Layan iklan

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

:: Movie #1 (2015) ~ Kingsman: The Secret Service

Wohaa! Dah lama Mummy tak movie update. Last update tahun 2013. hu hu huu... Almaklumla, sejak ada anak kecik ni memang susah nak dating ngan encik suami. Ada gak curi-curi dating ngan encik suami tapi tak menyempat nak update kat blog. kih kih kih... Masa dalam pantang pun sempat gak curi-curi siap bawak anak-anak semua. Rasanya cerita Robocop kot. Sian encik suami nak tengok sangat kan. Last movie kami layan cerita The Hobbit: The Battle of Five Armies. Best tapi jalan cerita agak pendek... 2 jam jek (tupun Mummy tertido sebab tgk kul 12.00am ko) InsyaAllah lepas ni Mummy cuba merajinkan diri update movie ok.

Movie kali ni kami layan Kingsman: The Secret Service. Tengok kawan-kawan update kat fb movie ni macam best gila (gila la sangat kan...). 

Mummy minat Colin Firth ni since Bridget Jones's Diary. Dalam Pride & Prejudice pun best gak.. he he hee...

Sinopsis:

"Movie ni berkisar Kingsman yang merupakan sebuah pertubuhan perisikan rahsia yang bebas dari kawalan mana-mana negara dan ditubuhkan untuk menjaga keamanan dunia daripada pihak yang mempunyai berniat jahat dan ingin menguasainya. Agen-agen rahsia pun ala-ala James Bond gitu. Ada gadget standard, misi standard & agen yang super duper mantap walaupun akhirnya kecundang. Salah satu susunan jalan cerita yang kemas. Suka dengan agen rahsia yang sangat serius orangnya tapi dalam masa yang sama agak lucu.

Hero untuk agent tua Harry Hart @ Galahad (Colin Firth) telah ditugaskan mencari mentee sebagai next agent yang juga sebagai pengganti kepada agent yang telah mati. Kemudian dibantu agent Merlin (Mark Strong) sebagai pemantau dari markas. Galahad telah memilih 'Eggsy' sebagai menteenya yang juga merupakan salah sorang anak kepada agen bawah Galahad yang mati semasa latihan. Kira Galahad ni nak balas budi ayah si Eggsy la tapi dalam masa yang sama Eggsy ni pun bijak orangnya.
So biasa la, mesti ada penjahat kan.... Valentine lakonan Samuel L. Jackson...wohoo....feveret encik suami ni. Sangat kena dengan watak sebab SLJ ni memang sangat bersahaja pembawakan watak. Memang lawak ok.
Misi si Galahad adalah untuk mencari tokoh-tokoh korporat yang hilang tanpa dikesan. Mereka semua telah diculik oleh si Valentine ni. Tapi Galahad mati dipertengahan cerita sebab Valentine dah tahu yang Galahad tu agent rahsia. Masa ni Mummy ingat Galahad mati as a gimmick jela. Rupanya ke penyudah, memang dia konpem mati. ha haa haa... So si Eggsy dengan rasa terhutang budi nak cari si Valentine dan nak batalkan misi si Valentine. Eggsy dibantu oleh Merlin & salah sorang agent baru perempuan (xingat plak nama).
Satu kelemahan si Valentine ni, dia akan muntah bila tengok darah. Sebelum mati pun dia muntah sebab tertengok darah sendiri. ha ha haaa... part ni memang lawak"
Untuk santai-santai, movie ni memang best tapi tak sesuai ye untuk kanak-kanak sebab banyak babak bunuh & mati. Movie ni terlalu meremehkan kematian/ pembunuhan kejam sebagai satu bahan lawak jenaka.
Rating Mummy: 3.5/5

Monday, April 1, 2013

:: Movie #25 ~ GI Joe: Retaliation

Macam biasa acara wajib dihujung minggu... Sekurangnya seminggu sekali Mummy & encik suami akan bawa cik khaleesa outing tengok wayang. Movie pilihan kali ni memang encik suami dah highlight awal nak tengok. Excited bila Mummy cakap nak belanja tengok cite dia.he he hee... Setel antar rombongan pengantin jiran, berdesup kami ke bandar. Kalau boleh memang nak tengok current showtime sebab malas nak tunggu lama sangat. Lemau plak jadinya...

Yeah! tu dia GI Joe: Retaliation...

Awesome, best &  best gila... tu je yang dapat Mummy gambarkan.he he hee... Yang 1st GI Joe Mummy tak pernah tengok tapi encik suami pernah cerita sinopsisnya. Maklumla, Mummy ni kalau tengok tak tau hujung pangkal memang mulut ni takkan berhenti tanya macam-macam. Dia buhsan! ha ha haa...

Sinopsis dipetik dari Oh!Bulan :



