Layan iklan

Showing posts with label deepavali. Show all posts
Showing posts with label deepavali. Show all posts

Wednesday, November 11, 2015

:: Deepavali 2015

Alhamdulillah, my third year celebrate deepavali... Beberapa hari sebelum deepavali memang dah terbayang semua makanan. he he hee... awal-awal aunties dah call mak mentua tanya nak makan apa. Menu wajib macam biasa la idli ngan tosei. Masa mula-mula makan dulu, terus jatuh cinta... maka sampai skang mami adalah penggemar tegar indian food. Tak semestinya kena lepak mamak baru dapat indian food. Kat JB de banyak restoren indian food. Restoren feveret mami Golden Spice kat jalan air molek. Always craving their food and definitely reasonable price. Laddu the best!

Tahun ni target dapat makan ayam masala...tapi keciwa, auntie tak buat plak. Kuih raya & kek macam orang melayu gak. Krup Krap layan maruku. Tosei pun salah satu feveret sebabnya tak masam sangat macam kat kedai. Pernah gak tanya napa takde rasa masam sangat. Rupanya yang kat kedai tu adunan yang disimpan. Kalau nak makan sendiri, terus masak...takde nak simpan-simpan kan. Well, semalam memang puas la makan kambing. Kakak suka la kan lauk kambing feveret dia ada.

Uishh!!! Takleh lawan jiran sebelah punya sepet. hi hi hi... skang ni setiap kali bergambar memang menggedik camtu.





Anak-anak memang suka selfie...

Ok, yang depan je taken... yang 2 kat belakang tu still available. he he hee...


Harap-harap tahun depan ada la chicken masala tu... he he hee... hujan plak lebat gila, memang mengantuk la lepas tu. Tapi awal-awal mami dah ajak encik suami gi Tesco jap shopping barang dapur sikit. Si kakak plak dah cakap nak ikut mak mentua balik, so kena la singgah rumah jap packing pakaian dia. Bibik plak tak nak ikut, so tinggalkan bibik ngan Ammar kat rumah. Cuma bawak Zahin je la...

Lepas shopping, cakap ngan encik suami best kalo dapat minum sejuk-sejuk... Terus ajak lepak chatime. Sambil layan si abang nak main kan.

Ok, masuk cuti sekolah banyak btol event hujung minggu. InsyaAllah, hujung minggu ni majlis betandang adik mami kat Pahang.

Thursday, October 30, 2014

:: Deepavali kami...

Alhamdulillah tahun ke dua celebrate deepavali. Yeay! dapat rasa food sedap... Bukan senang dapat rasa original tosei, idli kan. Kalau lepak mamak, rasa masam sikit sebab biasa adunan tu akan diperap. Tahun lepas makan tosei kosong tapi tahun ni Mummy bantai tosei masala. Sedapnya.... Maruku plak, memang peluk balang je la kan. ha ha haa... Tapi kami tidak ler pergi sembarang rumah. Cuma beraya ke rumah family members je la. So takde ragu-ragu kan. 

Kami... sila la abaikan bantal kat perut encik suami tu. Memang sengaja letak. hi hi hii...
Kisah sehari sebelum raya, Mummy bergegas mencari outfit yang sesuai. Sebagai menghormati tuan rumah kan. heh!

Kami plus new baby girl yang memang suka amik gambar. Agak manja sikit ngan family Mummy. Ngan mami dia pon tak melese camtu. he he hee...

Anak-anak kami...

 Mak Pak pun nak jugek kan... selfie, wefie. 



Ni kami last year... masa ni zahin dalam perut. hi hi hii...