-->
Memaparkan catatan dengan label SeJaRah... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SeJaRah... Papar semua catatan

19 Jul 2021

Review Drama Korea The Tale Of Nokdu

Drama Korea The Tale Of Nokdu, Korean Drama The Tale Of Nokdu, Info dan Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu, Poster Drama Korea The Tale Of Nokdu, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Tale Of Nokdu, Drama Baru Jang Dong Yoon, Drama Baru Kim So Hyun,

Actually drama ini dah lama dah disiarkan iaitu pada September 2019 tapi sekarang ada masa nak buat review drama ni. Antara pelakon drama Korea The Tale Of  Nokdu ini adalah Jang Dong Yoon, Kim So Hyun, Kang Tae Oh, Jung Joon Ho, Kim Tae Woo, Yun Yoo Sun, Jo Soo Hyang, Park Da Yeon dan ramai lagi. Korean Drama The Tale Of  Nokdu ini mempunyai 32 episod, disiarkan di channel KBS dan tamat episodnya pada 25 November 2019. Drama ini based on webcomic dan bergenre Romantik Komedi dan juga historical. Apa pun di permulaan cerita drama ini memang lawak okey sebab hero drama ini iaitu Jang Dong Yoon yang melakonkan watak Jeon Nok Du akan menyamar jadi perempuan okey. Muka Jang Dong Yoon ni bila make up jadi perempuan ni memang comel habis,cun dan nampak suci murni saja hehehe. Selain itu aku juga suka dengan barisan pelakon drama ini, semuanya best - best belaka. 
Drama Korea The Tale Of Nokdu, Korean Drama The Tale Of Nokdu, Info dan Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu, Poster Drama Korea The Tale Of Nokdu, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Tale Of Nokdu, Drama Baru Jang Dong Yoon, Drama Baru Kim So Hyun,
Walaubagaimanapun di pertengahan cerita, drama ini mula berubah menjadi serius, dimana pelbagai konflik mula timbul, serta rahsia demi rahsia mula terbongkar. Ini kali kedua pelakon Kim So Hyun dan Jo Soo Hyang berlakon sekali selepas drama School 2015. Kalau dalam drama School 2015 tu, Jo Soo Hyang jadi watak jahat tapi dalam drama ini aku suka dengan wataknya yang serius dan boleh berlawan. Antara watak yang buat aku terkejut sekali mestilah watak Cha Yool Moo lakonan Kang Tae Oh. Awalnya watak Cha Yool Moo ni nampak sweet sangat, soft spoken dan caring gitu, tapi tak sangka wataknya akan berubah seratus peratus bila dia tiba - tiba jadi jahat dan nak jadi raja. Ni first time aku tengok Kang Tae Oh jadi jahat, menjadi juga lakonan dia ni. Aku dah biasa tengok dia bawa watak baik saja sebelum ini contohnya macam dalam drama You Are Too Much. So bila tengok dia bawa watak jahat macam ni memang wow gitu. 
Drama Korea The Tale Of Nokdu, Sinopsis Penuh Drama Korea The Tale Of Nokdu, Korean Drama The Tale Of Nokdu, Info dan Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu, Poster Drama Korea The Tale Of Nokdu, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Tale Of Nokdu, Drama Baru Jang Dong Yoon, Drama Baru Kim So Hyun,
Syok tengok scene - scene lawak dalam drama ini, terutamanya di permulaan cerita. Antara scene yang menarik ketika Nok Du dah masuk kawasan perkampungan tu dan terpaksa menyamar jadi perempuan kerana kat situ lelaki memang tak dibenarkan masuk. Scene Nokdu dengan Cha Yool Moo lakonan Kang Tae Oh tu pun menarik, terutamanya ketika Cha Yool Moo tak tahu yang Nokdu tu sebenarnya lelaki. Boleh pula Nokdu berpura - pura yang dia suka kat Cha Yool Moo untuk mengelakkan Cha Yool Moo jadi rapat dengan Dong Joo lakonan Kim So Hyun. Kalau tengok Behind The Scene drama ini juga kelakar, nampak pelakon - pelakon dalam drama ni semuanya sporting, profesional dan giler - giler hehe. Kemuncak drama ni bila perebutan takhta berlaku dan identiti sebenar Nokdu mula terbongkar. Bila dah sampai kemuncak cerita pastinya jalan cerita dah jadi makin suspen gitu dan banyak juga scene lawan - lawan dalam drama ini.

Bila tengok drama ini memang geram juga dengan keputusan dan tindakan Raja Gwanghae yang tak sedar kesilapannya dan terus buat kesilapan demi kesilapan. Ending drama Korea The Tale Of Nokdu ni memang happy endinglah kan. Walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Nokdu dan Dong Joo untuk hidup bersama. Sejujurnya Korean Drama The Tale Of Nokdu ni memang menghiburkan, jadi aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Drama Korea The Tale Of Nokdu, Sinopsis Penuh Drama Korea The Tale Of Nokdu, Korean Drama The Tale Of Nokdu, Info dan Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu, Poster Drama Korea The Tale Of Nokdu, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Tale Of Nokdu, Drama Baru Jang Dong Yoon, Drama Baru Kim So Hyun, The Tale Of Nokdu Cast,
Sinopsis Drama Korea The Tale Of Nokdu 

Mengisahkan Jeon Nok Du yang tinggal bersama keluarga angkatnya di sebuah pulau. Nok Du seorang yang bijak dan mahir berlawan. Suatu hari ayahnya dan abangnya diserang dan diculik oleh sekumpulan penjahat wanita. Nok Du kemudian dapat mengejar salah seorang penjahat wanita tersebut sehingga ke bandar. Ketika di bandar dia bertemu dengan Dong Joo yang ingin membunuh raja, namun Nok Du berjaya menyelamatkan Dong Joo dari sebarang masalah. Nok Du kemudian mendapat tahu yang penjahat wanita tersebut pergi ke Widow Village. Untuk mengetahui kebenaran, Nok Du mencari jalan dan menyamar menjadi perempuan dan masuk ke Widow Village dan disitu dia bertemu semula dengan Dong Joo. Awalnya Dong Joo tidak mengetahui yang Nok Du adalah lelaki, namun setelah rahsia Nok Du terbongkar, Nok Du terpaksa berpakat dengan Dong Joo untuk Dong Joo menyimpan rahsianya supaya memudahkan dia untuk menyiasat.