Bagi yang sudah lama menunggu, kini masanya sudah pun tiba. Plot cerita filem “GI Joe : Rise of The Cobra” yang sebelum ini tergantung bakal dijawab dalam filem terbaru arahan Jon M. Chu iaitu “GI Joe : Retaliation”.
Sebelum ini, anggota GI Joe telah terbabit dalam konflik menyelamatkan dunia dari pengganas Cobra yang menggunakan senjata nanotech yang berbahaya. Kali ini pula, kumpulan askar elit yang telah dilatih ini terpaksa mengharungi kejadian yang tidak pernah mereka sangka akan berlaku. Seluruh pasukan GI Joe diserang hendap disebuah gurun dan menyebabkan ketua mereka iaitu Duke (Channing Tatum) dan semua anggota yang lain mati dibunuh.
Serangan ini telah diarahkan oleh Zartan (Jonathan Pryce) yang telah menculik dan kemudian menyamar sebagai presiden Amerika. Akibat dari kejadian ini, hanya beberapa anggota GI Joe sahaja yang terselamat iaitu Roadblock (Dwayne Johnson), Lady Jaye (Adrianne Palicki), Flint (D.J. Cotrona), dan juga Snake Eyes (Ray Park).
Hanya tinggal mereka berempat yang merupakan anggota asal GI Joe, Roadblock kemudian dilantik sebagai ketua baru dan merancang untuk menuntut bela atas kematian ahli pasukannya. Dibantu oleh General Joseph Colton (Bruce Willis), seorang pegawai atasan yang telah bersara, mereka dibekalkan dengan pelbagai senjata dan juga maklumat sulit.
Dalam pada itu, Storm Shadow (Byung-Hun Lee) yang sebelum ini berjaya melarikan diri telah dihantar oleh Zartan untuk pergi membebaskan Commander Cobra yang telah dikurung di sebuah penjara sulit. Dengan bantuan seorang lagi penjahat iaitu Firefly (Ray Stevenson), Commander Cobra berjaya meloloskan diri walaupun telah ditahan dengan ketat.
Klimaks cerita ini ialah apabila Zartan telah meminta semua pemimpin negara yang mempunyai senjata nuklear, menghadiri sidang kemuncak kuasa nuklear yang diadakan di Amerika Syarikat.
Zartan yang telah menyamar sebagai presiden Amerika ini kemudian telah mengugut kesemua pemimpin negara yang hadir dan mengaktifkan senjata nuklear Amerika dihadapan mereka dan terus mengarahkan senjata itu ditujukan ke negara pemimpin yang hadir. Tindakan ini mengejutkan mereka semua dan tanpa berfikir panjang, kesemua pemimpin negara tersebut turut mengaktifkan senjata nuklear mereka dan mengarahkan ke Amerika pula.
Dalam waktu genting itu, kesemua mereka bertelagah dan secara tiba-tiba Zartan telah menyahaktif peluru berpandu yang dihantar dan ia terus meletup di atmosfera. Sekali lagi, tindakan mengejutkan ini telah menyebabkan pemimpin negara lain keliru dan terpinga-pinga. Akhirnya, mereka terpaksa mengikut langkah yang sama.
Tujuan Zartan melancarkan senjata nuklear ini ialah supaya semua negara yang mempunyai senjata nuklear menggunakan senjata mereka pada waktu yang sama. Ia demi memberi laluan pada Commander Cobra untuk berkuasa tanpa ancaman dengan senjata berteknologi tinggi ciptaan mereka yang dinamakan Zeus.
Anggota GI Joe yang terselamat mengetahui rancangan Cobra untuk menguasai dunia. Mereka kemudian merancang strategi lebih awal dan dibantu oleh Jeneral Colton, Roadblock bersama yang lain telah menyerang hendap sidang kemuncak nuklear tersebut.
Namun ketika mereka sampai, senjata Zeus sudah diaktifkan ke beberapa lokasi dan kesannya, ia mampu membunuh semua populasi manusia di bumi. Dalam ketegangan ini, pertempuran dan perebutan berlaku diantara GI Joe dan Cobra. Sebuah beg bimbit yang mempunyai akses kepada senjata Zeus menjadi penentu hidup dan mati penduduk dunia.



Yang mampu Mummy katakan...filem ni memang wajib tonton. Semua superb mantap. Especially masa scene ninja 'main' swing-swing. Kagum...rasa macam nak join sekali.ahaks! Sekeping tiket rm14 rasa berbaloi sangat-sangat. 

Rating Mummy: 4.75/5 bintang

Thursday, March 21, 2013

:: Movie #24 ~ Oz the Great and Powerful

Fuh! agak lama tak update...macam biasa la, penyakit M datang menyerang memang susah nak pulih.hua hua hua... Nipun curi-curi masa sikit update movie yang Mummy tengok last week. Ingatkan nak layan Jack the Giant Slayer tapi showtime kul 4.00 petang...lama sangat nak tunggu sebab masa tu baru pukul 12.00 tghari. Perut plak dah kenyang...so, kami pilih new movie "Oz the Great and Powerful".


Mummy memang suka cite fantasi ni...sebab utama gambar cantik, ada princess, ada witches, ada hero yg ala-ala prince gitu. "Oz the Great and Powerful" ni lebih kurang camtu la tapi lagi best. Tak mengantuk... CGI memang mantap la. Terasa macam terawang-awang kat land of Oz tu. Cantik sangat... Jalan cite cam biasa witch baik lawan witch jahat. 

Sinopsis: Kisah magician penipu & playboy, Oscar Diggs yang terhumban dalam dusty then landed at land of Oz yang super duper cantik. Oscar terjumpa Theodora...Theodora ingatkan Oscar pahlawan ramalan yang datang nak selamatkan land of Oz. Oscar yang kaki penipu terus je mengaku dan Theodora jatuh cinta kat Oscar. Tapi sebenarnya si Oscar dok kejarkan harta karun. Cite ni bertambah best bila Oscar jatuh cinta ngan Glinda ahli sihir baik. Theodora marah & dihasut kakaknya Evanora hapuskan si Oscar. Lupa nak bagitau, Theodora & Evanora sebenarnya ahli sihir jahat. Maka berperang la si Oscar & Glinda ngan Theodora & Evanora... banyak la part kelakar.

Filem ni memang sangat sesuai sebenarnya bawak anak-anak... cik khaleesa pun happy & teruja tengok warna-warni land of Oz. Bestnya la kalo itu semua realiti. huk huk huk...

Rating Mummy: 4/5 bintang

Wednesday, March 6, 2013

:: Movie #23 ~ Rock Oo!!

Seperti yang dijanjikan, Mummy nak update latest movie Rock Oo!! Encik suami memang tak sabar nak tengok cite ni. Tengok trailer pun dah best gitu... Macam biasa, kami sampai lambat walaupun showtime 10.20pm. he he hee...nasib baik dah online ticket awal-awal. Alhamdulillah, masa masuk tu kami takde la terlambat sangat. Risau gak encik suami marah (bukan salah Mummy ye lambat).hu hu hu...


