new

Showing posts with label ingin kongsi. Show all posts
Showing posts with label ingin kongsi. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Ramadan ya Ramadan

Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar dah 10 hari kita kat sini berpuasa...... bermakna sudah 10 hari kita menahan diri kita dari segala macam dosa, pahala, keinginan dan sebagainya...... Aku jumpa artikel ni ketika sedang melayari laman-laman yang ada d nternet.... so aku nak share lah ngan para pengunjung yang suka singgah kat blog aku ni...terimakasih.... jenguk2 lah selalu walaupun tak de cerita sensasi...hihihihi

Dalam mengerjakan ibadat puasa, kita disunatkan bersahur, sahur adalah satu amalan yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Adapun waktu bersahur bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan berlarutan sehingga terbit fajar. Oleh yang demikian, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dikatakan bersahur bahkan ianya cuma makan biasa sahaja dan tidak ada baginya pahala sunat bersahur. Kita juga disunatkan melambatkan sahur sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada qadar membaca lima puluh atau enam puluh ayat sebelum fajar. Namun segelintir umat Islam mengambil ringan dan enggan bersahur dengan alasan mengantuk dan letih. Perlu diingat bahawa di sebalik bersahur itu ada keberkatannya, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dari Abi Sahid Al-Khudri Radiallahuanhu telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur". (Riwayat Al-Imam Ahmad)Adapun keberkatan yang terdapat di sebalik bersahur itu di antaranya :

  • Mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
  • Memperolehi balasan dan ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
  • Membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa kaum lain.
  • Menghalang perbuatan-perbuatan yang tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan berlapar di siang hari.
  • Memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga di siang hari.
  • Mengingatkan dan memberi peluang bagi orang yang terlupa melakukan niat puasa.
Mengenai makanan yang dimakan ketika bersahur biarlah sederhana, sesuai dengan kemampuan dan upaya masing-masing. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri menjelaskan bahawa dengan hanya seteguk air sudah memadai untuk mendapat berkat daripada bersahur. Jika terdapat buah kurma, maka itu adalah lebih baik kerana buah kurma itu adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman.

So dari rencana d atas, bermaksud kita perlu bangun untuk bersahur walaupun sekadar minum......

Sekian....Selamat membaca

Senyum dan ceria selalu,