Dong Joo dan Nokdu akhirnya jatuh cinta, namun penyiasatan Nokdu membawa lebih banyak masalah, bila dia pula diburu setelah identitinya terbongkar. Cha Yool Moo yang awalnya kelihatan baik, sopan dan disayangi ramai mula menunjukkan dirinya yang sebenar, dimana dia menginginkan takhta kerajaan dan berkomplot dengan orang tertentu untuk merampas takhta. Namun dalam masa yang sama Cha Yool Moo ikhlas mencintai Dong Joo namun cintanya tak berbalas menyebabkan dia makin ingin membunuh Nokdu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Update 28/8/2022 !!

Korean Drama The Tale Of Nokdu ini kini tengah hangat bersiaran di Awesome TV saluran 112 MYTV setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam.


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Voice 4


Read More »

27 Nov 2018

Review Drama Korea Mr. Sunshine

Mr Sunshine, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Mr Sunshine, Korean Drama Mr Sunshine, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Sinopsis Penuh Drama Korea Mr Sunshine, Mr. Sunshine Cast, Pelakon Drama Korea Mr Sunshine, Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung, Byun Yo Han, Kim Kap Soo, Kim Eui Sung, Kim Byung Chul, Jo Woo Jin, David McInnis, Poster Drama Korea Mr Sunshine, Sad Ending, Ending Drama Korea Mr Sunshine, 2018, TVN, Drama Sejarah, Righteous Army, Watak Dalam Drama Korea Mr Sunshine, Eugene Choi, Go Ae Shin, Kim Hee Sung, Goo Dong Mae,
Mr. Sunshine - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat review drama Korea Mr. Sunshine yang mula disiarkan di channel TVN pada 7 Julai 2018 dan tamat pada 30 September yang lalu. Antara pelakon drama Mr Sunshine ini adalah Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung, Byun Yo Han, Kim Kap Soo, Kim Eui Sung, Kim Byung Chul, Jo Woo Jin, David McInnis dan ramai lagi. Drama 24 episod ini dsiarkan bagi menggantikan drama Lawless Lawyer dan kemudian akan digantikan dengan drama Room No 9. Antara tarikan utama drama ini bila pengarah dan screenwriter drama ini adalah orang yang sama yang mengarah dan menjadi penulis skrip untuk drama Descendents Of The Sun dan juga Goblin. Jadi itu antara sebab utama yang menyakinkan aku untuk menonton drama ini sebab aku yakin drama ini memang best dan bila dah tengok drama ini, memang tak menyesallah sebab best giler okey hehe. 
Mr Sunshine, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Mr Sunshine, Korean Drama Mr Sunshine, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Sinopsis Penuh Drama Korea Mr Sunshine, Mr. Sunshine Cast, Pelakon Drama Korea Mr Sunshine, Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung, Byun Yo Han, Kim Kap Soo, Kim Eui Sung, Kim Byung Chul, Jo Woo Jin, David McInnis, Poster Drama Korea Mr Sunshine, Sad Ending, Ending Drama Korea Mr Sunshine, 2018, TVN, Drama Sejarah, Righteous Army, Watak Dalam Drama Korea Mr Sunshine, Eugene Choi, Go Ae Shin, Kim Hee Sung, Goo Dong Mae,
Sebelum menonton drama ini, aku kurang suka dengan hero drama ini iaitu Lee Byun Hun yang memegang watak Eugene Choi itu, sebab aku rasakan dia agak berusia berbanding heroinnya iaitu Kim Tae Ri yang jauh lebih muda. Tapi bila dah tengok drama ini, aku rasa gandingan diorang memang sesuai dan serasi pula. Malah Lee Byun Hun juga mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan tak nampak janggal gitu, sebab banyak dialognya dalam bahasa Inggeris, Korea dan juga Jepun. Malah lakonan semua pelakon juga best - best belaka, paling menarik dalam drama ini adalah sinematografinya yang sangat cantik dan indah, rasa macam menonton filem gitu. Memang enjoy menonton setiap episod drama Mr Sunshine ini dan tak ada satu saat pun yang membosankan. Selain itu ada ramai pelakon popular Korea yang lain yang membuat special appearance / cameo dalam drama ini seperti Kim Ji Won, Jin Goo, Lee Shi A, Im Se Mi, Jang Dong Yoon, Park Jung Min dan Kim Min Jae. Kisah percintaan antara 2 watak utama drama ini juga ditunjukkan secara tidak berlebihan, just nice gitu. Aku suka scene ketika Go Ae Shin dan Kudo Hee Na (lakonan Kim Min Jung) berlawan antara satu sama lain, scene fighting tu nampak real gitu.
Mr Sunshine, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Mr Sunshine, Korean Drama Mr Sunshine, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Sinopsis Penuh Drama Korea Mr Sunshine, Mr. Sunshine Cast, Pelakon Drama Korea Mr Sunshine, Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung, Byun Yo Han, Kim Kap Soo, Kim Eui Sung, Kim Byung Chul, Jo Woo Jin, David McInnis, Poster Drama Korea Mr Sunshine, Sad Ending, Ending Drama Korea Mr Sunshine, 2018, TVN, Drama Sejarah, Righteous Army, Watak Dalam Drama Korea Mr Sunshine, Eugene Choi, Go Ae Shin, Kim Hee Sung, Goo Dong Mae,