Sinopsis: Kisah Amy Mat Piah (Que Haidar) yang telah dibuang dari kumpulan Rimba Bara berazam nak satukan balik Rimba Bara yang kebetulan takde penyanyi utama. Penyanyi utama, Zul Kapan (Soffi Jikan) telah diambil Luncai Emas bergabung dengan Malaikat Maut. Amy ni sebenarnya takde bakat sangat & dia ada prinsip yang takde kena-mengena "pantang anak petani moden mengaku kalah". Amy cuba meyakinkan & pujuk Jijo (Khir Rahman) untuk kembalikan kumpulan Rimba Bara. Akhirnya dapatla diaorang berkumpul kembali bersama Mi Black (Azmi Black) & Slash Haji Tapah (Pekin). Banyak insiden yang berlaku sepanjang usaha dieorang untuk hidupkan balik Rimba Bara. Tiba-tiba Zul Kapan kembali nak menyertai Rimba Bara.... agak-agak apa la nasib si Amy Mat Piah ye??? jeng...jeng...jeng...!

Komen: Sekali lagi Mummy harus bagi pujian pada hasil tangan Mamat Khalid. Selepas 6 tahun (kalau tak silap Mummy la), Mamat Khalid hasilkan sekuel Rock Oo yang sangat cantik susunan ceritanya. Comeback Que Haidar kali ni memang terbaik laaa... Khir Rahman yang kita kenal sangat bersahaja lakonannya pun harus diberi pujian. Mi Black yang sengau memang sentiasa buat panggung pecah dengan ketawa. Pekin plak tak banyak dialog tapi watak tu sangat sesuai dengan dia. Takde kekurangan pada Rock Oo... Terasa betul-betul berada di zaman rock awie, search... Itulah realiti sebenar artis rock diawal kemunculan mereka. Dengar-dengar, Awie menangis masa tayangan perdana... 

Rating Mummy: 4.5/5 bintang


Friday, March 1, 2013

:: Movie #22 ~ Gangster Celop...

Layan movie kali ni setakat melepaskan hajat encik suami...tengok trailer, katanya macam best. Takpe, layankan jela ye. Movie ke-3 dan movie melayu ke-2 dalam tahun 2013. Apakan daya, sejak anak sekolah ni hanya weekend yang dapat spent sume aktiviti. Ok la, at least weekend Mummy tak boring sangat la.

Poster hasil carian google

Sinopsis: Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.

Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Komen: Pada Mummy gandingan syamsul, kamal adli & Hanis Zalikha adalah satu tindakan yang berani. Kita jarang lihat aksi komedi & poyo Syamsul tapi kali ni digandingkan dengan Kamal Adli yang pada Mummy ada bakat komedi. Hanis Zalikha lak masih baru bertapak dalam lakonan tapi tak menghampakan. Watak yang sempoi Hanis nampak selesa. Yus memang kita sedia maklum bakat dia dan masih mengekalkan identiti sebagai 'Mat Jambu'. Azad agak 'over' sikit la. Movie agak mendatar...jalan cerita macam dah boleh agak. Tapi kami tetap enjoy layan...

Rating Mummy: 2.75/5 bintang

* Movie lists Mummy & encik suami.... he he he
1. Rock Oo! (Booked tonite...nantikan update Mummy)
2. Beautiful Creature
3. Jack the Giant Slayer

Wednesday, February 13, 2013

:: Movie #21 ~ Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Siapa dah layan?? Komen??
Macam biasa acara wajib weekend dengan family...kali ni Mummy layan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Tension masa online ticket sebab tag MB2U lembab gila... selling ticket plak sangat la laju. Bila nak booking balik, tempat yg Mummy dah takde.hu hu hu...tapi still dapat seat yang strategik gak. Ingat nak beli couple seat sebab seat yg luas & selesa. Cik Khaleesa pun boleh baring-baring tapi untuk cinema movie ni takde couple seat plak.


Sinopsis: Kesinambungan dari filem Zombie Kampung Pisang & Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kali ni kisah husin yang muflis sebab main skim cepat kaya.he he hee... Jumpa plak kekasih lama, Mon..cinta bersemi semula. Kemuncak bila husin hilang. Puas orang kampung dok cari rupanya diculik hantu mon. Tiba-tiba dr samsudin muncul kat kampung pisang konon nak tolong la kan.he he hee...

Komen: Hurmm...mcm biasa la karya Mamat Khalid memang agak mengarut tapi still lagi acceptable sebab karya dia mampu buat kita gelak & release. Mulanya kami agak kurang yakin dengan ketiadaan Abi (Johan raja lawak) tapi not bad la. Still enjoy tengok walaupun kurang 'kick'. Hantu memang real la... Jin pakai toncit tu memang mengarut tapi munculnya jin tu bersebab.he he hee... Cerita ni diterima ramai sebab masih mengekalkan watak-watak lama seperti Pak Jabit, Pak Abu, Usop wilcha...lawak diaorang memang sempoi. Sayangnya Mummy miss 10minit awal sebab parking packed & couple kat depan pilih cerita mcm pilih baju pengantin.hua hua huaa...

Rating Mummy: 3.75/5 bintang.

Tuesday, February 5, 2013

:: Movie #20 ~ Hensel and Gretel, Witch Hunters

Movie pertama di 2013... Hensel & Gretel: Witch Hunters.
Sabtu lepas, Mummy sempat la dating ngan Encik Suami di Kota Tinggi. Sebenarnya juz teman dia pegi cari orang tapi Mummy ajak dia tengok wayang. Dah lama tak layan sama-sama. Kebetulan cik Khaleesa ikut adik ke sambutan Maulidur Rasul.he he he... Lagipun movie ni kategori 18 ke atas. Konpem ah cik Khaleesa tak leh masuk.

