Lama gila tak buat review kat blog ni sebab sepanjang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni, laptop aku yang rosak tu pun tersadai kat kedai komputer (Forest Global Technology) tu. Tak tau nak contact depa macam mana, yela kedai tutup kan, phone pun mesti tak angkat ngan depa pun tak ada media sosial. Jangan laptop aku hilang sudah. Maka terpaksa update blog pakai phone ja. Berbalik pada drama Korea My Fellow Citizen ni, drama ni release pada 1 April 2019 yang lalu dan tamat episodnya pada 28 Mei 2019. Korean Drama My Fellow Citizen ini disiarkan di channel KBS dan bergenre Comedy, Crime, Politik. Antara pelakon drama Korea My Fellow Citizen ini adalah Choi Si Wan, Lee Yoo Young, Kim Min Jung, Tae In Ho, Kim Eui Sung, Park Kyung Hye, Woo Hyeon dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 32 episod, setiap episod setengah jam ja, kalau gabung jadi sejam kiranya 16 episod gitu.
Jalan cerita drama My Fellow Citizen ni menarik sebenarnya bila seorang penipu (con artist) boleh jadi wakil rakyat, siap menang pilihanraya gitu. Walaupun sebenarnya dia tak rela untuk masuk politik ni semua, tapi sebab dia dipaksa dan terdesak so dia redah je hehehe. Lakonan Choi Si Won sebagai Yang Jung Kook memang tidak mengecewakan, sesuai juga Choi Si Won ni berlakon dalam genre komedi. Pemilihan pelakon semua best dan serasi dengan watak masing - masing. Antara yang patut diberi pujian pastilah pada Kim Min Jung yang membawa watak jahat sebagai Park Hoo Ja. Tapi watak Park Hoo Ja ni tak adalah jahat sangat sebab kadangkala lawak juga bila ada yang dia plan semua tak jadi disebabkan campurtangan Yang Jung Kook tu. Plus Park Hoo Ja ni nampak elegan dan cara cakap pun lemah - lembut ja, tapi bila dia naik angin habislaa hahaha. Antara yang menarik bila Kim Min Jung dan Kim Eui Sung reunion semula dalam drama My Fellow Citizen ni. Bagi yang tak tahu mereka berdua pernah berlakon dalam drama popular Mr. Sunshine, jadi anak dan bapa dalam drama tersebut.
Antara scene yang aku suka dalam drama ni masa Yang Jung Kook start berkempen dalam pilihanraya tu. Scene diorang meeting ramai - ramai tu pun dah lawak. Calon lain meeting dan cari jalan untuk fokus isu apa dalam pilihanraya tu. Berbeza dengan Yang Jung Kook dan teamnya yang sibuk meeting nak makan apa nanti hahahaha.Plus lagu rasmi untuk kempen pilihanraya Yang Jung Kook tu pun best, siap ada step tarian lagi hahaha. Aku rasa semua scene masa diorang berkempen untuk pilihanraya tu memang best dan lawak okey. Bila Yang Jung Kook dah menang dalam pilihanraya dan berjaya jadi wakil rakyat tu, jalan cerita start jadi boring sikit sebab ianya dah mula bertukar jadi serius sikit. Kadang - kadang aku rasa Kim Min Young lakonan Lee Yoo Young yang jadi isteri Yang Jung Kook ni naif juga walaupun dia adalah polis. Macam manalah dia boleh tak perasan yang suaminya tu adalah con artist, sedangkan dah banyak hint yang dia dapat. Malah Park Hoo Ja sendiri dah bagi tahu dia dah, tapi dia tak percaya. Dia cuma ingat suami dia ada hutang dengan Park Hoo Ja saja. Selain itu pelakon Choi Daniel dan Baek Jin Hee yang merupakan hero dan heroin drama Korea Jugglers turut jadi cameo dalam drama ni.
Aku suka juga dengan keluarga Yang Jung Kook ni, dari bapa sampai adik perempuannya memang semuanya sepesen, kaki tipu dan terror bab2 scammer ni semua, plus diorang ni semua kelakar dan gila - gila especially adik perempuan dia tu. Ending drama Korea My Fellow Citizen ni memang happy ending gitu. Apa pun jom tengok sinopsis penuh drama Korea My Fellow Citizen ni di bawah okey.
