Monday, August 30, 2010

:mood beraya:

tinggal lagi 2 minggu nak beraya....tapi mood raya sudah membuak-buak nie..
tambah-tambah time sekarang nie pegi ke mana saja....lagu-lagu raya berkumandang
bercakap pasal raya, tahun nie saya bersama  incik b dan mirza  beraya bersama keluarga saya di sini....because tahun lepas sudah beraya di terengganu, kampung suami.
seawal tahun pertama lagi kami menggunakan konsep giliran senang tak payah nak gaduh-gaduh, tarik muka masam semua
 hurmm meh kite cerita tentang persiapan nak raya pulak, kamu kamu semua macammana?
persiapan raya saya tahun ini hampir lengkap semuanya...semacam ada tenaga kuasa lebih nak buat persiapan raya kerana tahun nie beraya di rumah family sendiri..hahahaa....

1. baju raya
sudah diselesaikan seawal yang mungkin...saya bukanlah jenis orang yang suka bersesak-sesak last minute, tambah-tambah dah ader anak nie.....incik b sepasang (baju melayu cukuplahkan sepasang jer), saya 3 pasang dan mirza berpasang-pasang....

2. kuih raya
kuih tunjuk-tunjuk saja....saya tunjuk yang itu, saya tunjuk yang ini dan ,incik b bayar..hahaaha.maybe dalam 3,4 jenis je kot.pastu beli kerepek tambah sudah...cuma satu kuih nie jer nak kene gagahkan diri buat jugak...kuih ape???tunggu entry akan dtg okeh..

3.duit raya
owh yang nie diserahkan sepenuhnya pada incik b....semalam tanya pada incik b,  dier kata belum di tukar lagi....
owh my husband nie suka wat keje last minute laaa.... 
(tahun nie mirza collect duit raya banyak-banyak ye sayang)

gambar di bawah ini sekadar hiasan...tiada kene mengena dengan entry ini
tapi disebabkan kecomelan kek kek cawan ini maka saya telah mengcopy paste kan ia di sini

 picture credit to damncoolpics.blogspot

*pagi tadi ke klinik bawa mirza for his 5 month jab...
kene jab langsung tak menangis...
macam magic jer tengok dier tak menangis...wuhuuu...
mirza memang anak yang baik
dan berat mirza hanya naik sedikit about 0.15kg
sebab ape naik sedikit coz mirza dah makin lasak...banyak bermain...

Wednesday, August 25, 2010

:mirza 5 bulan:

seperti biasa genap 25 hb pada setiap bulan saya akan buat entry nie...
tak kisahlah orang nak kata saya duk tempek cite anak jer...
nie blog saya,saya punya sukalah mahu cerita apepown..
kalau tak suka baca atau dah muak baca sila blah...
uiks sorry tuannya belog ini sudah terlebih emo.....
arinie 25 August 2010,maka genaplah mirza 5 bulan

- posing kegemaran mirza-

- duduk diam-diam sambil tengok mama lipat baju ye-

- bile dipanggil dier akan tersenyum minta di layan-

macam tuelah keadaan mirza suka berbaring meniarap beralaskan tangan-tangannya sambil memerhati gelagat orang sekeliling..
dalam masa sebulan jer mirza dah pandai macam-macam
seperti:
  • suka berposing seperti gambar diatas
  • sudah pandai mengesot badan ke depan, tandanya die sudah mahu merangkak
  • sudah pandai demand iaitu mirza suka di dukung...
  • sudah di beri nestum cerelac
  • sudah tumbuh rambut so papa dah tak boleh pggl mirza dengan panggilan kojack lagi
  • sudah mandi air sejuk, good bye to hot water
  • sudah pandai gelak terbahak-bahak bile diagah
  • sudah pandai kenal orang,kalau mirza tak suka confirm dier akan menangis
  • sudah pandai menjengok kalau papa pegang hp, laju mengesot kalau saya open laptop, membuang mainan di tangan bile nampak remote astro  bersepah-sepah di tepi nya
  • berat mirza:6.75kg
  • panjang mirza; 65cm 
*masa berlalu dengan pantas
*rasanya masa bukan berlalu tapi berlari pantas 
*berlari pantas meninggalkan kita,so sementara masa anda masih ada didunia nie hargailah apa yang anda miliki...