Mummy memang tertunggu-tunggu cerita ni sejak tertengok trailernya tahun lepas. Memang excited ajak Encik Suami... dia ikut je. Rasanya last kiteorang tengok wayang awal December 2012.

Sapa tak tahu kisah dongeng hensel & gretel kan... Dongeng berasal dari Jerman & terkenal seluruh dunia. Kisah adik beradik yang kena tinggal ngan parents kat hutan then sesat sampai la diaorang ke rumah ahli sihir. Best part, rumah ahli sihir tu daripada coklat & gula-gula.

Sinopsis: Dalam Hensel & Gretel, Witch Hunters ni plak... diaorang dah besar. Kali ni mereka dah jadi hero menentang ahli sihir. Akhirnya diaorang ni dapat la kes kehilangan kanak-kanak kat kampung lama. Selidik & siasat, rupanya semua kanak-kanak tu diculik ketua ahli sihir hitam yang jahat. Dok kumpul semua budak tu sebab nak amik darah buat ramuan untuk portion kalis api. Hensel & Gretel ni takde super power pun tapi diaorang ni super berani & yang pelik ahli sihir takleh bunuh Hensel & Gretel. Rupanya, mak Hensel & Gretel ni ahli sihir putih (yang baik la). Ending cerita semua boleh agak la kan...hero mesti menang punya. ha ha haa...

Komen: Movie ni boleh la dikategorikan good starting untuk Mummy di tahun 2013. Dari awal sampai abis memang tak bosan tapi takde klimaks yang buat Mummy kagum. Bab bunuh-membunuh memang real lah...ala, nak bunuh 'setan' mana boleh ada belas kesian kan. Sekali pijak terus hancur. Paling kesian si Hensel sebab muda-muda dah de penyakit kencing manis. Masa kecik, ahli sihir bagi dia makan choc & candies too much.he he hee...

Rating: Mummy bagi 4/5 bintang sebab tak bosan & Gretel yang cantik!

* Dok fikir-fikir gak sapa si Gretel ni... Owh! rupa-rupanya heroin dalam Prince of Persia. Dia memang cantik...Mummy cuma kenal 'eagle eye' a.k.a Hensel.

Wednesday, December 5, 2012

:: Movie #19~ Life of Pi

Seperti yang dijanjikan, Mummy nak update Life of Pi yang sedang hangat diperkatakan. Sebuah filem yang amat dinanti-nanti kan Encik Tunang. Mummy ni jenis layankan je...he he hee...


Bagi sinopsis, Mummy taknak cerita... ramai sangat blogger-blogger rajin update sinopsis. Bagi yang nak tahu review detail tentang Life of Pi, boleh la baca In-Depth Review: Life of Pi . Penerangan yang sangat terperinci.

Komen: Pada Mummy filem ni tidak kena dengan jiwa Mummy. Perjalanan cerita agak mendatar & perlahan. Awalan cerita je Mummy dah menguap 3 4 kali. Mungkin juga Mummy kepenatan layan volleyball petangnya.he he heee... Tapi Mummy akui, CGI yang digunakan memang superb! Lagi la tengok dalam 3D, beberapa kali terperanjat gak. Bukan senang nak dok ngan tok rimau ditengah-tengah laut dalam bot kecil lak tu. Terus-terang Mummy katakan, mesej yang disampaikan tu amat tepat. "Antara manusia & haiwan sebenarnya ada batas". That's the reality...

Rating Mummy: 3/5 bintang

Thursday, November 29, 2012

:: Movie #18 ~ Twilight: The Breaking Dawn part 2

Setelah sebulan lebih kami tak menjenguk wayang terdekat, akhirnya sempat gak luangkan masa. Last week ada gak tengok 1 local movie tapi Mummy taknak la update sebab movienya tersangat la hampeh. Tengok pun setakat layankan anak je. Tupun mulutnya tak reti senyap. he he he...
Semalam lepas training volleyball, Encik Tunang soh bersiap...sebab dah janji diz week nak movie marathon. Ikutkan perancangan juz nak beli tiket je tapi Mummy ada volleyball match rini, maka mlm tadi kami layan Twilight: the breaking dawn part 2 dulu.


Honestly, Mummy bukan lah follower Twilight... Mummy memang tak pernah tgk movie kat wayang. Walaupun bukan follower, Mummy dah tengok dari awalan twilight ni. Rasanya yang Eclipse kot yang Mummy tak tengok. Alhamdulillah untuk finale ni, Mummy dapat tengok ngan Encik Tunang. Lagipun dia memang follower setia.he he he...

Untuk sinopsis, Mummy taknak cerita sebab it came from novel kan. Rasanya dah ramai yang layan Twilight finale ni. Cuma kepuasan tu terletak pada diri masing-masing untuk menilai.

Komen: Mummy agak berpuas hati dengan Twilight finale sebab hampir semua persoalan terjawab. Awalan cerita memang kena fokus betul-betul & faham. Kalau tak, konpem kita akan tertanya-tanya. Nasib baik la Mummy dah tengok yang sebelum ni kan. Encik Tunang ckp, Bella agak berlagak bila dapat kuasa. Tapi pada pendapat Mummy, Bella masih baru dan mencari keserasian antara diri dia dengan kuasa tu. Jacob sentiasa kacak ngan mata redupnya... he he he... yang Mummy geram sangat, anak Bella sangat cute & cantik. Wishie dapat baby camtu... (berangan!). 
Untuk ending, Mummy memang rasa nak 'mencarut' la gak sebab 'tertipu' tapi serius memang best endingnya. Babak akhir Bella & Edward memang priceless bila Bella recall the sweetest memory ngan Edward.

