Sinopsis Drama Pia - Slot Lestary TV3
Drama Pia adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 3 Mei 2019 yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama Pia ini disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Non Grata yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Pia ini adalah Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani dan ramai lagi. Selain itu drama Pia ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Azman Yahya serta diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang best layan drama ni, plus para pelakonnya juga terbaik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Mengisahkan Pia (Zara Zya) yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya. Selepas kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh, Pia dan adiknya dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah 'celebral palsy' bernama Budi (Naim Daniel). Zafran (Alif Satar), rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah ke dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Mak Ngah Ila (Sheila Rusly) yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia serta cuba menghalangnya. Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..
Lagu Tema / OST Drama Pia
⏩ Sumpah nyanyian Naim Daniel
Jom Baca ini juga ➔ Menu Berbuka Puasa Atau Bersahur - Resepi Sup Telur
(Blog Miss Banu Story)