Kalau tengok dari tajuk drama ini, tajuknya sangat ceria gitu tapi sebenarnya jalan cerita drama Mr. Sunshine ini sangat serius dan berat okey. Drama ini memfokuskan tentang kisah percintaan dan juga perjuangan pejuang kemerdekaan untuk membebaskan Joseon dari dijajah dari sebarang kuasa asing terutamanya Jepun. Latar masa drama ini adalah pada awal tahun 1900 ketika Joseon berada di ambang kemusnahan. Bila tengok drama ini secara tak langsung mengingatkan aku tentang Jepun yang juga pernah menjajah Tanah Melayu suatu masa dulu. Kalau ikut sejarah sememangnya Jepun berjaya menjajah Joseon / Korea berpuluh tahun lamanya. Tak dinafikan drama ini mempunyai jalan cerita yang berat tapi masih ada banyak scene - scene lawak dalam drama ini terutamanya di pertengahan cerita. Selain itu drama ini juga menarik kerana ada bromance antara 3 watak utama drama ini iaitu Eugene Choi (lakonan Lee Byung Hun), Goo Dong Mae (lakonan Yoo Yeon Seok) dan juga Kim Hee Sung (lakonan Byun Yo Han)
Mr Sunshine, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Mr Sunshine, Korean Drama Mr Sunshine, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Sinopsis Penuh Drama Korea Mr Sunshine, Mr. Sunshine Cast, Pelakon Drama Korea Mr Sunshine, Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung, Byun Yo Han, Kim Kap Soo, Kim Eui Sung, Kim Byung Chul, Jo Woo Jin, David McInnis, Poster Drama Korea Mr Sunshine, Sad Ending, Ending Drama Korea Mr Sunshine, 2018, TVN, Drama Sejarah, Righteous Army, Watak Dalam Drama Korea Mr Sunshine, Eugene Choi, Go Ae Shin, Kim Hee Sung, Goo Dong Mae,
Paling unik bile ketiga - tiga mereka mencintai gadis yang sama iaitu Go Ae Shin (lakonan Kim Tae Ri). Setiap kali ada scene yang melibatkan watak mereka bertiga memang kelakar habis. Lebih sweet bila diorang bertiga saling tolong - menolong antara satu sama lain walaupun mencintai gadis yang sama. Mereka bertiga juga sanggup melakukan apa saja, asalkan dapat melindungi Go Ae Shin dari sebarang bahaya. Antara scene yang aku suka dalam drama ini adalah ketika Goo Dong Mae dan Eugene Choi sering mengugut Kim Hee Sung untuk membunuhnya sebab masing - masing rasa cemburu dengan status Kim Hee Sung sebagai tunang Go Ae Shin. Tapi Kim Hee Sung ni pula jenis ceria, happy go lucky dan friendly jadi susah untuk yang lain membencinya. Scene ketika Kim Hee Sung terpeluk Goo Dong Mae tanpa sengaja dalam kereta api yang mereka naik tu pun memang lawak habis hahaha. Selain tu scene ketika Go Ae Shin tahu makna sebenar perkataan "Love" tu pun lawak juga, reaksi dia memang terkejut gila. Yela slumber je ajak Eugene Choi untuk love dengannya walaupun tak tahu apa makna perkataan tu haha.
Mr Sunshine, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea Mr Sunshine, Korean Drama Mr Sunshine, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Korean Drama Review, Sinopsis Penuh Drama Korea Mr Sunshine, Mr. Sunshine Cast, Pelakon Drama Korea Mr Sunshine, Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung, Byun Yo Han, Kim Kap Soo, Kim Eui Sung, Kim Byung Chul, Jo Woo Jin, David McInnis, Poster Drama Korea Mr Sunshine, Sad Ending, Ending Drama Korea Mr Sunshine, 2018, TVN, Drama Sejarah, Righteous Army, Watak Dalam Drama Korea Mr Sunshine, Eugene Choi, Go Ae Shin, Kim Hee Sung, Goo Dong Mae,
Pendek kata ada banyak scene - scene kelakar yang boleh buat korang tersengih dan tergelak bila tengok drama ini. Walaubagaimanapun sejak dari awal lagi sudah ada hint yang ditunjukkan dalam drama ini yang memberitahu penonton bahawa ending drama Korea Mr. Sunshine ini adalah sad ending yang sangat tragis giler. Ini dapat dilihat dalam scene ketika Go Ae Shin tahu 3 perkataan bahasa Inggeris buat pertama kalinya iaitu "Gun, Glory and Sad Ending". Jadi bila tengok episod akhir Korean Drama Mr. Sunshine ini memang dah boleh agaklah yang endingnya nanti memang sedih. Tapi tak sangka pula yang endingnya sangat tragis dan menyayat hati. Ini ditambah lagi dengan kekejaman tentera Jepun lagi, wah antara drama yang mempunyai ending yang sangat sedih. Lepas habis tengok drama ini memang susah betul nak move on dan tengok drama lain. Walaupun sad ending drama ini memang berbaloi untuk ditonton dan aku bagi 10/10 bintang untuk drama korea Mr. Sunshine ini.