This great Love Song part, am dedicated to Mr Fiancee...

Rating Mummy: 4/5 bintang sebab bukan follower setia
Rating Encik Tunang: 5/5


* Malam ni nak layan Life of PI 3D... tunggu update dari Mummy ye.

Monday, October 22, 2012

:: Movie #17 ~ Aku Terima Nikahnya...

Mengisytiharkan....berjaya gak menonton movie ni ngan cik Abang. Bukan senang OooOOoo nak ajak lelaki 'perkasa' tengok cite melayu tangkap leleh ni. Masing-masing bila ajak mesti ckp, 'saya tak minat sgt tgk cite melayu'. takpun 'pe kelas tgk cite melayu'.aiyokk! konservatif sungguh. ha ha ha... Sebenarnya takyah beriya ajak, kalo dia faham mesti kita yg perempuan/gadis/mak orang/nenek-nenek/makcik ni dapat tengok. Tupun kalo dieorang faham la. Tapi takpe, kalo dieorang tak faham terus terang jela kan.


Aku Terima Nikahnya...
Taknak cite panjang pasal sinopsis sebab 101% semua orang tau cite ni pasal apa kan.

Komen ikhlas Mummy:
Awalan cite ni agak boring sebenarnya. Too much romance scene makes me annoying to them.ahakss! Siap ngaku kat jiran sebelah. "kalo tau boring, baik kita tgk cite lain tadi". he he he... Tapi bila sampai part si Johan hilang memori, cite ni jadi sangat best. Bayangkan la si isteri yang sangat-sangat cintakan si suami bersusah payah usaha supaya suami dia pulih. Si suami plak takde usaha langsung. Geram btol... Mummy siap bisik kat jiran sebelah "he is ego.taknak usaha". Sian jiran Mummy tu kan... banyak gak la dialog yang agak kelakar. Macam tak sesuai gitu.he he he... makanan feveret 'lempeng & sambal'? what the.....? Kot ye pun jangan la nampak sangat si isteri tu tak pandai masak kan...kalo upgrade skit jadi 'roti jala' kan cam sedap skit.he he he... Setengah jam sebelum abes, Mummy sudah berendam airmata. sob sob sob... sorry sekali lagi jiran sebelah, tshirt awak ada basah sikit. Jiran Mummy ckp "takpe, tu memang utk awak". ha ha ha.... serius sedih ok!

Mummy puas hati la sebab happy ending kan. Tapi kuar je cinema, kena gelak ngan jiran tadi bila tgk mata bengkak & hidung merah Mummy. Pape pun, thank you la sayang borrowed me your shoulder.

Mummy bg 4/5 bintang la yer sebab berjaya buat Mummy nanges.huuhuuu....

p/s: I'm not sure, is it 1st malay movie we watch together... Yeay it is our 1st MALAY movie. Tak pernah lagi tengok cite hantu sama-sama kan...jom SINISTER sayang. Ada berani???

Friday, September 21, 2012

:: Movie #16 ~ Untuk Tiga Hari

Agak lama la juga Mummy tak layan filem melayu. Dah beberapa filem melayu yang Mummy terlepas tengok. Semalam, dengan penuh semangat Mummy menggagahkan diri ke TGV terdekat semata-mata nak layan filem baru Untuk Tiga Hari. Tengok trailer macam sangat best kan. he he he... Kali ni tengok berdua ngan cik Khaleesa sebab encik abang Mummy ke Kenyir Lake. Ikut trip memancing kat sana...hu hu hu


Barisan pelakon Untuk Tiga Hari memang terbaik ah... Yang Mummy tahu, filem ni diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah. Mummy tak pernah baca novel tu tapi filem nya agak menarik. So takde la high expectation sangat macam filem Ombak Rindu.

Sinopsis:
Bukan kisah cinta biasa & agak pelik bilamana sepasang kekasih Afin (Rashidi Ishak) & Ujie (Vanida Imran) yang terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga masing-masing & berjanji untuk berkahwin hanya 3 hari. 
Dalam masa tiga hari perkahwinan mereka, Ujie mula sedar yang itulah jodoh terbaik buat dirinya yang telah ditentukan oleh Allah swt.
Agak-agak dapat tak cinta Afin & Ujie bersatu?

Ulasan Mummy:
- Filem ni sangat sesuai untuk pada yang bakal-bakal berkahwin.
- Carilah lelaki yang berani buat keputusan sendiri & tegas pendirian. Tak macam Afin...pendirian tak tetap. Terlalu takut pada ibunya walaupun apa yang ibu dia lakukan tu perkara yang tak betul.
- Ayu Raudah sangat cantik............ he he he
- Banyak part yang kelakar... bising cinema ngan gelak ketawa orang. ha ha ha...
- The best part masa Afdlin brainwash Vanida & then he sing a song for Vanida... yea! i'm crying watching this part...truly!
- Untuk lelaki, even tak cinta pada isteri pilihan keluarga jangan la sesekali jatuhkan talak 3 terus. ermmm.... 
- Ending filem ni...hurmm....urghh...aiyo! sangat frust tapi mesej tu tetap sampai ok.


Rating: 3/5 bintang (gara-gara ending yang... urghhh!)

p/s: cik Khaleesa mkn 2 kotak hot minis...sedap katanya.he he he

Monday, September 3, 2012

:: Movie #15 ~ The Expendables 2

2 minggu lepas tengok tapi baru berkesempatan nak update... Maklumla, orang sedang bersenang-lenang cuti raya...Mummy dah start kerja. Tapi biasala, opis mmg takde orang. So Mummy pun bersenang-lenang la gak. Nasib baik ada orang baik hati temankan Mummy. Lepas window shopping, kami tgk showtime movie. 

The Expendables 2
 Inilah movie yang ditunggu-tunggu en Sayang saya...