:pembukaan hadiah:

 mahu menyambung cerita tentang hari indah itu...
selesai jer outdoor photoshoot petang itu...
kami semua bersiap sedia untuk majlis memotong kek dan pembukaan hadiah pulak
malam itu takde dah nya makeup-makeup bagai....
kulit muka saya dah tak boleh bernafas lagi
so saya just dressup biasa dan bermakeup yang simple simple saja...

-sebahagian hadiah pada malam-
dikatakan sebahagian sebabnya hadiah -hadiah sepenuhnya di depan pelamin, tapi gambar nie hanya sepauh dr pelamin

- kek sponsored by lela-

- pemotongan kek sedang di lakukan-
eh,tinggi nya incik b saya,opss sila jangan tertipu dengan gambar ini yeah....

-pengantin sedang memberi ucapan-
ucapan like thanks to bla...bla...bla....dan blaaaaa

-pembukaan hadiah dimulakan oleh saya-
incik b hanya menyibuk di sebelah sambil pegang-pegang kotak hadiah..konon-kononya dier tolong bukalah....

- pengantin yang sedang asyik khusyuk membuka hadiah-
 ops...saya jer yang duk excited membuka hadiah..incik b hanya baca kad jew...

-uiks incik b telah membikin kami ketawa-

-bergambar macam menang piala saje...-

*semuanya dalam kenangan.....sob sob

Tuesday, August 24, 2010

:sudah tertulis begitu:


huh..saya perlu buat entry ini....sebabnya
Ramai yang bertanyakan saya pengalaman bersalinkan Muhammad Uwais Mirza.....
Ramai jugak yang suruh saya ceritakan pengalaman itu di dalam blog ini supaya boleh di kongsi bersama...
Bukan tak mahu bercerita dan bukan juga tak mahu berkongsi dengan kamu kamu semua....
Tetapi rasanya  biarlah pengalaman itu menjadi satu kenangan hanya untuk diri saya sendiri...
Biarlah kenangan itu hanya saya dan Pencipta saya saja yang tahu....
Lagipun,ramai emak,ibu,mama dan mummy di luar sana sudah merasai sendiri pengalaman itu.....
Memang......memang setiap orang pengalamannya lain-lain..tapi entahla....
saya rasa cukup hanya saya ceritakan di sini bahawa saya melahirkan mirza secara ceasaran...
kenapa????cukuplah juga saya katakan di sini bahawa keadaan pada masa itu tidak membenarkan saya melahirkan mirza secara normal....
dalam erti kata lain....antara hidup dan mati
okeh....fullstop......

:bertukar:

sudah bertukar baju....
cantikkan kawan-kawan.....
beli baju nie di poupee market...
tak ingat lah harga die tapi murah jelah....

*bilelah leh dpt ribbon and jewel bnyk2....kalau dah banyak leh beli baju cantik2 lg...

Monday, August 23, 2010

:contest bayi bulan ini:

dulu masa peknen..sibuklah duk membelek majalah pa & ma...
sambil-sambil belek, dalam hati berkata "bile dah ader anak nanti nak masukkan anak itu dalam contest "baby comel" .very the berangan lebih ok.....
sekarang nie bile anak dah ader depan mata..tak mahu pulak menjoin pape pertandingan yang ada....opss, bukan tak mahu...tapi malas....
tapi atas desakan kawan-kawan saya akhirnya berjaya jugak memasukkan mirza dalam contest "bayi bulan ini" anjuran majalah pa & ma...........

- mempertaruhkan gambar paling comel-

oleh itu, kepada follower saya dan  pembaca-pembaca sekalian...
jangan malu-malu untuk undi baby saya ye 
mahu undi sila klik disini

Friday, August 20, 2010

:an evening in PARIS:

  wow tengok tajuk cam gempak jer....PARIS....???huhuhu.....
sila jangan marah okeh.....
tuan nya blog nie dalam mood berangan mau pergi berhanimun di Paris..
tapi hari nie meh kite berangan sekejap berada di pArIs di bandar enstek....
layan jelah ye gambar-gambar outdoor photoshoot ini.. 
..............................
.................
............
.......
...
.