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

21 Ogo 2018

Jozan Live (Astro Warna)

Jozan Live, JOZAN, Johan, Zizan, Hos, Santai, Segmen Dalam Jozan Live, Berita, Temubual, Jo VS Zan, Sidang Media Kekwat, 2018, Johan Zizan Bergabung Jadi Jozan, Jozan Live 40 Episod, Astro Warna, Raja Lawak, Lawak, Pelawak, Hos Raja Lawak, MLM2012, Juara Maharaja Lawak Mega 2012, Juara Super Spontan, Comedian, Bromance, Jozan Bromance,
Jozan Live Di Astro Warna

Jozan kembali lagi dengan rancangan baru iaitu Jozan Live yang bersiaran setiap hari Selasa, jam 10 malam di Astro Warna dan Warna HD sebanyak 40 episod. Last Jozan beraksi dan bergabung bersama adalah ketika bertanding di Maharaja Lawak Mega 2012. Selepas itu diorang ada jadi Hos Raja Lawak Musim ke - 7 pada tahun 2013, kemudian mereka dah tak bergabung tapi pernah bertanding sekali dalam pertandingan Super Spontan All Stars 2015 yang lalu. Selepas tu ada nampak juga Johan dan Zizan dalam satu rancangan yang sama, tapi tak adalah diorang bergabung kan. Akhirnya pada tahun 2018 barulah Johan dan Zizan bergabung sebagai Jozan dan buat come back semula dan kali ini diorang menjadi Hos gitu. Rindu juga nak tengok Jozan jadi hos sama - sama kan lepas Raja Lawak dah tamat kan. 
Jozan Live, JOZAN, Johan, Zizan, Hos, Santai, Segmen Dalam Jozan Live, Berita, Temubual, Jo VS Zan, Sidang Media Kekwat, 2018, Johan Zizan Bergabung Jadi Jozan, Jozan Live 40 Episod, Astro Warna, Raja Lawak, Lawak, Pelawak, Hos Raja Lawak, MLM2012, Juara Maharaja Lawak Mega 2012, Juara Super Spontan, Comedian, Bromance, Jozan Bromance,
Konsep rancangan Jozan Live ni memang nampak santai, slumber dan gila - gila, ada beberapa segmen dalam program Jozan Live ni contohnya seperti Sketsa, Berita, Temubual, Jo VS Zan, Sidang Media Kekwat dan lain - lain lagi. Segmen Sidang Media Kekwat itu diinspirasikan dari rancangan Oh Yeah!, no wonder la sebab memang layannnn kan lagi pun Johan, Zizan, Nabil dan ramai lagi memang pernah terlibat pun dalam rancangan Oh yeah ini. Sidang Media Kekwat dan Jo vs Zan antara segmen favorite aku, pada yang mengikuti blog ini dari awal pasti tahu aku antara peminat Jozan dari Raja Lawak 1 lagi, happy juga bila diorang buat comeback kan dan pasni tiap - tiap minggu Jozan di tv uolls haha. Selain itu aku suka tengok promo / iklan Jozan Live kat TV tu sebab nampak gah dan menarik gitu.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

26 Jul 2018

Percutian Di Bali Indonesia

Tanah Lot, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka,
Percutian Di Bali Indonesia

Sebut je Bali, apa yang terbayang kat fikiran korang? Mesti macam-macam jawapan yang keluar kan. Salah satu perkataan yang boleh describe tempat ni ialah syurga. Yess, syurga! Mana taknya, Bali merupakan gerbang percutian yang sangat terkenal bukan saja di Indonesia, malahan di seluruh dunia. Berbagai tarikan menarik yang terdapat di sini seperti kawasan pantai dan lautam yang tenang dan cantik, kawasan penanaman padi yang indah, perkampungan nelayan penuh dengan ciri-ciri tradisional dan kuil-kuil Hindu, Buddha dan Cina yang masih lagi aktif dalam menjalankan amalan ritual mereka. Sebab tu, terdapat banyak jenis accommodation yang terdapat di sini, daripada resort bajet sampai la ke villa 5 bintang.

Dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 4 juta orang, korang dapat merasakan hospitaliti dengan kelas dunia di sini. Dari Kuala Lumpur, korang akan touch down di airport yang terletak di Den Pasar, yang juga merupakan pusat bagi pulau ini. Walaupun ia merupakan hab bagi segala jenis system pengangkutan, Den Pasar bukanlah sebuah attraction di sini. Dari sini, korang boleh mengambil teksi untuk terus ke tempat penginapan. Antara kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menginap di sini adalah di kawasan selatan pulau Bali iaitu Kuta, Sanur, Seminyak dan Tanah Lot. Pantai Seminyak sememangnya menjadi tumpuan kerana keindahannya yang boleh memberikan ketenangan selain terdapat tempat untuk membeli-belah manakala Kuta pula dikunjungi kerana terdapat pelbagai kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis makanan dan tempat hiburan.  
Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Dolphin Di Lovina Beach Bali Indonesia, Aktiviti Snorkeling, 2018, Percutian Di Indonesia,
Di kawasan utara Bali pula, korang berpeluang untuk menyaksikan dolphin di Lovina! Oleh sebab coral kat sini masih terpelihara, maka aktiviti utama di sini termasuk snokerling dan diving. Singaraja yang merupakan bandar colonial lama. Tempat ini dikenali dengan kepelbagaian etnik penduduknya. Terdapat sebuah kampong yang dipengaruhi oleh budaya Arab dan ia dikenali dengan nama Kampung Arab manakala terdapat juga tokong Cina yang terbesar di Bali. Singaraja juga merupakan pusat bagi institusi pengajian di pulau ini. Oleh itu, suasana di sini agak berbeza berbanding tempat-tempat lain di Bali.
Gunung Agung, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Percutian Di Bali Indonesia, 2018,
Bagi korang nak nak tengok gunung berapi yang masih aktif, korang bolehlah melawat ke kawasan di bahagian timur Bali iaitu di Gunung Agung. Gunung ini merupakan yang tertinggi di Bali dan gunung berapi yang ketiga tertinggi di seluruh Indonesia. Untuk mendaki gunung ni, korang bolehlah ambil pakej day trip beserta dengan guide dan waktu yang paling sesuai untuk mendaki adalah sekitar bulan April hingga Oktober. Route gunung ni dikategorikan antara yang tersusah, jadi adalah amat penting untuk korang pastikan kesihatan fizikal dan better cari guide yang boleh memenuhi keperluan korang.
Ubud, Bali, Indonesia, Holiday, Holiday In Bali, Cuti - Cuti Di Bali, Bercuti Di Bali Indonesia, Traveloka, Percutian Di Bali Indonesia, 2018, Tegallalang Rice Terraces, Padi,
Di kawasan tengah Bali, iaitu di Ubud, korang berpeluang untuk menikmati kehidupan kampung yang mengusahakan tanaman padi. Oh, untuk melihat dengan lebih dekat tanaman padi bukit yang terdapat di sini, korang boleh juga sewa basikal. Korang bolehla explore teres-teres sawah dan kampong-kampung petani yang terdapat di sini. Lagi mudah macam ni, nak berenti kat mana pun boleh, suka hati korang je. Hihihi. Kawasan ini juga telah melalui fasa permodenan dan dikomersialkan secara besar-besaran. Namun begitu, korang masih berpeluang untuk melihat sisa tinggalan kuil-kuil lama, muzium dan galeri yang memaparkan sejarah jatuh bangun kerajaan yang membuka pulau Bali ni. Korang pasti akan rasa kagum dengan seni bina dan kekayaan adat serta ritual penduduk setempat di sini.

