Thursday, November 27, 2014

:solid food marissa:

tengok kawan kawan up entry solid food
aku pun nak up jugak hehehe
bukan nak bersaing cuma berkongsi cerita je
ala biasalah kan dah status pun mak mak
sah sah ler bercerita tentang anak anak sesaje

ok ini adelah sebahagian solod food marissa
banyak dah resepi yang aku dah cuba..termasuk pasta
tapiiiiiiii lupa nak captured gambar wat kenang kenangan
lepas nie asal siap je terus bergambar yeee


dua bekas means untuk lunch n dinner
aku takde buat stock frozen so pagi atau malam tue aku masak
masak arinie untuk makan arinie..esok masak menu lain pulak
nanti lepas nie aku nak tambah menu untuk breakfast pulak
lagipun marissa dah 10 bulan dan dah tumbuh gigi yeay yeay...
bolehlah makan dan mengunyah makanan dengan selesa


kadang kadang menunya
bubur nasi+labu+cheese+pisang
bubur nasi+epal+kurma+kismis
takpun bubur nasi+labu+kurma+kismis+cheese
pasta+carot+labu+cheese
pasta+broccoli+carrot+cheese
bubur nasi+sawi+ikan bilis goreng yang diblend
bubur nasi+kentang+carrot+ikan bilis goreng yang diblend


menu atas nie aku masak cam biasa pastu blend jer
resepi ader yang google ader ikut sesedap rasa
paling marissa suka kalau aku letak cheese dalam bubur dier
laju mak aihhh makannya....suap suap tahu tahu dah licin


arini aku buat pasta+telur+cheese
tapi boleh lupaaaaaa nak captured gambarnya
takpe takpe nanti kalau aku buat lagi menu tue aku captured siap2

sekarang marissa dah 10 bulan dan dah ader gigi
so lagiiii banyaklah menu aku boleh buat 
harapnya takdelah aku bermalas malasan heheheee

Friday, November 21, 2014

:Kid`s Atom Zone:

sekarang ni musim hujan , tak pagi hujan..petang hujan
kalau tak petang hujan..malam pulak hujan
kalau tak seharian hujan...

aku kalau hujan hujan nie malas sikit nak keluar
sebab nak berangkut dengan anak anak
pastu pijak sana basah pijak sini basah
plus riso takut anak terkena hujan demam pulak
tapiiii bosan kot kalau duk terperap je dalam umah


biler terbaca kat blog ENA pasal Kid`s Atom Zone
maka lajuuuu je aku usulkan pada laki aku
laki pulak bagitau hari sabtu ahad dier keje hurmmm
hari sabtu laki p keje sokay..tapiii hari ahad time laki nak p keje
aku pujuk kata tak payahlah p keje plisss plissss
sebab aku kata nak bawa anak anak p Kids Atom Zone

breakfast sesiap kat rumah pastu terus kuar 
aku sampai sana tepat kul 10 pagi
awal giler....laki aku lah ni suh pergi awal


Kid`s Atom Zone nie dekat 
Taman Mawar Bandar Baru Salak Tinggi
tak tahu boleh google takpun uolls tengok FB Kid`s Atom Zone


bayaran RM5 sejam (1 tahun-12 tahun)
budak under 1 year free (marissa lettew)
 dan mak pak pun freee ye......


operating hours :-
Sabtu & Ahad
10 pagi - 7 malam (1-2 petang rehat)


gigih marissa nak bukak neckale yang aku pakaikan


mirza suka tapi takuttt nak main aptb
siap ajak papa dier..jomlah papa..jomlah papa
marissa kecik lagi xpandai main sangattt
merayap ke sana ke sini jelah dier mengikut abangnya
pastu dimana aku ader disitu lah ader marissa
so far okaylah kalau uolls nak bawa anak anak bermain kat sini
memang aku recommend lah kalau tak tahu nak kemana
terutamanya sekarang musim hujan yang tak menentu nih

Wednesday, November 19, 2014

:berkorban:

Siapakah yang paling banyak berkorban di dalam keluarga?

Kita sering terdengar keluhan si isteri 
bahawa dialah yang  paling 
banyak berkorban dalam rumahtangga....

Tidak kurang juga sang suami 
ada yang mengeluh panjang kerana 
perlu berkorban banyak banyak perkara.....

Tetapi sebenarnya, anak-anaklah yang paling banyak berkorban!!!!!!!


Setiap hari, mereka lepaskan Ibu dan Bapa pergi, 
tinggallah mereka sendiri,
 mencorak hidup tanpa pedoman hakiki, 
sedar-sedar mereka sudah tahu berdikari.....

Malagnya lagi, bila mereka tersilap mengecilkan hati,
 mereka akan dimarah bagai tiada keampunan lagi....