*wohaaa...dah habis dah berangan....cepat pergi wat keje

Thursday, August 19, 2010

:padamu ku bersujud:


ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat

selain hanya nama MU-YA ALLAH
esok atau kah nanti

ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

KAU tempatku meminta
KAU beriku bahagia

jadikan aku selamanya
hambaMU yang selalu bertakwa

ampuniku YA ALLAH
yang sering melupakanMU

saat KAU limpahkan karuniaMU
dalam sunyi aku bersujud

Tuesday, August 17, 2010

:mood happy berganda-ganda:

mahu senyum...
atau mahu menjerit....
tapi saya still in da office...
(simpan dan jerit saja di dalam hati)
suka:hepy:gembira:
wow wow..mood happy berganda-ganda
di petang hari ini..tepat kul 4.15 petang
incik hubby sms
"ayang b, syukur tau ayang. hehe.remote alarm kete b da jumpa da ayang..."
fuh...hati lega selega lega nya
syukur alhamdulillah....


*nasib jumpa,kalau tak mmg wajib kene pegi HONDA servis centre n setup semuanya balik...
*kalau kete besa matikan alarm camtu jer dah ok dah...tapi kete honda nie...dah matikan pown diernye alarm still lagik berbunyi...safety lah katakan...

:kojack:

arinie keje dan bile sampai jer opis....ada seorang hamba ALLAH niie tegur saya...
"anak sorang,sudah jadi mak, masih cantik lagi sepeti dulu"
uiks...muka merah padam sebent
ar....malu sangat.....
saya tak menjangkakan orang itu akan berkata begitu....
tapi dalam hati, saya bersyukur kepadaNYA....
owh lupa pulak sebenarnya arinie saya mahu berkongsi sesuatu
sesuatu tentang anak bujang saya...


selepas majlis akikah dan cukur jambul aritue....
incik b dengan berat hati telah membotakkan kepala uwais mirza....
berat hati kerana takut rambut anak bujangnya takkan tumbuh....
tapi atas desakan saya, incik b terpaksa jugak buat....
kami cukur sendiri time mirza tido....
baru cukur sebelah kanan kepala, mirza dah bangun....
tunggu sekejap lagi dier main-main dan tido semula...
kami cukurkan pulak sebelah kiri kepala dier...
akhirnya selesai sudah misi membotakkan kepala mirza...

bile botak..mirza lagi nampak bol
at....

*bile dah botak nie..incik b kadang-kadang memanggil mirza dengan panggilan kojack
*kalau uolls nak tahu asal usul dan siapa die sebenarnya sila klik disini kojack

Monday, August 16, 2010

:malaikat itu:


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan: " Para malaikat disini mengatakan bahawa esok ENGKAU akan mengirimkan saya ke dunia,tetapi bagaimana cara hidup disana; saya begitu kecil dan lemah?"

dan Tuhan menjawab:" AKU telah memilih satu malaikat untukmu.Ia akan menjaga dan mengasihimu."

Bayi bertanya lagi:" Tetapi disini,didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa....inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMU?"

Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.
siapa akan lindungi saya?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMU lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang AKU, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKU, walaupun sesungguhnya AKU akan sentiasa di sisimu"

Di saat itu,syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah KAMU memberitahuku nama malaikat tersebut?"

Kamu akan memanggil malaikatmu itu:
"IBU"


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.
berbakti,berdoa dan cintailah dia sepanjang masa......
Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat......


Dan untuk para IBU, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang
sabar dengan kerenah anak-anak yang sedang membesar...
sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakimun..........

credit to mrs teppei


*aku kecewa dengan segelintir mak bapak yang sanggup membuang anak mereka
tiap-tiap hari ader jer berita tentang pembuangan bayi...
korang korang semua nie nak jadi ape hah....
ada pasangan tue tunggu bertahun-tahun untuk dapatkan anak..
korang dapat anak..buang camtue jer...............