Actually, banyak lagi tempat-tempat best kat sini. Aku rasa kalau nak cerita satu-satu, sampai esok pun tak habis. The best to get to know a place is to explore it yourself. Jangan risau pasal tiket flight dan tempat penginapan. Korang book je kat Traveloka dan terus fly from Kuala Lumpur to Bali dengan mudah! Dengan pilihan yang pelbagai dan sangat mudah untuk dikendalikan, terdapat banyak promo yang ditawarkan. Save masa dan duit, hihi. So amacam, nak pegi Bali tak? Haa jangan buang masa. Cepat pegi book sekarang. Lambat-lambat nanti melepas. Jumpa lagi dalam next post. Take care korang!
Gambar - gambar di atas credit pada ownernyer
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

12 Jan 2018

SEJARAH ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), ASEAN History, Sejarah ASEAN, Sejarah, History, Deklarasi ASEAN, 8 Ogos 1967, 10 Negara Anggota ASEAN, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, ASEAN 50,
Sejarah ASEAN 

Hari ini jom belajar Sejarah sikit hehehe, rindu pula dengan subjek Sejarah masa sekolah dulu - dulu hehe. Jom kita ketahui serba sedikit mengenai Sejarah ASEAN ini okey. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh FilipinaMalaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar IndonesiaFilipinaMalaysiaSingapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul RazakS. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN".  Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995. Laos dan Myanmar menjadi anggota dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

Gambar di atas credit to Harian Metro.
Sumber: Wikipedia
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Dis 2017

Zaman WhatsApp

Zaman WhatsApp, Aplikasi WhatsApp, Zaman SMS, Teknologi, Sejarah WhatsApp, Handphone, Smart Phone, Telefon Pintar, Telefon Bimbit,
Zaman WhatsApp

Zaman sekarang, penggunaan WhatsApp memang sangat meluas dan penting, tambah - tambah ianya free pula. Terpikir juga kalau nanti - nanti WhatsApp mengenakan bayaran untuk setiap mesej, agak - agak korang apa yang jadi nanti ye? hahaha teringat masa zaman - zaman SMS dulu hehe. Infografik diatas credit to Metro.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

3 Okt 2017

Queen For Seven Days - Korean Drama Review

Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Review Drama Korea - Queen For Seven Days

Assalammualaikum..
Hari ini tibalah giliran Drama Korea Queen For Seven Days untuk direviewkan, kalau tengok dari tajuk drama ini saja dah mampu buat penonton tertarik untuk menonton drama ini. Drama 20 episod ini mula disiarkan pada 31 Mei yang lalu dan tamat pada 3 Ogos 2017. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Queen Of Mystery dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Manhole. Antara Pelakon Drama Queen For Seven Days ini terdiri daripada Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang dan ramai lagi. Pelakon Lee Jin Wook telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam drama ini namun akhirnya dia menolak dan kemudian watak ini menjadi milik Yeon Woo Jin. Drama Queen For Seven Days ini turut mengambil latar masa yang sama dengan Drama Rebel : Thief Who Stole The People, dimana kedua - dua drama ini menceritakan tentang kisah Raja yang kejam. Walaupun ada persamaan, tapi jalan cerita kedua - dua drama ini agak berbeza kerana dalam drama Rebel : Thief Who Stole The People, menceritakan tentang kisah Hong Gil Dong dan pemberontakkannya menentang raja yang kejam namun dalam drama Queen For Seven Days ini mengisahkan tentang hubungan adik - beradik, perebutan takhta dan juga kisah cinta putera Jinsung dan Lady Shin. 
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Lebih menarik lagi drama ini diinspirasikan dari kisah benar dan lebih memfokuskan tentang kisah Lady Shin yang terperangkap di tengah - tengah antara raja yang kejam dan juga cinta hatinya yang merupakan adik kepada raja yang ingin membalas dendam dan menegakkan keadilan. Kalau korang tengok dari tajuk drama ini pun korang dah boleh teka yang Lady Shin sempat merasa menjadi Queen selama 7 hari saja sebelum gelarannya ditarik balik dan keluar dari istana. Lee Dong Gun berjaya membawa watak Raja (Lee Young) yang kejam dengan sangat baik sekali, kadang - kadang memang geram dengan wataknya itu, tapi bila tengok episod akhir drama ini, rasa kesian pula dengan raja tu. Selain itu aku juga rasa menyampah juga dengan watak Shin Chae Kyung yang lambat betul nak sedar tentang personaliti Raja Lee Young yang sangat kejam tu, walaupun niat Chae Kyung baik nak mendamaikan dua beradik tapi cara dia tu tak betul dan akhirnya menyukarkan Lee Yeok untuk bertindak. Perhubungan adik beradik yang dingin antara Lee Young dan Lee Youk itu semestinya disebabkan bapa mereka. Lee Youk ketika remaja sangatlah adorable, nampak sangat dia setia dan sayang pada abangnya tu, tapi Lee Young ni pula sentiasa berasa terancam dengan kehadiran Lee Yeok di istana kerana dia yakin Lee Youk boleh merampas takhtanya itu. Sikap abangnya tu akhirnya benar - benar merubah Lee Youk.
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu, Queen For 7 Days,
Selain itu aku juga geram dengan sikap bapa Shin Chae Kyung iaitu Shin Soo Geum yang sangat setia gila - gila pada raja tapi raja tu tak menghargai pun kesetiannya itu. Sampai dia sanggup mengorbankan nyawanya pada raja, sampai Mak Chae Kyung pun mati sekali, kesian pada Chae Kyung yang tak pasal - pasal jadi anak yatim piatu dah. Sedangkan pada waktu itu, bapa Chae Kyung ada pilihan untuk duduk saja di rumah sebab ada pemberontakan berlaku dan raja akan digulingkan, tapi dia stil degil nak keluar dari rumah. Watak jahat dalam drama ini ada 2 orang, kedua - duanya adalah menteri, aku yakin pasti ramai yang geram betul dengan menteri jahat ini. Awalnya aku ingatkan ada sorang saja menteri jahat ni, tak sangka yang menteri kedua lebih jahat. Nasiblah menteri jahat berkenaan dapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan diorang. Semua scene yang melibatkan watak Lee Yeok (lakonan Yeon Woo Jin) dan watak Lee Young (lakonan Lee Dong Gun) memang sentiasa menarik dan suspen. Terutamanya apabila kedua - dua watak ini saling bergaduh dan berlawan memang sangat suspen dan mendebarkan gitu. Lagu tema / OST Queen For Seven Days ini juga agak best.
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Ending Drama Queen For Seven Days ini agak menyedihkan jugalah bagi aku sebab Shin Chae Kyung terpaksa berpisah dengan suaminya Lee Yeok buat sementara waktu. Bertambah sedih apabila Chae Kyung tidak dapat menjadi permaisuri kerana dikatakan anak pemberontak. Cuma agak mengelirukan juga endingnya sebab Lee Yeok seperti bermimpi apabila ada scene - scene dia hidup bahagia dengan Chae Kyung. Secara keseluruhannya, drama ini memang seronok ditonton, walaupun endingnya macam sedih juga tapi masih okeylah juga. Apa pun aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