Pagi ini buat pertama kali, mohonlah maaf dari mereka,
 bisikkan ke telinga mereka bahawa 
mereka akan paham segalanya suatu hari nanti

~Ustazah Nik Salida Suhaila~

Tuesday, November 18, 2014

:roti telur berinti pisang & cheese:

hari minggu haritue takde pergi mana
nak sarapan kat luar cuaca jap ok jap tak ok
so mariii kite breakfast saja kt umah
masuk dapur otak ligattt berpikir nak buat ape
takmo yang leceh leceh nie sebab aku nak cepat siap je 
nak cepat siap sebab perut dah lapo

maka tingg!!!!
arini kite buat roti telur berinti pisang & cheese

bahan - bahannya:-
roti gardenia potong seme kerak di tepi
sebiji telur dipecahkan dalam mangkuk 
letak sedikit garam n blackpepper dan kacau...
pisang dan jugak cheese...

cara memasaknya simple saje
ambik sekeping roti yang sudah dibuang kerak
letakkan cheese pastu diikuti dengan pisang
(pisang kalau besar boleh belah dua..ikut kesesuaian)
pastu gulung n celup dalam bancuhan telur
pastu ape lagiiiiii goreng sehingga keperangan
dahhh siapppppppp menu breakfast aku....

bancuh nescafe panas...makan bersama suami dan anak2
walau simple tapii biler tengok depa suka makan
iollsss terharu sangattttt....macamkan masak ape je

*gambar takde sebab tak sempat amik
memasing dah kebulur nak makan

Monday, November 17, 2014

:soalan teknikal:

Mirza dah mula tanya soalan2 teknikal pada aku
yeah soalan teknikal seperti ini

"mama kenapa masa masak nasi kene tekan ke bawah"?
dan "kenapa lepas nasi masak benda tue naik atas balik"?

kenapa yee kenapa??
nak di cite dari sudut engineering 
kang susah pulak dier nak nak menghadamkannye
eh tapiii sape tahu tetiba dier paham kan
ajaibnya budak budak sekarang...advance sangatttt
tapi aku lah pulak tak reti camner nak explain ke dia
maka mulalah otak berpikir macam mana nak menjawabnya
as usual sebagai anak dier akan bertanya selagi tak paham
maka isu itu jadi bahan pillow talk antara aku dengan mirza
sampai terlena lah budak tue nak menghadamkannya

:J.A.T.U.H:



Wednesday, November 12, 2014

:apam susu & milkbooster:


nah jamu mata dengan apam susu sedap yang amat
makan tanpa berenti,lepas makan susu melimpah ruah
adekah ini milkbooster aku????
+__________________________________+

Tuesday, November 11, 2014

:bediri di atas kaki sendiri:


9 bulan gigi tak tumbuh lagi tapi sekarang 
sudah sibuk nak belajar berdiri sendiri...
agak agak nak jatuh di pegangnya box mainan tue
papepun panjat sofa pun dah lulus okeh
lepas niee tak tau ler dier nak panjat ape pulak

Friday, November 7, 2014

:cerita tentang persekolahan Mirza:

yeahh next year Mirza akan bersekolah
pagi akademik petangnya pulak pra tahfiz
so jadual mirza full dari pagi sampai ke petang
in between antara sekolah pagi n sekolah petang tue
aderlah lunch...mandi dan nap sekejap
sebab sekolah petang mula pukul 2.30ptg


lama jugak aku mencari sekolah yang sesuai untuk mirza ni
aku bukanlah cerewet sangat cumanya 
banyak aspek yang aku perlu teliti sebelum 
aku decide nak pilih yang mana
yelahkan parents mana yang tak mahu yang terbaik 
untuk anak anak mereka kan (aku salah seorang darinya)

sekolah yang bakal mirza belajar nie
so far aku tengok ok..kemudahan semua lengkap
student pun tak ramai sangat dalam satu class
so biler tak ramai senanglah cikgu nak bagi perhatian ye dak
nanti kang kalau ramai ramai sangat 
bukannya belajar pun..main jee lebih (ini cikgu tue sendiri cakap ye)

lagi satu sekolah nya dari pagi sampai ke petang
so senanglah takde nak transit transit bagai
sebabnya pagi aku hantar, petang aku ambik lah dier

dan yang aku suka sekali sekolah nie bercirikan islamic
akademik penting..agama pun sama penting bagi aku
sebab nak didik anak anak ni bukannya senang terutama zaman ni
walau orang duk kata Mirza kecik lagi tapiii
bagi aku dari keciklah senang kite nak mengajarnya
bak kata pepatah melayu "melentur buluh biar dari rebungnya"
dah besar esok esok baru nak ajar..susahlah kotttt

Wednesday, November 5, 2014

:cuti cuti 2014:


baru teaser yeee belum cite penuh lagi hehehe
nanti nanti lah update sebab tengah mengedit gambo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...