Mengisahkan tentang Yang Jung Kook yang merupakan seorang penipu yang jatuh cinta pada Kim Mi Young yang merupakan seorang polis. Kim Mi Young merahsiakan pekerjaannya dari Yang Jung Kook kerana risau hal lama berulang kembali. Dimana ex- boyfriendnya curang kerana stress dengan pekerjaan Mi Young sebagai seorang polis. Mereka berdua akhirnya berkahwin dan Kim Mi Young hanya memberitahu perkara sebenar pada Yang Jung Kook ketika mereka dalam perjalanan untuk pergi honeymoon. Yang Jung Kook sangat terkejut dan takut bila mengetahui yang isterinya adalah seorang polis. Selepas itu hubungan Yang Jung Kook dan Kim Mi Young mula dingin. Dalam masa yang sama Yang Jung Kook mula diburu oleh seorang ceti haram bernama Park Hoo Ja yang ingin membalas dendam pada Yang Jung Kook kerana sudah menipu bapanya. Ketika samseng - samseng upahan Park Hoo Ja sedang mengejar Yang Jung Kook, telah berlaku satu insiden yang tidak disengajakan bila Yang Jung Kook telah memukul seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan untuk menarik perhatian polis yang ada di kawasan berdekatan.
Namun Yang Jung Kook tidak menyangka lelaki yang dipukulnya itu adalah pembunuh bersiri yang dikehendaki polis. Polis berterima kasih pada Yang Jung Kook kerana telah membantu mereka untuk menangkap pembunuh tersebut. Hal tersebut turut mendapat liputan meluas dari pihak media dan Yang Jung Kook turut mendapat anugerah "the brave citizen" dari pihak polis. Dalam sekelip mata Yang Jung Kook menjadi sangat popular disebabkan insiden berkenaan. Dalam masa yang sama Park Hoo Ja berusaha melobi ahli politik untuk bekerjasama dengannya bagi meluluskan satu undang - undang yang akan menguntungkan pihaknya. Namun lama - kelamaan Park Hoo Ja mula berasa menyampah nak membodek dan melayan kerenah ahli politik itu dan mula merancang satu plan yang tak masuk akal iaitu menggunakan Yang Jung Kook. Park Hoo Ja mula mengugut Yang Jung Kook yang dia akan membunuh isteri Yang Jung Kook iaitu Kim Mi Young jika Yang Jung Kook tak mahu ikut cakapnya.
Atas sebab itu Yang Jung Kook terpaksa mengikut arahan Park Hoo Ja dengan ikut bertanding menjadi calon bebas untuk pilihanraya. Populariti Yang Jung Kook sedikit sebanyak membantunya untuk mendapat undian tapi tidak memungkinkan yang dia boleh menang pilihanraya. Atas sebab itu Park Hoo Ja telah mengupah Kim Joo Myung (Kim Eui Sung) yang merupakan seorang ahli politik veteran yang berpengalaman dalam hal ini untuk membantu Yang Jung Kook menang dalam pilihanraya ini. Awalnya Kim Joo Myung tidak begitu suka dengan Yang Jung Kook setelah tahu Yang Jung Kook ini seorang penipu. Namun lama - kelamaan dia menjadi rapat pula dengan Yang Jung Kook. Pelbagai perkara yang berlaku dalam pilihanraya itu sehinggalah pada satu tahap Park Hoo Ja mahukan Yang Jung Kook untuk tarik diri dalam pilihanraya itu dan menyokong calon lain. Yang Jung Kook mula berasa marah dengan keputusan Park Hoo Ja kerana dia telah bersemangat dan berusaha keras untuk menang. Namun atas hasil kebijaksanaan Kim Joo Myung dan Yang Jung Kook juga, mereka akhirnya menang.
Setelah menang, Yang Jung Kook berazam ingin menjadi ahli politik yang berbeza dari yang lain dan benar - benar ingin berkhidmat untuk rakyat. Namun hal tersebut tidak disukai oleh Park Hoo Ja kerana semua rancangannya telah gagal bila Yang Jung Kook campurtangan. Lama - kelamaan Yang Jung Kook dan Park Hoo Ja mula bergaduh dan cuba untuk saling menjatuhkan antara satu smaa lain. Apa yang berlaku seterusnya? apa reaksi Kim Mi Young setelah tahu hal sebenar? Apa pun syok gak layan drama ni dan aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini.
Read More »