new

Friday, August 20, 2010

Ramadan ya Ramadan

Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar dah 10 hari kita kat sini berpuasa...... bermakna sudah 10 hari kita menahan diri kita dari segala macam dosa, pahala, keinginan dan sebagainya...... Aku jumpa artikel ni ketika sedang melayari laman-laman yang ada d nternet.... so aku nak share lah ngan para pengunjung yang suka singgah kat blog aku ni...terimakasih.... jenguk2 lah selalu walaupun tak de cerita sensasi...hihihihi

Dalam mengerjakan ibadat puasa, kita disunatkan bersahur, sahur adalah satu amalan yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Adapun waktu bersahur bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan berlarutan sehingga terbit fajar. Oleh yang demikian, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dikatakan bersahur bahkan ianya cuma makan biasa sahaja dan tidak ada baginya pahala sunat bersahur. Kita juga disunatkan melambatkan sahur sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada qadar membaca lima puluh atau enam puluh ayat sebelum fajar. Namun segelintir umat Islam mengambil ringan dan enggan bersahur dengan alasan mengantuk dan letih. Perlu diingat bahawa di sebalik bersahur itu ada keberkatannya, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dari Abi Sahid Al-Khudri Radiallahuanhu telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur". (Riwayat Al-Imam Ahmad)Adapun keberkatan yang terdapat di sebalik bersahur itu di antaranya :

  • Mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
  • Memperolehi balasan dan ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
  • Membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa kaum lain.
  • Menghalang perbuatan-perbuatan yang tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan berlapar di siang hari.
  • Memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga di siang hari.
  • Mengingatkan dan memberi peluang bagi orang yang terlupa melakukan niat puasa.
Mengenai makanan yang dimakan ketika bersahur biarlah sederhana, sesuai dengan kemampuan dan upaya masing-masing. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri menjelaskan bahawa dengan hanya seteguk air sudah memadai untuk mendapat berkat daripada bersahur. Jika terdapat buah kurma, maka itu adalah lebih baik kerana buah kurma itu adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman.

So dari rencana d atas, bermaksud kita perlu bangun untuk bersahur walaupun sekadar minum......

Sekian....Selamat membaca

Senyum dan ceria selalu,

Wednesday, August 11, 2010

Alhamdullillah , Ramadan datang lagi

Assalam semua,

Ramadan datang lagi....Bulan yang ditunggui oleh semua orang.....
bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Bulan yang dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan syaitan-syaitan dirantai. Bulan inilah yang dirindui dan dinanti-nantikan oleh hamba-hamba Allah yang hidupnya sentiasa mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Pada bulan inilah umat Islam diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".

Puasa di bulan Ramadhan dan ibadat-ibadat yang dikerjakan di bulan tersebut dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan ganjaran yang amat besar, yang tidak diperolehi di bulan-bulan lain. Maka rugilah bagi mereka yang mensia-siakannya. Kerana itu bagi mereka yang mengetahui rahsia di sebalik bulan puasa itu, setentunya tidak akan melepaskan peluang merebut pahala yang dijanjikan dengan memperbanyakkan amal ibadat seperti bertedarus Al-Qur'an, memperbanyakkan amalan sedekah, mengeluarkan zakat, memperbanyakkan zikir, beristighfar, melakukan sembahyang-sembahyang sunat dan sebagainya, terutamanya sembahyang sunat terawih dan sunat witir yang amat dituntut dan afdal dilakukan secara berjemaah. Dalam mengerjakan secara berjemaah, ianya sewajarnya dikerjakan secara sederhana iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, yang penting sembahyang itu dikerjakan dengan sempurna mengikut rukun-rukun dan sunat-sunat serta syarat-syarat sah sembahyang mengikut hukum syarak.

lngatlah menggembirakan hati orang yang susah itu tidak sia-sia tetapi dijanjikan pahala yang berlipat ganda. Banyakkanlah amalan bersedekah terutamanya di bulan Ramadhan. Inilah yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiallahuanhu maksudnya :

"Adalah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu manusia yang paling baik (pemurah) dengan membuat kebajikan dan Baginda paling pemurah di bulan Ramadhan". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Jadikanlah kedatangan setiap Ramadhan sebagai penggerak yang membawa perubahan besar kepada diri kita sehingga menjadi seorang yang mampu melawan godaan hawa nafsu dan segala pujukkan syaitan yang hanya melalaikan dan menutup hati kita dari mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

Kepada semua sahabat, teman dan saudara sesama ku, "Selamat Menyambut Ramadan " di tahun ini.....













Salam sayang dan ceria selalu,



Sunday, August 1, 2010

Bulan Syaaban

Assalamualaikum semua,

Saja nak share mengenai bulan Syaaban ini lagi. ...... kerana rasanya sekejap saja bulan Syaaban ini
nak sampai ke penghujungnya...bererti tidak lama lagi menjelmalah bulan Ramadan pula. Di mana, bulan ini lah yang kita tunggu kan..... oh ya..kita lupakan dulu bulan Ramadan tu....

Marilah kita baca dan renungkan bersama,

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:

“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

bermaksud : ” Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam lauttersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap- sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Bacalah...semuga kita semua mendapat manfaatnya.......

salam dan ceria selalu,