Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami Karya Syamnuriezmil telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 16 episod yang sekarang ini tengah hangat bersiaran di Slot MegaDrama Astro Ria. Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami ini diterbitkan pada bulan Disember 2017 oleh Penulisan2u. Pelakon cilik Fatimah Noryyah akan melakonkan watak Adeena Aurell (Addie) yang merupakan anak kepada Razean Safiya dan Aun Adwa. Pelakon Isyariana pula akan melakonkan watak sebagai Razean Safiya manakala Dato Fizz Fairuz akan melakonkan watak sebagai Aun Adwa.
Alvin Chong pula akan membawa watak sebagai Ku Harez Harith (Cikgu Ku), Eleena Sui sebagai Bella dan ramai lagi. Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami ini telah pun disiarkan sejak 13 Januari yang lalu. Jadi sambil tengok versi dramanya di TV tu, korang juga boleh baca novel ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah nanti okey. Apa pun tak semua bab ada, hanya beberapa bab saja, kalau nak baca penuh kenalah beli dan dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun selamat membaca ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye..
Sinopsis Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami Karya Syamnuriezmil
Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan 'Aun Adwa'. Dia tidak pernah membayangkan yang suatu hari nanti, apabila dia terjaga daripada tidur, mami dan papanya akan berpisah. Pada mulanya, Addie tak kesah. Nak buat macam mana, jodoh tak ada. Tapi... Setelah hampir enam bulan Addie terpaksa berpindah-randah macam orang nomad... Dia mula naik angin!
"Alamakkk... Addie tertinggal buku BM kat rumah mami!"
"Kan papa kata, sebelum pergi, tengoklah habis-habis."
"Aduhhh... Mami, baju sukan kat rumah papa!"
"Clumsylah you... Sekarang mami dah kena buat dua kerja! Mami kena pi meeting ni, urgent pula! Pakai baju kosong sudahlah, cakap kat cikgu baju sukan tak dan kering!"
Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya terjun ke gaung. Mami dan papa memang tidak boleh bersama lagi.
Tanda tanya Addie mula timbul apabila Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku, muncul dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil.
Rupa-rupanya Cikgu Ku menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia. Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.
Masalahnya, pelbagai rancangan yang Addie, papa dan Cikgu Ku buat untuk cuba menyatukan mami dengan Cikgu Ku... Mami tak layan sehinggalah papa terpaksa menggunakan cara terakhir yang membongkar satu rahsia.
"Papa nak suruh mami kahwin dengan Uncle Haha sebab papa dah nak mati ke? Tell me this is wrong papa! Tell me this is all wrong!!!"
"This is the truth, princess..."
Teori Mikaela, kawan baik Addie mengatakan yang papanya itu sakit dan sanggup membuat rancangan yang pelik-pelik, ternyata betul. Masalahnya... Mampukah Addie sempurnakan cerita maminya dengan orang lain selain papanya sendiri? Mahukah mami sempurnakan ceritanya seperti kehendak Addie? Atau mami lebih mementingkan hatinya sendiri?