24 Sep 2017

Pageview Blog Mencanak Naik

Views, Pageview Blog, Trafik Blog, Carian Utama, Keywords Blog, My Blog, Blogger, Blog Miss Banu Story, Pencapaian Blog Miss Banu Story, Pageview Tinggi,
Pageview Blog Miss Banu Story Mencanak Naik

Assalammualaikum..
Dalam sehari dua ni nampak pageview Blog ni tiba- tiba saja mencanak naik hahaha, selalunya kalau sehari dapat pageview 4K tu pun dah kira banyak, ni sampai 24K ke atas. Bila aku selidik kenapa dan aku tengok juga keyword blog ni semua, akhirnya dapat aku simpulkan yang entry berkenaan Drama Titian Cinta dan juga Novel Titian Cinta memang menjadi carian ramai serta mendapat view yang tinggi. Nampaknya ramai penonton tertarik dengan Drama Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3 yang  dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Apa pun terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Miss Banu Story ini. Teruskan singgah ke blog ini ye. 
Views, Pageview Blog, Trafik Blog, Carian Utama, Keywords Blog, My Blog, Blogger, Blog Miss Banu Story, Pencapaian Blog Miss Banu Story, Pageview Tinggi,
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

4 Mei 2017

Review Filem Sarbjit (Bollywood Movie)

Review Filem Sarbjit Lakonan Aishwarya Rai, Randeep Hooda, Richa Chadda, Poster Filem Sarbjit (2016), Kisah Benar, Kisah Sedih, Tragis, Tragedi, Politik, Sejarah,
Review Filem Sarbjit Lakonan Aishwarya Rai

Assalammualaikum..
Sudah lama aku nak buat Review tentang filem Bollywood yang bertajuk Sarbjit ini, baru sekarang aku berkesempatan nak buat review filem ini. Awalnya aku ingatkan jalan cerita filem ini biasa - biasa saja, tapi bila dah menontonnya, filem ini memang terbaik, woww dan sangat tragis dan sedih tau! huhuhu. Jalan cerita filem Sarbjit ini memang boleh buat korang terpaku, terkesima, terkejut, sedih dan juga marah, ini ditambah lagi bila filem Sarbjit ini dibuat berdasarkan kisah benar iaitu mengenai kisah Sarbjit yang ditahan dan diseksa di penjara Pakistan kerana disangka perisik dari India yang bernama Ranjit Singh. Walaupun Sarbjit tidak bersalah namun dia terpaksa meringkuk di penjara Pakistan selama 22 tahun. Paling tragis, sampai ke akhir hayatnya dia terseksa dan tidak dapat pulang semula ke tanah airnya untuk bersama dengan keluarganya. Filem Sarbjit ini turut menunjukkan perjuangan kakak Sarbjit yang bernama Dalbir Kaur lakonan Aishwarya Rai yang menuntut keadilan untuk adiknya itu. Aku rekomenkan filem Sarbjit ini untuk korang tengok, sebab memang best dan sedih. Kena sedia tisu banyak - banyak bagi yang kaki menangis tu ye. Aku rasa lakonan Aishwarya Rai dalam filem ini memang paling terbaik dalam kerjaya lakonannya setakat ini. Sifat dan personaliti Aishwarya Rai yang tegas bila bercakap tu memang sesuai dengan watak Dalbir Kaur itu. Malah kakak Sarbjit yang sebenar turut memantau perjalanan watak dan juga jalan cerita filem ini.
Keluarga Sarbjit, Kakak Sarbjit, Isteri dan 2 anak perempuan Sarbjit,
Lakonan Randeep Hooda sebagai Sarbjit juga sangat terbaik dan meyakinkan sekali, lakonan dia ketika scene di dalam penjara tu memang tragis betullah, kesian dan sedih tengok Sarbjit masa ini. Randeep Hooda memang terkenal sebagi pelakon berbakat besar di Bollywood. Aku mula mengenali dan kagum dengan lakonan Randeep Hooda ini sejak dari filem Highway dan Filem Kick bersama Salman Khan tu. Amitabh Bachchan turut memuji lakonan Randeep Hooda dalam filem ini. Selain itu kesian dan sedih tengok kakak Sarbjit itu iaitu Dalbir Kaur yang terpaksa berhempas pulas meminta pertolongan dari ramai orang bermula dari orang biasa sampailah ke Perdana Menteri India sendiri untuk membantu membebaskan adiknya itu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Dalbir untuk membebaskan abangnya, dan hal ini memakan masa bertahun - tahun lamanya, dari Dalbir tu muda sampailah dah berusia, tapi dia masih tak berputus asa untuk cuba membebaskan adik kesayangannya itu. Malah anak bongsu Sarbjit juga tidak begitu ingat muka bapanya sendiri kerana dah lama tak berjumpa, ini ditambah lagi dia masih kecil ketika Sarbjit dipenjarakan. Apa pun aku suka tengok hubungan adik beradik yang rapat antara Sarbjit dan Dalbir. Manakala Isteri Sarbjit iaitu Sukhpreet lakonan Richa Chadda nampak lebih tenang dan memendam perasaan sedihnya itu. Aku suka scene ketika Sukhpreet cuba memberi semangat pada Dalbir yang ketika itu berasa terlalu kecewa dan putus asa tentang pembebasan Sarbjit yang tak jadi tu.

