ni
kadang dalam menulis pun kene berjaga jaga takut tanpa tersedar menguriskan hati orang lain

tanpa sedar dah 10 tahun blog aku ini, dari zaman muda sampai zaman anak tiga
lama giler kot bertahan alhamdulillah dan harap bertahan sampai ke anak cucu lah
sebab dah tua kertu nanti boleh bukak tunjuk kat anak anak dan cucu cucu Insyaallah....
sekarang bila baca balik post post lama terus memori tue datang dalam kepala ..Allah indahnya
terus otak kita throwback ke zaman dulu dulu, zaman muda remaja hati panas hahaha
sepuluh tahun bukan masa yang sekejap tau....macam macam yang terjadi dalam tempoh masa tu
.
.
.
ok next entry kita cerita beza kita dulu dan sekarang 

:COVID-19:

dah berbulan virus COVID -19 ni
dari nama Coronovirus ke nCov
 dan sekarang bertukar ke COVID-19
merata dunia semua dah ada kes COVID-19 ni



bermula nya COVID-19 ini dari Wuhan China 
dan seterusnya merebak ke pelusuk negara serata dunia
ramai yang di jangkiti dan ramai jugak yang mati
kesan virus COVID-19 ini terlalu besar
memberi impak kepada ekonomi negara kita
secara tak langsung tempias jugak kepada ekonomi kita

ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BERKUASA
ALLAH memberi kita virus COVID-19 ini sebagai peringatan buat kita
baru sedikit ALLAH menampakkan kita dengan virus ini kita dah panik
jika ALLAH menampakkan NERAKA kepada kita macam mana?? 
ALLAHUAKBAR tak terkata dan tak terpikir waktu itu macam mana

sentiasa berdoalah supaya ALLAH melindungi kita dan keluarga kita
jangan putus berdoa kepada ALLAH
segala yang datang ini hanyalah sedikit ujian buat kita di sini
ALLAH mahu kita kembali kepada NYA
ALLAH mahu kita lupakan sejenak nikmat dunia
ALLAH mahu kita datang merayu dan berdoa kepada NYA
sesungguhnya yang datang ini semua hanya dengan izin ALLAH
jika ianya reda pun hanya dengan izin ALLAH

Tuesday, March 3, 2020

:S.E.D.E.K.A.H:

assalamualaikum semua dah sarapan ke tu?? kita dah sudah
hurm sebenarnya ramai dah tahu kan kuasa sedekah ini
bila kita bagi lebih (tambahan waktu kita takde duit), Allah gandakan lagi rezeki kita
betul itu lah yang berlaku pada aku akhir akhir ini
sungguh aku tak menyangka mendapat rezeki terpijak itu syukur alhamdulillah
dan aku rasa tak perlu lah aku nak cerita secara detail kan 
cukuplah Allah dan aku yang mengetahuinya...itu sudah cukup
dan yang penting jangan mengharapkan balasan semasa sedekah itu
ikhlas kan hati seikhlas ikhlas nya Insyaallah ada rezeki kita

Wednesday, February 26, 2020

S.A.K.I.T:

berharap Allah sembuhkanlah S.A.K.I.T ini
S.A.K.I.T yang belum tentu tahu apa ubat nya
S.A.K.I.T yang amat S.A.K.I.T
sesungguhnya ALLAH menguji kita
sesungguhnya ALLAH sayangkan kita
sesungguhnya ini semua dengan izin ALLAH


Thursday, February 20, 2020

:M.A.S.A.L.A.H:

berkawan dengan masalah
yess itu yang aku dengar pagi tadi di radio

ustaz tue cakap kalau kita ada masalah
cuba kita berkawan dengan masalah itu
jangan menganggap ianya satu bebanan dan
mensyukuri setiap nikmat yang Allah beri selama ini
Insyaallah masalah itu akan dapat diselesaikan

tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian

terkadang Allah uji sebab Allah itu sayang kita
terkadang Allah beri sesuatu sebab Allah nak kita bersyukur
dan terkadang Allah tarik sesuatu dari kita sebab Allah nak beri yang lebih baik buat kita

Allah is the BEST PLANNER

Tuesday, February 18, 2020

:doa yang baik baik:

hari ini 18 hb February 2020
uittt sekejap je dah penghujung bulan dua eh
masa sekejap sangat berlalu sekarang ni
tahu tahu esok dah tua
tahu tahu esok dah nak mati
sebut pasal mati..ajal dan maut tak kenal usia
bila sampai nya masa yang Allah dah tetapkan hadirlah ia 
sejak akhir akhir ini banyak kes kematian mengejut
orang baik baik semuanya ALLAH jemput dulu
yang tinggal di muka bumi ni kenelah berbuat amal banyak banyak
persiapkan lah amalan dan bekalan kita untuk di bawa ke sana
doa yang baik baik semoga yang datang baik baik jugak untuk kita
kita buat baik ramai yang sayang kan..insyaallah 