Bagi penggemar filem aksi, ini mungkin adalah pilihan yang terbaik. Tapi sila jangan mengharapkan hero yang hensem dalam expendables 2 ni yer sebab hero hensem sorang je. Tupun mati awal.ha ha ha... Walaupun semuanya barisan otai, expendables 2 ni tidakla mengecewakan sangat. Memang full of action. Membunuh memang takde teragak-agak punya. Tembak terus. Kalo ikutkan banyak plot yang tak bape nak logik tapi layankan je. Yang pasti movie ni enjoy laa... Muka serius tapi ada masa buat lawak. Memang menjadi la... yang paling penting, Mummy tak tido ye.ha ha ha...

Rating Mummy: 4/5 bintang

Monday, August 6, 2012

:: Movie #14 ~ Step Up Revolution

Last Friday, lepas teman orang shopping baju raya (katanya laa)... kami layan Step Up Revolution. Terus amik midnite sebab nak sahur sekali. Tapi sebelum masuk cinema, Mummy amik a big cup of coffe kat McD sebab cik abang dah warning "awak jangan tido lagi ye sayang". Ouchh!! ha ha ha... Alkisahnya masa tengok Total Recall, Mummy tertido...bukan sebab cite tu tak best, Mummy kepenatan.hu hu hu...


Sinopsis:
Filem keempat "Step Up" yang telah menjadi hit di seluruh dunia kini membawa tarian yang berlatar belakangkan suasana meriah Miami! Emily, seorang anak ahli perniagaan yang kaya, tiba di Miami dengan impian untuk menjadi seorang penari profesional, tetapi tidak lama kemudian jatuh cinta dengan Sean, seorang lelaki muda yang mengetuai krew tarian dalam sebuah kumpulan 'flash mob'.

Kumpulan yang digelar sebagai MOB sedang berusaha untuk memenangi pertandingan bagi bagi mendapatkan peluang penajaan besar, namun bapa Emily mengancam untuk memajukan kawasan perumahan MOB dan menyingkirkan beribu-ribu orang dari kawasan perumahan tersebut.

Emily harus bersatu dengan Sean dan MOB untuk menghidupkan persembahan mob mereka sebagai bentuk bantahan, dan pada masa yang sama terpaksa mengorbankan impian mereka untuk berjuang bagi tujuan yang lebih besar.

Mummy rasa ni la flash mob terbaik... Cik abang suka masa opening...


Info: Heroin "Katryn McCormick" merupakan top 10 dalam SYTYCD season 6. Hero "Ryan Guzman" plak model and did material arts. Step Up Revolution merupakan 1st movie dieorang.

Pada Mummy SUR memang best gila... takde rasa mengantuk langsung. Rasa macam nak join dieorang ni menari. Semua flash mob memang terbaik ah. 


Rating Mummy: 4.5/5 bintang
Rating cik abang : 5/5 bintang (1st time dia meratingkan movie yang kami tgk)

Monday, July 23, 2012

:: Movie #13 ~ The Dark Knight Rises

Movie minggu ni yang Mummy nak update ialah The Dark Knight Rises... still lagi fresh kat pawagam terdekat. Kali ni Mummy tengok kat TGV Tebrau... walaupun TGV Bukit Indah sangat la dekat ngan rumah tapi Mummy lagi selesa kat TGV Tebrau. Salah satu sebabnya seat yang tersangat la selesa. Mummy amik couple seat sebab senang cik Khaleesa nak tido. Lagipun couple seat kat TGV Tebrau dah macam single bed.hu hu hu... terlalu beza ngan TGV Bukit Indah yang tersangat la sempit tap harga sama.

Pic by google search

Poster kat atas pernah jadi kontroversi sebab ramai yang beranggapan Batman akan mati. Part tu korang kena tengok la sendiri endingnya yer...

Ini adalah kesinambungan Dark Knight... Pada mulanya Bruce Wayne nak bersara daripada dunia kedua dia tapi disebabkan orang ramai masih memerlukan dia, maka BATMAN muncul balik. Biasa la, cite superhero ni kalo de kesinambungan mesti pasal balas dendam punya. Awalan cerita, catwoman dah muncul. Watak catwoman dibawa oleh Anne Hathaway... Serius dia sangat sesuai bawa watak tu. Nasib la bukan Halle Berry ye.ha ha ha... Masih mengekalkan Christian Bale sebagai Batman. Dia agak kurus tapi sangat ohsem dalam Batman suits.he he he...
Permulaan cerita agak membosankan. Mummy ni dok tertunggu-tunggu la bila la en Batman nak kuar kan. Sekali dia kuar, wow! Mummy nak motor dia. Mummy tertarik gak pada satu watak baru yang dilakonkan oleh Joseph Gordon-Levitt. Dia pegang watak sebagai Detective John Blake. Tapi dalam kepala ni Mummy dapat mengagak dia ni akan jadi Robin.he he he... 
Tak nak komen banyak-banyak tapi cukup la Mummy katakan tak rugi tengok. Walaupun boleh agak jalan ceritanya, tapi tetap puashati. Kalau nak tau apa kesudahannya samada the legend ends @ propa semata sila lah tengok di pawagam terdekat.

Rating: 4/5 bintang

p/s: Dalam wayang gemuruh orang ramai tepuk tangan masa tgk ending! :D

Monday, July 9, 2012

:: Movie #12 ~ The Amazing Spider-Man

Ni last week punya event... Last minit En Depp text Mummy suruh online booking tiket. Finally dapat dating setelah hampir 2 minggu tak jumpa.hu hu hu... Movie pilihan kali ni, The Amazing Spider-Man.