Ini juga adalah kali pertama Aishwarya Rai bergandingan dengan Randeep Hooda sebagai hero dan heroin, walaubagaimanapun mereka menjadi adik beradik dan bukannya kekasih dalam filem ini. Filem Sarbjit ini juga di banned di pakistan kerana dikatakan anti pakistan, Selain itu, dikatakan juga keadaan Sarbjit di dalam penjara sangat teruk, apa yang dipaparkan dalam filem ini hanyalah 50 peratus dari apa yang dia lalui, ini bermakna, realitinya keadaan Sarbjit jauh lebih teruk dan terseksa. Scene ketika Dalbir, Sukhpreet dan dua anak perempuan Sarbjit datang melawat Sarbjit buat pertama kalinya setelah bertahun tidak berjumpa itu memang sedih habis. Layanan pihak penjara terhadap keluarga Sarbjit juga agak teruk, pendek katanya memang sedih habislah scene ini. Selain itu scene ketika Sarbjit diserang oleh banduan lain dalam penjara itu pun sedih sebab selepas itu Sarbjit dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius dan dia koma lalu mati. Keluarga Sarbjit sempat melawat Sarbjit sekejap di hospital, sebelum dipaksa untuk pergi, memang sedih sangat masa ni. Ending Filem Sarbjit ini memang tragis dan sedihlah kan apabila impian Sarbjit untuk pulang ke tanah airnya tidak kesampaian semasa dia masih hidup. Bila dia mati pada tahun 2013, baru mayatnya dipulangkan ke India. Memang aku agak emosi ketika menonton filem ini hahaha. Di bawah ini aku sertakan sinopsis filem ini  serta trailer filem ini. Korang tengok trailer je, dah boleh rasa filem ini memang terbaik okey hehehe. Aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Selamat Menonton bagi yang nak menonton filem ini nanti.
Aishwarya Rai Bersama Dengan Dalbir Kaur Yang Sebenar, Dalbir Kaur Kakak Sarbjit Singh,
Aishwarya Rai Bersama Dengan Dalbir Kaur Yang Sebenar

Sinopsis Filem Sarbjit

Sarbjit Singh merupakan seorang petani dan hidup bahagia bersama dengan isterinya, 2 anak perempuannya, ayahnya dan juga kakaknya Dalbir Kaur. Pada suatu hari sekitar tahun 1990, Sarbjit telah mabuk lalu secara tidak sengaja telah melintas dan memasuki sempadan Pakistan tanpa dia sedari. Pada tahun 1990 sempadan antara India dan Pakistan hanya ditandakan menggunakan batu dan bukannya pagar besi. Hal ini telah menyebabkan Sarbjit ditangkap kerana telah menceroboh dan mereka juga menuduh Sarbjit adalah perisik India yang dikenali sebagai Ranjit Singh yang telah mengebom beberapa tempat di Pakistan. Sarbjit tidak mengaku yang dirinya adalah Ranjit dan kemudiannya dirinya diseksa berbulan - bulan sebelum mendapat peluang untuk menghantar surat pada keluarganya bagi memaklumkan tentang hal yang sebenarnya. Dalbir melakukan pelbagai cara untuk cuba membebaskan adiknya itu atau pun sekurang - kurangnya dapat melawat adiknya itu di penjara. Selepas bertahun - tahun berlalu, hanya pada tahun 2012 selepas 22 tahun Sarbjit dipenjarakan baru keluarga Sarbjit dibenarkan datang untuk melawatnya di penjara. Walaubagaimanapun pada tahun 2013 Sarbjit mati di hospital Pakistan selepas diserang oleh banduan disitu. Setelah Sarbjit tiada, Dalbir Kaur tidak putus asa dan berhasrat ingin menunaikan hasrat terakhir Sarbjit. Kalau korang nak tahu apa hasrat terakhirnya itu, korang kena tengoklah filem ini nanti ye. Korang juga boleh cuba baca artikel ini untuk korang lebih mendalami cerita sebenar tentang apa yang berlaku pada Sarbjit dan Dalbir Kaur itu ➔ 11 Shocking Facts Sarabjit Singh’s Real Sister Dalbir Kaur Told Us!!..