Tuesday, February 11, 2020

:Al-Fatihah:

pagi kelmarin kita dikejutkan dengan berita pemergian Abam Bocey
Innalillahiwainnailaihirojiun 


di usia 32 tahun beliau meninggal kerana demam panas
sesungguhnya kematian itu rahsia Allah
kita tak akan tahu bila masanya
tapi masanya akan tiba jua dengan izin Allah

berbuatlah kebaikan selagi masih bernafas
berbuatlah amal selagi mata terbuka.....
buat lah banyak banyak bekalan untuk di bawa ke sana nanti
semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita 

Friday, January 31, 2020

:QATAR TRIP - Qatar Airways:

taraaaa dah siap semuanya nak balik Malaysia dah


nasibla anak anak senang nak bangun pagi


dan alhamdulillah masing masing takde buat peel pagi pagi ni


menunggu papa setelkan bil hotel


yeahhh dah sampai Doha Airport
besar dan cantik airportnya...tak sempat nak pusing pusing haha


papa tengah check in 
alhamdulillah merasa lah jugak naik Qatar Airways 


last picture yeah sebelum masuk gate



thanks papa belanja Starbucks...


bye bye Qatar..insyallah ada rezeki kami datang lagi
sekian journal percutian 2019 kami

:QATAR TRIP - Umbrella Park,Souq Waqif & Kunafa:

keesokkannya pagi melepak di hotel sebab budak2 nak mandi kolam
tapi tak mandi pun sejuk sangat..plus kolam dalam sangat haha

petang suami ajak ke Umbrella Park
tempat ni takde dalam list aku so aku tak tahu camner rupanya



bila sampai..waaaa cantik jugak penuh dengan pokok dengan bunga



panjang tunnel sampai ke hujung sana tau



eh adik suka dapat berlari lari



umbrella nya di dalam tunnel tu...cantikkan

lepas ambik gambar kami pergi ke Souq Waqif lagi
kali ni nak ke pameran taman bunga dan nak makan Kunafa



macam biasa petang petang begini memang sejuk



orang pun dah ramai waktu ni
suami cakap tempat ini tak pernah sunyi ..ada je orang



pameran bunga di belakang tue...



kesian kuda tu kene membawa mirza yang besar
aku dah cakap tak payah naik...dieeee nak JUGAK huh



bersih je tempatnya walaupun orang ramai lepak makan makan



jom lah jenjalan sambil cari barang dan makan Kunafa



tadaaaa inilah Kunafa nya...
omo sedap sangat makan fresh gitu
ada orang cakap manis tapi bagi aku tak manis sangat pun ..
jenis manis yang boleh di telan lagi lah 



ok done jom balik
mama nak pack barang lagi ni esok nak balik dah



kakak buat die pun nak buat jugak...macam menadah doa je rupanya
ok setel sudah mencari barang dan makan Kunafa
Insyaallah panjang umur, murah rezeki bolehla datang ke sini lagi

Wednesday, January 29, 2020

:QATAR TRIP - The Corniche & Cruising:

Hari Keempat kami pergi ke Lulu Hypermarket
Malam nya pulak kami jalan jalan ke kawasan perumahan
 incik suami duduk iaitu di Matar Qadeem



beria adik nak dress FROZEN tu
berguling menangis nak kan baju tue tau
dan peliknya dier tak pernah macam tu...tak pernah langsung
agak pelik jugaklah..sudahnya bapaknya beli kan jugaklah kesian kan anak



dah beli terus nak pakai tak sempat nak basuh
punyalah suka sangat dengan baju tu

makan malam di Matar Qadeem


gambar sendiri tak ada so pinjam jap gambar orang haha kredit to 
https://bestlifeqatar.com/2018/05/19/streats-of-doha-part-1-matar-qadeem/


ini pun dari website yang sama....
kami makan kat atas selesa ade bilik bilik



tadaaa dah sampai ..sila bukak kasut dan bersila yea haha



kakak kata macam rumah je mama duduk bawah haha



adik pulak tak nak masuk takut hahaha



haaa nampak tak pintu tu...
yang de kasut tue luar..yang de karpet tu belah dalam nya
luas lah jugak muat dalam 5 ke 6 orang tengok saiz bilik
ada yang bilik besar untuk family ramai

makan ape malam tu makan beriani kambing laaa
sedap memang sedap takde bau takde rasa kambing sangat
tapi portion nya terlalu besar nasiblah order 1 set je

lepas makan incik suami ajak jalan jalan area The Corniche
ok jom kita membakar lemak pulak hahaha



Corniche nya di belakang tue nampak separuh je tinggi sangat haha



lepas tu Mirza nampak cruise dia ajak naik cruise pulak
adoiii mama takut kot Mirza gelap kat laut tu huhu
tapi sebab anak nye pasal ..terpaksa la mama mengalah



sukalah dapat naik cruise yeee
satu cruise ni aku tak ingat berapa hahaha 
besar okeh kapal nya..naik ko lima beranak je



dari jauh nampak le Corniche nya



agak jauh jugak cruise ni pergi
lepas tue dier patah balik semula ke tempat tadi
ok dah jom balik....kita rehat rehat kat hotel pulak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...