Sinopsis: Kisah Peter Parker anak yatim piatu yang dibela bapa saudaranya yang sentiasa jadi mangsa buli kat sekolah. Sentiasa ada rasa ingin tahu kisah silam dia. Ibu bapanya telah meninggal dunia dalam satu tragedi misteri dan Parker dibesarkan dengan pelbagai persoalan tentang pemergian ibu dan bapanya itu. Sampai la dia terjumpa sahabat baik bapanya seorang saintis terkenal Dr Curt Connor. Dalam masa yang sama Peter digigit spider ujikaji kat makmal Dr Connor.
Gigitan spider tu menyebabkan Parker kini mempunyai kekuatan dan kebolehan luar biasa persis seekor labah-labah. Peter juga telah membantu Dr Connor menyelesaikan masalah sains yang selama ini gagal diselesaikan saintis tersebut.

Pendapat peribadi: Mummy lebih suka original version spiderman yang heronya Tobey Maguire. Dalam The Amazing Spider-Man ni terlalu banyak yang diubah. If 1st time tengok, it's ok sebab takde banyak sangat expectation. Tapi pada orang macam Mummy yang follow dari dulu, agak kecewa la gak.hu hu hu... Andrew Garfield lak agak hensem & hot, macam tak sesuai jadi mangsa buli kat sekolah. he he he... awalan cerita agak boring la gak. Lepas stgh jam, jalan cerita semakin menarik. Walau camnepun, Andrew Garfield berjaya bawa watak spiderman nakal.

Rating: 3/5 bintang

p/s: Cik Khaleesa sedap tidur & bangun lagi 10 minit show dah nak abes... :D

Friday, June 22, 2012

:: Movie #11 ~ Abraham Lincoln: Vampire Hunter

Filem wajib tengok minggu ni adalah Abraham Lincoln: Vampire Hunter yang merupakan satu pilihan terbaik untuk kaki wayang. 

Pic by Google search

Filem ini merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah Wanted, Timur Bekmambetov yang memang anda tahu memang seronok untuk di’tonton dan terbitan Tim Burton.
Sinopsis: Mengisahkan tentang presiden Amerika Syarikat paling di’raikan, Abraham Lincoln (Abe) yang secara asas’nya mempunyai rahsia memburu pontianak semenjak belum bergelar presiden.
Jika di’tolak faktor adanya pontianak (vampire) dalam filem ini, Abraham Lincoln: Vampire Hunter memang sebuah filem yang sarat dengan fakta sebenar Presiden USA ke 16 itu.
Lakonan teraju utama, Benjamin Walker patut di’puji kerana berjaya membawakan watak dengan berkesan dan beliau muncul hampir dalam setiap babak filem ini. Pada yang tak tahu, hasil google  search Mummy... Benjamin Walker ni memegang watak sebagai Hank McCoy/ Beast dalam X-Men: First Class. No wonder la dia nih tinggi.
Dari segi aksi, Mummy suka dengan beberapa babak aksi — pertama ketika Abe mengejar pontianak jahat bernama Barts dengan latarbelakang kuda yang bertempiaran, kedua masa Abe nak selamatkan kawan dia nama Will kot & satu lagi ketika bakak kereta api dan jambatan terbakar yang di’susun kemas dari segi choreography untuk semua babak tersebut.
Personally, Mummy suka style Abe dengan kapak silvernya tu. Nampak shekshi gituh.ohh!! Auwww!
Mummy meratingkan filem ni 4.5/5 bintang.
p/s: Orang sebelah Mummy dok jerit-jerit macam tengok cite hantu & orang dok sebelah En Sayang tidur sekali ngan pakej dengkur. Lagi satu takyah la bawak budak-budak sebab de certain part not sensored. he he he...


Friday, June 8, 2012

:: Movie #10 ~ Prometheus


Inilah filem paling sengal meraban di tahun 2012 yang Mummy tengok. Maaf lah pada yang suka filem nih. Seawal minit pertama Mummy dah tertido. Pinjam bahu orang sebelah. Sorry sayang, kan saya tak berapa sihat semalam (alasan...) he he he... Yang menariknya cuma adegan pembunuhan yang agak kejam la gak. 

Sinopsis: Serius, Mummy tak tau nak komen apa. hu hu hu...

Rating: 1/5 bintang...

Sekian, terima kasih...

Wednesday, June 6, 2012

:: Movie #9 ~ Snow White and the Huntsman


Jumaat lepas adalah public holiday utk office Mummy...so sementara Mummy menunggu cermin kereta siap, maka dating la kejap. Sian kat orang tu sbb 'client' dia ajak ponteng kerja.he he he... Sorry sayang!

After lunch, kami layan Snow White and the Huntsman kat TGV Tebrau City. Orang tak ramai & kami dapat copule seat. Serius, besar gila couple seat sampai cik Khaleesa dapat tido baring kat tengah-tengah. Dalam banyak-banyak fairy tale, Snow White antara paling feveret. Tak kisah la best @ tak, Mummy tetap akan ckp BEST!

Sinopsis: Standard la...rasanya semua orang dah tau jalan cerita snow white ni. Ada queen yang jahat, puteri yang cantik, hero yang ensem, 7 orang kerdil, bla bla bla... Masih de epal, troll bridge. Ada la beberapa kelainan la sikit dalam snow white kali ni sebab lebih kepada peperangan perebutan kuasa & balas dendam. Maybe that's the part yang some of us say "tak best langsung". Pada Mummy it's still good movie. Pujian patut dibagi pada Charlize Theron. Gila hebat dia jadi queen yang sangat jahat. Kristen Stewart as snow white pun not bad tapi expression muka sama je la.he he he... hero plak sepatutnya Prince Charming tapi dalam snow white ni juz orang biasa. Ending agak kurang kepuasan...tak tahula apa yang kurang.