Trailer Sarbjit (2016) Bollywood Movie
My Signature, Tandatanganku, Blog Miss Banu Story,
Read More »

12 Feb 2017

Wajah Baru Blog Miss BaNu Story 2017

 Wajah Baru Blog Miss BaNu Story 2017

Assalammualaikum..
Setelah sekian lama, Blog aku bertukar wajah juga akhirnya. Design dan Template gambar diatas memang dah lama aku gunakan sejak tahun 2014 hingga 11 Februari 2017. Aku tempah design diatas dari blogger Cik Rose Cute, sekarang ni nampak dia dah tak aktif berblogging dah. 

Header & Design berwarna Pink Blog Miss Banu Story 2012-2013
Design & Template Blog Miss BaNu StoRy 2012 - 2013
Manakala Design / Template kat atas ini aku gunakan pada tahun 2012 hingga tahun 2013. Paling best design ini, sebab ianya percuma sebab aku ada menang satu giveaway anjuran blogger dan hadiahnya merupakan edit blog. Jadi merasalah juga blog diedit dan jadi lawa. Malah kedua - dua header diatas ini juga adalah percuma. Blogger yang buat design ini ada buat entry tentang ini so bolehlah baca kat --> Klik SiNi.. Aku pun tak pasti sama ada aku ada download template di atas ini atau pun tidak or mungkin juga template diatas ini aku save di laptop lama. Jarang pula guna laptop lama sebab keyboard hurufnya banyak yang dah hilang angkara kucing aku yang duduk atas laptop itu lalu mencakar dan mengorek keyboard aku hehehe, nasib comel tak jadi nak marah kucing aku tu ;)
Design Baru Blog Miss Banu Story Bermula 11 Feb 2017

Bahagian Footer Bawah Sekali

Bermula 11 Feb 2017 inilah rupa baru Blog Miss BaNu Story, template / design baru blog ini direka dan dihasilkan oleh Sis Hawa. Aku merupakan customer pertama sis Hawa gitu, Kalau korang nak design yang best2 dengan harga yang berpatutan bolehlah tempah dengan Sis Hawa ni. Selain full edit blog aku juga turut menempah watermark / Logo untuk Blog Miss BaNu Story ini serta Menu Tab Khas yang di design oleh beliau juga. Kebetulan, sis hawa juga turut membuat entry tentang blog aku, jadi bolehlah korang singgah baca yer ➔ Klik SiNi.. Kat Bawah ni pula adalah watermark / logo Blog Aku yang lama hinggalah yang terbaru.
Old Watermark / Logo For My Blog
Selain gambar diatas, sepatutnya ada satu lagi watermark / logo yang berbentuk Teddy Bear, tapi entah kemana menghilang, aku cari tak jumpa - jumpa pula watermark itu. So watermark kat bawah ini adalah yang paling terbaru.
Watermark / Logo Blog Miss BaNu StoRy 2017
Read More »

2 Feb 2017

Senarai Yang Di-Pertuan Agong Dari 1957 Hingga Kini





















Senarai Yang Di-Pertuan Agong Dari 1957 Hingga Kini

Assalammualaikum..
Gambar kat atas tu memaparkan Senarai Yang Di-Pertuan Agong Dari Tahun Malaysia Merdeka hinggalah sekarang. Jadi pada yang tak ingat tu atau perlu hafal ker kan bolehla rujuk gambar kat atas ini. Boleh klik gambar di aatas untuk besarkannya ye. Semoga bermanfaat :)
Read More »

20 Dis 2016

Misteri & Rahsia Tembok Besar China

 Fakta, Misteri dan Rahsia Tembok Besar China

Assalammualaikum..
Bila sebut pasal Tembok Besar China ni mesti korang terbayang betapa panjangnya Tembok Besar China ni kan dan kalau pergi melancong ke China pastinya Tembok Besar China adalah tempat wajib untuk dilawati betul tak? hehe. Terpikir gak camnelah orang zaman dulu2 ni boleh bina tembok sepanjang ini kan, mengambil masa bertahun, tahun dan memerlukan ramai pekerja yang terdiri daripada petani ketika itu yang dikerah untuk membina tembok besar China ini. Tak kurang juga ramai yang mati ketika membina tembok ini sehingga ianya digelar "Kubur Terpanjang Di Bumi". Tembok Besar yang kita lihat pada hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming dan fungsi utama tembok besar ini ialah untuk menahan serangan puak - puak Nomad dari Utara. Di sebalik monumen kemegahan tinggalan sejarah yang terletak di negara China ini, ramai yang tidak tahu tentang misteri dan rahsia The Great Wall Of China ini, so teruskan baca kat bawah ni k..
Tembok Besar China ini boleh dilihat dari Bulan! - Ada yang berpendapat, Tembok Besar ini boleh dilihat dari bulan. Sebenarnya mustahil untuk melihat dari bulan tetapi imej tembok besar China ini pernah dirakam menerusi satelit.
Bahan Binaan Tembok Besar China bercampur dengan Rangka Manusia! - Wow menakutkan pula bila dengar, mengikut mitos yang sering didengar, bahan yang digunakan untuk membina Tembok Besar China ini dihasilkan dengan menggunakan rangka manusia kerana ramai yang mati ketika membina tembok ini. 
➤ Mitos Misteri Taotie - Setiap masyarakat mempuyai mitos dan kepercayaan mereka yang tersendiri, bagi masyarakat pada waktu itu, mereka percaya yang Taotie adalah satu semangat yang melambangkan ketakutan dan sangat berkuasa.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang Misteri dan Rahsia Tembok Besar China ni, korang boleh baca kat sini ➜ 6 Fakta & Misteri Yang Korang Mungkin Tak Tahu Tentang Tembok Besar China..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017