:polkadot:

something from ctiey

riben bintik-bintik yang cute....


glittering words...

beautiful box
suka sangat bile dapat box yang cntik nie


jom tengok ape dalam kotak ini....

ada 3 items yg cute-cute
iaitu....

hello kitty dustbin

strawberry chortcake....

strawberry shortcake diaries....siap ngn kunci lagi tue....

inside the diaries...

diary nie mahu ditulis tentang-tentang hal-hal peribadi...
dan mahu simpan elok2 kuncinye
(incik b pown tak leh bc tau)

disney stationary set

mahu gunakan ia bile menulis diary nanti

dan jugak tak ketinggalan....hello kitty sticker....

ekceli sticker nie adalah hadiah pertama yg ct bg masa 2nd august aritue...

memula ms ct bg sticker nie,saya nak lekatkan pada laptop...
tapi kesudahannya..sampai sekarang tak lekat-lekat...sayangla pulak nak lekat..

*thanks to ct...untuk hadiah2 nie....

Wednesday, August 11, 2010

:teething blanket:

sape-sape ader terbaca entry bertajuk teether
pasti dah tahu yang mirza memang sukakan teether
pantang jumpa pape..semua nak masuk mulut....
terutamanya bla
nket dier...
oleh itu saya ingat mahu dapat
kan ini untuk mirza..


-teet
hing blanket-

-red milk box-

-apple juice-

-blue milk box-

-orange juice-

sayang
nya..mana-mana website yang jual benda alah ini dah kehabisan stock..
so saya dah tak tahu nak car
i kat mana lagi...
so..kepada sesiapa yang tahu kat mana lagik ader jual benda alah nie please inform saya eik...
kalau boleh saya nak jugak dapatkannya..

:teether:

mirza bermain teether

hye sayang..........

tengok jer teether tue

mulut dah berbuih-buih...geram nak gigit

dan mula masuk mulut

yeah..dah dapat gigit

fungsi utama teether adalah untuk merangsang pertumbuhan gigi bayi...
sementara fungsi lainnya adalah sebagai mainan bayi.
selain itu ianya juga dapat melatih kemampuan bayi memegang dan mengenggam barang...


*sebenarnya lama dah nak wat entry nie..tapi tak sempat-sempat....

:ramadan datang lagi:

alhamdulillah....saya masih lagi bernafas dan....
masih lagi berkesempatan untuk berpuasa pada tahun ini...
puasa tahun ini....adalah tahun pertama sebagai seorang mama...
tahun kedua sebagai seorang isteri....
oleh yang demikian
jaga mulut kamu
jaga mata kamu
jaga hati kamu
jaga telinga kamu
jaga perlakuan kamu


selamat berpuasa semua

*masih ingat lagi tahun lepas..masa bulan pose...

saya peknen 2 bulan..

saya bersahur..muntah...

saya berbuka pose muntah....

saya minum air muntah...

maka,saya hanya makan buah tembikai saja..

memang tak boleh dilupakan...


Tuesday, August 10, 2010

:JJ:

semalam...outing with incik b and mirza...
bertiga sahaja....menuju ke JJ Seremban 2...plan mahu ke Sunway Piramid atau ke Alamanda Putrajaya....
tapi dibatalkan atas sebab-sebab tert
entu....
dan kami bershopping sakan dan yang paling sakannya membeli baju -baju raya untuk mirza..
memang awal okeh..tapi kami tak mahu mengkelam kabu
t di bulan ramadan
dan bersesak-sesak dengan orang ramai di pengh
ujung ramadan...
itu bukan cara saya...........

bagusnya semalam..mirza jadi budak baik...duduk
diam-diam di dalam stroller itu
sambil menyonyot soother and teether...dan papa and mama dangan senang hati bershopping...
dan pabile sudah sampai masa untuk mirza minum susu dan t
ukar diaper...

kami akan pergi ke sini ini....
mentukar pampers mirza...dan
membagi mirza minum susu..

first mirza minum
susu dalam stroller jew...

n then kami tukar tem
pat...

lagi senang duk atas katil nie....
boleh tukar p
ampers mirza sambil-sambil mirza minum susu...

tengok cara mirza pown dah tahu tempat tue
selesa..

peringatan-peringatan...

anak mama yang cool....
sedang bermain teether

tengoklah tue kaki mirza..diangkatnya ke atas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...