Layan iklan

Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts
Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts

Monday, November 16, 2015

:: Bertandang mokcu di Segamat/Pahang

Alhamdulillah selesai sudah majlis bertandang adik mami di belah lelaki... Parents mami ngan adik-adik pergi awal sehari & bermalam kat sana. Mami ngan encik suami jela yang pergi balik hari sebab kerja lagi kan Jumaat. Kami dah kehabisan cuti tahun ni. he he hee... Lagipun mami malas nak packing bagai... Dengan anak kecik lagi.

Takut sampai lambat, sebelum tido mami dah siap gosok baju semua. Packing barang baby... Lepas subuh, kejut anak-anak untuk bersiap. Paling dugaan nak kejut si Zahin... Tengah mandi pun mata dok pejam lagi. Tapi nampak je baju kemeja, terus cerah biji mata sebab dia tahu nak gi jalan. he he hee... Setel semua, baru la mami yang mandi & bersiap. Adik memang dah bagitahu awal-awal sanding jam 12.30pm... Tengok map, perjalanan dari rumah mami lebih kurang 2 - 3 jam. Jam 8 lbh dah keluar rumah sebab nak sarapan dulu. Kena makan kenyang-kenyang. Jam 9pagi dah masuk highway secara rasmi. Biasa la bila dah ramai, memang banyak ler tempat menyinggah kan. 

Sampai majlis lebih kurang 12 lebih tapi rupanya adik dah siap makan damai. huh! cepat la plak. he he hee... maka kami makan je la, takde nak join berarak. selesai sesi fotografi family, mami join mak ayah gi homestay sebab nak Zuhur dulu. Dapat la dok rehat-rehat kejap sejukkan badan.

Adik beradik mami... tak cukup sorang je sebab suaminya kena kursus. Dia pun malas nak turun dari Melaka. Ada anak kecik leceh katanya. he he hee...

Ex flower girl... yang sorang lagi tak dapat dikesan. Rupanya tengah beratur kat luar makan aiskrim free katanya. Maka penggatinya kumbang kat tengah tu. he he hee...

Satu-satunya hero dalam family mami...


Nik's Legacy... Encik suami sejak ada 2 hero ni makin suka ajak bergambar. 

Sejak ada banyak 'handbag' ni... gini la gayanya kalo nak wefie 1 family. Kakak kalo dah jumpa geng memang susah la. senang cite tak nampak batang hidung terus. 

Mak tok cakap " Ni kalau dok umah mak, memang mak potong pendek rambut".. ha ha haaa... tak dapat la. Gigih tau mami dok trim rambut Zahin.

Sebelum balik, wefie ngan encik suami... Dia memang suka buat muka comel camtu. 


InsyaAllah awal Disember ni kami akan ada family day acara wajib tahunan keluarga mami. Tempat semua dah booking cuma untuk confirmation makanan yang kena bawak. Tahun ni macam meriah sikit la sebab adik beradik semua dah kahwin. Cucu-cucu plak dah semakin bertambah. Maklum la mak ayah mami kan tiap-tiap tahun naik pangkat. hu hu huu...

Update skit bujang kecik mami ni... Dah pandai gelak bila selfie sebab dia ingat ada budak kecik yang dok agah dia. Padahal tengok muka sendiri. Dah bambam skang... geram mami! Sayang Ammar...

Wednesday, November 4, 2015

:: Mokcu was taken

Entri throwback sebab takde masa nak update.

Alhamdulillah… Selesai sudah tanggungjawab mak ayah besarkan kami adik beradik. Sekarang masing-masing sudah ada keluarga. Bak ayah cakap, lepas ni dah senang nak holiday ngan mak. He he he… Yela, dah takde risau nak tinggal anak dara kat rumah. Mak plak cakap, tunggu cucu menantu plak. Teringat dulu ayah pernah cakap kalau cucu dia kahwin, dia nak buat kat kampung gak. Takpe, tu nanti la kami fikir. Lama lagi & kami taknak la cepat sangat tua. Ha ha haa…

Kali ni si bongsu kami bertemu jodoh dengan si sulung dari Pahang… Walau dia dah jadi isteri orang, dia tetap yang paling kecik. Panggilan ‘adik’ memang akan lekat sampai bila-bila. Tengok adik kahwin, yes! “time flies very fast”. Rasa macam dia budak lagi. He he hee… jangan marah dik. Masih terbayang-bayang lagi dia ngan geng-geng (pun dah ramai jadi isteri orang) dok huhahuhaaa… Kalau belek-belek album lama, memang kami akan gelak tengok betapa “ngemproh” nya kami masa tu. Terngiang-ngiang gelaran masing-masing.

Biasa la, mak antara orang yang paling sibuk. Kali ni memang 100% majlis versi kampung. Maklum la majlis terakhir kan (insyaAllah). Kalau boleh memang taknak la ada cacat cela sangat. Dah beberapa majlis asik ada je yang silap, so kali ni kena la perfect sikit kan. Baju jubah kami kali ni dapat sponsor… Flower girls pun sama. Majlis tidak la grand sesangat tapi Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Sempat la gak mami & adik no 4 buat aqiqah untuk anak-anak kami. Mak ayah sangat puas hati sebab semua jemputan hampir 90% datang. Saudara mara pun turut serta dalam majlis.

Muka mak ayah yang dah lega majlis berjalan lancar.

Kami 6 orang adik beradik. Kumbang seorang & yang lain bunga-bunga.


Freestyle katanya... tapi tengok la anak-anak kami berantakan.

Flower girls yang comel cantik belaka.

Buat Adik,
Along sekeluarga doakan adik akan dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.
Jadi lah isteri yang terbaik untuk suami,
Jadi lah ibu yang sempurna untuk anak-anak,
Redha suami adalah kunci syurga buat isteri…

Belanja sikit gambar kami... flower girl dah hilang ke mana ntah..

Semoga semua ahli keluarga kami sentiasa berada dibawah lindungan Allah. Diberkati dunia akhirat... Hidup aman bahagia hingga jannah. AMIN!