Rating: 3.25/5 bintang... he he he

*************************************************

Once Upon a Time (S1)

Ok, sapa yang layan siri ni kat Astro channel 413?
Pun kisah snow white dalam version modern fairy tale... 1 kelainan yang sangat best. Mummy selalu tak dapat tengok episod baru sbb balik kampung. Nasib baik astro suka ulang-ulang, so dapat la tengok. Buat masa ni, takde yang Mummy miss lagi. Lupa nak bgtau, siri ni setiap hari Jumaat pukul 9.10 kat astro channel 413. Sapa suka fairy tale, sila la tengok...




Wednesday, May 2, 2012

:: Movie #8 ~ The Avengers


Selamat memulakan tugas ye kawan-kawan...

Apa program cuti Hari Pekerja korang?? Ok, macam biasa Mummy layan movie ler. Kali ni layan The Avengers. Sebagai seorang peminat tegar superhero movie ni, Mummy wajib tengok ok. Tengok feed back dari kawan-kawan, The Avengers ni best gila... Lagi best layan dalam bentuk 3D. Superb! Yang tak bestnya, Mummy sampai lambat sbb jalan jem. Lewat 15 min... 


Review dari Mummy:
Personally, awalan cerita agak boring sebab banyak sangat berbual. Kata cerita superhero kan, so sepatutnya kena banyak aksi dari awal kan. Kalau Mummy ni pengarah, rasanya nak ramaikan lagi watak-watak superhero dalam The Avengers ni. Macam tak puas tengok ok. Lagi best kalau ala-ala X-Men... Takpun masukkan je semua watak X-Men dalam The Avengers ni. Sampai muntah ler tengok semua superhero tu. (Apa daa dok merepek ni)...

CGI The Avengers ni memang terbaik ahh...kagum tgk alien. Jom lah kenal-kenal ngan superhero 'hebat' yang selamatkan bumi ni. ha ha ha...

1. Iron Man a.k.a John Stark (Robert Downey Jr.) - Superhero kegemaran Mummy... mulut lancang gila. Suka buat lawak & kacau orang. Paling tak boleh blah, berlagak gila. Tapi sebenarnya, dia kalau takde suit iron man... nothing!! ha ha ha... Ayat dia paling best "genius, billionare, playboy, philanthrophist". Nak tau kenapa dia cakap camtu, kena la tengok sendiri. jeng! jeng! jeng!


2. Captain America (Chris Evans) - Dia nipun takde la super power sangat tapi dia ada otak yang bijak ngan strategi. Pandai bagi arahan & sangat baik hati. 


3. Thor (Chris Hemworths) - Superhero ni Mummy tak pernah tengok sebelum ni. Yang pasti dia ni tuhan & kuat. Kekuatan dia ada pada tukul. HULK pun tak boleh angkat itu tukul wooo... ha ha ha... Dalam The Avengers ni, dia adik angkat si Jahat LOKI (nama tak komersil langsung).


4. HULK (Mark Ruffalo) - Mummy tertanya-tanya gak kenapa dia jadi HULK. Kenapa bukan watak sebelum ni Edward Norton. Takpela, tak penting pun sbb watak HULK memang selalu berubah-ubah. Dalam The Avengers ni, HULK boleh bercakap & faham... hurrmmm.... erk!


5. Black Widow & Hawk Eye (Scarlett Johansson & Jeremy Renner) - Masih mencari siapakah mereka sebenarnya. Cuma yang pasti mereka ni komited ngan The Avengers ni. Hawk Eye sangat bagus memanah. Tak yah tengok musuh pun, anak panah sampai.he he he...


Senang cerita, The Avengers ni cerita yang bagus. Tak rugi pun beli tiket 3D. Banyak lawak masa tgh bertempur ngan alien. Masih terbayang-bayang kat kepala ni aksi lawak dieorang ni.


Rating utk The Avengers: 4/5 bintang.




p/s: BATTLESHIP still an awesome movie.


Monday, April 30, 2012

:: Burung hantu vs Purple Love

Akibat terlalu 'banyak' tido siang...kesannya dapat dilihat waktu malam. Mummy tak boleh tido.hu hu hu... Sabtu yang baru lepas ni, Mummy bawak Pn Emak keluar seharian. Maghrib baru balik rumah. Memang puas hati la dapat bawa dia jalan-jalan. Sambil-sambil jugak bawak adik yang tak bersalin lagi. Bagi cepat skit baby keluar... baby degil sbb mama asik makan sedap jek, so baby dalam perot pun sedap la. he he he...

Ahad takde aktiviti, Mummy tido... akibatnya, malam tadi Mummy dah macam burung hantu. Dahla, cik Khaleesa tak ikut Mummy balik JB...memamg sunyi gila! Mummy rindu awak la sayang... pujuk ajak balik, dia tak mau.hu hu hu...

Nasib baik la En ASTRO open 130 channel free sampai 6 Mei... So dapat la Mummy layan semua channel. Nak dijadikan cerita, Mummy tertengok movie 'Purple Love'. Okla, layanla gak... lakonan kumpulan UNGU & Nirina Zubir.Mula-mula cam boring jer...tapi lama-lama seronok plak. Mata tak mengantuk lagi. Awalan cerita, happy jek...pastu dah kat tengah-tengah, jadi sedih plak. Lagi beberapa minit nak ending, sedih....akhirnye happy ending. *phew!!*... berdebar gak sebab Mummy ingat heroin meninggal. he he he...


Nirina Zubir sangat cute... Pasha tak ensem pun...nampak tua.

So far, dalam banyak-banyak indonesian movie yang Mummy paling suka... 

Eiffel, I'm In Love


p/s: Sebelum tido tengok dapur... water filter leaking. Dah siap lap, terus masuk tido...pun tak boleh tido gak. Sempat baca buku... akhirnya paksa diri ni tido gak... pukul 3.00 pagi tido, pukul 6.30 pagi dah bangun semula...